Sabtu, Januari 29, 2011

Mukjizat Balaghah Al-Quran & Sejauh Mana Kemampuan Kalam Arab Menandingi Kalam Allah

Al-Quran adalah kalam Allah yg diturunkan dalam bahasa arab yg mengandungi berbagai-bagai keindahan bahasa yg tersendiri.Dimana mukjizat bahasa Al-Quran ini tidak mampu ditafsirkan atau difahami begitu sahaja dari luaran ayat Al-Quran.Jika kita seorang yg sentiasa mentadabbur dan mengkaji Al-Quran,terdapat banyak kesenian bahasa Al-Quran yg terkandung di dalamnya dan setiap kesenian dan keindahan bahasa Al-Quran itu mempunyai tafsiran yg berbeza dan tersendiri yg tidak boleh difahami secara luaran ayat Al-Quran itu sahaja.

Di sini kita cuba melihat dan mengkaji bahasa Al-Quran itu sendiri.Daripada 114 surah yg terkandung di dalam Al-Quran,satu surah kita pilih dan kaji bukti kehebatan mukjizat bahasa Al-Quran itu sendiri.Sebagai contoh satu surah iaitu Surah Al-Qamar.Perkataan “ Al-Qamar ” ini terkandung di dalam ayat yg pertama pada permulaan surah ini dan ia menerangkan kepada kita tentang terbelahnya bulan sebagai mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.Apa yg lebih menarik lagi perhatian ialah dalam surah ini jika dilihat secara keseluruhan,terdapat satu unsur kesenian bahasa Al-Quran yg dikenali sebagai As-Saja’ ( السجع ).

Bahasa arab kaya dengan pelbagai kesenian dan keindahan balaghah yg tersendiri.Apa yg hebatnya dalam surah Al-Qamar ini dapat dilihat satu dari kekayaan bahasa Al-Quran itu sendiri.Yang dimaksudkan dengan As-Saja’ ini ialah satu alunan irama yg halus yg menggunakan lafaz yg ringkas yg mempunyai kesempurnaan maksud.Dengan lebih mudah untuk difahami ialah satu alunan irama yg sama rimanya pada akhir perkataan bahasa arab.Inilah satu unsur keindahan bahasa yg terkandung dalam surah ini.Jika dilihat dari awal ayat surah Al-Qamar ini hingga ke akhir surah,keseluruhannya menggunakan satu rima yg sama ( huruf Ra ) iaitu satu alunan irama rima yg sama pada akhir setiap ayat dalam surah ini.


Begitu hebatnya bahasa Al-Quran ini jika dibandingkan atau dicabar kepada kita sbg manusia, manusia memang tidak akan mampu membina satu kata-kata yg mengandungi gaya bahasa seperti yg terkandung dalam surah ini di mana dalam masa yg sama juga setiap dari ayat dalam surah ini mengandungi tafsiran dan maksud yg amat terperinci disebalik uslub kesenian bahasa Al-Quran itu sendiri.Seperti yg kita sedia maklum,bangsa arab memang amat terkenal dengan kehebatannya bersastera,bersyair dan bermadah-madah indah sejak pada zaman jahiliyah lagi. Melihat kepada sejarah atau peredaram zaman jahiliyah itu sendiri,kesenian bahasa As-Saja’ ( السجع ) ini sudah memang lama wujud pada zaman ini dan menjadi satu amalan budaya mereka dalam masyarakat jahiliyah.Bahkan keindahan bahasa ini seringkali diguna pakai oleh masyarakat arab jahiliyah dalam madah-madah sastera,syair mereka dan lain-lain lagi yg mengandungi kefasihan bahasa dan jelas sifat-sifat semula jadi keindahan bahasa itu.

Kalau kita melihat kepada sejarah pada zaman jahiliah itu sendiri,bangsa arab ini memang amat terkenal dengan bangsa yg hebat bertutur kata dan bermadah-madah dengan kepelbagaian kesenian bahasa yg tersendiri.Sehingga Al-Quran itu diturunkan sebagai mukjizat yg tiada tandingannya dan mematahkan segala kata-kata penyair,sasterawan arab pada masa itu.Kita boleh lihat antara beberapa contoh kesenian As-Saja’ ( السجع ) ini dalam bait-bait syair arab atau kata-kata :

Dalam contoh di atas ini terkandung gaya bahasa seperti yg disebut.Jika dilihat pada contoh ini jelas terkandung persamaan rima pada akhir huruf iaitu : huruf Ta,huruf Jim dan huruf Ra.Begitulah bentuk gaya keindahan bahasa yg diguna pakai oleh masyarakat arab jahiliah pada masa itu.

Dalam contoh yg lain boleh kita lihat :

Contoh kedua :

Contoh ketiga :


Ini juga antara satu bentuk uslub bahasa yg diguna pakai pada zaman jahiliah.Maklumnya bahawa zaman jahiliah ini terkenal dengan kehidupan yg jahil dan jauh dari kehidupan yg sebenar yg berlandaskan Islam.Malah sehinggkan ini juga turut mempengaruhi dalam kata-kata bangsa arab pada ketika itu.Melihat kepada contoh di atas,ia adalah satu bentuk As-Saja’ ( السجع ) yg sebut sebagai ( سجع الكهان ) iaitu satu bentuk gaya bahasa bacaan ahli nujum atau tukang tilik,pemujaan dan penyembahan berhala yg mengandungi unsur mengada-ngada tapi boleh menarik perhatian. Jelasnya jika kita mengkaji kepada sirah dan sejarah Islam,masyarakat arab jahiliah ini juga terkenal dengan amalan-amalan khurafat,kepercayaan pada ahli nujum,tilik nasib dan seumpamanya lagi.Jenis unsur kesenian bahasa seperti ini adalah dicela dan tidak diterima pakai.

Disini dapat diperhatikan antara beberapa kesenian bahasa itu sendiri jika dibandingkan dengan bahasa Al-Quran itu sememangnya jauh berbeza sekali dan tiada tandingannya.Melihat kepada contoh ini,dapat disimpulkan bahawa bangsa arab ini sebenarnya amat terkenal dengan kepelbagaian seni bahasa itu sendiri.Maka tidak heranlah Allah s.w.t mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. bersama mukjizatnya yg agung iaitu Al-Quran dimana indahnya bahasa Al-Quran itu bukanlah bahasa yg direka atau sihir seperti yg ditohmahkan oleh bangsa arab pada masa itu.Tapi itulah hakikat yg sebenarnya mukjizat bahasa arab itu sendiri.

