PERMATA


Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah PERMATA merupakan persatuan yang mempunyai paling ramai ahli berbanding persatuan-persatuan universiti lain di Jordan .Justeru itu, merupakan satu tuntutan kepada masyarakat pelajar di bumi Mu’tah supaya ditubuhkan sebuah persatuan rasmi sebagai simbol kesatuan pelajar demi menguruskan segala permasalahan ahli terutama perkara yang berkaitan dengan akademik dan kebajikan pelajar,maka dengan persetujuan bersama Jawatankuasa Penaja dibentuk untuk merealisasikan tujuan tersebut.

Setelah draf perlembagaan selesai digubal, satu pemilihan yang pertama telah diadakan untuk membentuk ahli jawatankuasa sehubungan itu juga Draf Perlembagaan PERMATA telah disahkan di dalam Mesyuarat Agung kali-1 pada 28 oktober 1999 sekaligus secara rasminya Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah PERMATA ditubuhkan pada tarikh tersebut.

Cogan kata
Cemerlang Maju Gemilang


Kecemerlangan adalah suatu yang dicita-citakan oleh setiap mahasiswa.Oleh itu,untuk mencapai kecemerlangan mahasiswa harus maju didalam semua bidang termasuk akademik dan cara hidup berpersatuan.Apabila kecemerlangan dan kemajuan telah selari, maka akan muncul satu ummah yang gemilang bagi memimpin generasi masa hadapan.

Dasar Persatuan
Dasar PERMATA ialah Al-Quran dan Hadis.
Menjaga kebajikan pelajar melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan lunas-lunas islam.


Objektif/Matlamat
1. Menyatukan mahasiswa/wi Universiti Mu’tah ke Arah perpaduan dan perkara-perkara kebajikan
2. Membina dan meningkatkan kesedaran ahli dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang akademik.
3. Mendekatkan mahasiswa/wi memahami cabaran semasa,budaya keilmuan dalam konteks masyarakat global.
4. Mewujudkan dan merapatkan hubungan dengan semua pihak yang tidak bertentangan dengan dasar PERMATA.
5. Melenyapkan belengu pemikiran yang sempit,jumud dan individualistik dikalangan mahasiswa/wi sekaligus melahirkan semangat kekitaan dan daya pemikiran yang positif serta mampu berinteraksi dalam semua keadaan.


Alamat Surat Menyurat
Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA),
P.O Box 41,
Mu’tah, 61621 Karak,
The Hashemite Kingdom Of Jordan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More