Isnin, November 16, 2009

Mutiara Kata

Ambillah waktu untuk berfikir,
Itu adalah sumber kekuatan

Ambillah waktu untuk bermain,
Itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi,

Ambillah waktu untuk berdoa,
Itu adalah sumber ketenangan,

Ambillah waktu untuk belajar,
Itu adalah sumber kebijaksanaan,

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
Itu adalah hak istimewa yg diberikan Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat,
Itu adalah jalan menuju kebahagiaan

Ambillah waktu untuk tertawa,
Itu adalah muzik yg menggetarkan hati

Ambillah waktu untuk memberi,
Itu adalah membuat hidup terasa bererti

Ambillah waktu untuk bekerja,
Itu adalah nilai keberhasilan

Ambillah waktu untuk beramal,
Itu adalah kunci menuju syurga

Selasa, November 10, 2009

Enam Persoalan Hidup Imam Al-Ghazali

Pada suatu hari,Imam Al-Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya.Lalu beliau bertanyakan kepada murid-murinya tentang beberapa persoalan hidup :

Kata Imam Al – Ghazali kepada murid-muridnya “ Apakah yg paling hampir sekali dengan diri kita di dunia ini? ”

Murid-muridnya menjawab : “ Orang tua ” .Ada murid-muridnya yg menjawab “ Guru ”.Ada murid-muridnya yg menjawab “ Teman ” dan ada murid-muridnya yg menjawab “ Kaum Kerabat ”.

Kata Imam Al – Ghazali : Semua jawapan itu adalah benar.Tetapi yg paling hampir sekali dengan kita di dunia ini ialah MATI kerana itu adalah janji Allah bahawa setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati seperti dalam firman Allah :

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati

( Surah Ali – Imran : 185 )


Kemudiannya Imam Al – Ghazali bertanya lagi : “ Apakah yg paling jauh dari kita di dunia ini? ”

Murid-muridnya menjawab : “ Negeri Cina ” .Ada yg menjawab “ Bulan ”.Ada murid-muridnya yg menjawab “ Matahari ” dan ada yg menjawab " Bintang-bintang ".

Kata Imam Al – Ghazali : Semua jawapan itu adalah benar.Tetapi yg paling jauh sekali dari kita ialah MASA LALU.Biarlah apa jua keadaan sekalipun kita tidak akan dapat kembali ke masa yg lalu.

Kemudian Imam Al – Ghazali bertanya lagi : “ Apakah yg paling besar di dunia ini ? ”

Murid-muridnya menjawab : “ Gunung ” .Ada yg menjawab “ Matahari ” dan ada yg menjawab “ Bumi ” .

Kata Imam Al – Ghazali : Semua jawapan itu adalah benar.Tetapi yg paling besar sekali di dunia ini ialah HAWA NAFSU.Firman Allah :


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk ( isi neraka Jahannam ) kebanyakan dari jin dan manusia,mereka mempunyai hati,tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ( ayat-ayat Allah ) dan mereka mempunyai mata ( tetapi ) tidak dipergunakannya untuk melihat ( tanda-tanda kekuasaan Allah ) dan mereka mempunyai telinga ( tetapi ) tidak dipergunakannya untuk mendengar ( ayat-ayat Allah ).Mereka itu sebagai binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai

( Surah Al – A’raf : 179 )


Kemudiannya Imam Al – Ghazali bertanya lagi : “ Apakah yg paling ringan di dunia ini ? ”

Murid-muridnya menjawab : “ Kapas ” .Ada yg menjawab “ Angin ”.Ada yg menjawab “ Debu ” dan ada murid-muridnya yg menjawab “ Daun – daun ”.

Kata Imam Al – Ghazali : Semua jawapan itu benar.Tetapi yg paling ringan sekali di duna ini ialah MENINGGLKAN SOLAT.Gara – gara kerana sibuk degan urusan dunia dan urusan pekerjaan,kita meninggalkan solat.

Kemudian Imal – Ghazali bertanya lagi : “ Apakah yg paling berat di dunia ? ”

Murid-muridnya menjawab : “ Besi ” .Ada yg menjawab “ Gajah ”.

Kata Imam Al – Ghazali : Semua jawapan itu benar.Tetapi yg paling berat sekali di dunia ini ialah MEMEGANG AMANAH.Sedangkan tumbuh-tumbuhan,gunung-ganang,binatang, malaikat tidak mampu untuk memegang amanah ketika Allah s.w.t meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini.Akan tetapi manusia dengan penuh sombong sanggup menerima permintaan Allah s.w.t hingga ramai daripada mereka yg masuk ke neraka Allah kerana gagal memegang amanah.Firman Allah :

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah ( Kami ) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang ( untuk memikulnya ) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya ( kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya ) dan ( pada ketika itu ) manusia ( dengan persediaan Yang ada padanya ) sanggup memikulnya.( ingatlah ) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.

( Surah Al – Ahzab : 72 )

Kemudian Imam Al – Ghazali bertanya kepada murid-muridnya persoalan yg terakhir “ Apakah yg paling tajam sekali di dunia ini ? ”

Jawab murid-muridnya dengan serentak : “ Pedang ”.

Kata Imam Al – Ghazali : Benar jawapan itu.Tetapi yg paling tajam sekali di dunia ini ialah LIDAH MANUSIA.Gara-gara lidah manusia inilah manusia mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Selasa, November 03, 2009

Al - Jassasah ( Pengintip Dajjal ) Bah 3

Sambungan Hadis

Fatimah berkata : Maka Rasulullah s.a.w. bersabda dengan menusukkan tongkatnya di mimbar sambil mengatakan : Inilah Thaibah,inilah Thaibah,inilah Thaibah iaitu Al-Madinah.Apakah aku telah beritahu kepada kamu semua tentang hal itu?

Mereka menjawab: Ya.

Nabi s.a.w. bersabda : Sesungguhnya cerita Tamim menakjubkanku,di mana sesuai dengan apa yg aku ceritakan kepada kamu semua tentangnya ( Dajjal ) serta tentang Makkah dan Madinah. Ketahuilah bahawa ia berada di lautan Syam atau lautan Yaman- tidak,bahkan dari arah timur. Tidak,dia dari arah timur.Tidak,dia dari arah timur.Tidak,dia dari arah timur – dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur-

Fatimah berkata : Ini saya hafal dari Rasulullah s.a.w.