Sekarang ini kita cuba kongsikan sikit sebanyak untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi berkaitan dengan keindahan bahasa As-Saja’ ( السجع ) ini dalam Al-Quran.Secara umumnya kesenian bahasa ini terbahagi kepada dua jenis mengikut kepada persamaan rima hurufnya :

1 ) قصير

Dimana kesenian bahasa ini terkandung dalam bentuk lafaz yg pendek,sedikit dan tidak panjang. Jenis kesenian bahasa ini adalah yg paling pendek sekali iaitu terdiri dari dua lafaz perkatan. Sebagai contoh :

( سورة المدثر )

Dan ada juga As-Saja’ ( السجع ) terdiri dari tiga lafaz atau empat atau lima dan ia berakhir hingga mencecah kepada sembilan atau sepuluh perkataan.Seperti dalam firman Allah :

( سورة النجم )

Dalam contoh lain boleh kita lihat :

( سورة القمر )

2 ) طويل

Jenis kesenian bahasa ini terdiri dari sebelas lafaz dan lebih dari itu lagi ia mengandungi 15 lafaz.Seperti dalam firman Allah :

( سورة هود )

Melihat kepada contoh ayat di atas ini,ayat yg pertama ini iaitu ayat yg kesembilan ini terdiri dari sebelas lafaz.Manakala ayat yg berikutnya pula terdiri dari 13 lafaz.

Umumnya kesenian gaya bahasa ini yg diguna pakai dalam masyarakat arab jahiliah khususnya dalam wasiat,pesanan dan sebagainya lagi.Selain itu juga,perlu kita ketahui dan mengenal antara bentuk-bentuk As-Saja’ ( السجع ) ini :

1 ) Persamaan rima pada akhir huruf dan perbezaan wazan

Bentuk yg pertama ini menunjukkan terdapat persamaan rima akhir huruf dan dalam masa yg sama wujud perbezaan dari segi wazan kalimah tersebut.Contoh :

( سورة نوح )

Berdasarkan kepada ayat ini,menunjukkan persamaan rima pada akhir huruf akan tetapi terdapat perbezaan wazan pada kalimah tersebut.Di mana pada kedua-dua perkataan ini ( وقارا) dan ( أطوارا ) terdapat perbezaan wazan.

2 ) Persamaan rima pada akhir huruf dan persamaan wazan

Bentuk yg kedua ini pula menunjukkan persamaan rima pada akhir huruf dan juga persamaan wazan pada kalimah tersebut.Contoh :

( سورة الغاشية )

Demikian pula contoh ini menunjukkan persamaan rima pada akhir huruf dan juga persamaan wazan pada kalimah tersebut iaitu kalimah yg sama.Kalimah ( إيابهم ) dan ( حسابهم ) mempunyai rima yg sama pada akhir huruf dan juga mempunyai wazan yg sama iaitu wazan ( فعال ).

Dalam contoh yg lain juga :

( سورة الإنفطار )

Terdapat persamaan rima pada akhir huruf dalam ayat ini dan juga persamaan wazan pada kalimah tersebut iaitu wazan ( فعيل ).Terdapat juga unsur pengulangan dalam ayat yg pertama dan kedua iaitu pengulangan huruf ( إن ) dan juga ( لفى ).

Demikianlah kita dapat lihat sikit sebanyak salah satu dari keindahan balaghah Al-Quran ini dan jika dibandingkan dengan percakapan dan tutur kata arab,sudah tentu amat jauh beza sekali perbezaan.Timbul persoalan di sini apakah perbezaan antara balaghah Al-Quran dan kalam bangsa arab itu sendiri?Menjadi satu persoalan di sini.Jika melihat dari semua aspek Al-Quran, bahasa dan kehalusan keindahan bahasa Al-Quran itu sendiri,boleh disimpulkan bahawa :

1 ) Kesenian balaghah dalam Al-Quran sebenarnya terlalu banyak tidak terhitung dan tidak terkira dan tiada sesiapa pun yg menguasai keseluruhan balaghah Al-Quran ini melainkan hanya Allah s.w.t. sahaja.Dengan dalil-dalil yg diterokai dan dikaji oleh mereka yg sentiasa mengkaji segala aspek yg terkandung dalam Al-Quran dapat membuka rahsia baru yg terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri.Di mana segala rahsia yg terkandung di dalam Al-Quran ini tidak pernah diketahui oleh mereka sebelum ini.

2 ) Al-Quran diangkat naik darjat kesenian balaghah yg terkandung di dalamnya kepada darjat mukjizat dan merupakan satu perkara yg mustahil bagi manusia untuk membawakan contoh, perumpamaan atau sebagainya yg boleh menyerupai Al-Quran.Di sinilah kita dapat lihat bagaimana Al-Quran itu adalah satu mukjizat agung Nabi Muhammad s.a.w. yg diturunkan dan mematahkan semua kalam-kalam bangsa arab pada masa itu seperti yg sudah kita kupas dengan panjang lebar dalam permulaan awal analisis As-Saja’ ( السجع ).

3 ) Kesenian balaghah Al-Quran ini sebenarnya meliputi seluruh aspek dalam Al-Quran dan surah-surah dan ayat-ayat yg terkandung di dalamnya.Jika dibandingkan dengan kalam arab atau percakapan bangsa arab itu sendiri tidak mampu dan sememangnya tidak akan mampu meliputi seluruh aspek balaghah dalam kalam dengan sempurna seperti Al-Quran.

4 ) Kaedah-kaedah balaghah yg diberikan dan digaris panduankan oleh ulama-ulama balaghah yg diguna pakai adalah berbeza dari segi perlaksaannya di dalam Al-Quran dan kalam arab itu sendiri.Di mana jika di lihat melalui percakapan atau kalam arab itu sendiri sahaja terdapat banyak kekurangan dan hilangnya kesempurnaan kesenian bahasa Al-Quran itu jika dibandingkan dengan kalam Allah yg jauh tiada bandingnya hingga ke hari kiamat.

