Allah s.w.t telah memerintahkan seorang Malaikat bertemu dengan Iblis supaya Iblis tersebut berjumpa dengan Rasulullah s.a.w untuk membongkar segala rahsia Iblis sama ada yang disukai atau yang dibencinya.Hikmahnya disini ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Lalu Malaikat tersebut bertemu dengan Iblis dan berkata “ Wahai Iblis!Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap Rasulullah s.a.w.Hendaklah engkau membuka segala rahsia engkau.Apa-apa yang dipersoalkan oleh Rasulullah hendaklah kau menjawabnya dengan sebenar-benarnya.Jika engkau berdusta walaupun satu perkataan sekali pun,nescaya diputuskan segala suku-suku anggota badanmu itu,uratmu serta akan disiksa dengan azab yang amat keras ”
Apabila mendengar sahaja kata-kata Malaikat tersebut,lalu Iblis berasa amat ketakutan sangat. Lalu Iblis pun segera menghadap Rasulullah s.a.w. dengan menyamar sebagai rupa seorang tua yang buta sebalah matanya dan berjanggut putih.Iblis pun memberi salam kepada Rasulullah. Sehingga 3 kali salam Rasulullah tidak menjawabnya.Maka sembah Iblis berkata “ Ya Rasulullah,mengapa tuan tidak menjawab salam hamba?bukankah salam itu amat mulia di sisi Allah ? ”
Lalu Nabi menjawab dengan marah “ Wahai Aduwwullah musuh Allah!kepada aku engkau menunjuk baikmu?jangan engkau cuba untuk menipu aku sebagaimana engkau menipu Nabi Adam a.s. hingga terkeluar dari syurga dan Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab kerana hasutan engkau,Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama,kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya,Nabi Sulaiman meniggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu jega beberapa Anbiya yang telah menanggung sengsara gara-gara akibat hasutan engkau.
Wahai Iblis!sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla,cuma salam engkau sahaja aku tidak menjawabnya kerana ia diharamkan oleh Allah.Maka aku amat kenal engkau Iblis,raja segala iblis,syaitan dan jin yang menyamar diri.Apa yang engkau hendak datang berjumpa aku? ”
Sembah Iblis, “ Ya Nabi Allah!janganlah tuan hamba marah kerana tuan adalah khatamul anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba.Kedatangan hamba ini sebenarnya adalah diperintah oleh Allah untuk memberitahu segala rahsia tipu helah daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam sehingga akhir zaman.Wahai Nabi Allah!setiap apa yang tuan hamba tanya hamba sedia untuk menjawabnya dan menerangkan satu persatu dengan sebenar-benarnya,hamba tidak berani untuk menyembunyikan. “ Lalu Iblis pun bersumpah dengan menyebut nama Allah dan berkata “ Ya Rasulullah!jika hamba berdusta biar sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu. ”
Apabila Rasulullah mendengar sumpah Iblis itu,Nabi pun tersenyum dan berkata di salam hatinya “ inilah peluang untuk aku membongkar segala perbuatan Iblis agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada dalam majlis ini dan menjadi perisai kepada sekalian umatku ”
0 ulasan:
Catat Ulasan