Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran dengan bahasa Arab agar kamu dapat memahaminya.
( Surah Yusuf : 2 )
Bahasa arab sebenarnya merupakan bahasa yg unik dan menarik.Ia juga adalah bahasa rasmi bagi agama Islam.Oleh kerana itu ia perlu diberi perhatian sewajarnya agar ketulinan dan kesinambungan bahasa Al-Quran itu terpelihara.Al-Quran yg merupakan perlembagaan kepada agama Islam juga telah diturunkan dalam bahasa arab.
Secara umumnya,bahasa arab merupakan eleman penting dalam menyatukan bangsa dan ia juga mencerminkan ketamadunan sesuatu bangsa tersebut.Bahasa arab juga merupakan lidah rasmi bagi seruan Ilahi dan gedung simpanan ajaran Islam untuk penganutnya.Ia juga memainkan peranan yg amat besar dalam mengembalikan kepercayaan manusia daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa.Apa yg lebih menakjubkan lagi, bahasa arab juga merupakan bahasa perantaraan makhluk kepada Penciptanya.Contohnya ibadah seharian kita iaitu sembahyang.Tidak sah sembahyang seseorang itu jika tidak menggunakan bahasa arab.Ini jelas menunjukkan kepada kita satu ikatan yg sangat kukuh di antara bahasa arab dan Al-Quran yg mana tidak mungkin dijumpai pada bahasa-bahasa lain di dalam kitab suci mereka.
Islam merupakan sebuah ad-din yg amat sinonim dengan bahasa arab dan dunia tidak akan mengenali Islam tanpa Al-Quran yg diturunkan dalam bahasa arab.Dengan kerana itu,ajaran Islam mewajibkan ke atas penganutnya untuk mempelajari bahasa ini dan memahaminya.Sepertimana yg disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiah : Seseungguhnya bahasa arab itu adalah sebahagian daripada agama,mengetahuinya adalah satu kewajipan kerana memahami Al-Quran dan As-Sunnah adalah wajib dan kedua-duanya tidak akan dapat difahami kecuali dengan memahami bahasa arab.
Saidina Umar r.a juga pernah berkata : pelajarilah bahasa arab kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada agama kamu.Apabila kita membincangkan tentang bahasa arab,maka sudah tentu ia adalah bahasa arab fushah ( baku dan tulin ).Bahasa arab fushah merupakan bahasa asal Arab yg dapat difahami oleh seluruh bangsa Arab walaupun ia berasal dari negara mana sekalipun dan bahasa inilah sebenarnya yg telah menyatukan bangsa-bangsa Arab dan seterusnya menghapuskan perselisihan yg berlaku sesama mereka.
Dunia pada hari ini menyaksikan bahasa arab fushah sedang kuat disaingi oleh bahasa arab ammi ( bahasa pasar ) dengan begitu luas sekali.Sehingga ada yg mencadangkan agar bahasa arab ammi dijadikan bahasa kedua yg digunakan secara rasmi di media cetak atau elektronik, diberikan pengiktirafan untuk dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan dikaji kesusasteraan yg ada padanya.Cadangan ini dilihat sbg satu usaha yg sangat bahaya bertujuan untuk memecah belahkan kesatuan bangsa Arab dan akhirnya menjauhkan mereka drp memahami bahasa Al-Quran itu sendiri.Perlu dibezakan di sini antara lahjah ( loghat setempat ) dan ammi ( bahasa pasar ).
Lahjah ialah perbezaan dari segi sebutan huruf seperti huruf qaf disebut ga,tetapi bahasa arab ammi sebenarnya merupakan bahasa kedua yg tidak mempunyai teori dan kaedah di dalam penggunaannya.Ia adalah hasil campuran daripada bahasa arab fushah itu sendiri yg telah diubah cara sebutannya dan bahasa asing ( bukan Arab ) yg tidak diketahui dari mana asal-usulnya. Bahasa arab ammi inilah telah diguna pakai oleh hampir keseluruhan bangsa-bangsa Arab termasuk para ulama dan sasterawan.Jika kita perhatikan dengan lebih terperinci lagi,fenomena ini tidak mustahil mampu mengugat bahasa arab fushah itu sendiri untuk terus kekal sbg bahasa rasmi dan berkemungkinan ia akan dipinggirkan sedikit demi sedikit sehingga tidak lagi diguna pakai kecuali mungkin hanya pada ruang lingkup yg agak kecil.
Menyedari hakikat ini,muncullah beberapa usaha untuk mengangkat dan memartabatkan semula bahasa arab fushah di samping menenggelamkan terus pengaruh bahasa arab ammi yg kian menular di kalangan masyarakat Arab.Usaha-usaha tersebut dijalankan bermula di peringkat sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi di mana pemahaman tentang peri pentingnya penguasaan bahasa arab fushah ini diterapkan kepada golongan pelajar dan juga mahasiswa.
Di antara tujuan yg diharapkan untuk menjayakan usaha ini dalam penerapan bahasa arab fushah ialah melalui percakapan yg baik,pembacaan yg peka dan berkesan,pemahaman yg sempurna dan penulisan berkualiti yg mampu mencetus karya-karya sastera yg berkualiti tinggi.Di sini kita perlu ketahui bahawa penggunaan bahasa arab fushah dalam komunikasi seharian sama ada melalui penulisan mahupun percakapan dan lain-lain lagi sebenarnya boleh membantu dalam menjaga warisan peradaban bangsa Arab itu sendiri.Adakah kita ketahui dan mengkaji bahawa setiap perkataan bahasa arab ini sebenarnya mempunyai sejarahnya yg tersendiri,seolah-olah sejarah dan adat lama mereka terus hidup untuk meriwayatkan kembali kisah silamnya.
Begitulah hebatnya ciptaan Tuhan dalam menjadikan sesuatu perkara.Ayuhlah kita bersama memelihara bahasa arab fushah ini daripada unsur-unsur yg boleh melemahkannya kerana dengan lemahnya bahasa arab,maka akan lemahlah kesatuan bangsa dan akhirnya menyebabkan bangsa Arab akan berpecah belah dan bercakaran tanpa kesudahan.Jika ini benar-benar terjadi, Islam akan lemah dan terpinggirlah Al-Quran dan peluang seperti ini akan diambil oleh golongan musuh Allah yg sememangnya bencikan Islam untuk menjatuhkan Islam.Dengan terpeliharanya bahasa arab,kesatuan bangsa Arab akan terus terjamin dan umat Islam akan terus kembali berpegang kepada ajaran Islam yg sebenar di mana sumber utamanya adalah Al-Quran.
* sbg peringatan : jangan terlalu membangga diri sangat kalau sudah hebat bertutur berkata-kata dlm bahasa arab ammi sedangkan sebenarnya dalam masa yg sama kita sudah merosakkan bahasa Al-Quran itu sendiri!Tidak bermaksud di sini bahasa arab ammi tu tidak penting.Bahasa arab ammi juga adalah penting sbg perbualan dan muamalah seharian dgn bangsa arab,akan tetapi jangan sehingga mengabaikan bahasa Al-Quran ( arab fushah ) yg sebenar dan merosakkannya serta tidak memelihara bahasa Al-Quran yg sebenar.
1 ulasan:
Alangkah beruntungnya dapat belajar bahasa arab
Catat Ulasan