Kerana kalam bangsa arab ini sebenarnya lahir dari bentuk pemikiran manusia yg sentiasa berlaku kesilapan dan kesalahan.Berbandingkan dengan Al-Quran sudah jelas bahawa Al-Quran itu adalah mukjizat yg terkandung di dalamnya uslub bahasa yg luar biasa yg terdiri dari pelbagai kaedah dalam keindahan mukjizat bahasa Al-Quran itu sendiri yg tidak semua mampu memahaminya dan menguasainya.

Saya cuba bawakan satu contoh yg boleh kita lihat kelemahan dan kekurangan yg terdapat dalam kalam arab ini jika dibandingkan dengan kalam Allah dalam Al-Quran.

Satu hari dimana akan dihimpunkan mereka semua yg terdahulu dan yg terakhir,akan berbahagialah mereka yg tergolong dalam golongan orang yg baik-baik,dan akan menderitalah mereka yg tergolong dalam golongan orang yg jahat


Ketiga-tiga contoh yg saya bawakan ini adalah antara kalam arab atau kata-kata indah yg menggunakan uslub As-saja’.Contoh yg pertama adalah kata-kata yg diungkapkan oleh Auf bin rabia’h dan juga contoh kedua yg diungkapkan oleh Syaq bin Sa’ab menyifatkan tentang hari kebangkitan iaitu hari kiamat.Jika kita perhatikan dengan teliti, sebenarnya dalam ketiga-tiga contoh ini menggunakan satu uslub balaghah Al-Quran yg disebut sebagai Iqtibas dari Al-Quran.Kemudian digunakan uslub bahasa Al-Quran itu dengan mereka-reka satu kalam yg seakan-akan menyerupai ayat Al-Quran yg dinisbahkan kepada unsur kepercayaan kepercayaan nujum,penyembahan berhala dan tukang tilik yg menceritakan tentang gambaran hari kiamat.

Terang dan jelas sekali kata-kata ini adalah satu bentuk penipuan.Di sini kita dapat lihat degan jelas perbezaan antara kesenian bahasa Al-Quran itu sendir dengan kesenian bahasa kalam arab itu amat jauh berbeza sekali yg tiada unsur mukjizat dan terpelihara jika dibandingkan dengan kalam Allah yg sudah sememangnya terpelihara mukjizat bahasanya dan tiada langsung keraguan.Melihat kepada kalam arab ini,kita dapat ketahui siapa dari kalangan manusia dalam dunia ini yg tahu tentang hari kiamat,hari kebangkitan dan gambaran hari kiamat itu bagaimana. Tiada sesiapa pun yg tahu.Itulah keraguan yg wujud dalam kalam arab ini seperti yg sudah kita sebutkan tadi bahawa kalam arab ini sememangnya lahir dari pemikiran manusia itu sendiri yg banyak unsur keraguan,kesilapan dan sebagainya lagi.

Ketiga-tiga kalam arab ini menunjukkan bahawa ia adalah satu bentuk pemalsuan dan rekaan keindahab bahasa semata-mata dengan tujuan membenci Islam dan menjatuhkan Islam yg berasaskan kepada As-Saja’ ( سجع الكهان ).

Demikianlah sikit sebanyak yg boleh kita manfaatkan bersama.Bila menyebut tentang balaghah Al-Quran ini,memang tidak dinafikan terlalu panjang lebar dan amat terperinci sangat untuk dikupaskan satu persatu kehalusan mukjizat kalam Allah ini.Wallahu A’lam

Jumaat, Januari 14, 2011

Analisis Surah Al-Fatihah mengikut konteks bahasa arab dgn Al-Quran

Surah Al-Fatihah sememangnya adalah surah yg akan dibaca 17 kali sehari dalam hidup mereka sbg umat Islam ketika di dalam solat.Tetapi pernahkah kita mengkaji atau menganalisis apakah yg terkandung atau tersirat disebalik surah Al-Fatihah yg kita baca ini?Sejauh mana kita benar-benar memahami dan tadabbur segala yg tersirat di sebalik tersurat surah Al-Fatihah ini.Jadi Insya Allah di sini saya cuba kongsikan seberapa banyak yg boleh untuk pengetahuan kita bersama.

Surah Al-Fatihah ini dikategorikan sbg Surah Makkiyyah iaitu yg di turunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat.Surah ini Nabi s.a.w. menamakan sbg ( فاتحة الكتاب ) kerana ia adalah merupakan surah yg mula-mula sekali dibaca dan dimulai di dalam Al-Quran.Selain itu juga,surah ini juga dinamakan ( أم القرأن ) kerana ia merupakan induk bagi semua isi yg terkandung di dalam Al-Quran dan menjadi intisari kepada isi Al-Quran.Nama lain bagi surah ini adalah ( السبع المثاني ).Dinamakan sedemikian kerana ia mengandungi tujuh ayat dan sentiasa di baca berulang kali ketika di dalam solat.

Kajian yg boleh kita perhatikan dalam surah ini ialah pertamanya : dalam Surah Al-Fatihah ini sebenarnya Allah s.w.t. menyebutkan kepada kita 5 Asma al-Husna ( nama-nama Allah yg indah ) yg ada di dalam surah ini.Daripada 99 Asma al-Husna,5 daripadanya Allah s.w.t. memilih dan menyebutnya di dalam surah ini iaitu :

1. Allah ( الله )

2. Ar-Rabb ( الرب )

3. Ar-Rahman ( الرحمن )

4. Ar-Rahim ( الرحيم )

5. Al-Malik ( المالك )

1. Allah ( الله )

Merupakan nama Allah Azza Wa Jalla Yang Maha Agung dan tiada sesuatu pun yg boleh mensyirikkanNya.Di antara maksud nama Allah ini ialah sesungguhnya hati-hati itu beribadat dan rindu kepada Allah dan rindu untuk bertemu denganNya,melihatNya dan menjadi tenang bila menyebutNya iaitu berzikir mengingati Allah.

Dan di antara maksud nama Allah itu juga ialah sesungguhnya Dia ( Allah ) satu-satunya tuhan yg layah untuk disembah dan berhak untuk beribadah kepadaNya dan oleh kerana itu jugalah datangnya nama ini di dalam ungkapan dua kalimah syahadah di mana seorang mukmin itu akan berkata ( أشهد أن لا اله إلا الله ) dan tidak berkata seperti ini ( أشهد أن لا اله إلا الرحمن ).

