Khamis, September 29, 2011

Kongsi Sampai Mati..Ingat Sampai Mati..

Sekadar perkongsian bersama dan renungan untuk semua..ini bukan kali pertama,kedua dan ketiga jumpa orang yg macam ni.ntah kali ke berapa dah jumpa orang yg macam ni.kita cuba himpunkan semua dialog-dialog dari semua orang yg pernah lontarkan pada dan campurkan dan jadikan dalam satu bentuk dialog saja.apa yg orang-orang sebelum ini pernah lontarkan kata-kata semua lebih kurang sama je..tak ada kaitan dgn sesiapa pun sama ada yg masih hidup atau pun yg dah mati..renung-renungkanlah..kongsi sampai mati..ingat sampai mati

Satu situasi :

Si A : komen dalam gambar seorang perempuan dan cakap “ nampak lengan tu.tutup aurat sikit ”

Si B : kamu komen tu memalukan saya.nak tegur pun ilmiahlah sikit.ustaz-ustaz pun tegur ada cara

Si A : kenapa nak rasa malu pula?orang yg sememangnya berhak dan lebih layak lagi utk tegur kamu cara ilmiah ialah suami kamu.kamu tu adalah amanahnya dan tanggungjawabnya. setiap kesilapan,kesalahan dan dosa yg kamu buat sama ada secara sedar atau tak disedari oleh suami kamu,suami kamu yg akan tanggung dosa kamu lebih teruk lagi dari kamu.

Si B : kesian kat u…

Si A : buat apa kesian kat saya?tak perlu.kesian kat diri kamu sendiri tu dulu.kenapa nak rasa malu pula bila orang komen dalam gambar di facebook macam tu?kenapa pula cakap saya nak memalukan kamu bila komen macam tu?sebenarnya kamu tu sendiri yg dah memalukan diri kamu tu terlebih dahulu tau.letak gambar kamu yg tak tutup aurat tu tak rasa malu pula.pakai tudung elok dah cantik kemas tapi aurat lain pula terdedah dan tak tutup.itu maruah dan harga diri kamu.takkan tak rasa malu kot.kalu tanya kamu sendiri kamu nak ke orang lain tengok kamu punya tubuh atau bentuk tubuh kamu?mesti kamu pun akan jawab tak nak.dalam facebook tu bukan satu Malaysia je yg tengok tapi satu dunia yg tengok.takkan tak rasa malu kot nak tanggung dosa tu banyak dan bagi suami pula tanggung lagi dosa kamu tu?pikirlah elok-elok.tepuk dada tanya iman dalam diri

Si B : i kesian kat u..belajar di uia..boleh cakap macam tu

Si A : kesian?tak perlu kesian.kamu tu yg kena kesiankan diri kamu tu dulu sebab bagi orang tengok aurat kamu dan kamu pula sebarkan fitnah kepada siapa-siapa yg dalam facebook yg tengok gambar kamu yg tak tutup aurat.perempuan ini senjata iblis yg paling tajam.dengan kerana perempuanlah juga manusia boleh dapat kenikmatan dan ganjaran,kerana perempuan jugalah manusia boleh dapat bala,musibah dan azab.

Si B : tak komen apa-apa dan tak cakap apa-apa

Si A : alahai…tak perlulah kesian kat saya..kesian kat diri sendiri dulu

Si B : kenapa nak cari kesalahan orang?

Si A : siapa nak cari kesalahan orang?tak ada siapa teringin nak cari kesalahan kamu atau sesiapa.cuma kamu tu yg cari kesalahan dengan Allah.tak ke macam tu?bukan main pula sedap cakap kita nak cari kesalahan dia.habis tu,kamu tak pernah buat salah ke?kamu ni malaikat ke?dah letak gambar sendiri tak tutup aurat tu tak salah ke mengikut syariat?

Si B : bukannya aurat kamu.sibuk tepi kain orang buat apa?

Si A : iye betul..memang bukan aurat saya.tapi kamu ingat kamu je yg hidup atas dunia ni sbg perempuan?banyak je lagi perempuan lain atas dunia ni tapi boleh je jaga aurat tu dgn elok. banyak lagi perempuan lain yg cantik-cantik lawa dari kamu lagi tapi tahu je memahami apa itu erti menjaga aurat dan kesucian seorang wanita mengikut kaca mata Islam.

Si B : kamu nak kata saya ni perempuan tak sucilah ye?

Si A : saya tak cakap macam tu.kamu yg kata.tapi nak tanya kamu sendirilah.kamu letak gambar dalam facebook tak tutup aurat tu dan biar jadi public semua tengok tu dah kira suci ke?tak ke tu menambahkan lagi dosa pada diri kamu yg menghilangkan kesucian pada diri kamu sbg wanita?jadi kamu ingat bila seorang perempuan dah disentuh atau diperkosa ke dirogol atau berzina baru dikatakan perempuan tu tak suci macam tu?kamu salah faham

Si B : kubur masing-masing

Si A : iye betul..memang kubur masing-masing tapi malaikat yg nak tanya dalam kubur tu nanti malaikat yg sama juga..malaikat Mungkar dan Nakir..tak ada malaikat lain dah..kenapa?kamu tu special sangat ke bila mati nanti masuk dalam kubur malaikat lain yg datang jumpa dan tanya kamu dalam kubur nanti soalan kubur?

Inilah satu contoh senario yg selalu dah ada dalam masyarakat..sbg pengajaran :

1. Buat kaum lelaki yg dah bergelar suami,sememangnya kamu mempunyai amanah yg berat dan tanggungjawab yg besar Allah berikan kpd kamu iaitu isteri..gara-gara kerana isteri seorang suami boleh ke syurga Allah..gara-gara kerana isteri jugalah seorang suami boleh di humban ke neraka Allah terus.didiklah isteri-isteri kamu dgn sebaik-baiknya..mereka juga asal dari tulang rusuk kaum lelaki.

2. Buat kamu perempuan yg dah bergelar isteri,sememangnya kamu juga mempunyai amanah yg berat dan tanggungjawab yg besar iaitu suami kamu..gara-gara kerana kamu juga suami kamu boleh ke syurga.gara-gara kerana kamu juga suami kamu boleh di humban ke neraka Allah terus.dan gara-gara kerana kamu jugalah suami dan kamu boleh dihumban ke neraka Allah terus.sentiasalah minta didikan dan tunjuk ajr dari suami kamu lebih-lebih lagi tentang ilmu agama.

3. Buat kamu wanita,sudah jelas sememangnya tubuh badan dan susuk badan kamu itu wajib di tutup dan tak boleh dibuka aurat kamu tu sendiri sama ada sengaja atau tak sengaja.tubuh badan kamu tu hanya halal utk dilihat oleh suami kamu saja dan juga mahram kamu.jangan lupa apa firman Allah :


katakanlah kepada wanita beriman : hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali pada yang ( biasa ) nampak daripadanya.dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasnnya kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau putera-putera mereka,atau putera-putera suami mereka,atau saudara-saudara laki-laki mereka,atau putera-putera saudara lelaki mereka,atau putera-putera saudara perempuan mereka,atau wanita-wanita islam,atau budak-budak yang mereka miliki,atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan ( terhadap wanita ) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.dan bertaubatlah kamu sekalian kepad Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung

( An-Nur : 31 )

4. Buat yg dah bergelar suami dan isteri,peliharalah keluarga kamu dgn baik.peliharalah isteri kamu,suami kamu dan keluarga kamu semua dari terhumban ke neraka.lebih-lebih lg jika seorang anak perempuan atau seorang isteri tak menutup aurat dan mendedahkannya sesuka hati,kamulah yg akan diheret oleh isteri kamu atau anak perempuan kamu ke neraka andai kamu sbg seorang ayah atau suami tak menegur kesilapan mereka.jangan lupa firman Allah :


wahai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu : penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada meraka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan

( At-Tahrim : 6 )

5. Bila ada org yg komen dalam laman sosial,perlu juga kita harus ingat bahawa itu pun adalah satu bentuk teguran dan peringatan pd diri sendiri.seharusnya perlu bersyukur kerana ada juga manusia yg berani menegur dan memperingatkan kita walaupun secara tak langsung melalu laman sosial.siapa-siapa pun yg tengok gambar perempuan ISLAM yg tak tutup aurat pasti akn rasa sedih dan akan komen walaupun tidak komen atau tegur secara langsung dalam laman sosial tp akan berkata di hatinya sendiri dan akan tawakal kpd Allah mudah-mudahan org itu akn berubah nanti.untuk apa perlu malu pd teguran org?teguran utk kebaikan.sama-sama trima seadanya.malu dgn sama-sama manusia ni hanya sementara saja tp malu dgn Allah bila buat dosa sampai bila nak menahan dan tanggung rasa malu tu?tepuk dada tnya iman dalam diri sendiri..jwb sendirilah


6. Kalau nak letak gambar dalam facebook ke atau tak kira apa jenis laman sosial skalipun, biarlah gambar yg sopan sikit.letak gambar sampai nampak aurat diri sendiri tu apa crita?bila ada org komen atau tegur,dikatakan kita nak memalukan dia..dikatakan pula kita nak mencari kesalahan dia.padahal hakikatnya diri sendiri tu yg tak sedar telah melalukan diri sendiri terlebih dahulu dgn meletak gambar yg terbuka aurat dan dalam masa yg sama juga diri sendiri tu telah buat kesalahan dgn Allah bila letak gambar yg tak tutup aurat.

