Selasa, Februari 15, 2011

Nur Syahadah...


Kring....Kring....

Bunyi jam loceng yang amat membingitkan telinga telah memecah kesunyian dan ketenangan tidurnya pagi itu.Dia menggeliat perlahan,masih terasa beban kepenatan setelah seharian memerah otak untuk menyiapkan assignment.Dikerlingnya pada jam di sebelah katilnya, emm..sudah hampir pukul lima pagi.Dia mengucapkan kalimah syahadah perlahan..aku masih dipanjangkan umur..syukur Alhamdulillah!

Dia bergerak perlahan ke bilik air dan mengambil wudhuk..dicapainya telekung sembahyang yang diletakkan bersebelahan dengan meja studynya...dia tersenyum memandang pada satu wajah yang sedang lena diulit mimpi. Izzati, teman sebiliknya itu kelihatan letih sekali tetapi hatinya tenang apabila melihat wajah yang tidak pernah jemu mengukir senyuman kepada sesiapa sahaja. Andai temanya itu tidak mengalami keuzuran, dia pasti pagi yang hening ini akan diisi dengan alunan suaranya membaca al-quran...izzati,terima kasih..kerana persahabatan yang kau hulurkan..

Dia bersembahyang sunat dua rakaat..selesai solat,dia kembali membuka laptop dan menyambung kembali assignment yang masih belum siap sejak tiga hari yang lepas.Dia memandang pada diari yang menyimpan segala hal yang penting tentang dirinya.Emm...lagi dua hari assignment ini akan dihantar kepada Encik Muslimin.Sempatkah?Dia mencongak sendiri..

insya Allah..andai aku berusaha lebih,pasti akan disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan.Dia memberi motivasi kepada diri sendiri.

Namun,entah mengapa hatinya terasa untuk menyambung kembali novel yang sejak tiga bulan lepas masih belum sempat disiapkan. Dia terasa idea untuk menulis kembali membuak-buak...

Ish..time aku nak siapkan assignment,banyak la pulak idea nak keluar..dia akhirnya mengalah dengan desakan parasaan.Apa yang terbuku dalam kepalanya harus diluahkan pada skrin laptop..dia menutup folder assignment dan kembali membuka folder " cerpen dan novel " yang terkandung berpuluh-puluh cerpen karyanya.

Tanganya berhenti menulis tatkala azan subuh berkumandang memecah kesunyian kolej kediaman Kemboja pagi itu.Suara itu! Dia tersenyum sendirian...laungan azan yang dialunkan cukup menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.Dia pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dan air matanya hampir menitik saat pemuda tersebut menceritakan detik-detik kewafatan Nabi Muhammad.Selama ini bukan dia tidak pernah membaca buku tentang kisah sedih tersebut tetapi air matanya tidak pernah tumpah.Mungkin juga disebabkan oleh lunak suara dan kesungguhan dalam menyampaikan ceramah,pemuda tersebut berjaya membuatkan ceramah yang disampaikan begitu terkesan di hatinya sehingga kini.

Ashraf...itulah nama pemuda yang seringkali berjaya menambat hati mahasisiwi di kolej kediamanya.Orangnya agak pendiam dan terlalu berhati-hati dalam pergaulan.Dia bersifat sederhana dan yang pastinya kehadiranya di mana-mana sudut kolej pasti mengundang mata-mata perempuan ke arahnya!Dia?Dia juga merupakan salah seorang daripada mahasiswi yang mengagumi pemuda yang penuh dengan sifat-sifat yang di dambakan oleh seorang wanita dia tersenyum keseorangan dan matanya seakan terpaku tatkala melihat jam yang berada di sebelahnya...

Ya allah..dah hampir enam setengah! Dia cepat-cepat berlari kearah bilik air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat subuh...pasti syaitan bersorak riang pagi ini..berjaya melalaikan seorang lagi anak adam..lewatkan solat!


*****************

" apa?Aku kena menemuramah Ashraf? "

Zaiful hanya mengangguk.Dia memandang pelik wajah Humaira dihadapanya.Aku suruh temuramah Ashraf bukannya temuramah hantu..pelik apabila melihatkan wajah Humaira yang nampak terkejut teramat sangat.Rasanya ramai mahasiswi akan tersenyum kesukaan apabila dapat berdekatan dengan pemuda sebaik Ashraf..tetapi,kenapa Humaira tidak mahu?

" tak nak la Epol...aku takut..kenapa tak suruh Hamdan? "
"eh..kenapa dengan kau?Kenapa takut dengan Ashraf ?Dia ok la..ini memang tugas kau sebagai wartawan majalah kolej..aku dah bagitahu dia yang kau akan temuramah dia hari isnin ni..take note..aku tak nak kau lupa.Ashraf tu terlalu busy..susah nak ambik masa dia.."

Dia hanya mengangguk.Risaunya hati aku!Selama lima sem dia kat sini,sekalipun Ashraf tidak pernah tersenyum padanya walaupun dia selalu mensedekahkan senyuman manisnya pada pemuda tersebut...tetapi dia tidak pernah berkecil hati,dia tahu orang seperti Ashraf tidak akan senang-senang bermain mata dengan perempuan...

Humaira...bukankah itu impian kau selama ini?Mahu Ashraf tahu tentang kewujudannya dimatanmu...sekatika,dia kembali tersenyum.Allah sudah makbulkan doanya sejak dua tahun lepas!
Isnin?haa..esok?


*******************

" Hai sekalian manusia,bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri,dan dari padanya Allah menciptakan isterinya dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain,dan (peliharalah) hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. "


(Surah An-Nissa': 1)


Dia tunduk.Mahu memahami secara dalam ayat yang disampaikan oleh Asyraf sebagai pengakhiran ceramahnya.Malam ini Ashraf bercakap tentang pandangan islam terhadap wanita, hak-hak wanita dan kedudukan wanita dalam Islam.Hatinya tersentuh saat pemuda tersebut melaungkan azan...isyarat waktu untuk solat isyak telah tiba.Ya allah...pemuda itukah yang aku perlu jumpa esok?Bagaimana ya allah...apakah tanggapanya kepadaku esok...layakkah aku bercakap dengannya?Hatinya secara tiba-tiba dipagut rasa gundah yang bukan sedikit.Hatinya juga terasa sebak,entah mengapa dia terasa bagaikan ada ikatan yang terlalu kuat dan kehadiran Ashraf dirasakan terlalu bermakna.Akukah yang terlalu hanyut dalam cinta sesama manusia?Berdosakah aku,ya allah?

" Umairah..."

Dia terdengar namanya dipanggil seseorang saat dia menyarungkan selipar di kaki.Mahu bergerak pulang ke bilik.Dia menoleh, jantungnya seakan mahu berhenti berdengup.Ashraf! Derap tapak kaki Ashraf semakin menghampiri.Disebelahnya ada seorang pemuda yang dia tidak kenali nama tetapi selalu dilihat bersama-sama Ashraf.Dengan hanya berkain pelikat dan T-shirt lengan panjang berwarna putih..ashraf dilihat terlalu kacak!Wahai mata..janganlah kau terlalu mengagumi kurniaan duniawi...seperti ada suara halus yang menyedarkanya..dia beristigfar perlahan.

" assalamualikum Humaira "

Bibir itu menguntum senyum saat salam dihulurkan.Dia berasa sedikit lega.Sekurang-kurangnya senyuman itu bisa membuahkan jalinan ukhwah antaranya dan Ashraf.Namun, hatinya terasa sedikit pelik..Ashraf tahu nama aku?Emm..mungkin Zaiful telah memperkenalkan dia pada Ashraf.Humaira..jangan fikir yang bukan-bukan!Hatinya mengingatkan....

