Rabu, Julai 08, 2009

Doa Sujud Tilawah

Maksudnya :
“ Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptakan dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya.Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta ”

Isnin, Julai 06, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W. Dengan Iblis ( Bah 6 )

Soalan kesembilan Nabi “ Wahai Iblis!bagaimanakah sekalian sahabatku terhadap engkau? ”

Jawab Iblis “ sekalian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar musuh hamba.Tidak upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka.Kerana tuan sendiri telah berkata “ sekalian sahabatku adalah seperti bintang dilangit,jika kamu mengikuti mereka maka kamu akan mendapat petunjuk. ” Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi,hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a’zam.Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekalian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar,maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar.Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya,Saidatina Aisyah yang juga banyak menghafal hadis tuan.

Saidina Umar al-Khattab pula hamba tidak berani memandang wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama.Jika hamba pandang wajahnya,maka gementarlah seluruh tulang sendi hamba kerana sangat takut.Ini kerana imannya sangat kuat apatah lagi tuan telah mengatakan ” jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku “ kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam sehingga di gelar “ Al-Faruq. ”Saidina Usman bin Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir,kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran.Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali.Kerana taatnya,banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan “ barangsiapa menulis Bismillah rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah,nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syagid. ” Saidina Ali bin Abi Talib pun hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya di medan perang tetapi sangat bersopan,alim orangnya.Jika iblis,syaitan dan jin memandangnya maka terbakarlah kedua-dua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah kanak-kanak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya terhadap sebarang berhala.Digelar “ Karramallahu Wajhahu ” iaitu dimuliakan Allah wajahnya dan juga “ Harimau Allah ” dan tuan sendiri berkata ” Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya “.Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan,lagilah hamba takut kepadanya. ”

Khamis, Julai 02, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W. Dengan Iblis ( Bah 5 )

Soalan keenam Nabi “ Wahai Iblis!Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah,apa engkau rasa? ”

Jawab Iblis “ jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah,maka rasa terbakarlah tubuh hamba putus-putus segala urat hamba lalu hamba melarikan diri daripadanya. ”

Soalan ketujuh Nabi “ Wahai Iblis!Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah,bagaimanakah engkau rasa? ”

Jawab Iblis “ binasalah diri hamba,gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan Rukun Islamnya. ”

Soalan kelapan Nabi “ Wahai Iblis!Jika umatku berpuasa kerana Allah,bagaimanakah keadaan engkau? ”

Jawab Iblis “ Ya Rasulullah,inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba.Apabila masuk awal bulan Ramadhan,maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan.Bagi orang yang berpuasa Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa.Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi yakni Malaikat,bulan,bintang,burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa.Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka.Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.Pada hari umat tuan mula berpuasa,dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba ( jin,syaitan dan ifrit ) lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.Disana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami dan setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak menganggu umat tuan.Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa. ”

Ahad, Jun 28, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W. Dengan Iblis ( Bah 4 )

Soalan keempat Nabi “ Wahai Iblis!Apakah yang pertama engkau menipu manusia? ”
Jawab Iblis “ pertama sekali hamba akan memalingkan i’tikadnya imanya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan,perkataan,kelakuan atau hatinya.Jika tidak berjaya juga,hamba akan menarik dengan cara mengurangkan pahala.Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba. ”

Soalan kelima Nabi “ Wahai Iblis!Jika umatku sembahyang kerana Allah,bagaimanakah keadaan engkau? ”

Jawab Iblis “ Itulah sebesar-besar kesusahan kepada hamba.Akan gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba.Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia pada setiap anggota badannya.Setengah daripadanya datang pada seriap anggota badannya supaya malas sembahyang,rasa was-was,terlupa bilangan rakaat,bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya,sentiasa hendak habis cepat solat,hilangkan khsyuknya.Mata sentiasa menjeling ke kiri kanan,telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi lain.

Setengah iblis yang lain duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa untuk sujud lama-lama,penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang.Itu semua membawa kepada kurang pahala.Jika iblis-iblis itu tidak dapat menggoda manusia,maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman. ”

Jumaat, Jun 26, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W. Dengan Iblis ( Bah 3 )

Soalan ketiga Nabi “ Wahai Iblis!Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan lagi laknat yang besar serta siksaan yang besar di neraka yang paling bawah?Siapakah yang menjadikan engkau?siapa yang melanjutkan usia engkau?siapa yang menerangkan mata engkau?siapa yang memberi pendengaran engkau?siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?