* Rujukan ( Hadis Shahim Muslim , Kitab Al – Fitan Wa Asyratussa’ah , Bab Kisah Al – Jassasah

Jumaat, Oktober 30, 2009

Al – Jassasah ( Pengintip Dajjal ) Bah 2

Sambungan Hadis

Mereka menjawab : Kami adalah manusia berbangsa Arab.Kami pergi ke laut menaiki kapal.Tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah laut luas dan kami berada di lautan selama satu bulan.Akhirnya kami terdampar di pulau ini.Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yg sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya.Kami bertanya siapa dia.Katanya Al-Jassasah.Kami bertanya apa maksudnya,dia hanya menjawab : Wahai sekumpulan manusia,pergilah kamu ke tempat ini untuk berjumpa dengan lelaki yg seumpama ini,sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.

Itulah sebabnya kami datang ke sini.Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.Makhluk yg sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan : Ceritakan kepadaku keadaan kebun kurma yg di Bisan itu,nama tempat di negeri Syam.

Mereka berkata : Keadaan apa yg kamu maksudkan?

Makhluk besar itu berkata : Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?
Lalu mereka menjawab : Ya.
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah,makhluk besar itu berkata : Sesungguhnya hampir-hampir ia tidak akan mengeluarkan buahnya.

Makhluk besar itu bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabariah.

Mereka menjawab : Tentang apakah yg kamu maksudkan?

Makhluk itu berkata: Maksudku airnya.Apakah airnya masih ada?

Mereka menjawab : Airnya tidak susut.

Makhluk itu berkata : Air sungai itu akan kering.

Makhluk itu bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang mata air Zughar.

Mereka menjawab : Tentang apakah yg kamu maksudkan?

Makhluk itu berkata : Adakah di mata air itu masih ada airnya?Dan adakah penduduknya masih bertani dengan airnya?

Mereka berkata : Ya.Mata air itu deras airnya dan penduduknya masih bertani dengan airnya.
Kemudian makhluk itu berkata: Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin,apa yg dia buat?

Mereka menjawab : Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Makhluk itu bertanya lagi : Apakah oleh orang-orang Arab memeranginya?

Mereka menjawab : Ya,mereka memeranginya.

Makhluk itu bertanya lagi : Apa yg dia lakukan terhadap orang-orang Arab?

Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya dan mereka taat kepadanya.

Makhluk itu berkata lagi : Sesungguhnya beruntung bagi mereka untuk taat kepadanya.Dan sekarang aku akan beritahu kamu tentang aku.Sesungguhnya aku adalah Al-Masih Ad-Dajjal. Dan aku akan diberi izin untuk keluar sehingga aku keluar.Lalu aku berjalan di bumi dan tidak aku tinggalkan satu negeri pun kecuali aku akan turun padanya dalam waktu 40 malam kecuali Makkah dan Thaibah ( Madinah ),keduanya haram bagiku.Setiap kali aku masuk pada salah satunya,malaikat menghadangku dengan pedang terhunus di tangannya,menghalangiku darinya. Dan sesungguhnya pada setiap celahnya ( dua kota itu ) ada para malaikat yg menjaganya.

Isnin, Oktober 26, 2009

Al - Jassasah ( Pengintip Dajjal ) Bah 1


Hadis Sahih Muslim


Dari Fatimah binti Qais berkata : …..Aku telah mendengar muazzin memanggil ( seruan azan ) untuk solat.Aku pun keluar menuju masjid solat bersama Rasulullah s.a.w.Dan aku berada pada shaf wanita yg berada di belakang shaf lelaki.Setelah selesai solat,Rasulullah s.a.w. naik ke atas mimbar.Baginda s.a.w. tertawa dan berkata : Jangan ada yg bergerak.Hendaklah semua duduk di atas sejadahnya.Kemudian baginda berkata : Tahukah kamu mengapa aku mengumpulkan kamu? mereka menjawab : Allah dan RasulNya yg lebih mengetahui.

Rasulullah s.a.w berkata lagi : Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakutkan dan bukan memberi khabar gembira.Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani,kemudian dia datang menjumpai aku dan memeluk Islam.Dia menceritakan kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.Kisah yg dia ceritakan itu bersesuaian dengan apa yg telah aku ceritakan kepada kamu sebelum ini tentang Al-Masih Ad-Dajjal.

Tamim Al-Dariy menceritakan bahawa dia bersama 30 orang dari Kabilah Lakhm dan Judzam pergi ke laut dengan menaiki kapal.Lalu angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah laut yg luas.Kemudian mereka tidak dapat menghalakan kapal ke pantai sehingga mereka terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau di tengah lautan tersebut di saat tenggelamnya matahari.Di pulau yg tidak ada orang itu mereka berjumpa dengan seekor binatang yg sangat tebal bulunya sehingga tidak tahu jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu : Makhluk apa engkau ini?Lalu binatang itu berkata : Aku adalah Al-Jassasah.Mereka Tanya : Apa itu Al-Jassasah? Binatang itu hanya berkata : Wahai kaum sekalian,pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki seumpama ini,sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu merindukan berita kalian semua.Mereka pun pergi ke tempat yg ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yg sangat besar dan tegap.Mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Kedua tangannya terikat dengan lehernya,antara dua lututnya dan dua mata kakinya terikat dengan besi.Mereka berkata : Celaka kami ini.Siapakah kamu?Orang seperti raksaksa itu menjawab : Kamu telah mendengar cerita tentang aku.Sekarang aku pula ingin bertanya : Siapa kamu ini?