" waalaikumussalam.."

Dia menjawab perlahan.Izzati di sebelahnya juga diam membatu.Mungkin terkejut kerana pemuda yang sentiasa menjadi bualan mereka sedang berada di depan mata.Izzati, jangan hatimu jua gundah...

" saya mahu mintak maaf ngan Humaira kerana tak dapat memenuhi janji saya.Saya perlu balik kampung esok,ada hal penting.Boleh saya tukarkan temujanji kita? "

Agak berhati-hati ayat yang diluahkan itu dituturkan oleh pemuda tersebut.Dia hanya mengangguk dan tersenyum.Pandanganya dihalakan kepada beberapa orang student perempuan yang sudah berbisik sesama mereka.Aduh..jangan aku digosipkan dengan pemuda sebaik ini...kesian Ashraf,dia tidak mahu nama baik Ashraf akan tercemar hanya kerana dilihat Ashraf berbual denganya.

" it's ok..nanti,bila Ashraf ada kelapangan,Ashraf boleh bagitahu saya ataupun Zaiful..kita akan aturkan temujanji yang lain.Emm..kalau dah tak ada apa-apa lagi,saya balik ke bilik dulu.."
Dia membalas ihklas.Dipandangnya wajah pemuda tersebut yang tidak lekang dengan senyuman.Lesung pipit yang berada di sebelah pipi kirinya menjadikan wajah Ashraf semakin kacak..aduh..ibu,anakmu ini sudah tertawan!

" ok..terima kasih dengan kerjasama awak..hati-hati "

Dia berlalu dengan senyuman yang tidak lepas dari bibir.Siapa yang tidak gembira?Dapat ucapan ' hati-hati ' daripada lelaki idaman seperti Ashraf...aduh..ibu,anakmu ini sedang angau! Pingangnya dicuit mesra oleh Izzati yang sudah senyum mengusik ke arahnya.

" Umai..aku rasa Ashraf tu sukakan kau la..."

" kenapa kau cakap macam tu Izzati? "

Hatinya berdebar.Kenapa aku berperasaan macam ni?Seperti ada yang menganggu perasaan.

" entah..hati kecil aku dapat rasakan dalam mata Ashraf ada tersembunyi satu perasaan yang sukar untuk diterjemahkan.."
Nah..pendebat Universiti telah memberi jawapan yang amat sukar untuk ditafsirkan.Nasib kau la Umairah..dapat kawan yang sentiasa berpuitis dalam kata-kata.

" perasaan cinta? "

Dia sengaja mahu mengusik Izzati tetapi sahabatnya itu hanya mengangguk..
Betulkah?


*************************

Dia meletakkan perlahan talefon yang sejak dari tadi masih berada di gemgamanya.Air matanya mengalir perlahan.Dia sedang bersedih!Dia tahu perasaanya bagai ditikam belati yang tajam..ibu telah mempunyai seseorang yang akan dijadikan bakal suaminya.Dan dia tahu, elaki itu pastinya bukan Ashraf!

" Muslim lelaki yang baik.Ibu percaya dia pasti dapat membahagiakan Humaira.Ibu mahu Humaira mendapat lelaki sebaik dia untuk dijadikan seorang suami...abah mahu Humaira balik minggu depan untuk pertunangan kamu.."

Dia sudah teresak di penjuru bilik.Lemahnya aku..ya allah..kurniakan aku segunung kekuatan. Aku mahu jadi anak yang solehah..yang memenuhi setiap kata-kata ibu dan abah..tetapi, kenapa hati aku sungguh sedih dengan permintaan ibu dan abah kali ini?
Adakah kerana perasaan sayang dan harapan telah diberikan kepada orang lain?
" kenapa ni Umai? "

Bahunya disentuh lembut.Dia tidak sedar kehadiran Izzati di bilik mereka.Setahunya,Izzati telah ke kafe sejak tadi.Emm..mungkin aku tidak sedar.

" ibu..."

Hanya itu yang mampu dia luahkan.Sungguh..aku lemah dalam percaturan ini..

" kenapa dengan ibu?Kenapa Umai..."

Bahunya telah digoncang dengan kuat.Dia semakin tersesak.Dipeluknya tubuh Izzati dengan kuat.

" ibu mahu aku bertunang minggu depan..dengan lelaki pilihanya.Aku terlalu sedih.."

Saat ayat itu dituturkan,dia melihat ada deraian air mata di pipi sahabtnya itu.Izzati mengenggam erat kedua tanganya,mahu memberi kekuatan kepadanya.Walaupun air mata Izzati tidak henti mengalir tetapi tangan lembut itu tidak pernah berhenti untuk menyapu titisan air mata yang mengalir di pipinya...indahnya sifatmu Izzati...
" Umai..jangan terlalu bersedih.Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kekuatan hambanya.Kau perlu rehda dan terima semua ni.Aku yakin,semua yang berlaku ada hikmahnya..kau bersabarlah.."

" Izzati...aku dah letakkan perasaan aku kepada Ashraf.Kau pun tahu kan?bagaimana aku tidak pernah jemu untuk berdoa..agar pintu hati Ashraf terbuka untuk aku.Dan sekarang?Bila Ashraf sudah mula dekat dengan aku..aku perlu lepaskanya.."
Dia memandang tepat pada wajah yang penuh dengan ketenangan tersebut.Izzati seperti cuba untuk mengukir senyuman padanya walaupun amat jelas kelihatan begitu hambar sekali. Tangannya semakin digenggam erat.

" Umai..jangan jadikan cinta sesama manusia sebagai ukuran kekuatan dan kelemahan kau...aku yakin,kau mampu mengusir perasaan sayang di hati kau untuk Ashraf secara perlahan-lahan. Jadilah anak yang solehah..anak yang sentiasa membahagiakan kedua orang tuanya.Kau beruntung Umai..masih mempunyai ibu bapa untuk kau terus berbakti kepada mereka, bahagiakan mereka..aku?aku hanya ada al-quran yang dapat mendekatkan aku dengan mak dan ayah aku...kadang-kadang aku alpa untuk sedekahkan al-fatihah..."

Ayat Izzati mati di situ.Dia sudah tenggelam dalam tangisan yang ditahanya sejak tadi.Umairah memeluk perlahan tubuh Izzati.Andai menangis dapat melegakanmu...teruslah menagis Izzati..ya allah,semoga Izzati menjadi sebahagian daripada wanita-wanita hebat yang tidak lekang di ujimu...

Andai benar,tiada jodoh antara aku dan Ashraf...demimu ya allah..aku redha...


************************

" Humaira..kau ada masalah ke? "

Dia tersentak saat ayat itu diturkan oleh Zaiful.Dia hanya menggeleng.

" abis tu kenapa ayat kau banyak tak kena?Ejaan banyak salah!Soalan yang ditanya entah apa-apa..kau aturkan temujanji dengan Encik Rosman sekali lagi.Aku betul-betul tak puas hati dengan kerja kau kali ni.Aku tahu kau ada masalah tapi kemana hilangnya sifat professional kau selama ni? "

Zaiful terasa seperti mahu ditelan hidup-hidup wajah di hadapanya itu.Dahlah mahu dapatkan temujanji dengan Encik Rosman,salah seorang kaunselor di Universitinya itu amat sukar.Tetapi, bila dah dapat..Humaira dah hancurkan segalanya!Hampir tiga tahun bekerja dengan Humaira, serasanya gadis itu tidak pernah mengundang masalah kepadanya.Tetapi,pagi ini gadis itu telah membuatkan dia merasakan mahu melempar semua kertas-kertas yang berada di hadapanya

Dia terasa betul-betul hampa.Humaira hanya tunduk memandang kasut yang dipakainya.Dia tahu dia yang bersalah dalam hal tersebut,dia tidak seharusnya mengundang kemarahan Zaiful. Sudah dua tahun dia bekerja di bawah Zaiful,dan hari ini adalah pertama kali kemarahan Zaiful padanya tidak dapat dibendung.Dia hanya mengangkat kepala saat pintu bilik mesyuarat dihempas kuat.

