Tercetusnya peperangan ini berpunca dari pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yg merupakan utusan yg dihantar oleh Rasulullah s.a.w. kepada Raja Busra.Lalu Rasulullah s.a.w. mengumpulkan seramai 3000 tentera Islam utk keluar berperang di Mu’tah di mana Rasulullah s.a.w. tidak terlibat dalam peperangan ini.Sebelum mulanya peperangan,Rasulullah s.a.w. berpesan kepada mereka : Yang bertindak sebagai Amir ( panglima perang ) adalah Zaid bin Haritsah.Jika Zaid gugur,Jaafar bin Abi Thalib penggantinya,bila Jaafar gugur,Abdullah bin Rawahah penggantinya.Dan jika Abdullah bin Rawahah gugur maka hendaklah kaum Muslimin memilih penggantinya.”
Rasulullah juga mengingatkan mereka agar tidak terus melancarkan serangan sebaliknya menyeru kepada penduduk Mu'tah agar beriman dan apabila seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan.Ini adalah perkara yg mesti kita ambil perhatian iaitu mengenai kepimpinan yg mana Rasulullah s.a.w. telah meminta kepada kita dalam hadis yg lain agar melantik seorang ketua walaupun bermusafir dua orang.
Rasulullah s.a.w. bersama beberapa sahabat mengucapkan selamat jalan kepada semua tentera Islam ketika keluar dari Madinah.Pada ketika itu Abdullah bin Rawahah menangis tersedu-sedu. Lalu mereka kemudian bertanya : “ Apa yang menyebabkan engkau menangis? ” Abdullah bin Rawahah menjawab : “ Demi Allah,bukan kerana aku cintakan dunia juga bukan kerana perpisahan dengan kalian,tetapi aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. membaca salah satu ayat al-Quran yg menyebutkan neraka : “ Dan tidak ada seorang pun di antaramu,melainkan mendatangi neraka itu.Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kepastian yang sudah ditetapkan. ” ( Surah Maryam : 71 )
Ketika tentera Islam berangkat,kaum Muslimin berdoa semoga Allah menyertai mereka, melindungi dan mengembalikan mereka pulang dalam keadaan yg baik-baik.Kemudian Abdullah bin Rawahah berkata :
Akan tetapi aku memohon keampunan kepada Allah sedangkan terlalu banyaknnya mengalir darah itu dengan tunusan mata pedang
atau pun tusukan tombak dengan tangan-tangan kemarahan yang menembusi hati-hati
sehingga dikatakan andai lalunya mereka di atas kuburku maka Allah akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada mereka yg telah berperang
Dapat dilihat di sini antara beberapa bait syair yg diungkapkan oleh Abdullah bin Rawahah di mana disebalik kata-kata seorang yg akan syahid di medan Mu’tah ini mengandungi maksud yg amat halus dan tersirat.Bagi mereka iaitu khususnya saya tujukan pada sahabat-sahabat di Kuliah Adab ( takhosus bahasa dan kesusasteraan arab ) sudah semestinya arif dalam selok belok sastera dan ungkapan kata-kata syair sastera.Di mana kata-kata syair dalam sastera arab ini sebenarnya mengandungi maksud tersirat yg tersendirinya yg tidak boleh diterjemahkan dgn begitu sahaja. Jika di analisis bait-bait syair ini,terdapat beberapa uslub sastera yg diguna pakai dan mempunyai maksud yg tersendiri.
Dalam bait yg pertama diungkapkan oleh Abdullah bin Rawahah ini,terdapat beberapa kalimah atau unsur bahasa sastera yg diguna pakai iaitu
( ذات فرع تقذف الزبدا )
Perkataan yg terdapat dalam kurungan itu sebenarnya adalah satu uslub bahasa sastera yg mengandungi maksud sastera yg tersendiri yg diungkapkan oleh Abdullah bin Rawahah.Uslub bahasa ini membawa maksud darah yg mengalir dgn kuat atau teruknya dengan tikaman mata pedang ketika dalam peperangan.Inilah hebatnya bahasa Al-Quran itu yg mana ia tidak boleh ditafsirkan atau terjemahkan secara membuta tuli.
Dalam bait-bait syair oleh Abdullah bin Rawahah ini menceritakan disebaliknya bagaimana perasaan Abdullah bin Rawahah yg pada ketika itu sedih bila terdengar ayat Al-Quran yg pernah di bacakan oleh Rasulullah yg menyebutkan tentang neraka.Pada ketika Zaid bin Harithah dan Jaafar bin Abi Talib bersama tentera Islam sudah pergi menuju ke medan perang,Abdullah bin Rawahah pada masa ini masih lagi bersama Rasulullah dan belum lagi turut serta ke medan perang.Ketika ini jugalah Abdullah bin Rawahah sahabat yg terakhir yg lambat pergi ke medan perang bersama Zaid bin Harithah dan Jaafar bin Abi Talib sedangkan ketiga-tiga sahabat ini sudah Rasulullah ketahui akan gugur syahid di medan jihad dan syurga di janjikan buat mereka.