Selasa, Oktober 20, 2009

Al-Kisah ( Bah 3 )



Sambungan Hadis

Mereka berkata : Wahai Tuhan kami,sesungguhnya dulu mereka berpuasa bersama kami mendirikan sembahyang dan mengerjakan Haji.Lalu Allah berfirman kepada mereka : Keluarkanlah orang-orang yg kamu kenal kerana wajah-wajah mereka diharamkan ke atas api Neraka.Maka ramai yg dapat dikeluarkan dari Neraka. Ada yg sudah terbakar hingga separuh betis dan lututnya.Orang-orang mukmin itu berkata : Wahai Tuhan kami,tidakkah ada lagi yg tertinggal di dalam Neraka setelah Engkau perintahkan untuk dikeluarkan.Allah berfirman : Kembalilah.Siapa saja yg kamu temukan di hatinya ada kebaikan meskipun hanya seberat satu dinar,maka keluarkanlah dari Neraka.Jadi mereka dapat mengeluarkan ramai manusia.Lalu mereka berkata : Wahai Tuhan kami,kami tidak tahu apakah masih ada di Neraka seseorang yg Engkau perintahkan untuk dikeluarkan. Allah berfirman: Kembalilah.Sesiapa saja yg kamu temukan dihatinya ada kebaikan meskipun hanya seberat setengah dinar,maka keluarkanlah. Mereka dapat mengeluarkan ramai lagi manusia.Setelah itu mereka berkata : Wahai Tuhan kami,kami tidak tahu apakah di sana masih ada seseorang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan.Allah berfirman : Kembalilah.Sesiapa saja yg kamu temukan di dalam hatinya terdapat kebaikan meskipun hanya seberat zarah,maka keluarkanlah.Bertambah ramai lagi yg dapat dikeluarkan. Kemudian mereka berkata : Wahai Tuhan kami,kami tidak tahu adakah di sana masih ada pemilik kebaikan.

Sesungguhnya Abu Said Al-Khudriy berkata : Jika kamu tidak mempercayaiku mengenai Hadis ini,maka bacalah firman Allah ayat 40 surah An-Nisa’ :


Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya ( seseorang ) sekalipun seberat zarah ( debu ). dan kalaulah ( amal Yang seberat zarrah ) itu amal kebajikan,nescaya akan menggandakannya dan akan memberi dari sisiNya pahala Yang amat besar.

Allah s.w.t berfirman : Para Malaikat telah meminta syafaat,para nabi telah meminta syafaat dan orang-orang mukmin juga telah meminta syafaat.Yang tinggal hanyalah Zat Yang Maha Penyayang di antara semua yg penyayang.Lalu Allah merangkum dari Neraka dan mengeluarkan sekumpulan orang yg sama sekali tidak pernah melakukan kebaikan.Mereka telah menyedarinya.Kemudian mereka dilempar ke sebuah sungai di pintu Syurga yg disebut Sungai Kehidupan.Seterusnya mereka keluar seperti tumbuhan kecil yg keluar selepas dari banjir.Bukankah kamu sering melihat tumbuhan kecil di celah-celah batu atau pohon,bahagian yg terkena sinaran matahari akan berwarna sedikit kekuningan dan hijau sedangkan yg berada di bawah tempat teduh akan menjadi putih?Para sahabat mencelah : Seolah-olah engkau pernah menggembala di gurun.Rasulullah s.a.w. terus bersabda : Lalu mereka keluar bagaikan mutiara. Di leher mereka ada kalong sehingga para ahli syurga dapat mengenali mereka : Mereka adalah orang-orang yg dibebaskan oleh Allah yg dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga tanpa amalan yg mereka kerjakan dan juga tanpa kebaikan yang mereka lakukan.Kemudian Allah berfirman : Masuklah kamu ke dalam syurga.Apa-apa yg kamu lihat ianya adalah untuk kamu.Mereka berkata : Wahai Tuhan kami,Engkau telah berikan kepada kami pemberian yg belum pernah Engkau berikan kepada seorang pun di antara orang-orang di seluruh alam.Allah berfirman : Di sisiKu ada pemberian untuk kamu yg lebih baik daripada pemberian ini. Mereka berkata : Wahai Tuhan kami,apa lagi yg lebih baik daripada pemberian ini ? Allah berfirman : RedhaKu, lalu Aku tidak memurkai kamu selepas ini buat selama-lamanya.

Khamis, Oktober 15, 2009

Al-Kisah ( Bah 2 )

Sambungan Hadis

Kemudian dipanggil pula orang-orang Nasrani lalu ditanyakan kepada mereka : Apa yg kamu sembah semasa di dunia? Mereka menjawab : Kami menyembah Al-Masih anak Allah.Lalu dikatakan kepada mereka : Kamu telah berdusta!Allah tidak pernah menjadikan walau seorang pun sebagai teman iaitu isteri atau anak.Maka mereka ditanya : Apa yg kamu inginkan? Mereka menjawab : Kami haus wahai Tuhan kami berilah kami minum.Lalu ditunjukkan kepada mereka : Tidakkah kamu inginkan air? Lalu mereka diiringi ke neraka Jahanam.Keadaan neraka yg sebahagiannya menghancurkan sebahagian yg lain.Mereka pun sama-sama terhumban ke dalam neraka.Tinggallah hanya orang-orang yg dahulunya menyembah Allah Taala,orang-orang baik dan orang-orang jahat.Maka Allah s.w.t. Tuhan sekalian alam datang kepada mereka dalam bentuk yg lebih rendah daripada bentuk yg mereka ketahui lalu berfirman : Apakah yg kamu tunggu? Setiap umat akan mengikuti apa yg dahulunya mereka sembah.Mereka berkata : Wahai Tuhan kami! Di dunia kami memisahkan diri dari orang-orang yg menyusahkan kami iaitu untuk membantu penghidupan di dunia dan kami tidak mahu berkawan dengan mereka iaitu mereka menyimpang dari jalan yg digariskan oleh agama.Allah berfirman lagi kepada mereka : Akulah Tuhan kamu! Mereka berkata : Kami memohon perlindungan daripada Allah kepada kamu.Kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu pun untuk kali kedua atau ketiga hingga sebahagian mereka hampir-hampir berubah iaitu kembali kepada kebenaran.Maka Allah berfirman : Apakah di antara kamu dan Allah terdapat tanda-tanda yg membuatkan kamu dapat mengenaliNya? Mereka menjawab : Ya! Lalu tersingkaplah keadaan yg menakutkan itu dan setiap orang yg hendak bersujud kepada Allah dengan keinginan mereka sendiri sudah pasti akan mendapat keizinan Allah.Maka Allah akan menjadikan belakangnya iaitu menyatukan belakangnya sehingga tidak boleh bersujud.Setiap kali hendak bersujud dia hanya dapat membongkokkan pada tengkuknya.Kemudian apabila mereka mengangkat kepala,Allah telah pun berupa sebagaimana gambaran yg mereka lihat pertama kali tadi.Maka Allah pun berfirman : Akulah Tuhan kamu.Mereka menyahut : Engkau Tuhan Kami!Kemudian dibentangkan sebuah jambatan di atas neraka Jahanam dan yg dibenarkan ketika itu hanyalah syafaat dari Rasul-rasul di mana mereka mengucapkan : Ya Allah,selamatkanlah, selamatkanlah.Kemudian ada yg bertanya Rasulullah s.a.w. : Wahai Rasulullah,apakah jambatan itu? Rasulullah s.a.w. bersabda : Ia merupakan lumpur yg licin.Padanya juga terdapat besi berkait dan besi berduri.Di Najd terdapat tumbuhan berduri yg disebut Saadan.Maka seperti itulah besi-besi berkait tersebut.Kepantasan orang-orang mukmin melintasi jambatan tersebut ada seperti kerlipan mata,seperti kilat,seperti angin,seperti burung dan seperti kuda atau unta yg berlari kencang.Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan : Selamat dan tidak mengalami apa-apa rintangan,selamat tetapi terpaksa menempuh banyak rintangan dan terkoyak serta yg terus terjerumus ke dalam neraka Jahanam.Pada saat orang-orang mukmin telah bebas dari azab neraka,maka demi zat yg menguasai diriku iaitu diri Rasulullah nescaya tidak ada orang yg begitu mengambil berat dalam mencari kebenaran melebihi orang-orang mukmin yg mencari kebenaran daripada Allah demi kepentingan saudara-saudara mereka yg masih berada di Neraka.