" Humaira,kau jangan tertekan sangat.Sebenarnya Zaiful dah berusaha keras untuk aturkan temujanji kau dan Encik Rosman,katanya majalah kita pada bulan ni akan jadi gempaq..iya la..kau pun tahu kan,reputasi Encik Rosman amat tinggi sekarang.Kalah pakar motivasi kesanyangan kau..Dato' Fadilah Kamsah! "

Bibirnya terukir senyuman tatkala Mimie menyebut nama Dato' Fadilah Kamsah.Baginya, kesalahan yang dilakukannya itu memang tidak seharusnya berlaku kerana dia telah memegang peranan sebagai wartawan majalah kolej sejak di semester satu.Seharusnya,dia lebih professional dalam melaksanakan tugas.Aduh..sukarnya mahu menjalani kehidupan ciptaanmu tuhan!Bagilah aku kekuatan...

" aku tahu silap aku Mimie.Ada masa nanti,aku akan minta maaf ngan Zaiful.Insya Allah aku akan jumpa Encik Roman secepat mungkin..aku janji.."

Mimie tersenyum kelegaan...dia memandang tepat pada wajah yang banyak menyimpan rahsia. Tidak banyak yang dia tahu tentang gadis tersebut.Humaira lebih senang bersifat low profile walaupun mempunyai saham yang agak tinggi di kolej tersebut.Setiap semester gadis tersebut pasti tidak terlepas untuk mengambil anugerah dekan.Sifatnya terlalu bersederhana dalam apa jua hal.Dan yang paling penting gadis itu mampu menjalinkan ukhwah tanpa mengira batasan..semua oaring di mata Humaira adalah sama.Katanya,setiap umat islam adalah bersaudara...

" ya allah..aku lupa Humaira...semalam Ashraf titipkan salam buat kau "

Humaira tersentak.Terasa mukanya merona kemerahan.Dia tersenyum perlahan untuk menutup rasa malu yang sudah menguasai diri.

" bila dia jumpa kau? "

Dalam debar dan malu,dia masih mahu bertanya.
" semalam..lepas habis menyuarat jawatankuasa surau..emm...Humaira,kau ada dengar gossip pasal Ashraf tak? "
Suara Mimie agak perlahan saat ayat itu dituturkan.Dia mengerutkan dahi.Pemuda sebaik Ashraf ada gossip?Agak menarik...

" ramai budak kolej cakap yang Ashraf akan berkahwin..."

Demi tuhan..jantungnya terasa seperti ditikam saat perkhabaran itu diterima.Namun,dia cuba berlagak seperti biasa.
"al-hamdulillah...Ashraf mahu mendirikan masjid.Kita patut mendoakan kebahagiaan dia.."

Hanya itu yang mampu dia tuturkan.Dadanya terasa sebak.Betul apa yang kau cakapkan Izzati.. aku tidak ada jodoh dengan Ashraf..

" tapi aku pelik.Aku tengok dia macam baik dengan kau..tapi kenapa mahu berkahwin dengan perempuan lain.."

Mimie menyoal tanda kehairanan.Dia menyabarkan dirinya sendiri...

" Mimie,jodoh pertemuan di tangan Allah..mungkin aku ada pertemuan dengan Ashraf tetapi aku tidak ada jodoh dengan dia.Mungkin juga,aku ada jodoh dengan bakal suami aku tetapi tidak ada pertemuan dengannya.Mimie, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..dan sebagai hambanya,kita perlu terima dan rehda.."


*************************

Dia bergerak perlahan,melalui meja makan yang diduduki oleh Ashraf dan teman-temanya. Tidak ramai yang berada di kafe pada hari ini.Maklumlah,cuti pertengahan semester telah bermula.Dia terasa agak berat untuk pulang ke kampung.Untuk itu dia tidak terus balik ke kampung,mahu tinggal di kolej untuk sehari dua lagi.Biarlah segala persiapan pertunanganya dibuat oleh ibu dan adik-beradiknya.Hatinya terasa amat sedih apabila matanya bertembung dengan panahan mesra mata Ashraf...aku bakal milik orang lain Ashraf..hatinya dipagut rasa menyesal yang teramat.Kenapa aku tidak membantah?Dan kau juga bakal menjadi pemimpin kepada gadis lain..jika benar apa yang diperkatakan oleh teman sekolej.
Ya allah..apa yang aku fikirkan ni?Dia cepat-cepat beristigfar dalam hati.Berdosakah aku ya Allah..kerana mahu melawan ketentuanMu...

" Humaira..."

Suara itu!
Dia mempercepatkan langkah.Tidak mahu hatinya gundah sekali lagi...biarkan aku Ashraf...biarkan rasa cinta di hati ini pergi perlahan-lahan..

" Humaira! "

Kali ini kakinya tidak dapat lagi melangkah.Nada suara itu terlalu kuat,masakan dia boleh berlagak tidak dengar?
Dia menoleh.Ashraf hanya tersenyum ke arahnya.Dia tidak berupaya untuk membalas.Ya Allah..padamkan rasa sayang ini terhadapnya..aku sayang kepadanya keranamu ya Allah..dan aku perlu hilangkan rasa sayang ini jua keranamu...

" kenapa masih ada kat sini?Tak balik kampung? "
" balik...lagi tiga hari.."

Dia lihat ada riak terkejut pada wajah Ashraf.Senyuman yang terukir pada wajah itu padam serta merta.Mengapa?

" kenapa balik lambat? "

Soalan daripada Ashraf semakin menyesakkan perasaan.Ketahuilah olehmu Ashraf.. kepulanganku ke kampung akan membuang semua rasa sayang di hati ini kepadamu...

" ada beberapa artikel yang perlu saya siapkan..saya pergi dulu Ashraf..selamat tinggal.."
Air matanya seakan mahu menitik.Ashraf hanya tersenyum mamandangnya.

" tak perlu ucapkan selamat tinggal...Insya Allah,kita akan jumpa lagi.Hati-hati.."
' hati-hati '...ungkapan itu selalu dititipkan buatnya dalam nota atau messege..dia tidak tahu apa perasaan Ashraf terhadapnya tetapi dia amat faham tentang perasaanya sendiri..

Sesungguhnya,dia menyintai lelaki itu.Lelaki itu yang selalu dia doakan dalam solatnya.Lelaki itu yang selalu dia mimpikan selepas solat istikarah...ya Allah..tidak cukup kuatkah doanya selama ini?Terlalu kerdilkah aku untuk berdampingan dengan insan sebaik Ashraf?Akukah insan yang tidak pandai bersyukur dengan takdirmu?


****************************

Dia menyarungkan jubah putih ke tubuhnya.Cantik jubah ini..kata ibu,jubah ini pemberian Muslim,bakal tunangnya itu mahu dia berpakaian seperti ini selepas mereka dinikahkan.Dia menangis keharuan..sesungguhnya Allah telah menetapkan yang terbaik buatnya..betul kata Izzati,Muslim seorang yang soleh dan baik...jika tidak,pemuda tersebut tidak akan mengambil keputusan untuk melamarnya sebelum mengenalnya.Izzati, terima kasih kerana sentiasa mendoakan kebahagiaanku...semoga dirimu jua akan dipertemukan dengan insan yang dapat membahagiankanmu...insya Allah..