Jawab Iblis “ sekalian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga.Akan tetapi hawa nafsu dan takabbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat.Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekalian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi.Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadatbersama sekalian Malaikat beberapa lama.Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t. hendak menjadikan seorang khalifah di dunia ini.Maka hamba pun membantah.Lalu Allah menciptakan Nabi Adam dan kemudian diperintahkan sekalian Malaikat memberi hormat kepada Nabi Adam kecuali hamba yang ingkar.

Maka Allah amat murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik bercahaya itu bertukar menjadi hodoh dan keji.Hamba berasa sakit hati.Kemudian Allah menjadikan Nabi Adam raja di dalam syurga dan dikurniakan seorang permaisuri iaitu Siti Hawa yang memerintah sekelian bidadari.Hamba bertambah dengki dan dendam kepada mereka.Akhirnya hamba dapat juga menipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Nabi Adam memakan buah khuldi.Lalu kedua-duanya dikeluarkan dari syurga ke dunia.Kedua-dua mereka berpisah beberapa tahun lamanya dan kemudian dipertemukan Allah di Padang Arafah.Kemudian mereka mendapat beberapa orang zuriat.Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil.Itu pun masih belum hamba puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan sehingga Hari Kiamat.

Sebelum tuan lahir ke dunia,hamba dan bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.Kemudian hamba akan turun ke dunia dan memberitahu kepada manusia lain daripada apa yang hamba sebenarnya dapat dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bida’h dan karut-marut.Akan tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini,maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit dan mencuri rahsia kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit.Jika hamba berkeras juga untuk naik,maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api neraka yang menyala.Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat tersebut dan semuanya terbakar menjadi abu.Maka susahlah hamba dan bala tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan ”

Khamis, Jun 25, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W. dengan Iblis ( Bah 2 )

Maka bermulalah dialog antara Rasulullah dengan Iblis.

Soalan pertama Nabi “ Wahai Iblis!siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimanakah engkau terhadap aku ? ”

Jawab Iblis “ Ya Nabi Allah!sesungguhnya tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh yang ada di muka bumi ini. ” lalu Nabi pun memandang muka Iblis dan Iblis menggeletar kerana ketakutan.Sambung Iblis lagi “ Ya Khatamul Anbiya!adapun hamba dapat menyerupai diri hamba yang seperti sekalian manusia,binatang dan lain-lain sehinggakan rupa dan suara pun tidak salah sepertinya akan tetapi diri tuan sahaja hamba tidak dapt menyerupai kerana ia ditegah oleh Allah.Sekiranya hamba menyerupai diri tuan maka akan terbakarlah diri hamba menjadi abu.Hamba cabutkan i’tikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha untuk memberi nasihat dan pengajaran agar mereka kuat untuk memeluk Islam,begitu jugalah sebaliknya hamba berusaha untuk menarik mereka kepada kafir,murtad atau munafik.Hamba akan menarik sekalian umat Islam dari jalan yang benar kepada jalan yang salah supaya mereka masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba. ”

Soalan kedua Nabi “ Wahai Iblis!Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah ”

Jawab Iblis “ Adalah satu kemajuan bagi seorang perempuan yang merenggangkan kedua-dua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba akan goda setiap manusia supaya meninggalkan sembahyang,leka dengan makan dan minum,berbuat derhaka,hamba lalaikan mereka dengan harta benda dari emas,perak dan permata,rumahnya,tanahnya,ladangnya supaya ia dibelanjakan ke jalan yang haram.Begitulah juga ketika bercampurnya lelaki perempuan.Di situ hamba melepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan meminum arak.Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya.Lalu hamba akan menghulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar,datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina.Apabila terjadinya kasih antara mereka,mereka terpaksa mencari wang sehingga menjadi penipu,peminjam dan pencuri.Apabila mereka teringatkan kesalahan mereka,maka mereka hendak bertaubat atau beramal ibadat,hamba akan menghalang mereka supaya mereka menangguhkannya.Makin bertambah keraslah godaan hamba supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang.Apabila kena goda hatinya,maka datanglah perasaan riak,takabur, megah,sombong dan melenggahkan amalnya.Apabila pada lidahnya,mereka akan gemar berdusta,mencela dan mengumpat.Begitulah hamba goda mereka setiap saat. ”

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More