7. Sebagai yg terakhir,bila kita bercakap dgn org yg lebih arif dan alim dalam bidang agama tak kira siapa-siapa pun,jgn pula kita cuba nak berlagak pandai menyombong seolah-olah kita tu dah alim sgla-galanya.padahal hakikatnya kita tu masih kurang arif.jgn ingat bila kita tu dah berpangkat besar,orang kaya atau orang yg ada pengaruh besar,kuat dan kredibiliti yg hebat,kita tu dah pandai dan alim segala-galanya.

Sama-sama saling ingat-memperingati..andai ada yg terlebih dan tersilap dalam diri masing-masing segeralah bertaubat sebelum terlambat..wallahu a'lam

Rabu, Jun 15, 2011

Selamat Tinggal Bumi Urdun



Setiap hari tak lepas dari menghitung hari...hari demi hari berlalu...masa demi masa turut berlalu...siang demi siang berlalu...malam demi malam berlalu...hanya menunggu masa je untuk meninggal dataran Syam ini dan juga bumi Jordan ini yg penuh dgn macam-macam suka,duka dan perit...seorang demi seorang pulang meninggalkan bumi Mu'tah dan membawa haluan masing-masing setelah tamat belajar...hanya tinggal saki-baki je untuk melihat dgn sepuas-puasnya dataran Syam ini...Jamiah Mu'tah...kuliah adab...doktor-doktor kesayangan kuliah adab




Satu masa sebelum ini,bangunan kuliah adab ini memang menjadi satu lambang kemegahan... ramai graduan-graduan hebat yg dah lahir dari sini...tapi kini semua dah tinggal kenangan saja.. segala ilmu,kemahiran dan kepakaran di bawa pulang sbg bekalan diri setelah berkecimpung dalam dunia masyarakat nanti setelah pulang ke tanah air.Sebelum aku menjejak kaki meninggalkan dataran Syam ini,aku ingin sekali berpesan kpd adik-adik kesayanganku di kuliah adab dan juga adik-adik Unisza kesayanganku yg bakal meneruskan saki-baki perjuangan di sini :

1. Adik-adikku di kuliah adab,nilai ukuran seorang mahasiswa kuliah adab tu bukanlah terletak pada kehebatan luaran diri seseorang,muaddal dan sbgnya lagi...tapi sebenarnya terletak pada hebatnya bahasa kalian,kekuatan bahasa kalian...andai kalian dapat menawan bahasa arab tu dengan baik,andai kalian dapat menawan bahasa itu dan diikat dgn sekuat-kuatnya dalam hati kalian...beruntunglah kalian dapat membuka segla pintu gerbang ilmu-ilmu yg terkandung di dalam Al-Quran itu dan menguasainya seperti kalian dapat menguasai dunia ini


2. Adik-adikku di kuliah adab,belajar mengetahui erti nilainya seorang guru itu dalam diri kalian semua..tingginya nilai mutiara sesuatu ilmu yg ada di kuliah adab tu bukan terletaknya pada tingginya markah imtihan awal,sani dan final...tapi sebenarnya tingginya nilai sesuatu ilmu yg kalian tuntut selama ini pada nilainya erti menghormati pada seorang guru..hormatilah semua doktor-doktor & dukturah yg mengajar kalian semua..jangan sesekali mencela,menghina atau sebaliknya..biarlah mereka tak sebangsa dgn kita,tapi mereka semua adalah gedung ilmu yg kalian perlu tahu untuk mencarinya dan membukanya dgn kunci menghormati seorang yg alim dan ulama..seburuk-buruk mana sekali pun...seteruk-teruk mana sekali pun,mereka adalah guru kita yg masih lagi menghormati kita


3. Adik-adikku sekalian,tak ada istilah senang selalu dan susah selalu dalam kita berkecimpung dalam dunia bahasa & kesusasteraan arab..inilah adat dalam menuntut ilmu..ada susah dan ada senangnya kerana nak mendapatkan sesuatu ilmu tu tak semudah yg disangkakan...dan untuk menjaga ilmu-ilmu tu di dada-dada juga tak semudah yg di sangkakan..ilmu bahasa arab ini bukanlah satu ilmu yg sebarangan...tapi satu kalam yg luar biasa yg tak ada manusia dalam dunia ini boleh tandinginya hingga ke hari kiamat


4. Adik-adikku sekalian,setiap satu mutiara ilmu di kuliah adab umpama seperti nilaian pahala yg berlipat ganda..tak ada istilah " malas " dalam mengkaji sesuatu ilmu bahasa dan sasteranya... kerana bahasa ini tak dapat di pisahkan dari sasteranya tersendiri..andai kalian di izinkan oleh Allah untuk lihat pahala yg datang hasil dari setiap mutiara ilmu dari madah-madah di kuliah adab...maka dah tentu kalian semua akan lebih bersifat juhud lagi dalam mendalami ilmu kalam Allah ini bila terlihat nilaian pahala berganda-ganda mencurah seperti wang emas yg mencurah-curah bertimbun seperti gunung


5. Adik-adikku Unisza sekalian,kita semua datang dari satu bumbung yg sama,satu keluarga yg sama dan membawa satu hadaf yg sama di bumi dataran Syam ini dan juga impian yg berbeza...usia kita di dataran Syam ini tak lama dan agak singkat...dalam tempoh usia kita yg muda di dataran Syam ini,setiap permata ilmu yg ada di sini terlalu mahal nilainya yg tak mampu dibeli..kita diberikan tempoh yg agak muda untuk meneruskan perjuangan di bumi dataran Syam ini..rebutlah segala gedung ilmu di sini dan bawalah pulang ke tanah air untuk di jamu kpd anak bangsa dan juga agama


6. Adik-adik Uniszaku,kita semua adalah dari kalangan yg terpilih...diberi peluang berada di sini.. mungkin dah tertulis di Luh Mahfuz yg kita semua akan berkumpul di sini jadi satu keluarga yg penuh dgn rasa bahagia dan ukhwah yg indah..kita semua dah jadi adik-beradik tak kira laki dan tak kira perempuan...andai ada tercucuk jarum di sanubari,jahitlah luka itu dgn benang kasih sayang dan ukhwah...andai ada yg terluka sesama adik-beradik kita,sapulah luka tu dgn penawarnya tegur-menegur,nasihat-menasihati dan maaf-bermaafan atas kesilapan dan kesalahan adik-beradik kita..itulah penawar yg mujarab


7. Adik-adik Uniszaku,kita diberi peluang untuk berada di bumi Syam ini atas nama Unisza dalam tempoh usia tajsir kita...sama-samalah jaga nama baik kita,nama baik Unisza dan sesama kita...bukan nama yg kita cari,bukan gelaran yg kita cari,bukan darjat yg kita cari,bukan pangkat atau kuasa yg kita cari selama berada di sini...tapi kita mencari apa itu erti menuntut ilmu dgn penuh barakah di bumi Anbia sini..moga-moga tu semua menjadi satu ibadah kpd kita dalam menuntut ilmu di sini


Ini saja kata-kata terakhirku yg terdaya buat kalian adik-adik kesayanganku kuliah adab & Unisza...doaku buat kalian agar dapat juga jadi seorang yg berjaya dunia dan akhirat...pulang ke tanah air dgn membawa satu sinar harapan untuk ummat Islam semua Insya Allah..andai diriku ada keterlanjuran apa pada semua adik-adik kuliah adab & Unisza,tegurlah diriku dan ampun dan maaf buat diriku..moga kalian semua juga dapat ikuti jejak langkah graduan-graduan yg dah khirij sbg inspirasi dan pendorong semangat untuk teruskan sisa-sisa yg tak lama lagi akan di habiskan....

Sabtu, Jun 11, 2011

Hadiah Buat Mereka.....




Inilah detik-detik yg dah lama di nantikan selama ini apabila dah berjaya bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Dan Kesusasteraan Arab Universiti Mu'tah Jordan...pada 15 Mei yg lalu satu majlis konvokesyen bagi pelajar antarabangsa Universiti Mu'tah di adakan bagi meraikan bakal-bakal graduan yg akan tamat belajar tak lama lagi..dalam jangkaan lebih kurang dalam 30 mahasiswa Universiti Mu'tah dari kalangan pelajar Malaysia yg bakal tamat belajar tak lama lagi.

Bagi diri penulis,inilah satu hadiah yg amat bernilai tak terhingga buat mereka khususnya pada emak dan ayah di Malaysia yg tak pernah putus-putus mendoakan anaknya di bumi Jordan sini..selepas keluar keputusan final exam yg lalu,secara rasminya dah pun bergelar khirrijin ( graduan ) dan tamat belajar akhirnya..segala penat lelah,azab perit dan siksa semuanya sudah terbalas dengan satu kejayaan yg berbaloi...Insya Allah 20 Jun yg akan datang tak lama lagi satu Majlis Adat Istiadat Konvokesyen Universiti Mu'tah 2011 yg besar akan di adakan di universiti khas bagi graduan-graduan yg sudah tamat belajar.