2. Ar-Rabb ( الرب )

Iaitu Dialah ( Allah ) tuhan sekalian alam,tuhan kepada segala-galanya.Semua yg diciptakan Allah terdiri dari berbagai-bagai jenis dan bentuk seperti alam manusia,alam haiwan,alam tumbuh-tumbuhan dan sebagainya lagi.Allah s.w.t. adalah pencipta kepada semua alam tersebut.

3. Ar-Rahman & Ar-Rahim ( الرحمن الرحيم )

Juga merupakan nama Allah dan ia tidak dinamakan kepada sesiapa pun melainkan hanya kepada Allah sahaja.Maka bagi Allah s.w.t. itu sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Ar-Rahman adalah merupakan asma al-husna yg khusus hanya untuk Allah Azza Wa Jalla sahaja yg tidak boleh disekutukan dengan sesuatu yg lain.

Perkataan Ar-Rahman dan Ar-Rahim ini sebenarnya berasal dari Ar-Rahmah.Dan sifat Ar-Rahman Allah ini adalah rahmat kasih sayang untuk semua makhlukNya manakala Ar-Rahim pula adalah nikmat rahmat kasih sayang yg hanya khusus untuk orang-orang yg beriman sahaja.Setiap kali kita membaca surah Al-Fatihah ini berulang-ulang kali dalam seharian hidup,kita akan menyebut ( بسم الله الرحمن الرحيم ) dan tidak menyebut ( بسم الله العزيز الحكيم )menunjukkan disini kepada kata-kata Allah s.w.t. di dalam satu hadis Qudsi iaitu “ Sesungguhnya rahmat kasih sayangku mendahului kemurkaanku ” dan begitu juga nabi s.a.w. sentiasa mengajar para sahabat baginda dengan sentiasa berharap dan semakin bertambah keyakinan terhadap rahmat kasih sayang Allah yg terlalu besar .

Ketiga-tiga asma al-husna ini jika diperhati dengan begitu terperinci,sebenarnya ia sudah merangkumi aspek-aspek akidah keimanan kita kepada Allah s.w.t.Pertamanya nama Allah ( الله ) mengandungi sifat Uluhiyyah dan keduanya Ar-Rabb ( الرب ) mengandungi sifat Rububiyyah dan yg terakhir Ar-Rahman & Ar-Rahim mengandungi sifat Asma wa sifat bagi Allah.

4. Al-Malik ( المالك )

Seperti yg terkandung di dalam surah Al-Fatihah iaitu ( ملك يوم الدين ) iaitu yang menguasai di hari pembalasan di mana pada hari itu di tangan-tangan manusia terdapat segala amalan-amalan mereka dan pada hari itu juga terdengar pujian kepada Allah dan mengagungkan kebesaran Allah.Pada hari itu jugalah terdapat peringatan kepada umat Islam dengan hari pembalasan dan hari penghitungan ( Hisab ).

Analisis yg kedua dapat kita lihat di sini ialah ayat seterusnya :

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam

Alhamdu ( الحمد ) adalah pujian kerana perbuatan yg baik dan kemuliaannya.Pujian di sini adalah pujian bagi Allah s.w.t. dengan sifat keagungan dan kesempurnaanNya.Segala pujian serta sifat-sifat yg tinggi dan kesempurnaan hanyalah milik Allah s.w.t. sahaja dan tiada siapa yg berhak menerima pujian yg sempurna melainkan Allah sahaja.Jika kita mengkaji dari konteks bahasa sendiri kenapa digunakan alhamdu dalam ayat ini dan tidak digunakan ( الشكر ) dan apakah perbezaan antara ( الحمد ) ,( الشكر ) dan ( المدح ) ?Kenapa Allah tidak memulakan ayat ini dengan ( الشكر لله رب العلمين ) atau ( المدح لله رب العلمين )?

Sebenarnya ketiga-tiga perkataan bahasa arab ini mempunyai perbezaan makna dan maksud yg tersendiri.Dari segi makna luaran kita nampak ia adalah sama maksud tetapi hakikatnya terdapat perbezaan antara ketiga-tiga perkataan ini :

1 ) الحمد

Alhamdu dari segi bahasa bermaksud pujian iaitu pujian terhadap sesuatu perbuatan atau sifat atau tindakan yg dilakukan dengan kehendak dan keinginannya sendiri.

2 ) المدح

Almadhu juga adalah bermaksud pujian akan tetapi ia adalah pujian yg bebentuk umum atas sesuatu perbuatan atau tingkah laku yg dilakukan.Perbezaan antara kedua-dua perkataan ini ialah الحمد adalah khusus dan المدح adalah umum.

3 ) الشكر

As-syukru pula adalah maksud yg lebih khusus lagi dari الحمد dan المدح kerana perkataan as-syukru ini sebenarnya lebih kepada pujian terhadap sesuatu nikmat yg tertentu sahaja iaitu nikmat yg khusus.Ia terbatas kepada sesuatu kenikmatan yg melimpah dari pemberinya. Sebenarnya alhamdu disini mengandungi maksud ( الشكر والإعتراف ) iaitu pujian dan pengiktirafan yg cukup indah yg dikhususkan hanya kepada Allah sahaja di mana kalau dilihat bagaimana surah Al-Fatihah ini dimulakan dengan satu pujian.Pengiktirafan yg dimaksudkan di sini ialah keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. kerana itu adalah satu pengakuan dari hamba-hambaNya sendiri dengan segala kealpaan,kekurangan diri mereka dan berasa perlu kepada Allah s.w.t..Dan hamba-hambaNya mengiktiraf Allah dengan mengagungi segala sifat kesempurnaan,kemuliaan dan ihsan kebaikan Allah s.w.t.

Dengan permulaan ayat ini seperti di atas sebenarnya sudah terkandung maksud pengiktirafan dan pengakuan dari hamba-hambaNya terhadap segala nikmat keagungan dan kebesaran Allah dan tiada keraguan apa-apa.Dimana sifat bagi hamba-hambaNya dengan mengakui kebesaran dan keagungan Allah,maka mereka akan patuh taat kepada perintahNya dan tidak akan ingkar.Dalam skop yg lain pula dari sudut bahasa,kita dapat lihat dalam ayat kedua ini kalimah Allah dalam ayat ini sebenarnya satu bentuk pengkhususan.Satu unsur kesenian bahasa di sini menunjukkan bahawa segala puji-pujian itu hanyalah khusus untuk Allah sahaja.

