Maka bermulalah dialog antara Rasulullah dengan Iblis.
Soalan pertama Nabi “ Wahai Iblis!siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimanakah engkau terhadap aku ? ”
Jawab Iblis “ Ya Nabi Allah!sesungguhnya tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh yang ada di muka bumi ini. ” lalu Nabi pun memandang muka Iblis dan Iblis menggeletar kerana ketakutan.Sambung Iblis lagi “ Ya Khatamul Anbiya!adapun hamba dapat menyerupai diri hamba yang seperti sekalian manusia,binatang dan lain-lain sehinggakan rupa dan suara pun tidak salah sepertinya akan tetapi diri tuan sahaja hamba tidak dapt menyerupai kerana ia ditegah oleh Allah.Sekiranya hamba menyerupai diri tuan maka akan terbakarlah diri hamba menjadi abu.Hamba cabutkan i’tikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha untuk memberi nasihat dan pengajaran agar mereka kuat untuk memeluk Islam,begitu jugalah sebaliknya hamba berusaha untuk menarik mereka kepada kafir,murtad atau munafik.Hamba akan menarik sekalian umat Islam dari jalan yang benar kepada jalan yang salah supaya mereka masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba. ”
Soalan kedua Nabi “ Wahai Iblis!Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah ”
Jawab Iblis “ Adalah satu kemajuan bagi seorang perempuan yang merenggangkan kedua-dua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba akan goda setiap manusia supaya meninggalkan sembahyang,leka dengan makan dan minum,berbuat derhaka,hamba lalaikan mereka dengan harta benda dari emas,perak dan permata,rumahnya,tanahnya,ladangnya supaya ia dibelanjakan ke jalan yang haram.Begitulah juga ketika bercampurnya lelaki perempuan.Di situ hamba melepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan meminum arak.Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya.Lalu hamba akan menghulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar,datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina.Apabila terjadinya kasih antara mereka,mereka terpaksa mencari wang sehingga menjadi penipu,peminjam dan pencuri.Apabila mereka teringatkan kesalahan mereka,maka mereka hendak bertaubat atau beramal ibadat,hamba akan menghalang mereka supaya mereka menangguhkannya.Makin bertambah keraslah godaan hamba supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang.Apabila kena goda hatinya,maka datanglah perasaan riak,takabur, megah,sombong dan melenggahkan amalnya.Apabila pada lidahnya,mereka akan gemar berdusta,mencela dan mengumpat.Begitulah hamba goda mereka setiap saat. ”
0 ulasan:
Catat Ulasan