Segala jasa kalian semua tak akan dilupakan kpd semua pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSza ) dan juga pensyarah-pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )..tak lupa juga pada semua doktor-doktor di kuliah adab Jamiah Mu'tah : Profesor Dr. Khalil Rafu', Profesor Dr.Ali Muhasanah,Profesor Dr.Mohamad Syawabkah,Profesor Dr.Syafiq Raqab, Profesor Dr.Zaid Muqabalah,Profesor Dr. Ibrahim Ba'ul,Prof. Madya Dr. Faiz Muhasanah,Prof. Madya Dr. Adil Baqain,Prof. Madya Dr. Tariq Majali,Prof. Madya Dr. Siafuddin Al-Fuqara,Prof. Madya Dr. Hassan Rababa'ah,Prof. Madya Dr. Yusof Al-Qammaz,Prof. Madya Dr. Rim,Dr. Syahir Al-Kafawen dan Dr. Rabi'ah Majali...segala ilmu dan kepakaran yg kalian curahkan selama ini tak akan di sia-siakan dan akan terus kekal dalam diri.





Insya Allah 18 Julai 2011 bakal pulang ke Malaysia dan meneruskan perjuangan di peringkat seterusnya...

Ahad, Mac 27, 2011

Mengenali Alam Jin Dengan Lebih Dekat ( Siri 2 )


Kemampuan Jin


Allah s.w.t. memberikan beberapa kelebihan khusus kepada makhluk yg bernama jin ini dimana kelebihan itu tidak ada dan tidak diberikan kepada manusia.Antaranya :


1 ) bergerak dengan pantas


Ia dapat dilihat ketika pada zaman Nabi Sulaiman.Di mana salah satu dari golongan jin iaitu ifrit berkata kepada Nabi Sulaiman untuk memindahkan kerajaan Ratu Balqis yg berada di Yaman ke Baitul Maqdis dalam tempoh masa yg sangat cepat tidak melebihi dari masa berdirinya seseorang itu dari tempat duduknya.Ia menceritakan kepada kita bagaimana ifrit iini berjanji kepada Nabi Sulaiman untuk memindahkan kerajaan Ratu Balqis ini dalam tempoh yg singkat.Kisah ini disebutkan dalam firman Allah :



Berkata Ifrit ( yang cerdik ) dari golongan jin : " Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya.Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari AI Kitab : " Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip". Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya,iapun berkata : " Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari ( akan nikmatNya ).Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk ( kebaikan ) dirinya sendiri dan barang siapa yang ingkar,maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia

( An-Naml : 39 – 40 )


2 ) dapat mengetahui sesuatu perkara yg belum terjadi di langit dari manusia

Sebelum baginda Rasulullah s.a.w. diutus,jin sentiasa naik ke atas langit untuk mencuri dengar khabar-khabar yg akan terjadi di dunia.Selepas Rasulullah s.a.w. diutus,penjagaan di langit diperketatkan sehingga jin tidak dapat mendengar lagi apa-apa jua khabar dari langit.Firman Allah :


Dan sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui ( rahsia ) langit,maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api.Dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan ( berita-beritanya ).Tetapi sekarang barang siapa yang ( mencuba ) mendengar-dengarkan ( seperti itu ) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai ( untuk membakarnya )

( Al-Jin : 8 – 9 )

Berdasarkan ayat ini,yang dimaksudkan sekarang adalah selepas Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan menjadi rasul.Sejak dari itulah jin tidak lagi dapat mendengar segala khabar berita dari langit kerana dijaga dengan amat terlalu rapi.Diceritakan sebelum diutuskan Nabi Muhammad s.a.w. ,jin sentiasa naik ke langit dan mencuri dengar khabar berita.Khabar berita ini kemudiannya disampaikan kepada dukun dan juga bomoh-bomoh.Hakikatnya dukun dan bomoh ini tidak mengetahui apa-apa pun kecuali setelah dibisikkan oleh jin.Dalam satu hadis ada menceritakan :



Aisyah berkata,sekelompok orang bertanya kepada Rasulullahs.a.w. tentang dukun.Rasulullah menajawab : Mereka itu tidak mengetahui sesuatu apapun.Mereka bertanya kembali : Tapi Rasulullah,terkadang apa yang mereka katakan adalah benar dan nyata.Rasulullah s.a.w. bersabda kembali : Ucapannya yang betul itu lantaran dibisikkan oleh jin.Ia membisikkannya ke telinga temannya ( dukun ) seperti berkokoknya ayam betina dan mereka mencampur adukannya dengan seratus kebohongan ( maksudnya yang betulnya satu tapi bohongnya seratus bahkan lebih )

( Riwayat Al-Bukhari )

3 ) Kemampuan untuk berubah bentuk


Bagi golongan jin ini mereka mempunyai kemampuan untuk berubah bentuk sama ada dalam bentuk manusia atau haiwan.Kita dapat lihat bukti ini ketika di dalam peperangan Badar.Di mana datangnya jin kafir di dalam perang ini dan menyerupai Suraqah bin Malik dan menjanjikan kepada musyrikin bahawa mereka akan menang dalam peperangan tersebut menentang tentera Islam.Ketika dalam peperangan,turunya para malaikat dari langit membantu tentera Islam dan syaitan yg menyerupai Suraqah bin Malik terus melarikan diri.Firman Allah :



Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: " Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini,dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu".Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat ( berhadapan ),syaitan itu balik ke belakang seraya berkata : " Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu,sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat, sesungguhnya saya takut kepada Allah".Dan Allah sangat keras siksaNya.

( Al-Anfal : 48 )

Jika kita melihat dalam satu hadis yg panjang ada menceritakan bagaimana kisah Abu Hurairah pernah bertemu dengan jin ini :




Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan.Tiba-tiba muncullah seseorang,lalu mencuri segenggam makanan.Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji,kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "


Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah hingga kemudian ia pun merengek-rengek : " Saya ini orang miskin,keluarga tanggungan saya banyak,sementara saya sangat memerlukan makanan."


Maka pencuri itu pun dilepaskan.Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin?Hanya saja,cara memang keliru.Mestinya jangan keliru. Keesokan harinya Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w..Maka baginda bertanya : " Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh " Ya Rasulullah,bahawa ia orang miskin,keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan " jawab Abu Hurairah.Lalu diterangkan pula olehnya bahawa ia kasihan kepada pencuri itu lalu dilepaskannya.


" Bohong dia " kata Nabi : " Pada malam nanti ia akan datang lagi." Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu,maka penjagaannya diperketat dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Benar juga,pencuri itu kembali lagi lalu mengambil makanan seperti kelmarin.Dan kali ini ia pun tertangkap. "


Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w. " ancam Abu Hurairah sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : " Saya orang miskin,keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi " Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu dan kali ini pun ia kembali dilepaskan.


Pada paginya,kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w. dan baginda pun bertanya seperti kelmarin.Dan setelah mendapat jawapan yang sama,sekali lagi Rasulullah menegaskan : " Pencuri itu bohong dan nanti malam ia akan kembali lagi " Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh.Mata,telinga dan perasaannya dipasang baik-baik.Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri di sekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri.


Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya,ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi.Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu datangnya pencuri jahanam itu.Ia kesal.Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.?Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya? " Awas! " katanya dalam hati." Kali ini tidak akan ku berikan ampun " Malam semakin larut,jalanan sudah sepi,tiba-tiba muncul susuk bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga." Nah,benar juga ia datang lagi " katanya dalam hati.


Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan.Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu.Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. " Kali ini kau pastinya ku adukan kepada Rasulullah.Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari tapi ternyata kau kembali juga.


Lepaskan saya,pencuri itu memohon.Tapi dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi.Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : " Lepaskan saya,akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna " " Kalimat-kalimat apakah itu? " Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu." Bila tuan hendak tidur,bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat.Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi "

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah.Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. Dan keesokan harinya ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam.Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. " Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam? " tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

" Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna,lalu ia saya lepaskan " jawab Abu Hurairah.

" Kalimat apakah itu? " tanya Nabi.

Katanya : " Kalau kamu tidur,bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat.Dan ia katakan pula : " Jika engkau membaca itu,maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari " Nabi s.a.w. berkata " Pencuri itu telah berkata benar sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta " Kemudian Nabi s.a.w. bertanya pula : " Tahukah kamu siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu? "

" Entahlah " Jawab Abu Hurairah.

" Itulah syaitan "

( Riwayat Al-Bukhari )


Bukan itu saja,syaitan juga wujud dalam bentuk seperti haiwan dan binatang contohnya unta, anjing,keldai,ular.dalam kebanyakkan binatang ini yg selalu digunakan oleh jin untuk diserupai adalah bentuk anjing dan kucing hitam.Dalam satu hadis ada menyebut :



Rasulullah s.a.w. bersabda : Anjing hitam adalah syaitan

( Riwayat Muslim )

Ibnu Taimiyah ada menyebut tentang perkara ini : Anjing hitam itu adalah syaitan dan jin seringkali wujud dengan menyerupai anjing hitam dan begitu juga dalam rupa bentuk kucing kerana warna hitam ini adalah warna yg paling disukai oleh syaitan dan ia mengandungi kepanasan dan kehangatan.


