MPPM Jordan


Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan atau ringkasnya MPPMJ ditubuhkan pada bulan Oktober tahun 2000 bersamaan 1421H dan telah dirasmikan oleh Dato’ Hishamudin Tun Hussein yang merupakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada ketika itu. MPPMJ ditubuhkan atas kesedaran bersama persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia yang berada di Jordan untuk berada di bawah satu majlis perwakilan yang menyelaras, menyatu dan mmewakili suara semua pelajar Malaysia di Jordan. MPPMJ dianggotai oleh 4 Persatuan Zon (PZ) dan 11 Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dengan bermotokan “Kepimpinan Bestari Kombinasi Kualiti”.

Hala Tuju
Ke arah memartabatkan MPPMJ di peringkat antarabangsa serta merelevankan MPPM dikalangan ahli sebagai persatuan mahasiswa Islam di Jordan

Visi
1. Mengukuhkan hubungan dua hala dengan Majlis Perwakilan Pelajar di Malaysia, Timur tengah, Eropah dan negara-negara luar yang lain.


2. Memupuk semangat perpaduan Islam melalui Persatuan Zon (PZ) dan Badan Kebajikan Anak Negeri ( BKAN ).


3. Memperkasa dan memartabatkan status mahasiswa Muslim dari pelbagai aspek kearah memantapkan biah solelah di Jordan.


Misi
1. Memantapkan jaringan hubungan antarabangsa MPPMJ.


2. Mewujudkan perkongsian ilmu melalui program-program yang melibatkan wakil-wakil mahasiswa dari luar jordan.


3. Memperkasa misi dakwah dikalangan ahli melalui unit-unit dibawah MPPM,PZ dan BKAN kepada ahli MPPM amnya.


4. Menyuarakan pendirian MPPM terhadap isu-isu semasa melalui media massa.


Carta Organisasi

MPPM dipimpin oleh Ahli Majlis Eksekutif (AME) yang dianggotai oleh Ahli Majlis tertinggi (AMT),Badan Pengurus(BP) dan Ahli Majlis Mesyuarat (AMM).

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More