Bukankah itu doanya?Agar dipermudahkan jodoh dengan seseorang yang dapat membimbingnya menemui jalan ke syurga akhirat...syurga dunia ini hanyalah pinjaman sementara,dan dia?Antara insan yang selalu leka dan taksub dengan keindahan dunia.Aku perlukan perubahan..aku perlukan bimbingan..untuk kutemui jalan pulang ke pangkuanmu ya Allah...

Brep...brep...
Telefon yang berada di atas meja tulisnya bergetar.Isyarat ada messege masuk.Dia membuka perlahan..
Ashraf?
Jantungnya berdengup kencang...
' selamat bertunang..semoga bahagia untuk memulakan episod kehidupan yang baru..terima kasih '

Terima kasih?Untuk apa?

Macammana Ahsraf tahu aku akan bertunang hari ni?


*******************************

Cincin sudah disarung pada jari manisnya.Pipinya dikucup lembut dan tubuhnya dirangkul erat oleh bakal ibu mertuanya.Dia terasa damai,dipandangnya wajah ibu dan abah yang sejak dari tadi asyik tersenyum.Aku sudah membahagiakan kedua wajah itu...saat melihat cahaya bahagia di wajah ibu dan abah,dia terasa seisi ala ini akan menjadi miliknya.Tiba-tiba pandangan terhenti pada satu wajah. Ashraf ?
Apa yang dia buat di tengah-tengah rumah aku?Pulak tu pada hari pertunangan aku dan Muslim...

" abah mahu Muslim membacakan doa untuk keberkatan majlis ni "

Suara abah menghentikan segala macam pertanyaan di kepalanya.Dia menjadi bertambah kaku saat Ashraf mengangkat kedua tanganya untuk membacakan doa.
Ya Allah..itu pemuda kesayanganya...
Saat doa selesai dibaca,Ashraf bergerak kearahnya..dia mencium pipi bakal ibu mertuanya yang juga ibu Ashraf dengan perlahan.Selepas itu,dia bergerak menghampiri abah..diciumnya tangan abah lembut.

" hari ini,seperti yang saya janjikan,untuk tetamu semua,bakal menantu saya..Ashraf Muslim.. akan menyampaikan ceramah untuk kita.Saya mengharapkan semua tetamu dapat mengambil sedikit sebanyak ilmu daripada apa yang disampaikan nanti.."
Serentak dengan itu..air matanya jatuh berderai...indahnya kurniaanmu tuhan!


**************************

Dia senyum bahagia melihat segala persiapan yang dibuat oleh seluruh kaum keluarganya.Di tanganya digemgam erat talefon sejak dari pagi tadi.Hatinya dipagut rasa berdebar dan gembira. Segalanya bercampur menjadi satu.Hatinya juga gundah..mampukah dipikul tanggungjawab yang agak berat sebagai isteri?Setahun menjadi tunangan Ashraf,sememangnya dia amat menatikan saat mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah.Siapa yang tidak gembira? Memiliki seorang lelaki yang sekian lama dia nantikan..lelaki yang seringkali mengamit rasa rindu dan perasaan yang dia sendiri sukar untuk mentafsirkanya.

" Kak Humaira...Abang Ashraf call..."

Terdengar laungan daripada Amina.Adik sepupunya yang sedang sibuk mengubah hantaran untuk perkahwinanya.Dia bergerak perlahan menuju ke arah meja kecil yang berada di satu sudut yang agak tersorok di penjuru rumah.

" cepatlah akak..Abang Ashraf dah lama tunggu.."

Amina mengeyitkan mata,mahu mengusiknya.Dia hanya tersenyum.

" assalamualaikum..."

" waalaikumussalam wahai bidadari hati..."
Dia tersenyum.Senang mendengar ungkapan yang keluar daripada mulut bakal suaminya itu.

" Humaira tengah buat apa? "

" tolong tengok orang buat kerja..."

Dia berterus terang.Bukan tidak mahu tolong tetapi ramai yang menegahnya untuk berbuat demikian.Kata mereka,bakal pengantin harus merehatkan diri...ada-ada sahaja.

" macam letih je tugas Humaira tu..."
Dia dan Ashraf sama-sama tergelak.Begitulah Ashraf,lansung tidak sama dengan tingkahlaku sewaktu dia kenal pemuda tersebut di kampus.Ashraf..seorang yang agak kelakar dan suka mengusiknya..kadang-kadang dia terasa mahu menangis kerana diusik keterlaluan.

" Humaira..."
Dia terasa pelik.Agak perlahan namanya dipanggil Ashraf..

" walauapapun yang berlaku Ashraf nak Humaira terus berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik daripada semalam.Ashraf mahu Humaira menjadi bidadari Ashraf.. bukan hanya di dunia tapi akhirat juga.."

Hatinya tersentuh dengan ungkapan yang Ashraf berikan.Begitu tinggikah rasa sayang Ashraf padanya?

" sebenarnya,Ashraf sudah tahu yang kita telah dijodohkan sejak kecil lagi.Untuk itu,Ashraf sanggup menyambung master di Universiti yang sama dengan Humaira..Ashraf mahu dekat dengan Humaira walaupun Ashraf tahu Ashraf tidak boleh melampaui batas.Hanya tuhan yang tahu perasaan Ashraf bila Ashraf hanya mampu memandang Humaira daripada jauh..Humaira, cinta Ashraf untuk Humaira adalah kerana Allah.."

Demi tuhan..dia terkejut mendengar apa yang diluahkan oleh Ashraf.Kenapa ibu dan abah tidak pernah memberitahunya tentang perkara tersebut?Andailah Ashraf tahu..aku jua telah lama menyimpan rasa sayang padanya sejak pertama kali dia mendengar pemuda tersebut melaungkan azan subuh di hari pertama dia memulakan kuliah pada semester pertama...

" terima kasih Humaira..kerana menerima Ashraf dan menerima apa yang telah ditetapkan oleh keluarga.."
Terdengar ada suara teresak-esak pada akhir kata-kata tersebut.Humaira tergaman.Ashraf menangis?
" ashraf..kenapa ni?Humaira terima Ashraf juga kerana Allah..dan demi Allah..Humaira sayang pada Ashraf..."
Klik!Talian telah dimatikan.Dia kebingungan.Akukah yang salah?


*************************

Perlahan dia menyiram air mawar di kuburan Ashraf..tenanglah dikau di alam sana sayang... . disapunya perlahan air mata yang mengalir di pipi.Masih terbayang di mata saat wajah itu memberikan senyuman ikhlas...aku akan merindui laungan azan dan ceramah yang kau sampaikan...

Ashraf..terima kasih..walaupun,impian kita untuk menjadi suami isteri tidak kesampaian...tetapi aku tetap bersyukur..sebab aku tahu aku pernah menjadi pilihan hatimu untuk dijadikan permaisuri...

Rasa cinta dan sayang ini akan aku simpan...semoga impian kita akan kesampaian...menjadi permaisuri hatimu di alam sana...

Sudah seminggu Ashraf pergi dan setiap hari dia akan ke sini...untuk mengubat kerinduan yang bertandang di hatinya.Ashraf ditikam saat mahu menyelamatkan seorang makcik yang diragut. Ashraf menghembuskan nafasnya di saat jarinya dipakaikan inai..lagi empat belas jam mereka akan dinikahkan!