Jin Di Dalam Rumah


Seperti sedia maklum bahawa jin ini seringkalinya wujud dalam bentuk binatang dan menyerupai manusia.Binatang yg kebiasaannya kita jumpai di dalam rumah adalah ular.Adakalanya ular itu sebenarnya jelmaan jin.Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. melarang daripada membunuh jin tersebut.Dalam satu hadis menyebut :



Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya di Madinah ada seorang jin yang sudah masuk Islam.Apabila kalian melihat sesuatu ( maksudnya binatang atau sejenisnya ) maka biarkanlah ( jangan dibunuh ) selama tiga hari.Apabila masih ada dan nampak,maka bunuhlah kerana dia itu adalah syaitan

( Riwayat Muslim )

Kelemahan Jin

Sama juga seperti manusia di mana jin ini sebenarnya mempunyai kelemahan biarpun diberikan beberapa kelebihan dan kemampuan yg luar biasa yg tiada pada diri manusia.Di dalam Al-Quran itu sendiri ada menyebut dengan jelas bahawa syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah belaka. Ini di jelaskan dalam Al-Quran :


Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah

( An-Nisa’ : 76 )


Maka dari sini kita dapat mengenalpasti bentuk-bentuk kelemahan jin ini :

1 ) tidak berdaya untuk mengalahkan hamba Allah yg soleh

Allah s.w.t. tidak pernah memberi kepada jin dan syaitan ini kemampuan untuk mengalahkan hamba-hambaNya yg soleh.Dalam masa yg sama juga Allah s.w.t. juga tidak pernah memberikan pada jin dan syaitan itu rsa benci kepada kesesatan dan kekufuran.Allah s.w.t. ada menegaskan :




Sesungguhnya hamba-hambaKu,kamu tidak dapat berkuasa atas mereka.Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga

( Al-Isra’ : 65 )


Dalam firman yg lain :



Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu

( As-Saba’ : 21 )


Berdasarkan kepada ayat ini menunjukkan bahawa jin dan syaitan itu tidak mempunyai cara atau jalan untuk mengalahkan manusia ( hambaNya yg soleh ) bukan sahaja dengan tipu daya mereka bahkan dengan kemampuan meraka ( jin ).Bahkan syaitan dan jin juga mengetahui hakikat ini.

Dalam ayat yg lain juga ada menyebut :



Iblis berkata : " Ya Tuhanku,oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik ( perbuatan maksiat ) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hamba Engkau yang di antara mereka

( Al-Hijr : 39 - 40 )


Dari sini juga jelas bahawa yg menyebabkan jin dan syaitan itu dapat menguasai seseorang manusia itu adalah perbuatan dosanya.Apabila seorang hamba Allah itu dekat dengan Allah maka jin dan syaitan tidak akan berani mendekatinya.


bersambung............

Khamis, Mac 10, 2011

Mengenali Alam Jin Dengan Lebih Dekat ( Siri 1 )

Beriman dengan perkata sami’yyat iaitu perkara ghaib adalah kewajipan kita sbg umat Islam.Malah ia juga adalah akidah keimanan umat Islam.Kewujudan jin adalah sesuatu perkara yg perlu kita percayai dan ia juga adalah satu rahsia dari Allah s.w.t. mengapa kita sbg manusia tidak di izinkan oleh Allah untuk melihat jin yg ada disekeliling manusia ini.

Apabila kita menyebut tentang jin atau alam jin ini,secara tidak langsung kita perlu tahu 4 perkara ini : jin,syaitan.iblis dan ifrit.Kita cuba lihat satu persatu :

1 ) Jin

Alam jin dan alam manusia adalah berbeza dan alam jin terpisah dengan alam manusia.Perkataan jin ini berasal dari bahasa arab ( جن – يجن ) yg bermaksud tersembunyi, tertutup.Dari sini kita dapat lihat bagaimana sifat makluk Allah yg bernama jin ini sememangnya Allah s.w.t. menjadikannya tidak dapat dilihat oleh manusia dan tersembunyi disebalik hijab pandangan manusia.Kita perlu meyakini bahawa makluk Allah yg bernama jin ini sememangnya ada dan wujud di atas muka bumi ini.

Kejadian Jin

Dalam Al-Quran ada banyak menyebut tentang kejadian jin ini.Al-Quran menceritakan bagaimana asal-usul jin ini berasal.



Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia ( Adam ) dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.Dan Kami telah menciptakan jin sebelum ( Adam ) dari api yang sangat panas

( Al-Hijr : 26-27 )



Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )

( Ar-Rahman : 15 )



Allah berfirman : " Apakah yang menghalangimu untuk bersujud ( kepada Adam ) di waktu Aku menyuruhmu? " Menjawab iblis " Saya lebih baik daripadanya : Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah

( Al-A’raf : 12 )



Dalam sebuah hadis juga ada menyebut :



Rasulullah s.a.w. bersabda : Malaikat diciptakan dari cahaya,jin diciptakan dari api yang menyala,dan Adam diciptakan dari apa yang kalian sifati ( tanah )

( Riwayat Muslim )



Agama Jin

Jin juga adalah sama seperti manusia mempunyai agama.Ada dikalangan jin itu ialah jin yg baik dan ada juga dari kalangan jin itu jin yg jahat seperti yg kita sudah sedia maklum.Firman Allah s.w.t. :


Dan bahawa sesungguhnya ( memang maklum ) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

( Al-Jin : 11 )


Dalam firman Allah s.w.t. yg lain :



Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada ( pula ) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran.Barangsiapa yang yang taat,maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus

( Al-Jin : 14 )


Daripada ayat ini,ia menerangkan kepada kita bagaimana jin juga adalah sama seperti manusia yg terdiri dari kalangan yg baik soleh dan juga dari kalangan yg jahat.Biasanya kita selalu mendengar istilah jin Islam dan jin bukan Islam.Dari sini jelas kita dapat lihat bahawa dari kalangan mereka ( jin ) terdiri dari kalangan kafir,jahat dan perosak.Ada juga yg dari kalangan Islam dan berbagai-bagai lagi.Tidak semua jin adalah syaitan kerana jin juga ada dari kalangan yg soleh dan mukmin.Jadi istilah syaitan sebenarnya hanya ditujukkan untuk jin yg kafir dan membangkang.Begitu juga tidak semua syaitan itu adalah jin.Di dalam Surah An-Nas ada menyebut bahawa syaitan itu juga ada dari kalangan manusia itu sendiri.Setiap manusia yg membangkang perintah Allah,derhaka dan selalu menjauhkan manusia lain dari petunjuk Allah,maka mereka ini dinamakan syaitan.


Kelompok / Jenis


Jin ini terbahagi kepada 3 kelompok atau jenis.Dimana Rasulullah s.a.w. ada menyebut di dalam hadisnya bahawa jin terbahagi kepada 3 golongan : i. jin yg selalu berterbangan di udara ii. jin yg wujud dalam bentuk ular dan anjing iii. jin yg selalu berdiam diri ( ada rumah dan tempat ) dan senang berpindah-randah Dalam sebuah hadis ada menyebut :




Rasulullah s.a.w. telah mengkhabarkan kepada kami bahawa jin itu terdiri dari tiga kelompok. Pertama,jin yang selalu berterbangan ( melayang ) di udara,kedua,jin dalam wujud ular-ular dan anjing-anjing dan ketiga,jin yang mempunyai tempat tinggal dan suka berpergian


Tempat Tinggal jin


Jin ini sebenarnya mempunyai tempat tinggal seperti yg terdapat dalam hadis-hadis yg menyebut tentangnya : 1 ) tempat yg kotor ( tandas & tempat sampah )



Dari Zaid bin Arqam,Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya tandas itu dihuni oleh Jin.Oleh kerana itu,apabila seseorang di antara kalian masuk tandas,maka katakanlah : Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits ( Ya Allah,aku berlindung kepadaMu dari syaitan laki-laki dan perempuan )

Dalam hadis lain dari Anas r.a. menyebut ketika Rasulullah s.a.w. hendak masuk tandas baginda berdoa :


Dengan nama Allah,Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaitan khubtsi ( lelaki ) dan syaitan khaba’its ( perempuan ) ( Riwayat Bukhari & Muslim )

2 ) tempat yg kosong ( rumah kosong ) atau gurun dan padang pasir Dalam satu hadis ada menyebut :


Dari Ibnu Mas'ud r.a. berkata : Suatu hari kami ( para sahabat ) berkumpul bersama Rasulullah s.a.w..Tiba-tiba kami kehilangan baginda,lalu kami cari-cari di lembah-lembah dan kampung-kampung ( akan tetapi kami tidak mendapatkannya ).Kami lalu berkata : Rasulullah s.a.w. telah diculik.Pada malam itu,tidur kami betul-betul tidak menyenangkan.Ketika pagi hari tiba, nampak Rasulullah s.a.w. sedang bergegas menuju ke arah kami dari arah sebuah gua yang berada di tengah padang pasir.Kami lalu berkata : Ya Rasulullah,malam tadi kami betul-betul kehilangan kamu,lalu kami cari-cari ke sana ke mari akan tetapi kami tidak menemukan kamu.Lalu kami tidur dengan sangat tidak menyenangkan.Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda : Malam tadi saya didatangi oleh utusan dari kelompok jin,ia membawa saya pergi menemui kaumnya untuk mengajarkan Al-Quran.Ibnu Mas'ud kemudian berkata kembali : Lalu kami diajak oleh Rasulullah untuk melihat bekas-bekas tempat mereka ( kelompok jin ).Para jin itu kemudian bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai makanan mereka.Rasulullah s.a.w. menjawab : Makanan kalian itu ( wahai golongan jin ) adalah setiap tulang yang masih ada sisa-sisa dagingnya yang berada di tangan kalian dan ketika memakannya disebutkan nama Allah serta semua tahi ( kotoran ) binatang ternak kalian.Rasulullah s.a.w. kemudian melanjutkan sabdanya : Oleh kerana itu,janganlah kalian ( para sahabat ) beristinja ( membersihkan najis seperti habis buang air kecil atau besar dengan menggunakan batu atau benda lainnya selain air ) dengan keduanya ( tulang dan kotoran binatang ) kerana keduanya itu adalah makanan saudara kalian ( golongan jin )


( Riwayat Muslim )


Hadis ini menceritakan kepada kita bagaimana Rasulullah s.a.w. telah dibawa oleh utusan dari kelompok jin ke padang pasir ( tempat jin tinggal ).Dalam hadis ini juga menunjukkan ketika pada waktu pagi harinya,baginda s.a.w. muncul dari sebuah gua yg terletak di tengah padang pasir.Jadi,ini juga menunjukkan kepada kita bahawa jin juga tinggal di padang pasir di tempat yg kosong dan sepi.