Analisis yg berikutnya :

Perkataan “ Rabbil A’lamin ” yg bermaksud Tuhan sekalian alam dalam ayat ini juga adalah sifat Allah merupakan jawapan kepada persoalan kenapa Allah sahaja yg sememangnya berhak dan layak untuk dipuji.Dan perkataan “ Rabb ” di sini bermaksud pemilik atau yg memiliki sesuatu dan perkataan ini ia tidak boleh digunakan pada manusia melainkan hanya pada Allah sahaja.Jika digunakan pada manusia sekali pun,ia akan disandarkan kepada sesuatu atau lebih di istilahkan sbg ( الإضافة ) sbg contoh : رب البيت yg bermaksud tuan rumah atau pemilik rumah.Contoh lain lagi : ربة البيت yg bermaksud suri rumah.

Manakala “ Al-a’lamin ” di dalam ayat ini Allah gunakan dalam bentuk lafaz yg berbentuk jamak muzakkar salim.Penggunaan jamak muzakkar salim dalam ayat ini sebenarnya menunjukkan sesuatu yg berakal.Ia menunjukkan kepada kita di sini bahawa Allah tu adalah tuhan sekalian alam yg terdiri dari pelbagai alam seperti alam manusia,malaikat,jin,tumbuh-tumbuhan,haiwan dan lain-lain lagi.

Analisis seterusnya dapat dilihat di sini :

Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan


Jika dilihat dalam ayat ini pula,terkandung kesenian uslub bahasa Al-Quran itu sendiri.Jika dilihat pada perkataan iyyaka ( إياك ),dimana ia sudah ditakdim di hadapan ayat dimana dhamir ini membawa maksud pengkhususan terhadap ibadah dan pertolongan kepada Allah.Dalam ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana kita sbg seorang hamba hanya kepada Allah sahaja kita beribadah dan menyembah dan hanya kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan dan tidak kepada yg lain.Apakah hubungkait atau kesinambungan antara ( نعبد ) dan ( نستعين ) dalam ayat ini?Ia menunjukkan kepada kita di sini bahawa ibadah itu adalah satu perantaraan dan penghubung kita sbg hamba dengan Allah untuk memohon pertolongan.Kalau dilihat dari konteks bahasa,asal usul sebenarnya ayat ini adalah ( نعبد إياك ونستعين إياك ).Apabila dhamir إياك ini ditakdimkan dihadapan,secara tidak langsung ia membawa maksud pengkhususan bahawa hanya Allah sahaja kita sbg hamba akan sembah dan meminta pertolongan buat selama-lamanya.Bagaimana hebatnya keindahan uslub bahasa ini menunjukkan kepada kita bahawa hanya Allah sahaja satu-satunya tempat untuk kita bergantung dan meminta pertolongan kepadaNya dengan cara beribadah kepadaNya.

Dalam masa yg sama juga,kesinambungan dari uslub bahasa ini juga mencerminkan kepada kita sifat ubudiyyah seorang hamba itu bahawa hanya menyembah Allah sahaja dan tidak akan menyembah selain Allah.Itu merupakan asal usul tauhid uluhiyyah seperti mana yg telah diutuskan oleh para rasul yg terdahulu.

Analisis yg berikutnya :


Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Dalam ayat ini terkandung persoalan hidayah yg memberikan berbagai-bagai maksud :

1 ) Tetapkan kami di atas jalan-jalan yg lurus dan benar sehingga kami tidak terpesong dari jalan yg lurus kerana manusia itu sentiasa berubah-ubah.Mungkin pada hari ini manusia itu berada di dalam hidayah dan petunjuk dan kemungkinan manusia pada esok harinya berada di dalam kezaliman.

2 ) Peliharalah hidayah kami.Hidayah itu tinggi darjatnya dan mereka yg diberikan hidayah itu tergolong dalam tingkatan-tingkatan yg tinggi darjatnya.Dan ada dari kalangan mereka yg sampai darjat hidayah yg tinggi dan ada dari kalangan mereka yg tidak sampai ke darjat tersebut. Allah s.w.t. memberikan jalan yg lurus itu kepada dua iaitu jalan di dunia dan jalan di akhirat.Dan perjalanan kamu di jalan ukhrawi iaitu jalan titian sirat yg terbentang di antara neraka dan manusia akan melaluinya mengikut amalan mereka semasa di dunia dahulu.Manakala jalan di dunia pula ialah jalan dengan ketaatan kepada Allah s.w.t. dengan melalukan apa yg diperintah dan menjauhkan apa yg dilarang oleh Allah.

3 ) Jalan yg lurus itu di mana seorang hamba itu akan melakukan apa yg di suruh pada setiap waktu berdasarkan kepada ilmu dan amalan yg ada padanya dan dalam masa yg sama juga seorang hamba itu tidak akan melakukan larangan Allah dengan menjadikan Allah sentiasa berada di hatinya bahawa Allah mengetahui segala apa yg dilakukan dan kehendak seorang hamba itu untuk melakukan apa yg diperintah dan dilarang.

Dan lawan bagi hidayah di dalam ayat ini ialah :

1. Kejahilan ( الجهل )

Manusia itu kadang-kadang di dalam dirinya ada rasa keinginan untuk berbuat kebaikan akan tetapi jahil dan tidak mengetahui jalan atau cara yg betul yg dibenarkan oleh syariat untuk mencapai perbuatan baik tersebut.Maka manusia itu menggunakan cara yg bid’ah dari segi syariat dan juhud melaksanakannya tanpa berfikir panjang dan menyangkakan bahawa amalan kebaikan yg dilakukan dengan cara yg tidak betul itu adalah baik disebabkan oleh kurangnya ilmu dalam diri.

2. Nafsu ( الهوى )

Kadang-kadang ada dari kalangan manusia itu sendiri mereka dari kalangan orang yg alim ada ilmu pengetahuan tetapi tidak ada dalam dirinya keazaman dan kesungguhan yg menjadikannya terdorong untuk ke arah kebaikan dan hawa nafsu itu menguasai dirinya.Lalu dia meninggalkan kewajipan atau berkecimpung dalam perkara haram dengan sengaja sedangkan dia seorang yg berilmu dan tahu tentang hala dan haram dan mengukurkan dirinya sbg seorang yg lemah imannya dan nafsu syahwat menguasainya dan leka dalam kealpaan dunia.

