Jumaat, Jun 26, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W. Dengan Iblis ( Bah 3 )

Soalan ketiga Nabi “ Wahai Iblis!Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan lagi laknat yang besar serta siksaan yang besar di neraka yang paling bawah?Siapakah yang menjadikan engkau?siapa yang melanjutkan usia engkau?siapa yang menerangkan mata engkau?siapa yang memberi pendengaran engkau?siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?

Jawab Iblis “ sekalian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga.Akan tetapi hawa nafsu dan takabbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat.Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekalian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi.Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadatbersama sekalian Malaikat beberapa lama.Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t. hendak menjadikan seorang khalifah di dunia ini.Maka hamba pun membantah.Lalu Allah menciptakan Nabi Adam dan kemudian diperintahkan sekalian Malaikat memberi hormat kepada Nabi Adam kecuali hamba yang ingkar.

Maka Allah amat murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik bercahaya itu bertukar menjadi hodoh dan keji.Hamba berasa sakit hati.Kemudian Allah menjadikan Nabi Adam raja di dalam syurga dan dikurniakan seorang permaisuri iaitu Siti Hawa yang memerintah sekelian bidadari.Hamba bertambah dengki dan dendam kepada mereka.Akhirnya hamba dapat juga menipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Nabi Adam memakan buah khuldi.Lalu kedua-duanya dikeluarkan dari syurga ke dunia.Kedua-dua mereka berpisah beberapa tahun lamanya dan kemudian dipertemukan Allah di Padang Arafah.Kemudian mereka mendapat beberapa orang zuriat.Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil.Itu pun masih belum hamba puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan sehingga Hari Kiamat.

Sebelum tuan lahir ke dunia,hamba dan bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.Kemudian hamba akan turun ke dunia dan memberitahu kepada manusia lain daripada apa yang hamba sebenarnya dapat dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bida’h dan karut-marut.Akan tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini,maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit dan mencuri rahsia kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit.Jika hamba berkeras juga untuk naik,maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api neraka yang menyala.Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat tersebut dan semuanya terbakar menjadi abu.Maka susahlah hamba dan bala tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan ”

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More