3 ) lubang





Dari Abdullah bin Sarjas,Rasulullah s.a.w. bersabda : Janganlah seseorang di antara kalian kencing di lubang.Mereka bertanya kepada Qatadah : Mengapa tidak boleh kencing di lubang? Qatadah menjawab : Rasulullah s.a.w. mengatakan kerana lubang itu adalah tempat tinggalnya golongan jin

( Riwayat Abu Dawud,Nasai dan Ahmad )

4 ) di pasar


Ada satu hadis yg menyebut :


Janganlah kalian menjadi orang yang pertama kali masuk ke pasar atau menjadi orang yang paling akhir keluar dari pasar kerana pasar itu merupakan tempat berperangnya para syaitan.Dan di pasarlah syaitan mencacakkan benderanya

( Riwayat Muslim )

Waktu Jin & Syaitan Berkeliaran


Dalam hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa waktu berkeliarannya syaitan itu adalah pada waktu matahari terbenam iaitu ketika senja ( sebelum dan setelah maghrib sedikit ).Maka baginda s.a.w. menyarankan ketika waktu malam tiba,anak-anak perlu segera masuk ke dalam rumah.Sabda baginda s.a.w. :



Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila hari menjelang malam tiba,tahanlah ( di dalam rumah ) anak-anak kecil kalian kerana pada saat itu syaitan berkeliaran.Apabila permulaan malam sudah tiba,diamkanlah anak-anak kalian di dalam rumah,tutuplah pintu-pintu ( termasuk jendela ) kalian dengan terlebih dahulu menyebut nama Allah kerana syaitan tidak akan dapat membuka pintu yang terkunci dengan menyebut nama Allah sebelumnya dan ikatlah kendi-kendi air kalian sambil menyebut nama Allah,tutuplah bejana-bejana atau wadah-wadah kalian sambil menyebut nama Allah meskipun hanya ditutup dengan sesuatu ala kadarnya dan matikanlah lampu-lampu kalian ( kalau mahu tidur )


( Riwayat Bukhari & Muslim )

Jin Makan & Minum


Terdapat beberapa hadis yg menceritakan perihal tentang sifat makan dan minum jin.Jin ini juga sama seperti manusia iaitu makan dan minum.Antara dalil-dalil :


Makanan kalian itu ( wahai golongan jin ) adalah setiap tulang yang masih ada sisa-sisa dagingnya yang berada di tangan kalian dan ketika memakannya disebutkan nama Allah serta semua tahi ( kotoran ) binatang ternak kalian.Rasulullah s.a.w. kemudian melanjutkan sabdanya : Oleh kerana itu,janganlah kalian ( para sahabat ) beristinja ( membersihkan najis seperti habis buang air kecil atau besar dengan menggunakan batu atau benda lainnya selain air ) dengan keduanya ( tulang dan kotoran binatang ) kerana keduanya itu adalah makanan saudara kalian ( golongan jin )

( Riwayat Muslim )


Hadis yg lain juga ada menyebut :


Dari Ibnu Umar bbahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila salah seorang dari kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila ia minum,maka minumlah dengan tangan kanannya kerana syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya ( Riwayat Muslim )


Dalam hadis lain :


Dari Jabir bin Abdillah bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila seseorang masuk rumah lalu ia menyebut nama Allah ketika masuk ( rumah ) dan ketika makan,maka syaitan akan berkata ( kepada sesama syaitan lainnya ) : Kalian tidak dapat menginap dan tidak dapat makan malam.Namun apabila ia masuk rumah dan tidak menyebut nama Allah ( berdoa ) ketika masuk dan makannya,syaitan akan berkata : " Nah,sekarang kalian dapat menginap dan makan malam"


( Riwayat Muslim )



Jin & Syaitan Ketawa dan Menangis


Disebutkan dalam satu hadis yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari yg menyebut bahawa syaitan itu akan ketawa ketika seseorang itu menguap dengan mengeluarkan bunyi “ haaaaaaaa” atau “ wuuaaaghh ” :



Abu Hurairah berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci mennguap. Apabila seseorang bersin lalu mengucapkan al-hamdulillah,maka muslim yang mendengarnya harus mendoakannya.Adapun menguap datangnya dari syaitan,kerananya tahanlah sedapat mungkin.Apabila ia menguap terus keluar suara "haaa",maka syaitan akan tertawa

( Riwayat Bukhari,Abu Daud,At-Tirmizi,Ahmad,Ibnu Majah )

Begitulah dalam situasi ketika seorang manusia itu menguap.Oleh kerana itu,adalah baik kiranya ketika menguap,tutuplah mulut dengan tangan dan tidak mengeluarkan suara bunyi.Manakala yg disebut pula syaitan itu menangis ketika mana seseorang itu membaca Surah As-Sajadah hingga ke ayat sujud ( ayat 15 ),kemudian ia melakukan sujud sajadah.Disebut dalam satu hadis :


Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila anak Adam membaca surah as-Sajdah kemudian ia sujud sajdah ( ketika membaca ayat sajdahnya ayat ke-15 ),maka syaitan akan pergi menangis sambil berkata : " Aduh celaka dan sialnya nasibku "


( Riwayat Muslim )


bersambung......

Selasa, Februari 15, 2011

Nur Syahadah...


Kring....Kring....

Bunyi jam loceng yang amat membingitkan telinga telah memecah kesunyian dan ketenangan tidurnya pagi itu.Dia menggeliat perlahan,masih terasa beban kepenatan setelah seharian memerah otak untuk menyiapkan assignment.Dikerlingnya pada jam di sebelah katilnya, emm..sudah hampir pukul lima pagi.Dia mengucapkan kalimah syahadah perlahan..aku masih dipanjangkan umur..syukur Alhamdulillah!

Dia bergerak perlahan ke bilik air dan mengambil wudhuk..dicapainya telekung sembahyang yang diletakkan bersebelahan dengan meja studynya...dia tersenyum memandang pada satu wajah yang sedang lena diulit mimpi. Izzati, teman sebiliknya itu kelihatan letih sekali tetapi hatinya tenang apabila melihat wajah yang tidak pernah jemu mengukir senyuman kepada sesiapa sahaja. Andai temanya itu tidak mengalami keuzuran, dia pasti pagi yang hening ini akan diisi dengan alunan suaranya membaca al-quran...izzati,terima kasih..kerana persahabatan yang kau hulurkan..

Dia bersembahyang sunat dua rakaat..selesai solat,dia kembali membuka laptop dan menyambung kembali assignment yang masih belum siap sejak tiga hari yang lepas.Dia memandang pada diari yang menyimpan segala hal yang penting tentang dirinya.Emm...lagi dua hari assignment ini akan dihantar kepada Encik Muslimin.Sempatkah?Dia mencongak sendiri..

insya Allah..andai aku berusaha lebih,pasti akan disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan.Dia memberi motivasi kepada diri sendiri.

Namun,entah mengapa hatinya terasa untuk menyambung kembali novel yang sejak tiga bulan lepas masih belum sempat disiapkan. Dia terasa idea untuk menulis kembali membuak-buak...

Ish..time aku nak siapkan assignment,banyak la pulak idea nak keluar..dia akhirnya mengalah dengan desakan parasaan.Apa yang terbuku dalam kepalanya harus diluahkan pada skrin laptop..dia menutup folder assignment dan kembali membuka folder " cerpen dan novel " yang terkandung berpuluh-puluh cerpen karyanya.

Tanganya berhenti menulis tatkala azan subuh berkumandang memecah kesunyian kolej kediaman Kemboja pagi itu.Suara itu! Dia tersenyum sendirian...laungan azan yang dialunkan cukup menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.Dia pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dan air matanya hampir menitik saat pemuda tersebut menceritakan detik-detik kewafatan Nabi Muhammad.Selama ini bukan dia tidak pernah membaca buku tentang kisah sedih tersebut tetapi air matanya tidak pernah tumpah.Mungkin juga disebabkan oleh lunak suara dan kesungguhan dalam menyampaikan ceramah,pemuda tersebut berjaya membuatkan ceramah yang disampaikan begitu terkesan di hatinya sehingga kini.