Ahad, Oktober 11, 2009

Al-Kisah ( Bah 1 )


Hadis Sahih Muslim


Hadis dari Abu Said Al-Khudriy r.a :

Terdapat kaum muslimin pada zaman Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Rasulullah : Wahai Rasulullah,adakah kami dapat melihat Tuhan kami nanti pada Hari Kiamat? Rasulullah s.a.w. bersabda : Ya! Adakah kamu merasa sukar untuk melihat matahari pada siang hari yg cerah yg tidak ada awan? Adakah kamu merasa sukar untuk melihat bulan pada malam purnama yg cerah tanpa ada awan? Mereka menjawab : Tidak ya Rasulullah.Rasulullah s.a.w bersabda : Kamu tidak akan mengalami kesukaran dalam melihat Allah Taala pada Hari Kiamat sebagaimana kamu tidak mengalami kesukaran untuk melihat salah satu dari matahari dan bulan.Apabila berlaku Hari Kiamat,para penyeru iaitu para Malaikat menyeru : Setiap umat hendaklah mengikuti apa yg mereka sembah sewaktu di dunia.Maka tidak akan ada seorang pun yg akan kekal dari mereka yg menyembah selain dari Allah iaitu berhala-berhala. Mereka akan dihumban ke dalam Neraka sehingga yg tinggal hanyalah orang-orang yg dahulunya iaitu semasa di dunia menyembah Allah,orang-orang yg baik,orang-orang jahat dan saki-baki Ahli Kitab.Maka orang-orang Yahudi dipanggil dan mereka ditanya : Apakah yg kamu sembah sewaktu di dunia? Mereka menjawab : Kami menyembah Uzair Ibnullah.Lalu dikatakan kepada mereka : Kamu telah berdusta. Allah tidak pernah menjadikan walau seorang pun sebagai teman iaitu isteri atau anak.Maka mereka ditanya : Apa yg kamu inginkan? Mereka menjawab : Kami haus wahai Tuhan kami!Berilah kami minum.Lalu diisyaratkan kepada mereka : Tidakkah kamu inginkan air?Lalu mereka pun diiringi beramai-ramai ke Neraka.Keadaan neraka seolah-olah yg sebahagiannya menghancurkan sebahagian yg lain.Lalu mereka pun sama-sama terhumban ke dalam neraka.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Memimpin Wanita


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka,fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,

Kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,

Kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah,zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca,kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah…sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…
Pasti tidak akan terhibur,dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman,ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…

Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi,pimpinlah diri kepadanya…
Jinakkan diri kepada allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Rabu, September 30, 2009

Sifat Malaikat Munkar & Nakir

قد تقدم من الحديث الترمذى : أنهما أسودان أزرقان : يقال لأحدهما : منكر و للآخر : النكير


