Memaparkan catatan dengan label Kelab Seni Bela Diri Mu'tah Jordan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelab Seni Bela Diri Mu'tah Jordan. Papar semua catatan

Isnin, April 26, 2010

KSSMJ Di Hadapan Raja Jordan



Bertempat di Amman pada 24 April 2010,satu program kebudayaan negara-negara yg melibatkan negara-negara besar yg sertai seperti Malaysia,Indonesia,Philipina,Turkey,Yaman, Jordan,Mesir dan beberapa negara yg lain lagi.Setiap negara-negara ini diwakili oleh duta-duta besar negara masing-masing dan juga VIP.Apa yg lebih menarik lagi ialah pada kali ini turut di hadiri oleh Puteri Raja Jordan ( Princess Jordan ).Acara tersebut bermula jam 12 tengahari yg dirasmikan oleh Puteri Raja Jordan ( Princess Jordan ) iaitu kerabat diraja Jordan.

Acara persembahan bagi setiap negara terbahagi kepada dua iaitu persembahan dewan dan acara di luar dewan.Pada kali ini Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yg mewakili negara Malaysia turut terlibat menjayakan beberapa persembahan dan demo silat.Persembahan di dalam dewan bermula jam 12 tengahari dan di mulakan dengan persembahan tarian kebudayaan melayu dan seterusnya persembahan Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ). Acara persembahan di dalam dewan ialah persembahan kebudayaan bagi semua negara-negara besar yg terlibat di khalayak duta-duta besar,VVIP dan juga Princess Jordan ( Puteri Raja Jordan ).

Setelah selesai semua acara dewan,bermulalah acara luar dewan yg dinanti-nantikan oleh semua orang yg terlibat. Boleh dikatakan hampir 2000 orang penonton yg menghadiri program tersebut. Tepat jam 2.30 petang bermulalah giliran negara Malaysia iaitu Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ).Demo silat kali ini di anggotai oleh skuad demo KSSMJ yg diketui oleh Gurulatih Tertinggi dan barisan jurulatih.Demo silat dimulakan dengan persembahan tari solo atau seni solo.

Kemudiannya demo silat diteruskan dengan seni lompatan.Seterusnya permainan Tempur Jurus Bebas dan di akhiri dengan satu permainan yg ngeri.

Sembah barisan pendekar KSSMJ


Seni lompatan

Jurus bebas




Isnin, April 27, 2009

Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) Dijemput Lagi

Bertempat di Muzium Amman , Jordan satu Majlis Asean Art & Cultural Show telah diadakan.Ia diadakan bertujuan untuk memperkenalkan negara-negara ASEAN di negara Jordan.Dalam masa yang sama juga masing-masing cuba untuk mempamerkan dan perkenalkan kebudayaan negara Asean masing-masing.

Selaku negara Malaysia yang turut libat serta ,Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) diundang khas oleh Kedutaan Malaysia Jordan untuk membuat persembahan seni silat yg lebih kepada berunsurkan kesenian dan kebudayaan.Sebagai mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Jordan ,sudah pasti bersedia untuk mencerminkan imej negara Malaysia kerana pada kali ini Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) membawa imej dan nama baik negara Malaysia.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tahniah kepada Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yang berjaya melakukan persembahan yang terbaik dan Kedutaan Malaysia Jordan amat berbangga dengan mahasiswa Malaysia yang masih mempertahankan seni silat iaitu seni warisan bangsa melayu dengan kukuh sekali di Bumi Jordan ini.

KSSMJ bersama Dato' Duta & MSD di gerai Malaysia

Penonton yg menyaksikan

KSSMJ sedang beraksi



Sabtu, Oktober 18, 2008

Kelab Seni Bela Diri Mu'tah Jordan



Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) ditubuhkan dalam era tahun 2000 di bumi Mu’tah Jordan.Penubuhan kelab silat ini lahir dari beberapa orang yang memang sudah lama bergiat dalam seni silat.Ia adalah sebagai menyambung warisan Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yang pernah bertapak megah di Mu’tah suatu ketika dahulu.Penubuhan kelab ini bukanlah satu penubuhan yang baru,malah ia sudah lama wujud dan bertapak di bumi Mu’tah Jordan ini.Ia juga dilihat sebagai inisiatif dan asas bagi mahasiswa di Jordan ini khususnya di Mu’tah dalam membela diri sepanjang berkelana di negara orang yang penuh dengan cabaran dan haru biru ini.Kini sudah bertukar nama kepada Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan.

Secara umumnya penubuhan kelab ini mempunyai objektif,matlamat,dasar dan motif yang tersendiri yang sudah ditetepkan.Penubuhan kelab ini bernaung di bawah Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah Jordan ( PERMATA ) serta berada di bawah naungan Kedutaan Malaysia Jordan dan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan.

Motto & Slogan

Takkan melayu hilang di dunia,Patah tumbuh hilang berganti,Membujur lalu melintang patah,Daka daki ku daki juga,Patah sayap bertongkat paruh,Berpantang maut sebelum ajal.

Sistem Organisasi

Badan Pentadbiran Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan dibantu oleh dua organisasi dalaman yang dibentuk khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan kelab iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih.Badan Pentadbiran kelab merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang,melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah kelab.Badan ini juga berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar yang berkaitan. Disamping itu,ia juga berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar sama ada dari dalam mantiqah mahu pun luar mantiqah dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan.Lembaga Adat Istiadat pula memberikan fokus dan tumpuan kepada merancang, melaksana dan mengawal pelaksanaan amalan adat istiadat silat yang diwarisi.Perkara-perkara yang diberi perhatian termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian bengkung dan tali pinggang,pentauliahan jurulatih dan gurulatih,tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanan protokol budaya warisan.

Majlis Gurulatih pula seterusnya berperanan dalam urusan merancang,melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan.Ini juga termasuklah urusan mengumpul,menyusun dan mengemaskini pelajaran-pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran seni silat.

Majlis Gurulatih

Pergerakan kelab ini di pimpin oleh barisan Majlis Gurulatih.Dalam Majlis Gurulatih ini terdiri dari kalangan jurulatih syabab dan akhawat yang diketuai oleh seorang Gurulatih Tertinggi selaku ketua jurulatih.Di bawah gurulatih tertinggi terdiri daripada barisan jurulatih dan pembantu jurulatih.

Majlis Gurulatih adalah berperanan dalam urusan merancang,melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan.Ini juga termasuklah urusan mengumpul,menyusun dan mengemaskini pelajaran-pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran seni silat.

Disiplin Dalam Gelanggang
Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang :
1. Mendapat izin gurulatih untuk berlatih bersama
2. Tidak meludah
3. Tidak memakai alas kaki.
4. Tidak bergurau senda
5. Minta izin dari imam gelanggang jika ingin keluar atau ingin bertemu seseorang di luar gelanggang.
6. Menghormati rakan-rakan dalam latihan
7. Tidak makan atau minum
8. Tidak memakai barang-barang kemas dan alat perhiasan diri
9. Sentiasa mengikut arahan Guru

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More