Ashraf...Humaira balik dulu ya..insya Allah..esok Humaira datang lagi ke sini.Humaira sayangkan Ashraf..tetapi Humaira tahu,Allah lebih sayangkan Ashraf...air mata yang mengalir disapu perlahan.Ashraf..kita ada pertemuan tetapi jodoh kita tidak kesampaian...

Dia bergerak perlahan meninggalkan insan kesayanganya..biarlah kau bersemadi dengan tenang...dia mendakap erat surah yassin di dadanya..dipandangnya langit yang membiru..
Kuatkan semangatku ya Allah!

Gang...!Sebuah kereta dari arah yang bertentangan tetiba melanggarnya,dia terpelanting ke tengah-tengah jalan raya...

Pandangan Humaira tiba-tiba kelam...perlahan-lahan matanya layu dan tertutup rapat...


**********************

Ahad, Februari 13, 2011

Cincin untuk Aisyah


Hari ini genap dua tahun perkenalan ku dengan seorang puteri bernama Aisyah.Perkenalan kami bermula dengan tulisan,melalui tulisan aku dan dia bercinta,melalui tulisan aku peroleh semangat darinya.Aisyah ku anggap seperti puteri khayalan dalam hidupku.Tidak pernah ku bersua-muka dengannya walaupun sekali.Namun, kata-kata yang sering ditulisnya membuktikan kepadaku bahawa Aisyah adalah seorang wanita yang baik budi perkertinya. Bahasanya yang indah menyebabkan aku tertarik padanya.

" Kawan Wan tu nama apa?kalau boleh ibu nak berkenalanlah dengan dia "

" Nama dia Aisyah "

" Dia orang kelantan jugak bu, keluarga dia tinggal dekat tanah merah "

" Oo..orang kelantan,bila Wan nak bawa Aisyah datang ke rumah kita "

Aku hanya tersenyum setibanya soalan itu di tanya ibu kesayanganku.Aku sendiri tidak pernah bersua muka dengan Aisyah,bagaimana untuk aku ingin mengundangnya ke teratak ibuku ini. Umurku semakin lama semakin meningkat,begitu juga aisyah.Rasa dihati ingin menjadikan Aisyah sebagai teman hidup ku sehidup semati.

Sejurus pertanyaan yang diwar-warkan ibuku petang tadi,fikiranku mula memikirkan cara lain untuk berhubung dengan puteri khayalanku.Terdetik di hati aku ini untuk meminta number telefonnya.

" Aku mesti beranikan diri untuk meminta number telefon aisyah" suara hatiku mula berbicara.
Melalui yahoo messenger aku mem "buzz" Aisyah.

Wan : Assalamulaikum.

Aisyah: Waalaikum salam.

Wan : Aisyah sehat?

Aisyah: Alhamdulillah.sehat,wan macam mana?

Wan : Alhamdulillah wan pun sehat.

Aisyah! wan ada hajat ni.

Aisyah: Apa dia hajat wan hari ini?

Wan : Wan nak mintak number telefon aisyah boleh tak?

Aisyah: Hurm,untuk ape?

Wan : wan berkenalan dengan aisyah dah lebih kurang 2 tahun,Wan ingat nak lebih kenali aisyah.Sebelum ni pun wan dah bagi tahu yang wan suka kan aisyah.

Aisyah: ni number aisyah 011-98888888.

Wan : ok terima kasih aisyah,Insyallah, nanti wan call yer.

Aisyah: wan,kita sambung lain kali,aisyah ada kerja sikit sekarang.

Wan : okey,nanti kita sambung lagi yer.Assalamualaikum.

Aisyah: waalaikum salam.

Akhirnya aku berjaya untuk mendapatkan number telefon aisyah,hati ini bagaikan menari-nari keriangan.Selepas 2 tahun perkenalan,hari ini baru ku dapat peluang untuk berbicara dengan aisyah melalui percakapan.Namun bukan niat ku untuk bergayut siang malam bersamanya tetapi hanya sekadar untuk lebih mengenali dirinya.

**************************

Sudah seminggu berlalu,namun number yang diminta masih lagi belum di hubungi,aku merasa segan dan malu untuk menelefon kerana kami tidak pernah bercakap melalui telefon.Aku berasa bingung dan hairan dengan keadaan ku yang sebegini.Kenapa diri ini menjadi gementar untuk menelefon aisyah.

" kalau aku tak telefon,macam mana aku nak kenal aisyah? " Kata suara hati ku yang merayu-rayu supaya membuat panggilan.

Jari-jari ku mula memetik punat yang berada di telefon bimbit ku,perasaan gemuruh mula mendatangi dan menyelubungi fikiranku.

"tut tut…tut tut..".

" Assalamulaikum.Boleh saya bercakap dengan aisyah "
" waalaikum salam, ya, ni aisyah yang bercakap ni,siapa ni? "
" ni wan".Jawab aku dengan suara sedikit gagap.
" oh wan,kenapa wan baru telefon?
" hahaha,wan sebenarnya segan nak telefon aisyah,mana la tahu aisyah tak jawab panggilan wan".Gementer ku mula lenyap setibanya aisyah menerima panggilan ku dengan baik.

Walaupun kami mula berhubung melalui telefon namun kami tetap menggunakan yahoo messegger sebagai penghubunng kerana di situlah bermula cinta kami.Hidup ku makin ceria dan sentiasa gembira selalu.Sesekali aku menulis puisi dan menghantarnya kepada aisyah.Begitu juga sebaliknya,aisyah akan membalas dengan bait-bait cinta indah kepada ku.

Cinta yang datang bagaikan bulan
Menjadi teman dimalam hari
Bintang dilangit ku jadikan pedoman
Agar cinta kita tetap bersemi


Cinta kita tidak pernah berkata-kata
serta tidak pula mempunyai suara
hanya pena menjadi tukang kata
penghibur tika duka dan lara


*********************

Makin lama makin sayang,walaupun sudah 4 bulan kami berhubung melalui telefon namun baru hari ini terdetik di hati ku untuk bertemu dengan puteri khayalan ku.Aku membuat permohonan kepada aisyah untuk bertemu dengannya.Aisyah meletakkan beberapa syarat kepada ku jika ingin bertemu dengannya.

" Pertama,kalau wan nak jumpa aisyah boleh,tapi kena la datang rumah aisyah ".
" Kedua,wan kena berkenalan dengan ibu dan ayah aisyah ".
" Ketiga,wan kena makan malam dengan keluarga aisyah ".

" wan setuju.Insyallah wan akan jumpa malam jumaat ni " kata ku kepada aisyah.

Aku sememangnya ingin berjumpa dengan keluarga aisyah lebih mengenali aisyah.Sesekali bermain di minda ku menanyakan siapakah aisyah sebenarnya.Bagaimana latar belakang keluarganya,adakah dia orang dari golongan hartawan atau sebaliknya.Jika aisyah berketuran hartawan mungkin aku dan dia tidak sekufu,namun pemikiran kuno ku tidak tolak mentah-mentah oleh jiwa sanubari ku.Sekarang ini bukan lagi zaman dua darjat,zaman sekarang orang lebih mendahuluikan agama dari segala-galanya.

**********************

Aku tiba di hadapan rumah aisyah berdasarkan alamat yang diberikan kepada ku.Alangkah terkejutnya aku,rumahnya besar bagaikan istana khayalan di penuhi dengan kereta-kerata mewah dan megah.Terpajak dua orang pengawal keselamtan bagaikan patung hidup.