وروى نقلة الأخبار عن ابن عباس في خبر الإسراء : أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : قلت : يا جبريل وما ذاك ؟ قال : منكر ونكير يأتيان كل إنسان من البشر حين يوضع في قبره وحيدا فقلت : يا جبريل صفهما لى. قال : نعم من غير ذلك أن أذكر لك طولهما و عرضهما. ذكر ذلك منهما أفظع من ذلك غير أن أصواتهما كالرعد القاصف و أعينهما كالبرق الخاطف و أينابهما كالصياصي يخرج لهب النار من أفواههما و مناخرهما و مسامهما يكسحان الأرض بأشعارهما ويحفران الأرض بأظفارهما بأظفارهما مع كل واحد منهما عمود من حديد لو اجتمع عليه من في الأرض ما حركوه يأتيان الإنسان إذا وضع في قبره وترك وحيدا يسلكان روحه في جسده بإذن الله تعالى ثم يعقدانه في قبره فينتهرانه انتهارا يتقعقع منه عظامه وتزول أعضاؤه من مفاصله فيخر مغشيا عليه. ثم يعتقدانه فيقولان له : إنك في البرزخ فاعقل حالك واعرف مكانك وينتهرانه ثانية. ويقولان : يا هذا ذهبت عنك الدنيا وأفضيت إلى معادك فأخبرنا من ربك؟ وما دينك؟ ومن نبيك؟ فإن كان مؤمنا بالله لقنه الله حجته فيقول : الله ربي ونبيى محمد ودينى الإسلام فينتهرانه عند ذلك انتهارا يرى أن أوصاله تفرقت و عروقه قد تقطعت و يقولان له : يا هذا انظر ما تقول فيثبته الله عنه بالقول الثابت في الحياة الدنيا وفي الآخرة ويلقنه الأمان ويدرأ عنه الفزع فلا يخافهما فإذا فعل ذلك بعبده المؤمن استأنس إليهما وأقبل عليهما باخصومة يخاصمهما ويقول : تهددانى كيما أشك في ربى وتريدانى أن أتخذ غيره وليا و أنا أشهد أن لا إله إلا الله. وهو ربى وربكما. ورب كل شئ ونبيى محمد ودينى الإسلام؟ثم ينتهرانه ويسألان عن ذلك فيقول : ربى الله فاطر السموات والأرض إياه كنت أعبد ولو أشرك به شيئا ولو أتخذ غيره أحدا ربا. أفتريدان أن تردانى عن معرفة ربى وعبادتى إياه؟ نعم هو الله الذى لا إله إلا هو. قال : فإذا قال ذلك ثلاث مرات مجاوبة لهما تواضعا له حتى يستأنس إليهما أنس ما كان في الدنيا إلى أهل وده ويضحكان إليه ويقولان له : صدقت وبرزت أقر الله عينيك وثبتك أبشر بالجنة وبكرامة الله ثم يدفع عنه قبره هكذا وهكذا فيتسع عليه مد البصر ويفتحان له بابا إلى الجنة فيدخل عليه من روح الجنة وطيب ريحها ونضرتها في قبره ما يتعرف به كرامة الله تعالى فإذا رأى ذلك استيقن بالفوز فحمد الله ثم يفرشان له فراشا من إستبرق الجنة ويضعان له مصباحا من نور عند رأسه ومصباحا من نور عند رجليه يزهران في قبره ثم تدخل عليه ريح أخرى فحين يشمها يغشاه النعاس فينام فيقولان له : ارقد رقدة العروس قرير العين لا خوف عليك ولا حزن. ثم يمثلان عمله الصالح في أحسن ما يرى من صورة وأطيب ريح فيكون عند رأسه ويقولان : هذا عملك وكلامك الطيب قد مثله الله لك في أحسن ما ترى من صورة وأطيب ريح ليؤنسك في قبرك فلا تكون وحيدا ويدرأ عنك هوام الأرض وكل دابة وما أذى فلا يخذلك في قبرك ولا في شئ من
مواطن القيامة حتى تدخل الجنة برحمة الله تعالى. فنم سعيدا طوبى لك وحسن مآب. ثم يسلمان عليه ويطيران عنه



Terdapat satu hadis At-Tirmizi meriwayatkan : Sesungguhnya mereka berdua itu kehitam-hitaman kebiru-biruan. Disebut salah seorang dari mereka berdua ialah Munkar dan seorangnya pula ialah Nakir.

Dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas ketika dalam perjalanan Israk di mana Nabi s.a.w. bersabda : Aku berkata : Wahai Jibril,apakah itu?Lalu Jibril berkata itulah Munkar dan Nakir yg datang kepada setiap dari kalangan manusia ketika mana ia diletakkan di dalam kubur bersendirian keseorangan.Maka aku berkata : Wahai Jibril,ceritakanlah kepadaku tentang mereka berdua ini.Maka Jibril berkata : Ya aku akan ceritakan kepada kamu tentang keadaan diri mereka.Jibril menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang sifat Malaikat Munkar dan Nakir ini di mana mereka berdua ini amat menakutkan.Suara Munkar dan Nakir seperti guruh yg berdentum, mata mereka berdua seperti kilat yg menyambar,gigi mereka pula seperti tanduk di mana keluarnya nyalaan api daripada mulut mereka berdua,dengusan Munkar dan Nakir ini menyapu segala apa yg ada di atas muka bumi,mereka berdua menggali tanah dan bumi dengan kuku-kuku mereka,terdapat pada Munkar dan Nakir tongkat atau tukul daripada besi dibawa bersamanya.Andai dihimpunkan semua manusia di atas muka bumi ini nescaya mereka tidak dapat menggerakkan tukul besi yg dibawa oleh Munkar dan Nakir itu.Apabila dimasukkan seorang manusia itu ke dalam kubur dan di tinggalkannya keseorangan,Malaikat Munkar dan Nakir akan datang kepadanya membawa roh bersamanya dan di masukkan semula ke dalam jasadnya dengan izin Allah.Kemudian Munkar dan Nakir mengikatnya di dalam kuburnya dan mengherdiknya dengan satu herdikan hingga hancur berderai tulangnya dan anggota badannya daripada sendi-sendinya lalu dipukullah ia dengan cemeti.

Kemudian Munkar dan Nakir mendudukkannya dan berkata kepadanya : sesungguhnya kamu sekarang berada di alam barzakh,maka ketahuilah keadaan kamu dan ketahuilah tempat kamu sekarang ini.Munkar dan Nakir mengherdiknya kali kedua dan berkata kepadanya : Wahai manusia,lihatlah kamu sekarang sudah pergi meninggalkan dunia dan kamu sudah sampai ke tempat kehancuran kamu,maka beritahu kami siapa Tuhan kamu?apakah agama kamu?siapakah Nabi kamu?andai kata manusia yg mati itu adalah orang mukmin iaitu yg beriman kepada Allah maka dia akan berkata : Allah Tuhanku,Muhammad Nabiku,Islam agamaku.Lalu Munkar dan Nakir mengherdiknya dengan herdikan sehingga dapat dilihat terpisahnya sendi-sendi jasadnya dan terputus terpisahlah saluran darahnya dan Munkar dan Nakir berkata kepadanya : Wahai manusia,lihatlah apa yg kamu katakan,maka Allah memberikan ketetapan dan kemampuan kepadanya dengan kata-kata yg benar ketika hidup di dunia dan juga di akhirat.Allah memberikannya rasa ketenangan dan dilindunginya daripada ketakutan,dia tidak berasa takut kepada Munkar dan Nakir.Dan dia berkata : kamu berdua ( Munkar dan Nakir ) menakut-nakutkan aku seolah-olah aku merasa ragu-ragu was-was pada Tuhanku dan kamu mahu aku menjadikan selain dari Allah sebagai Tuhan.Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Dia adalah Tuhanku dan Tuhan kamu berdua.