Kalau diperhatikan pada ayat ini dari sudut bahasa arab itu sendiri,Allah menggunakan perkataan ( اهدنا ) dalam sighah atau bentuk Fi’il Amar.Sebenarnya lafaz Fi’il Amar di sini bukanlah bermaksud satu perintah tetapi ia membawa maksud yg lain sebenarnya.Dari konteks ilmu balaghah,secara umumnya perkataan atau sesuatu jumlah dalam bahasa arab ini terbahagi kepada dua iaitu yg berbentuk Insyai ( اسلوب الإنشائى ) dan Khabari ( اسلوب الخبري ).Di dalam konteks ayat yg berbentuk Uslub Insyai ini terdiri daripada berbagai pecahan yg tersendiri. Antaranya adalah sighah yg berbentuk amar ( صيغة الأمر ).Seperti yg terkandung di dalam ayat di atas,lafaz Fi’il Amar yg digunakan sebenarnya membawa maksud doa iaitu satu proses permintaan dari bawah kepada yg atas.Yang dimaksudkan permintaan dari bawah ke atas di sini ialah kita sbg seorang hamba meminta dan berdoa kepada yg lebih Maha Kuasa lagi iaitu Allah s.w.t.

Itu yg tersirat disebalik penggunaan lafaz Fi’il Amar dalam ayat ini.Dalam masa yg sama ia menunjukkan kepada kita bahawa kita sbg hambaNya perlu sentiasa dan setiap masa berdoa memohon hidayah dan petunjuk kepada Allah.Bukan hanya sekadar berdoa sahaja,tetapi sentiasa berusaha untuk mencari hidayah Allah itu.Dari sini juga,ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa hidayah ini sebenarnya milik Allah dan kerja memberi hidayah ini juga adalah hak milik Allah.Allah juga berhak untuk memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yg dikehendakinya.Oleh kerana itulah kita sbg hamba disuruh agar supaya sentiasa berdoa dan memohon hidayah Allah dan ini bertepatan dengan kaedah penggunaan bahasa arab yg terkandung dalam ayat ini.Itulah hebatnya bahasa Al-Quran.

Perkataan ( الصراط ) dalam ayat ini bererti jalan yg jelas dan ada manhaj kehidupan iaitu ada pegangan hidup.Sepertiman yg terdapat di dalam bait syair yg diungkapkan:


Seorang pemimpin yg beriman itu berada di atas jalan yg lurus benar

Jika dia membengkokkan jalan itu,bengkoklah ia


Analisis yg berikutnya :


Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka,bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat

Ayat ini membawa penafsiran yg jelas dari ayat yg sebelumnya iaitu dari jalan yg lurus.Mereka yg telah mendapat hidayah seperti mana yg telah Allah anugerahkan nikmat itu kepada mereka dari kalangan nabi-nabi,para syuhada,golongan yg soleh dan yg benar.Ayat ini secara tersiratnya Allah mengajar manusia supaya mencari jalan “ orang-orang yg Allah telah berikan kenikmatan ” dan menjauhi jalan “ orang-orang yg dimurkai Allah dan orang-orang yg sesat ”.

Orang-orang yg Allah telah berikan kenikmatan dijelaskan dalam ayat yg lain :

Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul,mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah,iaitu : Nabi-nabi,para siddiiqiin,orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh.Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya


Dalam ayat ini juga tiga jalan yg terbentang di hadapan kita :

1 ) Jalan yg lurus ( الصراط المستقيم )

Jalan-jalan yg terkandung di dalamnya segala kebenaran dan amal kebaikan

2 ) Jalan yg dimurkai ( المغضوب عليهم )

Mereka yg terdiri daripada yahudi dan lain-lain.Mereka semua ini tahu semua kebenaran yg terkandung di dalam Al-Quran dan tidak beramal dengannya

3 ) Jalan yg sesat ( الضالين )

Mereka yg beramal tetapi dengan kejahilan mereka sendiri iaitu beramal dengan menggunakan cara yg sesat dan tidak benar

Analisis yg seterusnya :

Dalam ayat di atas mengandungi satu unsur balaghah yg dipanggil ( التفسير بعد الإبهام ) iaitu menjelaskan apa yg samar-samar.Ayat ini menjelaskan dan mentafsirkan kesamaran ayat yg sebelumnya iaitu ( اهدنا الصراط المستقيم ).Selain itu juga,terkandung juga satu lagi kesenian bahasa iaitu ( السجع ) yg bermaksud persamaan pada rima akhir perkataan atau wazan.Contohnya yg ada pada ayat ini :

1. ( المستقيم ) dan ( الرحيم )

Persamaan rima huruf yg ada pada ayat ini iaitu huruf mim pada akhir kalimah itu sendiri.

2. ( نستعين ) dan ( الضآلين )

Persamaan rima huruf pada akhir ayat ini iaitu huruf nun pada akhir kalimah itu sendiri.

Semoga dengan apa yg tersirat disebalik Surah Al-Fatihah ini mampu membuatkan diri kita itu semakin hampir lagi kepada Allah...Wallahu A'lam

Jumaat, Januari 07, 2011

Bahasa Arab Fushah VS Bahasa Arab Ammi


Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran dengan bahasa Arab agar kamu dapat memahaminya.

( Surah Yusuf : 2 )

Bahasa arab sebenarnya merupakan bahasa yg unik dan menarik.Ia juga adalah bahasa rasmi bagi agama Islam.Oleh kerana itu ia perlu diberi perhatian sewajarnya agar ketulinan dan kesinambungan bahasa Al-Quran itu terpelihara.Al-Quran yg merupakan perlembagaan kepada agama Islam juga telah diturunkan dalam bahasa arab.

Secara umumnya,bahasa arab merupakan eleman penting dalam menyatukan bangsa dan ia juga mencerminkan ketamadunan sesuatu bangsa tersebut.Bahasa arab juga merupakan lidah rasmi bagi seruan Ilahi dan gedung simpanan ajaran Islam untuk penganutnya.Ia juga memainkan peranan yg amat besar dalam mengembalikan kepercayaan manusia daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa.Apa yg lebih menakjubkan lagi, bahasa arab juga merupakan bahasa perantaraan makhluk kepada Penciptanya.Contohnya ibadah seharian kita iaitu sembahyang.Tidak sah sembahyang seseorang itu jika tidak menggunakan bahasa arab.Ini jelas menunjukkan kepada kita satu ikatan yg sangat kukuh di antara bahasa arab dan Al-Quran yg mana tidak mungkin dijumpai pada bahasa-bahasa lain di dalam kitab suci mereka.