Dalam masa yg sama juga ketika ini Abdullah bin Rawahah berada dalam keluh resah gelisah teragak-agak ketika untuk turun pergi berjuang di medan perang Mu’tah bersama tentera Islam yg lain.Pada masa inilah Abdullah bin Rawahah memohon keampunan kepada Allah dan dalam masa yg sama juga Rasulullah memberikan semangat kepada Abdullah bin Rawahah dgn beberapa bait syair yg mana bait-bait syair itu ada di makam Abdullah bin Rawahah hingga sekarang di Mazar.Begitulah kisah yg dapat di analisis dan di fahami di sebalik kata-kata syair seorang sahabat yg bakal bergelar syuhada.
Ketika dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Rom,Zaid bin Harithah bersama tentera Islam bertempur berperang dgn musuh sehinggalah gugur syahid di medan perang.Kemudian Jaafar Bin Abi Talib mengambil alih panji Islam dan di tengah-tengah pertempuran medan perang,Jaafar Bin Abi Talib bersyair :
Alangkah indahnya syurga itu sudah semakin hampir
Harumnya bau syurga itu semerbak dan minuman syurga yg segar
Dan tentera Rom itu sesungguhnya telah hancur dengan siksannya
Yang kafir jauh dari segala keturunan bangsanya
Sudah menjadi kewajipan ke atasku jika aku bertemu dengan tentera Rom akan ku peranginya
Bait syair ini diungkapkan oleh Jaafar Bin Abi Talib ketika mana memegang dan membawa panji Islam setelah syahidnya Zaid Bin Harithah dalam perang.Inilah kata-kata syair indah serta semangat jihad yg dilontarkan oleh Jaafar Bin Abi Talib yg membangkitkan lagi semarak tentera Islam ketika itu memerangi tentera Rom.Disebalik tersuratnya syair-syair ini tersiratnya sebuah gambaran syurga yg di dambakan oleh Jaafar Bin Abi Talib serta tentera Islam yg lain utk memerangi musuh Allah dan gugur syahid di medan perang.
Dalam pertempuran antara tentera Islam dan tentera Rom ini,itulah hebatnya seorang pemimpin tentera Islam melontarkan bait-bait syair di mana Jaafar bin Abi Talib seolah-olah sudah terlihat keindahan syurga yg di janjikan buatnya dan juga mereka tentera Islam yg bakal gugur di medan perang ini.Dengan kata-kata semnagat inilah yg menjadikan tentera Islam pada ketika itu terus bangkit lagi menentang musuh.
Lalu Jaafar Bin Abi Talib terus bertempur di medan perang sampai hingga gugur syahid di mana pedang tentera Rom memotong tubuhnya hingga terbelah menjadi dua.Kemudian panji Islam diambil alih oleh Abdullah bin Rawahah dan memimpin tentera Islam dan berkata :
Aku bersumpah wahai jiwa,engkau harus turun di medan perang dalam keadaan engkau akur taat pada perintah atau dalam keadaan terpaksa
Andai manusia semua berteriak dan berteriak kuat seolah-olah menyerupai suara tangisan maka aku tidak lihat kamu membenci syurga
Sesungguhnya sudah lama engkau hidup dalam ketenangan
Jaafar,tidak akan terhidaulah haruman bau syurga
Begitu juga dengan kata-kata syair yg diungkapkan oleh oleh Abdullah bin Rawahah ketika turun dari kudanya di dalam medan perang untuk bertempur dengan musuh.Daripada bait syair ini,jelas gambaran yg dimaksudkan dalam konteks sastera namun saya tidak ingin memanjang lebarkan soal sastera di sini tapi apa yg boleh kita contohi di sini ialah keberanian seorang di medan jihad untuk memerangi musuh Allah.Tidak ada sedikit pun rasa takut malah berani di jalan Allah membela agama dan bergelar syuhada di medan perang.Akhirnya gugurlah Abdullah bin Rawahah di medan Mu'tah.Kemudiannya panji Islam di sambut oleh panglima perang yg hebat dalam Islam iaitu Khalid bin Al-Walid.
Ketika tentera Islam di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid,di sinilah kita dapat melihat bagaimana strategi peperangan yg di susun dan di atur oleh seorang panglima Islam yg hebat. Khalid Al-Walid memimpin pasukan tentera Islam dan bersyair di hadapan tentera Islam :
Hari ini adalah merupakan hari kemenangan bagi mereka yg berada di dalam kebenaran
aku tidak sesekali takut kepada kematian andai kematian itu datang
dengan harapan aku akan dapat melihat keesokan harinya kedudukan martabat mereka yg berada di dalam kebenaran
di dalam syurga yg kekal abadi dan bertemu dengan mereka yg terdahulu di dalamnya
Itulah kata-kata semangat juang seorang panglima perang Islam yg tidak takut kepada kematian kerana dalam kematian itu sebenarnya terdapat kehidupan yg kekal abadi di dalam syurga penuh dengan kenikmatan.Akhir sekali tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Rom dan kemenangan menjadi hak milik tentera Islam.
Makam Zaid bin Harithah
Makam Abdullah bin Rawahah
2 ulasan:
ana nk minta izin ambil syair ni,
sgt2 menyentuh hati.kagum dgn semangat para syuhada.
syukran
salam alaik...bagus pembelok ini, penuh semangat..dan ibrahh
Catat Ulasan