Tentang Penulis

Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Dan Kesusasteraan Arab Universiti Mu’tah Jordan.Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ibrahim.Kemudian meneruskan pengajian beliau di peringkat menengah.Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ),meneruskan pengajiannya di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin ( KUSZA ) yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia.Setelah tamat di peringkat diploma,kemudian meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) sebelum ke Jordan.Kemudian meneruskan pengajian di Universiti Mu’tah Jordan
.
Merupakan di antara pelajar yang cemerlang dan aktif di zaman universiti.Beliau tidak hanya sekadar memfokuskan kepada akademik sahaja malah juga pelajar yang aktif.Antara pencapaian aktiviti ko-kurikulum yang pernah beliau menceburkan diri semasa di peringkat kampus :

1. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Peringkat Intervesity IPTA UIAM 2006.Layak ke suku akhir final.Meraih sebagai pendebat terbaik.

2. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Peringkat Diraja 2006 di Sarawak.Meraih sebagai pendebat terbaik.

3. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Peringkat ASEAN di USIM.

4. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia bagi Debat Bahasa Arab Piala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

5. Pemidato terbaik ( Kategori Bahasa Arab ) Piala Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Darul Iman Malaysia.Meraih juara keseluruhan dan pemidato terbaik keseluruhan.

Selain itu juga,beliau juga aktif dalam gerak kerja persatuan dan pimpinan pelajar.Antaranya ialah :

1. Timbalan Yang Di-Pertua Kelab Debat Bahasa Arab Universiti Darul Iman Malaysia sessi 2008.

2. Timbalan Yang Di-Pertua Persatuan Pendidikan Universiti Darul Iman Malaysia sessi 2005/2006.

3. Jurulatih Debat Universiti Darul Iman Malaysia ( Kategori Bahasa Arab ).

4. Penasihat Kelab Debat Bahasa Arab Universiti Darul Iman Malaysia 2008.

5. Ahli Persatuan Pendidikan Universiti Darul Iman Malaysia.

6. Ahli Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ( PSSPGM ) Universiti Darul Iman Malaysia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More