" Ish,aku silap alamat ke ni " Bisik hati ini sejurus melihat keadaan rumah yang sebegitu rupa.

Tiba-tiba keluar seorang gadis berpakaian serba putih serta mukanya di tutupi dengan purdah yang berkilauan datang menghampiriku.Mata ku terkebil-kebil melihatnya.

" Assalamualaikum "
" walaikum salam. Wan ke ni " tanya gadis itu.
" ya, saya wan, kawan aisyah "
" saya aisyah, jemput masuk "

Kaki aku seperti disimen menjadi kaku,langkah ku berat untuk menjijakkan kaki ke dalam rumahnya.Namun tetapku gagahi untuk memasuki kedalamnya.Aku melalui singgah sana yang indah dan dipersilakan duduk di atas sofa mewah yang sungguh empuk.

Aisyah memperkenalkan aku dengan ibu dan ayahnya.kami mula berbicara dan mengenali antara satu sama lain.Kemudian aku dihidangkan dengan makanan yang sungguh lazat.Ketika makan ayahnya bertanya :

" bila nak masuk meminang? "

Aku tersentak mendengar persoalan itu.Aku cuma tersenyum tanpa jawapan.Melihat keadaan keluarga aisyah yang kaya-raya adakah layak bagi ku.Aku cuma anak seorang ibu tunggal yang hidup dengan menorah getah.


**************************

Selesai makan aisyah meminta izin dari ibu dan ayahnya untuk berbual seketika dengan aku. Perbualan kami malam ini di saksikan oleh bulan dan bintang yang menerangi kegelapan di angkasa raya. Angin-angin sepoi bahasa bermula bermain dimuka kami berdua.

" Wan,kalau wan rasa nk pinang aisyah,wan cuma kena sediakan sebentuk cincin je untuk aisyah"

" Sebentuk cincin je " hati ku tertanya-tanya

" Pasal wang urusan perkahwinan keluarga aisyah boleh uruskan,aisyah tahu macam mana keadaan keluarga wan,aisyah sayangkan wan "

Mulianya hati aisyah terhadapku,hanya sebentuk cincin di mintanya sebagai mahar perkahwinan.Aku berjanji dengan aisyah akan meminangnya pada minggu hadapan dengan membawa sebentuk cincin untuknya.

*************************

Hari perkahwinan aku sudah tiba dan segala persiapan sudah pun tersedia.Hati ku gementar untuk berjabat tangan dengan tok kadi untuk mengakad nikahku.

" bila kata tunai kamu jawab yer "

" Okey tok "

" Aku nikahkan di kau syazwan bin hasan dengan aisyah binti abu dengan mas kawin 80 ringgit tunai "

" Aku terima nikahnya dengan mas kawin sebanyak tersebut "

Akhirnya menikah juga aku,tibalah masa untuk melihat wajah permaisuri ku.Jantungku berdebar-debar menantikan aisyah.Aku menghampiri aisyah dan meminta izin daripadanya :

" aisyah,boleh wan buka purdah aisyah "

Tiba-tiba aku merasa satu hentakkan di kepala ku.Terasa bagai bumi ini terbelah dua.

" woiii,bangun la,asyik nak membuta je,tak ada kerja lain ke engkau nie " Pekikan ibu ku setelah disikunya kepadaku sehingga benjol

" ish,kacau la ibu ni,sikit lagi nak habis mimpi ni,rugi la "

" Banyak kau punya rugi,getah tu sapa nak toreh,yang tu lagi rugi,bangun!!!! "

**************************

Begitulah kisah cincin untuk aisyah.Sebenarnya aisyah ni anak tok penghulu kampong aku. Ayahnya tolak pinangan aku sebab aku nak bagi cincin belah rotan je kat anak dia.Aisyah no hal, setuju je,ayah dia yang lebih-lebih pulak.

" mana class anak aku dapat cincin belah rotan " kata tok penghulu

Hurm.Aisyah~aisyah..

Cincin ini tetap untuk aisyah~

Khamis, Februari 10, 2011

Sumpahan Allah Adalah Untuk Siapa & Kepada Siapa?Mengapa?

Al-Quran diturunkan kepada ummat Islam sebagai mukjizat kebesaran Nabi Muhammad s.a.w. yg penuh dengan pelbagai jenis ilmu dan rahsia yg terkandung di dalamnya yg perlu diterokai. Persoalan yg wujud di sini jika kita benar-benar meneliti isi kandungan dalam Al-Quran,banyak terdapat perkataan atau lafaz sumpah ( qasam ) yg diguna pakai.Semua lafaz qasam ini kepada siapa Allah tujukan dan mengapa?

Lafaz qasam yg terkandung di dalam Al-Quran ini sebenarnya Allah datangkan dengan berbagai bentuk sebagai untuk menegaskan dan meneguhkan kisah-kisah terdahulu dan lain-lain serta segala isi kandungan,kejadian atau amaran yg sudah dijanjikan oleh Allah akan berlaku satu masa akan datang nanti dan ajaran yg terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri.Lazimnya lafaz sumpah yg terkandung dalam Al-Quran itu terdiri daripada 2 bentuk :

1 ) lafaz yg diturunkan dalam bentuk kisah-kisah umat terdahulu

Lafaz qasam seperti ini terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri yg Allah datangkan dalam bentuk kisah-kisah umat terdahulu dari kalangan para anbia.Contoh seperti firman Allah :

Demi Allah sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya

( Al-Anbia : 57 )

Dalam contoh yg lain dalam Al-Quran menceritakan tentang kaum kuffar Mekah sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan dan rasul :

Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan,nescaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat- umat ( yang lain ).

( Fathir : 42 )

Bentuk lafaz qasam seperti ini memang banyak terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri.

2 ) lafaz qasam yg digunakan oleh Allah s.w.t. sendiri

Merupakan satu bentuk sumpah yg Allah s.w.t. sendiri yg melafazkannya.Bentuk lafaz qasam seperti ini terbahagi kepada beberapa jenis :

i. qasam menggunakan isim dhamir ( المضمر )

Iaitu satu bentuk lafaz sumpah yg dibuang dan ia menunjukkan satu bentuk jawapan kepada sumpah tersebut dengan disertakan huruf lam.Contoh dalam firman Allah :

Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu.Dan ( juga ) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah,gangguan yang banyak yang menyakitkan hati

( Ali - Imran : 186 )

Melihat kepada ayat di atas,huruf lam itu merupakan huruf Lam qasam iaitu sebagai menjawab kepada sumpah yg dilafazkan.Akan tetapi lafaz qasam itu sudah dibuang atau dihazafkan dan takdir kepada ayat ini ialah : والله لتبلون ولتسمعن sebagai menjawab lafaz sumpah tersebut. Lafaz qasam wallahi ( والله ) dalam ayat dibuangkan.

ii. lafaz qasam secara zahir


Sebelum kita pergi lebih jauh lagi dan terperinci tentang lafaz sumpah yg terkandung dalam Al-Quran,perlu kita ketahui dan fahami beberapa perkara terlebih dahulu.Bila menyebut tentang lafaz qasam yg digunakan dalam Al-Quran,kita perlu ketahui tentang beberapa perkataan yg berkaitan dengan qasam ini iaitu : ( القسم ) , ( الحلف ) , ( اليمين ).Ketiga-tiga kalimah ini membawa maksud sumpah tetapi mempunyai perbezaan maksud yg tersendiri dalam bahasa arab.