Islam merupakan sebuah ad-din yg amat sinonim dengan bahasa arab dan dunia tidak akan mengenali Islam tanpa Al-Quran yg diturunkan dalam bahasa arab.Dengan kerana itu,ajaran Islam mewajibkan ke atas penganutnya untuk mempelajari bahasa ini dan memahaminya.Sepertimana yg disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiah : Seseungguhnya bahasa arab itu adalah sebahagian daripada agama,mengetahuinya adalah satu kewajipan kerana memahami Al-Quran dan As-Sunnah adalah wajib dan kedua-duanya tidak akan dapat difahami kecuali dengan memahami bahasa arab.

Saidina Umar r.a juga pernah berkata : pelajarilah bahasa arab kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada agama kamu.Apabila kita membincangkan tentang bahasa arab,maka sudah tentu ia adalah bahasa arab fushah ( baku dan tulin ).Bahasa arab fushah merupakan bahasa asal Arab yg dapat difahami oleh seluruh bangsa Arab walaupun ia berasal dari negara mana sekalipun dan bahasa inilah sebenarnya yg telah menyatukan bangsa-bangsa Arab dan seterusnya menghapuskan perselisihan yg berlaku sesama mereka.

Dunia pada hari ini menyaksikan bahasa arab fushah sedang kuat disaingi oleh bahasa arab ammi ( bahasa pasar ) dengan begitu luas sekali.Sehingga ada yg mencadangkan agar bahasa arab ammi dijadikan bahasa kedua yg digunakan secara rasmi di media cetak atau elektronik, diberikan pengiktirafan untuk dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan dikaji kesusasteraan yg ada padanya.Cadangan ini dilihat sbg satu usaha yg sangat bahaya bertujuan untuk memecah belahkan kesatuan bangsa Arab dan akhirnya menjauhkan mereka drp memahami bahasa Al-Quran itu sendiri.Perlu dibezakan di sini antara lahjah ( loghat setempat ) dan ammi ( bahasa pasar ).

Lahjah ialah perbezaan dari segi sebutan huruf seperti huruf qaf disebut ga,tetapi bahasa arab ammi sebenarnya merupakan bahasa kedua yg tidak mempunyai teori dan kaedah di dalam penggunaannya.Ia adalah hasil campuran daripada bahasa arab fushah itu sendiri yg telah diubah cara sebutannya dan bahasa asing ( bukan Arab ) yg tidak diketahui dari mana asal-usulnya. Bahasa arab ammi inilah telah diguna pakai oleh hampir keseluruhan bangsa-bangsa Arab termasuk para ulama dan sasterawan.Jika kita perhatikan dengan lebih terperinci lagi,fenomena ini tidak mustahil mampu mengugat bahasa arab fushah itu sendiri untuk terus kekal sbg bahasa rasmi dan berkemungkinan ia akan dipinggirkan sedikit demi sedikit sehingga tidak lagi diguna pakai kecuali mungkin hanya pada ruang lingkup yg agak kecil.

Menyedari hakikat ini,muncullah beberapa usaha untuk mengangkat dan memartabatkan semula bahasa arab fushah di samping menenggelamkan terus pengaruh bahasa arab ammi yg kian menular di kalangan masyarakat Arab.Usaha-usaha tersebut dijalankan bermula di peringkat sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi di mana pemahaman tentang peri pentingnya penguasaan bahasa arab fushah ini diterapkan kepada golongan pelajar dan juga mahasiswa.

Di antara tujuan yg diharapkan untuk menjayakan usaha ini dalam penerapan bahasa arab fushah ialah melalui percakapan yg baik,pembacaan yg peka dan berkesan,pemahaman yg sempurna dan penulisan berkualiti yg mampu mencetus karya-karya sastera yg berkualiti tinggi.Di sini kita perlu ketahui bahawa penggunaan bahasa arab fushah dalam komunikasi seharian sama ada melalui penulisan mahupun percakapan dan lain-lain lagi sebenarnya boleh membantu dalam menjaga warisan peradaban bangsa Arab itu sendiri.Adakah kita ketahui dan mengkaji bahawa setiap perkataan bahasa arab ini sebenarnya mempunyai sejarahnya yg tersendiri,seolah-olah sejarah dan adat lama mereka terus hidup untuk meriwayatkan kembali kisah silamnya.

Begitulah hebatnya ciptaan Tuhan dalam menjadikan sesuatu perkara.Ayuhlah kita bersama memelihara bahasa arab fushah ini daripada unsur-unsur yg boleh melemahkannya kerana dengan lemahnya bahasa arab,maka akan lemahlah kesatuan bangsa dan akhirnya menyebabkan bangsa Arab akan berpecah belah dan bercakaran tanpa kesudahan.Jika ini benar-benar terjadi, Islam akan lemah dan terpinggirlah Al-Quran dan peluang seperti ini akan diambil oleh golongan musuh Allah yg sememangnya bencikan Islam untuk menjatuhkan Islam.Dengan terpeliharanya bahasa arab,kesatuan bangsa Arab akan terus terjamin dan umat Islam akan terus kembali berpegang kepada ajaran Islam yg sebenar di mana sumber utamanya adalah Al-Quran.

* sbg peringatan : jangan terlalu membangga diri sangat kalau sudah hebat bertutur berkata-kata dlm bahasa arab ammi sedangkan sebenarnya dalam masa yg sama kita sudah merosakkan bahasa Al-Quran itu sendiri!Tidak bermaksud di sini bahasa arab ammi tu tidak penting.Bahasa arab ammi juga adalah penting sbg perbualan dan muamalah seharian dgn bangsa arab,akan tetapi jangan sehingga mengabaikan bahasa Al-Quran ( arab fushah ) yg sebenar dan merosakkannya serta tidak memelihara bahasa Al-Quran yg sebenar.

Sabtu, Januari 01, 2011

Format Debat Bahasa Arab IPTA MADUM


Kejohanan Debat Bahasa Arab Institusi Pengajian Tinggi Awam Peringkat ASEAN 2008

video



Di sini saya cuba kongsikan beberapa format struktur debat IPTA yg dikeluarkan oleh Majlis Debat Universiti Malaysia ( MADUM ).Ia boleh dijadikan sbg panduan dan rujukan khusus buat Akademi Debat Mu'tah.Panduan dan struktur bagi debat bahasa arab punya.