Ashraf...itulah nama pemuda yang seringkali berjaya menambat hati mahasisiwi di kolej kediamanya.Orangnya agak pendiam dan terlalu berhati-hati dalam pergaulan.Dia bersifat sederhana dan yang pastinya kehadiranya di mana-mana sudut kolej pasti mengundang mata-mata perempuan ke arahnya!Dia?Dia juga merupakan salah seorang daripada mahasiswi yang mengagumi pemuda yang penuh dengan sifat-sifat yang di dambakan oleh seorang wanita dia tersenyum keseorangan dan matanya seakan terpaku tatkala melihat jam yang berada di sebelahnya...

Ya allah..dah hampir enam setengah! Dia cepat-cepat berlari kearah bilik air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat subuh...pasti syaitan bersorak riang pagi ini..berjaya melalaikan seorang lagi anak adam..lewatkan solat!


*****************

" apa?Aku kena menemuramah Ashraf? "

Zaiful hanya mengangguk.Dia memandang pelik wajah Humaira dihadapanya.Aku suruh temuramah Ashraf bukannya temuramah hantu..pelik apabila melihatkan wajah Humaira yang nampak terkejut teramat sangat.Rasanya ramai mahasiswi akan tersenyum kesukaan apabila dapat berdekatan dengan pemuda sebaik Ashraf..tetapi,kenapa Humaira tidak mahu?

" tak nak la Epol...aku takut..kenapa tak suruh Hamdan? "
"eh..kenapa dengan kau?Kenapa takut dengan Ashraf ?Dia ok la..ini memang tugas kau sebagai wartawan majalah kolej..aku dah bagitahu dia yang kau akan temuramah dia hari isnin ni..take note..aku tak nak kau lupa.Ashraf tu terlalu busy..susah nak ambik masa dia.."

Dia hanya mengangguk.Risaunya hati aku!Selama lima sem dia kat sini,sekalipun Ashraf tidak pernah tersenyum padanya walaupun dia selalu mensedekahkan senyuman manisnya pada pemuda tersebut...tetapi dia tidak pernah berkecil hati,dia tahu orang seperti Ashraf tidak akan senang-senang bermain mata dengan perempuan...

Humaira...bukankah itu impian kau selama ini?Mahu Ashraf tahu tentang kewujudannya dimatanmu...sekatika,dia kembali tersenyum.Allah sudah makbulkan doanya sejak dua tahun lepas!
Isnin?haa..esok?


*******************

" Hai sekalian manusia,bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri,dan dari padanya Allah menciptakan isterinya dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain,dan (peliharalah) hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. "


(Surah An-Nissa': 1)


Dia tunduk.Mahu memahami secara dalam ayat yang disampaikan oleh Asyraf sebagai pengakhiran ceramahnya.Malam ini Ashraf bercakap tentang pandangan islam terhadap wanita, hak-hak wanita dan kedudukan wanita dalam Islam.Hatinya tersentuh saat pemuda tersebut melaungkan azan...isyarat waktu untuk solat isyak telah tiba.Ya allah...pemuda itukah yang aku perlu jumpa esok?Bagaimana ya allah...apakah tanggapanya kepadaku esok...layakkah aku bercakap dengannya?Hatinya secara tiba-tiba dipagut rasa gundah yang bukan sedikit.Hatinya juga terasa sebak,entah mengapa dia terasa bagaikan ada ikatan yang terlalu kuat dan kehadiran Ashraf dirasakan terlalu bermakna.Akukah yang terlalu hanyut dalam cinta sesama manusia?Berdosakah aku,ya allah?

" Umairah..."

Dia terdengar namanya dipanggil seseorang saat dia menyarungkan selipar di kaki.Mahu bergerak pulang ke bilik.Dia menoleh, jantungnya seakan mahu berhenti berdengup.Ashraf! Derap tapak kaki Ashraf semakin menghampiri.Disebelahnya ada seorang pemuda yang dia tidak kenali nama tetapi selalu dilihat bersama-sama Ashraf.Dengan hanya berkain pelikat dan T-shirt lengan panjang berwarna putih..ashraf dilihat terlalu kacak!Wahai mata..janganlah kau terlalu mengagumi kurniaan duniawi...seperti ada suara halus yang menyedarkanya..dia beristigfar perlahan.

" assalamualikum Humaira "

Bibir itu menguntum senyum saat salam dihulurkan.Dia berasa sedikit lega.Sekurang-kurangnya senyuman itu bisa membuahkan jalinan ukhwah antaranya dan Ashraf.Namun, hatinya terasa sedikit pelik..Ashraf tahu nama aku?Emm..mungkin Zaiful telah memperkenalkan dia pada Ashraf.Humaira..jangan fikir yang bukan-bukan!Hatinya mengingatkan....

" waalaikumussalam.."

Dia menjawab perlahan.Izzati di sebelahnya juga diam membatu.Mungkin terkejut kerana pemuda yang sentiasa menjadi bualan mereka sedang berada di depan mata.Izzati, jangan hatimu jua gundah...

" saya mahu mintak maaf ngan Humaira kerana tak dapat memenuhi janji saya.Saya perlu balik kampung esok,ada hal penting.Boleh saya tukarkan temujanji kita? "

Agak berhati-hati ayat yang diluahkan itu dituturkan oleh pemuda tersebut.Dia hanya mengangguk dan tersenyum.Pandanganya dihalakan kepada beberapa orang student perempuan yang sudah berbisik sesama mereka.Aduh..jangan aku digosipkan dengan pemuda sebaik ini...kesian Ashraf,dia tidak mahu nama baik Ashraf akan tercemar hanya kerana dilihat Ashraf berbual denganya.

" it's ok..nanti,bila Ashraf ada kelapangan,Ashraf boleh bagitahu saya ataupun Zaiful..kita akan aturkan temujanji yang lain.Emm..kalau dah tak ada apa-apa lagi,saya balik ke bilik dulu.."
Dia membalas ihklas.Dipandangnya wajah pemuda tersebut yang tidak lekang dengan senyuman.Lesung pipit yang berada di sebelah pipi kirinya menjadikan wajah Ashraf semakin kacak..aduh..ibu,anakmu ini sudah tertawan!

" ok..terima kasih dengan kerjasama awak..hati-hati "

Dia berlalu dengan senyuman yang tidak lepas dari bibir.Siapa yang tidak gembira?Dapat ucapan ' hati-hati ' daripada lelaki idaman seperti Ashraf...aduh..ibu,anakmu ini sedang angau! Pingangnya dicuit mesra oleh Izzati yang sudah senyum mengusik ke arahnya.

" Umai..aku rasa Ashraf tu sukakan kau la..."

" kenapa kau cakap macam tu Izzati? "

Hatinya berdebar.Kenapa aku berperasaan macam ni?Seperti ada yang menganggu perasaan.

" entah..hati kecil aku dapat rasakan dalam mata Ashraf ada tersembunyi satu perasaan yang sukar untuk diterjemahkan.."
Nah..pendebat Universiti telah memberi jawapan yang amat sukar untuk ditafsirkan.Nasib kau la Umairah..dapat kawan yang sentiasa berpuitis dalam kata-kata.

" perasaan cinta? "

Dia sengaja mahu mengusik Izzati tetapi sahabatnya itu hanya mengangguk..
Betulkah?


*************************

Dia meletakkan perlahan talefon yang sejak dari tadi masih berada di gemgamanya.Air matanya mengalir perlahan.Dia sedang bersedih!Dia tahu perasaanya bagai ditikam belati yang tajam..ibu telah mempunyai seseorang yang akan dijadikan bakal suaminya.Dan dia tahu, elaki itu pastinya bukan Ashraf!

" Muslim lelaki yang baik.Ibu percaya dia pasti dapat membahagiakan Humaira.Ibu mahu Humaira mendapat lelaki sebaik dia untuk dijadikan seorang suami...abah mahu Humaira balik minggu depan untuk pertunangan kamu.."

Dia sudah teresak di penjuru bilik.Lemahnya aku..ya allah..kurniakan aku segunung kekuatan. Aku mahu jadi anak yang solehah..yang memenuhi setiap kata-kata ibu dan abah..tetapi, kenapa hati aku sungguh sedih dengan permintaan ibu dan abah kali ini?
Adakah kerana perasaan sayang dan harapan telah diberikan kepada orang lain?
" kenapa ni Umai? "

Bahunya disentuh lembut.Dia tidak sedar kehadiran Izzati di bilik mereka.Setahunya,Izzati telah ke kafe sejak tadi.Emm..mungkin aku tidak sedar.

" ibu..."

Hanya itu yang mampu dia luahkan.Sungguh..aku lemah dalam percaturan ini..

" kenapa dengan ibu?Kenapa Umai..."

Bahunya telah digoncang dengan kuat.Dia semakin tersesak.Dipeluknya tubuh Izzati dengan kuat.

" ibu mahu aku bertunang minggu depan..dengan lelaki pilihanya.Aku terlalu sedih.."

Saat ayat itu dituturkan,dia melihat ada deraian air mata di pipi sahabtnya itu.Izzati mengenggam erat kedua tanganya,mahu memberi kekuatan kepadanya.Walaupun air mata Izzati tidak henti mengalir tetapi tangan lembut itu tidak pernah berhenti untuk menyapu titisan air mata yang mengalir di pipinya...indahnya sifatmu Izzati...
" Umai..jangan terlalu bersedih.Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kekuatan hambanya.Kau perlu rehda dan terima semua ni.Aku yakin,semua yang berlaku ada hikmahnya..kau bersabarlah.."