Dan tuhan setiap sesuatu dan Nabi Muhammad nabiku dan Islam agamaku?Lalu Munkar dan Nakir mengherdiknya dan bertanyakan tentang persoalan itu.Maka dia menjawab : Allah Tuhanku tuhan sekelian alam yg wajib aku sembah dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu yg lain dan aku tidak menjadikan selain dari Allah sebagai Tuhan.Adakah kamu berdua ( Munkar dan Nakir ) mahu menolak aku daripada mengetahui tuhanku yg wajib aku sembah kepadanya dan ibadahku?Lalu di jawab : Ya.Dialah Allah tidak ada tuhan melainkanNya. Malaikat Jibril berkata : apabila dia menjawab persoalan Munkar dan Nakir,lalu Munkar dan Nakir menjadi khusyuk dan tawaduk kepadanya hingga dia dapat berjinak-jinak bermesra baik dengan Munkar dan Nakir.Mereka berdua ketawa kepadanya dan berkata kepadanya : kamu sudah membenarkannya maka Allah memperluaskan pandangan kamu dan menyampaikan berita gembira kepada kamu dengan syurga Allah serta kemuliaanNya.Kemudian diberikan balasan kepadanya dan diluaskan kuburnya seluas-luasnya iaitu seluas mata memandang dan dibukakan baginya pintu yg menuju ke syurga.Maka masuklah dia ke dalam syurga dengan haruman bauan syurga dan diperindahkan kuburnya dengan kemuliaan Allah.

Apabila dia melihatnya dia merasa yakin lalu dia memuji Allah.Kemudian di hamparkan baginya hamparan permaidani daripada kain sutera syurga dan diletakkan baginya cahaya di kepalanya dan juga cahaya di kakinya yg menerangi kuburnya.Kemudian dimasukkan ke dalam kuburnya bauan haruman yg lain.Apabila dia mencium haruman tersebut dia merasa seolah-olah mengantuk lalu tidurlah dia.Lalu Munkar dan Nakir berkata kepadanya : tidurlah kamu seperti tidurnya malam pengantin ( tidur pengantin ) yg menjadikan sejuk mata memandang tiada perasaan takut dan sedih.Kemudian datanglah amalan-amalan soleh dan menyerupai dalam sebaik-baik rupa bentuk serta dalam bentuk sebaik-baik haruman yg berada di kepalanya.Munkar dan Nakir berkata kepadanya : inilah amalan kamu dan kata-kata kamu yg baik di mana Allah menyerupakan amalan-amalan kamu dalam sebaik-baik rupa yg kamu lihat yg akan menemani kamu di dalam kubur.Kamu tidak akan keseorangan dan amalan-amalan kamu akan lindungi kamu daripada setiap binatang dan apa yg menyakitkan kamu.Amalan-amalan kamu tidak akan meninggalkan kamu di dalam kubur dan tiada negeri yg kekal abadi pada hari kiamat hingga kamu masuk ke dalam syurga Allah dengan rahmat Allah.Kemudian Munkar dan Nakir mengucapkan salam kepadanya dan pergi meninggalkannya.

Selasa, September 29, 2009

Ratuku

Ingin ku luahkan apa yang sudah lama
Tentang kebimbanganku ini tatkala
Melihat bunga-bunga berguguran
Di petik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah

Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila ku dengar dengungan
Kumbang perosak yang cuba
Menyedut madumu walau tanpa relamu

Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya

Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerana apa yang ku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh

Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa
Yang berlari-lari antara Sofa dan Marwah
Bukan jua sesetia Ainul Mardiah
Menanti kekasih di pintu Syurga

Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aisyah
Bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar engkau cuba
Mencontohi bunga- bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya melewati pintu-pintu Syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang
Tapi itu hanya ujian buatmu

Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu
Merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbuku

Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadang kala aku tertarik
Memandangnya
Tapi bukan itu yang ku harapkan
Aku yakin ratuku masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum segar kerana akan
Ku temui ratu yang benar-benar ratu…

Rabu, September 16, 2009

Doa Memohon Kesejahteraan Hidup


Hadis Sahih Muslim
Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ya Allah,perelokkanlan agamaku yang menjadi punca segala urusanku,perelokkanlan duniaku yang menjadi tempat kehidupanku,dan perelokkanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti,jadikanlah hidupku ini sebagai bekalan segala kebaikkan serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku.

Selasa, September 15, 2009

Doa-Doa Pilihan


Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru ( Rasul ) yang menyeru kepada iman,katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu,maka kami pun beriman.Wahai Tuhan kami,ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti ( yang banyak berbuat kebajikan )

( Surah Ali-Imran : 193 )




Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka

( Surah Ali-Imran : 191 )



Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka

( Surah Ali-Imrah : 16 )


Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk ( menerima balasan pada ) suatu hari ( hari kiamat ) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

( Surah Ali-Imran : 9 )


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya

( Surah Ali-Imran : 8 )

Khamis, September 10, 2009

Kisah Pembunuh 99 Orang


Hadis Sahih Muslim

Nabi s.a.w bersabda : Terdapat seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia.Lalu dia mencari seseorang yang paling alim.Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta,lalu dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata : Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab : Tidak.Mendengar jawapan tersebut dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim.Setelah ditunjukkan kepadanya seorang ulama,dia terus berjumpa ulama tersebut dan berkata : Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia.Adakah taubatku masih diterima?Ulama tersebut menjawab : Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah.Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t. bersama mereka dan jangan pulang ke negeri kamu kerana negeri kamu adalah negeri yang sangat hina.Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan.Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati,menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya.Malaikat Rahmat berkata : Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata : Dia tidak pernah melakukan kebaikan.Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata : Ukurlah jarak di antara dua tempat.Mana yang lebih hampir,itulah tempatnya.Lantas mereka mengukurnya.Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya.Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.

Jumaat, September 04, 2009

Hadis Kesepuluh


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda :

“ Sesungguhnya Allah Ta’ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik.Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman : ( Wahai para Rasul!Makan minumlah kamu makanan yang baikbaik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta’ala berfirman : ( Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu ).Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu,yang menadah tangan ke langit ( iaitu berdoa ) : Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram,pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? ”

Khamis, Ogos 20, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W. Dengan Iblis ( Bah 9 )

Soalan kelima belas Nabi “ Dengan jalan apakah boleh menolak tipu daya engkau? ”

Jawab Iblis “ jika dia berbuat dosa,maka dia kembali bertaubat kepada Allah,dan dia menangis kesal akan perbuatannya.Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya.”

