Soalan kesembilan Nabi “ Wahai Iblis!bagaimanakah sekalian sahabatku terhadap engkau? ”
Jawab Iblis “ sekalian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar musuh hamba.Tidak upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka.Kerana tuan sendiri telah berkata “ sekalian sahabatku adalah seperti bintang dilangit,jika kamu mengikuti mereka maka kamu akan mendapat petunjuk. ” Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi,hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a’zam.Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekalian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar,maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar.Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya,Saidatina Aisyah yang juga banyak menghafal hadis tuan.
Saidina Umar al-Khattab pula hamba tidak berani memandang wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama.Jika hamba pandang wajahnya,maka gementarlah seluruh tulang sendi hamba kerana sangat takut.Ini kerana imannya sangat kuat apatah lagi tuan telah mengatakan ” jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku “ kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam sehingga di gelar “ Al-Faruq. ”Saidina Usman bin Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir,kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran.Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali.Kerana taatnya,banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan “ barangsiapa menulis Bismillah rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah,nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syagid. ” Saidina Ali bin Abi Talib pun hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya di medan perang tetapi sangat bersopan,alim orangnya.Jika iblis,syaitan dan jin memandangnya maka terbakarlah kedua-dua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah kanak-kanak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya terhadap sebarang berhala.Digelar “ Karramallahu Wajhahu ” iaitu dimuliakan Allah wajahnya dan juga “ Harimau Allah ” dan tuan sendiri berkata ” Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya “.Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan,lagilah hamba takut kepadanya. ”
0 ulasan:
Catat Ulasan