Memaparkan catatan dengan label Hadis 40. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadis 40. Papar semua catatan

Jumaat, September 04, 2009

Hadis Kesepuluh


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda :

“ Sesungguhnya Allah Ta’ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik.Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman : ( Wahai para Rasul!Makan minumlah kamu makanan yang baikbaik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta’ala berfirman : ( Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu ).Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu,yang menadah tangan ke langit ( iaitu berdoa ) : Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram,pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? ”

Isnin, Ogos 10, 2009

Hadis Kesembilan



Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“ Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka. ”

Hadis Kelapan



Daripada lbnu ‘Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“ Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta’ala. ”

Hadis Ketujuh



Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda :

“ Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya,untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”

Ahad, Ogos 09, 2009

Hadis Keenam



Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata : Aku telah mendengar Rasulullah s.a,w, bersabda :

“ Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. ”

Selasa, Ogos 04, 2009

Hadis Kelima

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah ‘Aisyah r.a. beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda :

“ Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya,maka ia tertolak. ”

Isnin, Ogos 03, 2009

Hadis Keempat



Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata :

“ Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan ( iaitu dipercayai ) : Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama,kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. ”

Sabtu, Ogos 01, 2009

Hadis Ketiga


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab r.a. beliau berkata :

“ Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : " lslam itu terbina atas lima perkara : Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan. "

Hadis Kedua


Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata :

“ Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, ( dan bahawa ) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah ( Mekah ) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: ( lman itu ialah ) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: ( Antara tandatandanya ialah ) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. ”

Rabu, Julai 29, 2009

Hadis Pertama


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya :

“ Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya.Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya.Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya,maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya. ”

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More