Soalan keenam belas Nabi “ Siapakah orang yang paling engkau lebih suka? ”

Jawab Iblis “ lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari ( bulu kemaluan ) selama 40 hari.Di situ lah hamba mengecilkan diri,bersarang, bergantung,berbuai seperti pijat pada bulu itu.”

Soalan ketujuh belas Nabi “ Wahai Iblis!Siapakah saudara engkau? ”

Jawab Iblis “ orang yang tidur meniarap,orang yang matanya celik diwaktu subuh tetapi menyambung tidur semula.Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar.Demikian pada waktu zohor,asar,maghrib dan isyak,hamba beratkan hatinya untuk solat ”

Soalan kelapan belas Nabi “ Apakah jalan yang membinasakan diri engkau? ”

Jawab Iblis “ orang yang banyak menyebut nama Allah,bersedekah dengan tidak diketahui orang,banyak bertaubat,banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam.”

Soalan kesembilan Nabi “ Wahai Iblis!Apakah yang memecahkan mata engkau? ”

Jawab Iblis “ orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya.”

Soalan kedua puluh Nabi “ Apakah lagi yang memecahkan mata engkau? ”

Jawab Iblis “ orang yang taat kepada kedua ibubapanya,mendengar kata mereka,membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup,kerana tuan telah bersabda “ Syurga itu di bawah tapak kaki ibu ”

Isnin, Ogos 17, 2009

Doa Qunut Nazilah

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amin…

Sabtu, Ogos 15, 2009

Bertunang

Pertunangan merupakan satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan hasratnya untuk mengahwini seorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya.Ia boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang ingin berkahwin atau melalui wakilnya.Sekiranya hasrat lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan dan disetujui kedua-dua belah pihak,maka ia sudah dikira bertunang disisi syarak.Ia adalah satu perjanjian diantara dua pihak iaitu pihak lelaki dan pihak perempuan untuk melangsungkan perkahwinan.Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan.

Dengan bermulanya penerimaan wanita tersebut hinggalah tiba masa Ijab dan Qabul,ia dinamakan sebagai tempoh pertunangan.Bagi seorang lelaki sebelum memulakan peminangan, adalah penting baginya merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya.Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting bagi mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik.Tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita,melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya.Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bertentangan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam

PERTUNANGAN DALAM SYARAK


Dari segi syarak,pertunangan ini terbahagi kepada beberapa cara iaitu :

■Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.

■Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.

■Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.

■Wali menawarkan anak perempuannya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

■Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Jika kedua-dua belah pihak sudah bersetuju dan menerima ( menggunakan salah satu daripada cara tersebut ) maka ia sudah dikira bertunang disisi syarak.Nabi bersabda :

" Apabila datang kepadamu seorang lelaki,datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya.Maka nikahkanlah dia.Bila tidak engkau lakukan,maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi "

( Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad )




PERTUNANGAN DARI SEGI ADAT

Dari segi adat,pihak lelaki kebiasaannya akan membawa hantaran ke rumah pihak perempuan dan memberikannya ketika majlis pertunangan yang sudah ditetapkan.Kemudian pihak perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang.Pihak perempuan akan membincangkan dan menetapkan hantaran perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan tersebut.Ia diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan.Majlis ini akan diadakan selepas kedua-dua pihak setuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin ketika pertunangan sebenarnya merupakan adat yang diamalkan dalam masyarakat melayu dan ia juga bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.Akan tetapi tidak menjadi kesalahan jika pemberian cincin itu sebagai tanda pertunangan selagi mana ia tidak bertentangan syariat. Dalam masa yang sama haruslah diketahui bahawa perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda putusnya pertunangan itu adalah bercanggah dengan Islam.

Rabu, Ogos 12, 2009

Keutamaan Rasa Malu

Setiap insan telah dikurniakan sifat malu dalam dirinya.Bagaimana dan dimana harus digunakan terpulang pada empunya diri.Rasulullah juga mempunyai sifat malu sehiggakan ada yang mengatakan malu baginda melebihi malu seorang perawan… Mengapa malu itu perlu ada dalam diri kita??

1) Rasa malu adalah penghalang manusia dari melakukan dosa

Malu adalah pangkal semua kebaikan dalam kehidupan ini,sehingga kedudukannya dalam seluruh sifat keutamaan adalah bagaikan kepala dengan badan.Maksudnya tanpa rasa malu maka sifat keutamaan lain akan mati.Dalam sebuah hadis disebutkan :

“ Sesungguhnya rasa malu memiliki keagungan dan dalam rasa malu terdapat ketenangan.”

( HR Bukhori & Muslim )

2) Rasa malu merupakan salah satu cabang dari iman

Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Iman terdiri daripada enam puluh cabang lebih dan rasa malu sebahagian cabang dari iman .”

( HR Bukhori )

Suatu hari Rasulullah melewati seorang anshar yang sedang menasihati saudaranya tentang rasa malu,lalu baginda bersabda :

“ Biarkanlah ia memiliki rasa malu kerana malu itu termasuk dalam keimanan ”

( HR Bukhori & Muslim )

3) Rasa malu adalah inti akhlak Islamiah

Anas r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“ Setiap agama memiliki akhlak dan akhlak Islam adalah rasa malu ”

Diriwayatkan dari Ya’la bahawa Rasulullah s.a.w melihat seorang mandi di tanah lapang,lalu baginda naik ke mimbar dan setelah memuji Allah s.w.t.baginda bersabda :

“ Sesunggynya Allah adalah Maha Malu yang suka menutupi ‘aib yang mencintai rasa malu. Jika salah seorang dari kamu mandi hendaklah ia mandi di tempat yang tertutup ”

4) Rasa malu adalah benteng akhir keislaman seseorang

Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwa nabi saw telah bersabda :

“ Sesungguhnya Allah azza Wajalla apabila hendak menghancurkan seorang hamba menarik darinya rasa malu, apabila rasa malu telah ditarik maka tidaklah kau jumpai dia kecuali dalam keadaan tercela dan dibenci, Bila sudah tercela dan dibenci maka akan ditarik darinya sifat amanah. Apabila sifat amanah telah ditarik maka tidak kau jumpai dia kecuali menjadi seorang yang pengkhianat, bila sudah menjadi pengkhianat maka ditarik darinya sifat kasih sayang. Bila sifat kasih sayang telah ditarik darinya maka tidak kau jumpai dia kecuali dalam keadaan terlaknat dan bila dalam keadaan terlaknat maka akan ditarik ikatan islam darinya.”