Kita cuba lihat satu persatu dengan lebih halus :

1 ) القسم

Perkataan yg berasal dari ( قسم ) dan mengandungi makna yg tersendiri iaitu : pembahagian dan pengasingan.Di mana kalimah asal ini mempunyai banyak kata terbitan yg boleh diterbitkan. Antaranya : ( قسم ) iaitu dengan meletakkan tasydid atau syaddah pada huruf Sin yg membawa maksud banyak iaitu pembahagian dan pengasingan yg banyak.Contoh dalam firman Allah :

Dan ( malaikat-malaikat ) yang membagi-bagi urusan

( Az-Zariyat : 4 )

2 ) الحلف
Perkataan yg berasal dari ( حلف ) dan juga membawa maksud sumpah,perjanjian.Dalam bahasa arab perkataan ini jika disebut dengan baris yg beza membawa maksud yg berlainan dan berbeza. Jika disebut atau dibaca ( الحِلف )iaitu dengan baris kasrah pada huruf Ha,ia membawa maksud perjanjian di antara sesuatu kaum.Manakala ( الحلف ) yg dibaca dengan baris fathah pada huruf Ha,ia membawa maksud sumpah yg ini yg sedang kita cuba kupaskan dengan lebih terperinci lagi.Contoh dalam firman Allah :


Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina

( Al-Qalam : 10 )


Zamakhsyari mengatakan bahawa perkataan ( ح – ل – ف ) ini tidak pernah digunakan di dalam Al-Quran melainkan hanya untuk penegasan dan pengukuhan dengan sumpah.Di mana Zamakhsyari menegaskan bahawa sumpah dengan nama Allah.Seperti dalam contor bait syair :

3 ) اليمين

Perkataan ini tidak pernah ada di dalam Al-Quran melainkan dalam bentuk isim sahaja iaitu kata nama.Kalimah yg berasal dari ( يمن ) dan terdapat sedikit pertambahan huruf iaitu huruf Ya dan menjadi ( اليمين )atas wazan ( فعيل ).Perkataan ini sebenarnya mempunyai maksud dan makna yg banyak.Antaranya bermaksud : tangan kanan manusia,kekuatan,kemampuan, sumpah.

Kalimah ini terkandung di dalam Al-Quran dan digunakan dalam beberapa sighah iaitu :

i. Dalam bentuk mufrad iaitu tunggal ( يمين ) dalam sighah ( أيمن ) atas wazan أفعل dan keduanya dalam sighah ( ميمنة ) atas wazan مفعلة

ii. Perkataan ( يمين ) ini diulang sebanyak sembilan kali di dalam Al-Quran yg menunjukkan maksud pada tangan yg kanan dan kalimah ini hanya terdapat dalam bentuk mufrad sahaja.Firman Allah :

Lalu dihadapinya berhala-berhala itu sambil memukulnya dengan tangan kanannya ( dengan kuat)

( As-Saffat : 93 )


Perkataan ini juga mengandungi maksud tangan kanan yg di sandarkan kepada Allah.Firman Allah :

dan langit digulung dengan tangan kananNya

( Az-Zumar : 67 )

Dalam ayat ini yg dimaksudkan dengan tangan kanan Allah itu ialah satu gambaran tentang kebesaran dan kekuasaan Allah pada hari kiamat dan Dialah yg maha berkuasa pada hari kiamat nanti.

iii. Perkataan ( يمين ) diulang sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran dalam bentuk lafaz mufrad dan jamak yg membawa maksud arah dari kanan.Dan arah kanan yg dimaksudkan di sini ialah arah yg betul.Firman Allah :

Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit,condong dari gua mereka ke sebelah kanan

( Al-Kahfi : 7 )

Selain itu juga,ia membawa maksud yg lain iaitu martabat kemuliaan.Dalam firman Allah :

Dan golongan kanan,alangkah bahagianya golongan kanan itu

( Al-Waqia’ah : 27 )

iv. Perkataan ( الميمنة ) yg terdapat di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali membawa maksud martabat kemuliaan dan kebahagiaan

v. Perkataan ( يمين ) ini juga terkandung di dalam Al-Quran yg mengandungi maksud asal sumpah itu.Firman Allah :

Dan ( jika ada ) orang-orang yang kamu telah bersumpah setia dengan mereka,maka berilah kepada mereka bahagiannya.Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.

( An-Nisa : 33 )

Begitulah serba sedikit yg perlu kita ketahui dan fahami terlebih dahulu tentang tiga perkataan ini dimana sebenarnya ketiga-tiga kalimah ini memang terkandung di dalam Al-Quran dalam berbagai konteks penggunaan.Kita cuba lebih terperinci lagi berkaitan dengan qasam ini.Jika di lihat di dalam Al-Quran itu sendiri sebenarnya terdapat beberapa bentuk lafaz qasam yg Allah s.w.t. gunakan dalam beberapa tempat.Antaranya :

1 ) Sumpah Allah s.w.t. dengan zat dan sifat Allah

Kita boleh melihat dengan jelas lafaz sumpahan ini dalam firman Allah s.w.t. terhadap golongan munafik :

Maka demi Tuhanmu,mereka ( pada hakikatnya ) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan,kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan,dan mereka menerima dengan sepenuhnya.

( An-Nisa : 65 )

Di sini kita dapat lihat satu bentuk atau satu konteks qasam yg Allah s.w.t. lontarkan kepada golongan munafik yg sudah sememang pada hakikatnya mereka tidak beriman kepada Allah. Dalam ayat ini Allah s.w.t. bersumpah dengan zat dan sifatNya terhadap munafik di mana kaum munafik ini mereka tidak akan beriman kepada Allah sehingga Nabi Muhammad s.a.w. menjadi hakim di kalangan mereka dan menghakimi dalam segala perkara yg benar dan batil.

Dalam konteks situasi yg lain boleh kita lihat :


Demi Tuhanmu,sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama syaitan

( Maryam : 68 )

Dalam ayat ini terang dapat kita lihat bagaimana Allah s.w.t. bersumpah dengan zat dan sifatNya yg maha agung dimana Allah akan bangkitkan dan menghimpunkan semua manusia pada hari kebangkitan iaitu hari kiamat bersama semua syaitan yg mana mereka menyembah selain dari Allah.Contoh lain juga :


Maka aku bersumpah dengan Tuhan Yang memiliki timur dan barat,sesungguhnya Kami benar-benar Maha KuasaUntuk mengganti ( mereka ) dengan kaum yang lebih baik dari mereka,dan Kami sekali-kali tidak dapat dikalahkan.

( Al-Maa’rij : 40 – 41 )

Melihat kepada ayat ini juga jelas ia adalah satu sumpahan di mana Allah s.w.t. bersumpah sesungguhnya Allah itu yg menciptakan timur dan barat dan Dialah yg memilikinya.Disebalik lafaz qasam Allah ini sebenarnya terkandung satu penafian terhadap hari kiamat.Dimana lafaz
sumpah Allah dalam ayat ini sebenarnya menolak dakwaan dan penafian bagi golongan yg menafikan tentang hari kebangkitan iaitu hari kiamat.