" Izzati...aku dah letakkan perasaan aku kepada Ashraf.Kau pun tahu kan?bagaimana aku tidak pernah jemu untuk berdoa..agar pintu hati Ashraf terbuka untuk aku.Dan sekarang?Bila Ashraf sudah mula dekat dengan aku..aku perlu lepaskanya.."
Dia memandang tepat pada wajah yang penuh dengan ketenangan tersebut.Izzati seperti cuba untuk mengukir senyuman padanya walaupun amat jelas kelihatan begitu hambar sekali. Tangannya semakin digenggam erat.

" Umai..jangan jadikan cinta sesama manusia sebagai ukuran kekuatan dan kelemahan kau...aku yakin,kau mampu mengusir perasaan sayang di hati kau untuk Ashraf secara perlahan-lahan. Jadilah anak yang solehah..anak yang sentiasa membahagiakan kedua orang tuanya.Kau beruntung Umai..masih mempunyai ibu bapa untuk kau terus berbakti kepada mereka, bahagiakan mereka..aku?aku hanya ada al-quran yang dapat mendekatkan aku dengan mak dan ayah aku...kadang-kadang aku alpa untuk sedekahkan al-fatihah..."

Ayat Izzati mati di situ.Dia sudah tenggelam dalam tangisan yang ditahanya sejak tadi.Umairah memeluk perlahan tubuh Izzati.Andai menangis dapat melegakanmu...teruslah menagis Izzati..ya allah,semoga Izzati menjadi sebahagian daripada wanita-wanita hebat yang tidak lekang di ujimu...

Andai benar,tiada jodoh antara aku dan Ashraf...demimu ya allah..aku redha...


************************

" Humaira..kau ada masalah ke? "

Dia tersentak saat ayat itu diturkan oleh Zaiful.Dia hanya menggeleng.

" abis tu kenapa ayat kau banyak tak kena?Ejaan banyak salah!Soalan yang ditanya entah apa-apa..kau aturkan temujanji dengan Encik Rosman sekali lagi.Aku betul-betul tak puas hati dengan kerja kau kali ni.Aku tahu kau ada masalah tapi kemana hilangnya sifat professional kau selama ni? "

Zaiful terasa seperti mahu ditelan hidup-hidup wajah di hadapanya itu.Dahlah mahu dapatkan temujanji dengan Encik Rosman,salah seorang kaunselor di Universitinya itu amat sukar.Tetapi, bila dah dapat..Humaira dah hancurkan segalanya!Hampir tiga tahun bekerja dengan Humaira, serasanya gadis itu tidak pernah mengundang masalah kepadanya.Tetapi,pagi ini gadis itu telah membuatkan dia merasakan mahu melempar semua kertas-kertas yang berada di hadapanya

Dia terasa betul-betul hampa.Humaira hanya tunduk memandang kasut yang dipakainya.Dia tahu dia yang bersalah dalam hal tersebut,dia tidak seharusnya mengundang kemarahan Zaiful. Sudah dua tahun dia bekerja di bawah Zaiful,dan hari ini adalah pertama kali kemarahan Zaiful padanya tidak dapat dibendung.Dia hanya mengangkat kepala saat pintu bilik mesyuarat dihempas kuat.

" Humaira,kau jangan tertekan sangat.Sebenarnya Zaiful dah berusaha keras untuk aturkan temujanji kau dan Encik Rosman,katanya majalah kita pada bulan ni akan jadi gempaq..iya la..kau pun tahu kan,reputasi Encik Rosman amat tinggi sekarang.Kalah pakar motivasi kesanyangan kau..Dato' Fadilah Kamsah! "

Bibirnya terukir senyuman tatkala Mimie menyebut nama Dato' Fadilah Kamsah.Baginya, kesalahan yang dilakukannya itu memang tidak seharusnya berlaku kerana dia telah memegang peranan sebagai wartawan majalah kolej sejak di semester satu.Seharusnya,dia lebih professional dalam melaksanakan tugas.Aduh..sukarnya mahu menjalani kehidupan ciptaanmu tuhan!Bagilah aku kekuatan...

" aku tahu silap aku Mimie.Ada masa nanti,aku akan minta maaf ngan Zaiful.Insya Allah aku akan jumpa Encik Roman secepat mungkin..aku janji.."

Mimie tersenyum kelegaan...dia memandang tepat pada wajah yang banyak menyimpan rahsia. Tidak banyak yang dia tahu tentang gadis tersebut.Humaira lebih senang bersifat low profile walaupun mempunyai saham yang agak tinggi di kolej tersebut.Setiap semester gadis tersebut pasti tidak terlepas untuk mengambil anugerah dekan.Sifatnya terlalu bersederhana dalam apa jua hal.Dan yang paling penting gadis itu mampu menjalinkan ukhwah tanpa mengira batasan..semua oaring di mata Humaira adalah sama.Katanya,setiap umat islam adalah bersaudara...

" ya allah..aku lupa Humaira...semalam Ashraf titipkan salam buat kau "

Humaira tersentak.Terasa mukanya merona kemerahan.Dia tersenyum perlahan untuk menutup rasa malu yang sudah menguasai diri.

" bila dia jumpa kau? "

Dalam debar dan malu,dia masih mahu bertanya.
" semalam..lepas habis menyuarat jawatankuasa surau..emm...Humaira,kau ada dengar gossip pasal Ashraf tak? "
Suara Mimie agak perlahan saat ayat itu dituturkan.Dia mengerutkan dahi.Pemuda sebaik Ashraf ada gossip?Agak menarik...

" ramai budak kolej cakap yang Ashraf akan berkahwin..."

Demi tuhan..jantungnya terasa seperti ditikam saat perkhabaran itu diterima.Namun,dia cuba berlagak seperti biasa.
"al-hamdulillah...Ashraf mahu mendirikan masjid.Kita patut mendoakan kebahagiaan dia.."

Hanya itu yang mampu dia tuturkan.Dadanya terasa sebak.Betul apa yang kau cakapkan Izzati.. aku tidak ada jodoh dengan Ashraf..

" tapi aku pelik.Aku tengok dia macam baik dengan kau..tapi kenapa mahu berkahwin dengan perempuan lain.."

Mimie menyoal tanda kehairanan.Dia menyabarkan dirinya sendiri...

" Mimie,jodoh pertemuan di tangan Allah..mungkin aku ada pertemuan dengan Ashraf tetapi aku tidak ada jodoh dengan dia.Mungkin juga,aku ada jodoh dengan bakal suami aku tetapi tidak ada pertemuan dengannya.Mimie, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..dan sebagai hambanya,kita perlu terima dan rehda.."


*************************

Dia bergerak perlahan,melalui meja makan yang diduduki oleh Ashraf dan teman-temanya. Tidak ramai yang berada di kafe pada hari ini.Maklumlah,cuti pertengahan semester telah bermula.Dia terasa agak berat untuk pulang ke kampung.Untuk itu dia tidak terus balik ke kampung,mahu tinggal di kolej untuk sehari dua lagi.Biarlah segala persiapan pertunanganya dibuat oleh ibu dan adik-beradiknya.Hatinya terasa amat sedih apabila matanya bertembung dengan panahan mesra mata Ashraf...aku bakal milik orang lain Ashraf..hatinya dipagut rasa menyesal yang teramat.Kenapa aku tidak membantah?Dan kau juga bakal menjadi pemimpin kepada gadis lain..jika benar apa yang diperkatakan oleh teman sekolej.
Ya allah..apa yang aku fikirkan ni?Dia cepat-cepat beristigfar dalam hati.Berdosakah aku ya Allah..kerana mahu melawan ketentuanMu...

" Humaira..."

Suara itu!
Dia mempercepatkan langkah.Tidak mahu hatinya gundah sekali lagi...biarkan aku Ashraf...biarkan rasa cinta di hati ini pergi perlahan-lahan..

" Humaira! "

Kali ini kakinya tidak dapat lagi melangkah.Nada suara itu terlalu kuat,masakan dia boleh berlagak tidak dengar?
Dia menoleh.Ashraf hanya tersenyum ke arahnya.Dia tidak berupaya untuk membalas.Ya Allah..padamkan rasa sayang ini terhadapnya..aku sayang kepadanya keranamu ya Allah..dan aku perlu hilangkan rasa sayang ini jua keranamu...

" kenapa masih ada kat sini?Tak balik kampung? "
" balik...lagi tiga hari.."

Dia lihat ada riak terkejut pada wajah Ashraf.Senyuman yang terukir pada wajah itu padam serta merta.Mengapa?

" kenapa balik lambat? "

Soalan daripada Ashraf semakin menyesakkan perasaan.Ketahuilah olehmu Ashraf.. kepulanganku ke kampung akan membuang semua rasa sayang di hati ini kepadamu...

" ada beberapa artikel yang perlu saya siapkan..saya pergi dulu Ashraf..selamat tinggal.."
Air matanya seakan mahu menitik.Ashraf hanya tersenyum mamandangnya.

" tak perlu ucapkan selamat tinggal...Insya Allah,kita akan jumpa lagi.Hati-hati.."
' hati-hati '...ungkapan itu selalu dititipkan buatnya dalam nota atau messege..dia tidak tahu apa perasaan Ashraf terhadapnya tetapi dia amat faham tentang perasaanya sendiri..