5) Rasa malu merupakan akhlak yang sejalan dengan fitrah manusia

Rasa malu sebagai hiasan semua perbuatan. Dalam hadits yang diriwayatkan Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“ Tidaklah ada suatu kekejian pada sesuatu perbuatan kecuali akan menjadinya tercela dan tidaklah ada suatu rasa malu pada sesuatu perbuatan kecuali akan menghiasinya ”

( Musnad Ahmad )

Diriwayatkan dari Anas r.a. Ia berkata: Rasulullah telah bersabda :

“ Orang yang paling kasih sayang dari umatku adalah Abu Bakar r.a, orang yang paling tegas dalam masalah agama dari umatku adalah Umar r.a Orang yang paling merasa malu adalah Utsman r.a. Orang yang paling mengetahui halal dan haram adalah Mu’adz bin Jabal. Orang yang paling mengerti tentang Al quran adalah Ubay r.a. Orang yang paling mengetahui tentang faroid adalah Zaid bin Tsabit. Setiap umat memiliki orang kepercayaan dan orang kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah Ibn al jarroh ”

( Musnad Ahmad )

Isnin, Ogos 10, 2009

Hadis Kesembilan



Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“ Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka. ”

Hadis Kelapan



Daripada lbnu ‘Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“ Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta’ala. ”

Hadis Ketujuh



Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda :

“ Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya,untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”

Ahad, Ogos 09, 2009

Hadis Keenam



Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata : Aku telah mendengar Rasulullah s.a,w, bersabda :

“ Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. ”

Selasa, Ogos 04, 2009

Hadis Kelima

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah ‘Aisyah r.a. beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda :

“ Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya,maka ia tertolak. ”

Isnin, Ogos 03, 2009

Hadis Keempat



Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata :

“ Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan ( iaitu dipercayai ) : Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama,kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. ”

Sabtu, Ogos 01, 2009

Hadis Ketiga


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab r.a. beliau berkata :

“ Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : " lslam itu terbina atas lima perkara : Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan. "

Hadis Kedua


Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata :

“ Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, ( dan bahawa ) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah ( Mekah ) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: ( lman itu ialah ) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: ( Antara tandatandanya ialah ) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. ”

Rabu, Julai 29, 2009

Hadis Pertama


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya :

“ Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya.Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya.Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya,maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya. ”

Khamis, Julai 23, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W Dengan Iblis ( Bah 8 )

Soalan kesebelas Nabi “ Siapakah yang serupa dengan engkau? ”

Jawab Iblis “ orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang yang belajar agama Islam ”

Soalan kedua belas Nabi “ Siapakah yang mencahayakan muka engkau? ”

Jawab Iblis “ orang berdosa,bersumpah bohong,saksi palsu dan pemungkir janji ”

Soalan ketiga belas Nabi “ Apakah rahsia engkau kepada umatku? ”

Jawab Iblis “ Jika seorang Islam pergi membuang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan,maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa di sedari ”

Soalan keempat belas Nabi “ Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimanakah keadaan engkau? ”

Jawab Iblis “ jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan,maka larilah hamba dari mereka.Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat,malas kepada kebajikan dan derhaka.Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri.Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah,hamba yang dahulu akan makan daripadanya walaupun mereka makan,tetapi tidak rasa kenyang ”

Isnin, Julai 20, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W. Dengan Iblis ( Bah 7 )

Soalan kesepuluh Nabi “ Bagaimanakah tipudaya engkau kepada umatku? ”

Jawab Iblis “ Umat tuan itu ada tiga jenis.Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril “ ulama itu ialah pelita dunia dan pelita akhirat. ” Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah.Berbuat amal soleh,tawakkal dan kebajikan.Yang ketiga umat tuan seperti firaun,terlalu tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat.Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya,hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba.Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak menuntut ilmu,tiada masa beramal ibadat,tidak mengeluarkan zakat,miskin hendak beribadat.Lalu hamba godanya minta kaya dulu,dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya,maka dia lupa beramal,tidak mengeluarkan zakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya.Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia akan sentiasa bimbang akan hartanya dan sesetengahnya asyik hendak berebut mencari harta dunia,bercakap besar sesama Islam,benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk ke jalan maksiat,judi dan perempuan lacur ”

Rabu, Julai 15, 2009

Salam Imtihan


Setelah 2 minggu bermulanya Fasal Soifi,tanpa diduga menjelang tibanya pula imtihan awal bagi fatrah Fasal Soifi.Masuknya minggu yg ketiga fasal soifi bermulanya imtihan awal.Alhamdulillah bagiku ini satu permulaan yg agak baik kerana dapat melakukan sikit sebanyak persediaan bagi menghadapi imtihan kali ini.

Terdetik pula suara hati " fasal ni nak dapat berapa muaddal ek? " huhu

Namun segalanya berjalan dengan baik.Alhamdulillah aku dapat lalui imtihan awal madah yg pertama yg baru sahaja bermula dengan baik.Hanya menunggu natijah dan imtihan untuk madah-madah yg berdatang kemudian.Mudah-mudahan aku dapat lakukan yg terbaik kali ini.Dan buat semua warga Mu’tah dan sahabat-sahabat Mu’tah,bittaufik wannajah untuk imtihan awal yg sedang kita lalui sekarang ini.Mudah-mudahan kita tergolong dari kalangan orang-orang yg berjaya Insya Allah dunia dan akhirat…aminnnnn…

Sabtu, Julai 11, 2009

Doa Ketika Masuk Masjid


Maksudnya :

“ Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dan dengan wajahNya yang Mulia dan kekuasaanNya yang kekal dari syaitan yang direjam.Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah.Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu ”

Doa Ketika Masuk Tandas

Maksudnya :

“ Dengan nama Allah,Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina ”

Doa Ketika Memakai Pakaian


Maksudnya :

“ Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku ( pakaian ) ini dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku ”

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More