1. Format / Struktur

- Debat Bahasa Arab Ala Parlimen

2. Pasukan Debat

- Setiap pasukan debat yg mewakili universiti terdiri daripada 3 orang pendebat dan seorang atau 2 orang sbg simpanan

- Pasukan debat terdiri daripada pasukan ( الحكومة ) iaitu pasukan kerajaan dan juga pasukan ( المعارضة ) iaitu pasukan pembangkang

- Setiap kejohanan debat institusi pengajian tinggi awam akan diketuai oleh seorang ( رئيس البرلمان ) iaitu Yang Di-Pertua

- Bagi pasukan kerajaan ( الحكومة ) terdiri dari 3 orang pendebat.Pendebat yg pertama adalah sbg Perdana Menteri ( رئيس الوزراء ).Pendebat yg kedua adalah sbg menteri yg pertama iaitu sbg menteri pertahanan ( وزير الدفاع ).Manakala pendebat yg ketiga adalah sbg menteri yg kedua dan berperanan untuk membidas hujah-hujah dari pihak lawan

- Bagi pasukan pembangkang ( المعارضة ) juga terdiri dari 3 orang pendebat.Pendebat yg pertama adalah berperanan sbg Perdana Menteri atau dgn istilah lain sbg Ketua Pembangkang ( رئيس المعارضة ).Pendebat yg kedua berperanan sbg pembangkang pertama.Manakala pendebat yg ketiga berperanan sbg pembangkang ye kedua dan berperanan untuk membidas hujah-hujah pihak lawan.

3. Masa Debat

- Masa yg diperuntukkan kepada setiap pendebat adalah 7 minit atau 8 minit ( bergantung pada pindaan peraturan MADUM )

4. Pusingan Debat

- Kejohanan debat terdiri dari 2 pusingan iaitu pusingan yg pertama dan pusingan yg kedua. Pusingan yg pertama kejohanan debat adalah sesi perdebatan dan pusingan yg kedua adalah sesi khulasah atau kesimpulan.

- Masa yg diperuntukkan bagi sesi kesimpulan pada pusingan kedua ada 4 minit sahaja

- Bagi pusingan kedua ( kesimpulan ),hanya Perdana Menteri dan menteri pertama sahaja dibenarkan untuk membuat khulasah.Begitu juga bagi pasukan pembangkang

5. Format Hujah

- Setiap pendebat dari pasukan kerajaah dan pembangkang akan membawa sekurang-kurangnya 3 hujah dalam kejohanan debat.Perdana Menteri dan Ketua Pembangkan akan membawa 3 hujah dan sekurang-kurangnya 2 hujah perlu diutarakan.

- Manakala menteri pertama bagi pasukan kerajaan dan pembangkang perlu mengutarakan 3 hujah

- Manakala menteri kedua dari pasukan kerajaan dan pembangkang tidak perlu membawa sebarang hujah.Peranan mereka hanya membidas segala hujah-hujah pihak lawan

- Ketika dalam pusingan kejohanan debat,beberapa celahan dibenarkan pada masa yg tertentu sahaja dan setiap pendebat dibenarkan sekurang-kurangnya 2 kali untuk mencelah ( مداخلة )

6. Kelayakan

- Terbuka kepada semua Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia ( IPTA ) sahaja iaitu universiti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

7. Etika perdebatan

- Setiap pendebat dibenarkan untuk berdebat mengikut masa yg sudah diperuntukkan

- Penggunaan bahasa arab fushah adalah di utamakan dan penggunaan bahasa ammi adalah dilarang sama sekali

- Pendebat tidak dibenarkan menggunakan perkataan yg kesat dalam kejohanan debat

- Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan Al-Quran atau Hadis di dalam sesi perdebatan

- Isu-isu yg berkaitan dengan sentimen perkauman,politik dan sebagainya lagi adalah dilarang

8. Celahan ( مداخلة )

- Dalam pusingan pertama kejohanan debat bahasa arab dibenarkan celahan ( مداخلة ) dan pada pusingan yg kedua ( sesi kesimpulan ) tidak ada sesi celahan dibenarkan

- Celahan hanya dibenarkan bermula selepas minit yg kedua sehingga seminit sebelum tamatnya loceng masa sahaja.Celahan pada satu minit yg terakhir tidak di kira

- Celahan dibenarkan sekurang-kurangnya 2 kali celahan kepada setiap pendebat

9. Peranan Yang Di-Pertua Dewan

- Kejohanan debat bahasa arab akan diketuai oleh seorang Yang di-Pertua ( رئيس البرلمان ) dan di bantu oleh penjaga masa.Tugas Yang Di-Pertua adalah untuk memastikan kejohanan debat tersebut berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan

- Yang Di-Pertua akan membaca peraturan debat dan memperkenalkan panel-panel hakim, pasukan kerajaan dan pembangkang serta penjaga masa

- Yang Di-Pertua akan menjemput pasukan kerajaan dan pembangkang ke dewan perdebatan dan akan memastikan bahawa hakim-hakim telah bersedia sebelum mulanya debat

- Yang Di-Pertua akan mengumumkan keputusan kejohanan debat dan juga pendebat yg terbaik

Begitulah serba sedikit format atau struktur debat bahasa arab yg boleh dikongsikan bersama. Untuk lebih lanjut dan terperinci lagi,boleh merujuk kepada Akademi Debat Mu'tah.Sbg pengetahuan umum,penulis ini adalah :

1. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ) bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Peringkat Intervesity IPTA UIAM ( MADUM ) 2006.Mara ke suku akhir final dan meraih sbg pendebat terbaik

2. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM )bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Institusi Pengajian Tinggi Awam Peringkat Diraja 2006 ( MADUM ) di Sarawak.Mara ke suku akhir final dan meraih sbg pendebat terbaik

3. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ) bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Institusi Pengajian Tinggi Awam Peringkat ASEAN ( MADUM )

4. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ) bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Piala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

5. Timbalan Yang Di-Pertua Kelab Debat Bahasa Arab Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ) sesi 2008

6. Penasihat Kelab Debat Bahasa Arab Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ) 2008

7. Jurulatih / Trainer Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ) bagi Kelab Debat Bahasa Arab UDM

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More