Sesungguhnya,dia menyintai lelaki itu.Lelaki itu yang selalu dia doakan dalam solatnya.Lelaki itu yang selalu dia mimpikan selepas solat istikarah...ya Allah..tidak cukup kuatkah doanya selama ini?Terlalu kerdilkah aku untuk berdampingan dengan insan sebaik Ashraf?Akukah insan yang tidak pandai bersyukur dengan takdirmu?


****************************

Dia menyarungkan jubah putih ke tubuhnya.Cantik jubah ini..kata ibu,jubah ini pemberian Muslim,bakal tunangnya itu mahu dia berpakaian seperti ini selepas mereka dinikahkan.Dia menangis keharuan..sesungguhnya Allah telah menetapkan yang terbaik buatnya..betul kata Izzati,Muslim seorang yang soleh dan baik...jika tidak,pemuda tersebut tidak akan mengambil keputusan untuk melamarnya sebelum mengenalnya.Izzati, terima kasih kerana sentiasa mendoakan kebahagiaanku...semoga dirimu jua akan dipertemukan dengan insan yang dapat membahagiankanmu...insya Allah..

Bukankah itu doanya?Agar dipermudahkan jodoh dengan seseorang yang dapat membimbingnya menemui jalan ke syurga akhirat...syurga dunia ini hanyalah pinjaman sementara,dan dia?Antara insan yang selalu leka dan taksub dengan keindahan dunia.Aku perlukan perubahan..aku perlukan bimbingan..untuk kutemui jalan pulang ke pangkuanmu ya Allah...

Brep...brep...
Telefon yang berada di atas meja tulisnya bergetar.Isyarat ada messege masuk.Dia membuka perlahan..
Ashraf?
Jantungnya berdengup kencang...
' selamat bertunang..semoga bahagia untuk memulakan episod kehidupan yang baru..terima kasih '

Terima kasih?Untuk apa?

Macammana Ahsraf tahu aku akan bertunang hari ni?


*******************************

Cincin sudah disarung pada jari manisnya.Pipinya dikucup lembut dan tubuhnya dirangkul erat oleh bakal ibu mertuanya.Dia terasa damai,dipandangnya wajah ibu dan abah yang sejak dari tadi asyik tersenyum.Aku sudah membahagiakan kedua wajah itu...saat melihat cahaya bahagia di wajah ibu dan abah,dia terasa seisi ala ini akan menjadi miliknya.Tiba-tiba pandangan terhenti pada satu wajah. Ashraf ?
Apa yang dia buat di tengah-tengah rumah aku?Pulak tu pada hari pertunangan aku dan Muslim...

" abah mahu Muslim membacakan doa untuk keberkatan majlis ni "

Suara abah menghentikan segala macam pertanyaan di kepalanya.Dia menjadi bertambah kaku saat Ashraf mengangkat kedua tanganya untuk membacakan doa.
Ya Allah..itu pemuda kesayanganya...
Saat doa selesai dibaca,Ashraf bergerak kearahnya..dia mencium pipi bakal ibu mertuanya yang juga ibu Ashraf dengan perlahan.Selepas itu,dia bergerak menghampiri abah..diciumnya tangan abah lembut.

" hari ini,seperti yang saya janjikan,untuk tetamu semua,bakal menantu saya..Ashraf Muslim.. akan menyampaikan ceramah untuk kita.Saya mengharapkan semua tetamu dapat mengambil sedikit sebanyak ilmu daripada apa yang disampaikan nanti.."
Serentak dengan itu..air matanya jatuh berderai...indahnya kurniaanmu tuhan!


**************************

Dia senyum bahagia melihat segala persiapan yang dibuat oleh seluruh kaum keluarganya.Di tanganya digemgam erat talefon sejak dari pagi tadi.Hatinya dipagut rasa berdebar dan gembira. Segalanya bercampur menjadi satu.Hatinya juga gundah..mampukah dipikul tanggungjawab yang agak berat sebagai isteri?Setahun menjadi tunangan Ashraf,sememangnya dia amat menatikan saat mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah.Siapa yang tidak gembira? Memiliki seorang lelaki yang sekian lama dia nantikan..lelaki yang seringkali mengamit rasa rindu dan perasaan yang dia sendiri sukar untuk mentafsirkanya.

" Kak Humaira...Abang Ashraf call..."

Terdengar laungan daripada Amina.Adik sepupunya yang sedang sibuk mengubah hantaran untuk perkahwinanya.Dia bergerak perlahan menuju ke arah meja kecil yang berada di satu sudut yang agak tersorok di penjuru rumah.

" cepatlah akak..Abang Ashraf dah lama tunggu.."

Amina mengeyitkan mata,mahu mengusiknya.Dia hanya tersenyum.

" assalamualaikum..."

" waalaikumussalam wahai bidadari hati..."
Dia tersenyum.Senang mendengar ungkapan yang keluar daripada mulut bakal suaminya itu.

" Humaira tengah buat apa? "

" tolong tengok orang buat kerja..."

Dia berterus terang.Bukan tidak mahu tolong tetapi ramai yang menegahnya untuk berbuat demikian.Kata mereka,bakal pengantin harus merehatkan diri...ada-ada sahaja.

" macam letih je tugas Humaira tu..."
Dia dan Ashraf sama-sama tergelak.Begitulah Ashraf,lansung tidak sama dengan tingkahlaku sewaktu dia kenal pemuda tersebut di kampus.Ashraf..seorang yang agak kelakar dan suka mengusiknya..kadang-kadang dia terasa mahu menangis kerana diusik keterlaluan.

" Humaira..."
Dia terasa pelik.Agak perlahan namanya dipanggil Ashraf..

" walauapapun yang berlaku Ashraf nak Humaira terus berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik daripada semalam.Ashraf mahu Humaira menjadi bidadari Ashraf.. bukan hanya di dunia tapi akhirat juga.."

Hatinya tersentuh dengan ungkapan yang Ashraf berikan.Begitu tinggikah rasa sayang Ashraf padanya?

" sebenarnya,Ashraf sudah tahu yang kita telah dijodohkan sejak kecil lagi.Untuk itu,Ashraf sanggup menyambung master di Universiti yang sama dengan Humaira..Ashraf mahu dekat dengan Humaira walaupun Ashraf tahu Ashraf tidak boleh melampaui batas.Hanya tuhan yang tahu perasaan Ashraf bila Ashraf hanya mampu memandang Humaira daripada jauh..Humaira, cinta Ashraf untuk Humaira adalah kerana Allah.."

Demi tuhan..dia terkejut mendengar apa yang diluahkan oleh Ashraf.Kenapa ibu dan abah tidak pernah memberitahunya tentang perkara tersebut?Andailah Ashraf tahu..aku jua telah lama menyimpan rasa sayang padanya sejak pertama kali dia mendengar pemuda tersebut melaungkan azan subuh di hari pertama dia memulakan kuliah pada semester pertama...

" terima kasih Humaira..kerana menerima Ashraf dan menerima apa yang telah ditetapkan oleh keluarga.."
Terdengar ada suara teresak-esak pada akhir kata-kata tersebut.Humaira tergaman.Ashraf menangis?
" ashraf..kenapa ni?Humaira terima Ashraf juga kerana Allah..dan demi Allah..Humaira sayang pada Ashraf..."
Klik!Talian telah dimatikan.Dia kebingungan.Akukah yang salah?


*************************

Perlahan dia menyiram air mawar di kuburan Ashraf..tenanglah dikau di alam sana sayang... . disapunya perlahan air mata yang mengalir di pipi.Masih terbayang di mata saat wajah itu memberikan senyuman ikhlas...aku akan merindui laungan azan dan ceramah yang kau sampaikan...

Ashraf..terima kasih..walaupun,impian kita untuk menjadi suami isteri tidak kesampaian...tetapi aku tetap bersyukur..sebab aku tahu aku pernah menjadi pilihan hatimu untuk dijadikan permaisuri...

Rasa cinta dan sayang ini akan aku simpan...semoga impian kita akan kesampaian...menjadi permaisuri hatimu di alam sana...

Sudah seminggu Ashraf pergi dan setiap hari dia akan ke sini...untuk mengubat kerinduan yang bertandang di hatinya.Ashraf ditikam saat mahu menyelamatkan seorang makcik yang diragut. Ashraf menghembuskan nafasnya di saat jarinya dipakaikan inai..lagi empat belas jam mereka akan dinikahkan!

Ashraf...Humaira balik dulu ya..insya Allah..esok Humaira datang lagi ke sini.Humaira sayangkan Ashraf..tetapi Humaira tahu,Allah lebih sayangkan Ashraf...air mata yang mengalir disapu perlahan.Ashraf..kita ada pertemuan tetapi jodoh kita tidak kesampaian...

Dia bergerak perlahan meninggalkan insan kesayanganya..biarlah kau bersemadi dengan tenang...dia mendakap erat surah yassin di dadanya..dipandangnya langit yang membiru..
Kuatkan semangatku ya Allah!

Gang...!Sebuah kereta dari arah yang bertentangan tetiba melanggarnya,dia terpelanting ke tengah-tengah jalan raya...

Pandangan Humaira tiba-tiba kelam...perlahan-lahan matanya layu dan tertutup rapat...


**********************

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More