2 ) Sumpah Allah s.w.t. terhadap makhlukNya

Bentuk qasam seperti ini banyak terkandung di dalam Al-Quran.Jika menyebut tentang lafaz qasam Allah terhadap makhlukNya,kita akan dapat ketahui bahawa bentuk sumpah ini di mana Allah bersumpah kepada makhlukNya terhadap asal usul keimanan iaitu makrifatullah dimana menjadi satu kewajipan terhadap makhlukNya untuk mengetahui dan beriman kepada Allah. Adakalanya di dalam Al-Quran itu Allah bersumpah tentang keesaan Allah iaitu hanya Allah sahaja tuhan yg satu dan esa.Adakalanya Allah bersumpah tentang hari kebangkitan manusia iaitu hari kiamat.Adakalanya Allah bersumpah tentang hal keadaan manusia.Sebagai contoh di sini :


Demi ( rombongan ) yang bershaf-shaf dengan sebenar-benarnya.dan demi ( rombongan ) yang melarang dengan sebenar-benarnya ( dari perbuatan-perbuatan ma'siat ).dan demi ( rombongan ) yang membacakan pelajaran. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Esa

Disini kita dapat fahami di mana Allah s.w.t. bersumpah tentang Maha Esa Allah dimana tiada tuhan melainkan Allah sahaja.Rombongan yg bersaf-saf yg dimaksudkan dalam ayat ini ialah para malaikat atau makhluk lain seperti burung dan sebagainya.

Dalam contoh yg lain :

Maka Aku bersumpah dengan masa turunnya bagian-bagian Al-Quran.Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui.Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia

( Al-Waqia’ah : 75 -77 )


Allah s.w.t. bersumpah tentang kebenaran Al-Quran itu bahawa Al-Quran yg diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar

Dalam contoh lain :

Demi malam apabila menutupi ( cahaya siang ).dan siang apabila terang benderang.dan penciptaan laki-laki dan perempuan.sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza

( Al-Lail : 1 – 4 )

Ini juga adalah satu bentuk lafaz sumpah Allah s.w.t. terhadap makhluk yg menceritakan tentang hal keadaan manusia.Dalam ayat ini menceritakan keadaan manusia di atas muka bumi itu bagaimana.

3 ) Sumpah Nabi Ibrahim a.s.

Demi Allah,sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya

( Al-Anbia : 57 )

Nabi Ibrahim a.s. yg digelar sebagai Khalilullah bersumpah dengan nama Allah dimana ungkapan itu bermaksud bahawa Nabi Ibrahim akan menjalankan tipu helahnya untuk menghancurkan berhala-berhala kaumnya selepas mereka meninggalkan tempat-tempat berhala itu.

4 ) Sumpah Nabi Muhammad s.a.w.

Dan mereka menanyakan kepadamu : “ Benarkah ( azab yang dijanjikan ) itu?Katakanlah : “ Ya, demi Tuhanku,sesungguhnya azab itu adalah benar dan kamu sekali-kali tidak bisa luput ( daripadanya ) ”.

( Yunus : 53 )

Nabi s.a.w. bersumpah dengan nama Allah menegaskan tentang azab yg dijanjikan oleh Allah dan kebenaran janji Allah tersebut terhadap azab dan siksaanNya yg sudah dijanjikan pada hari kiamat nanti.

5 ) Sumpah kaum kafir dengan nama Allah


Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh : "Allah tidak akan akan membangkitkan orang yang mati".( Tidak demikian ),bahkan ( pasti Allah akan membangkitnya ) sebagai suatu janji yang benar dari Allah akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui

( An-Nahl : 38 )

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menceritakan kepada kita bagaimana kaum kafir bersumpah dengan nama Allah dengan sebenar-benar sumpahan dengan keimanan mereka bahawa Allah itu tidak akan membangkitkan manusia yg telah mati.Mereka mendustakan rasul-rasul dengan khabar yg disampaikan oleh para rasul.Padahal hari kebangkitan itu adalah satu kepastian dan janji Allah tetapi mereka tidak ketahui dan tidak ramai manusia yg tahu.

Demikianlah beberapa bentuk lafaz sumpah yg terkandung di dalam Al-Quran mengikut kepada kontesk dan situasi.Kita cuba petik satu bentuk lafaz qasam yg ada di dalam Al-Quran.Dimana dalam Al-Quran terdapat lafaz sumpah yg digunakan atau dilafazkan oleh kaum kafir.Apa yg dapat diperhati disini,lafaz sumpah yg diungkapkan oleh kaum kafir ini adalah lafaz yg diungkap ketika pada hari kiamat dan juga diungkap ketika di dunia.Kita cuba perhatikan kepada firman Allah ini :

Dan ( ingatlah ) hari yang di waktu itu Kami menghimpun mereka semuanya kemudian Kami berkata kepada orang-orang musyrik : " Di manakah sembahan-sembahan kamu yang dulu kamu katakan ( sekutu-sekutu ) Kami? ".Kemudian tiadalah fitnah mereka, kecuali mengatakan : " Demi Allah,Tuhan kami,tiadalah kami mempersekutukan Allah.Lihatlah bagaimana mereka telah berdusta kepada diri mereka sendiri dan hilanglah daripada mereka sembahan-sembahan yang dahulu mereka ada-adakan

( Al-An’am : 22 – 24 )

Perhatikan dalam ayat ini bagaimana Allah menyebutkan tentang kaum kafir yg mensyirikkan Allah apabila pada hari kiamat nanti.Allah s.w.t. melontarkan persoalan kepada mereka yg menyekutukan Allah dimana kaum kafir ini sudah maklum mereka menyembah berhala.Lalu mereka berkata kepada Allah dengan bersumpah bahawa mereka sebenarnya tidak menyekutukan Allah.Itulah jawapan mereka kepada Allah yg berupa satu pendustaan.

Persoalan yg terkandung dalam ayat ini ialah mempersekutukan Allah atau syirik.Itu yg dilontarkan oleh Allah kepada kaum musyrikin dan dibalas dengan satu jawapan dalam bentuk lafaz sumpahan.

Melihat kepada semua ini,timbul satu tanda tanya.Sebenarnya apa tujuan disebalik lafaz qasam ini yg terkandung di dalam Al-Quran itu?

1 ) Sebagai menegaskan dan mengukuhkan tentang sesuatu khabar berita dan sesuatu perkara.Seperti yg kita kupas sebelum ini lafaz qasam yg terkandung dalam Al-Quran ini memang banyak dan mengikut kepada situasi dan konteks.Secara kesimpulannya boleh dilihat bahawa lafaz qasam yg ada dalam Al-Quran ini mengukuhkan lagi tentang kisah-kisah umat terdahulu,peristiwa pada hari kiamat,amaran dan azab Allah dan lain-lain lagi.Jika kita melihat khususnya dalam biah atau suasana berada di tanah arab,sudah menjadi satu kebiasaan melafazkan sumpah dengan nama Allah kerana maksud yg tersirat disebalik sumpah itu ialah untuk menguatkan lagi kata-kata tersebut dan memastikan kata-kata itu terlaksana.

Akan tetapi ada perbezaan antara sumpah kalam manusia dengan sumpah kalam Allah sendiri. Dimana sumpah dalam kalam manusia ini adakalanya mengandungi unsure keraguan dan was-was jika dibandingkan dengan sumpah Allah dalam Al-Quran itu adalah satu perkara yg pasti dan benar tiada langsung syak keraguan apa-apa.Kita lihat satu contoh bagaimana Allah sendiri bersumpah di dalam Al-Quran :

Aku bersumpah demi hari kiamat. dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali ( dirinya sendiri ).Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan ( kembali ) tulang belulangnya?Bukan demikian,sebenarnya Kami berkuasa menyusun ( kembali ) jari jemarinya dengan sempurna

( Al-Qiamah : 1 – 4 )

2 ) Menetap kebenaran Nabi Muhammad s.a.w..Jika melihat kepada masyarakat arab mereka terlalu yakin dan beriktikad bahawa mereka benar-benar beriman padahal hakikatnya keimanan mereka itu adalah dusta semata-mata yg tidak ada hujah atau bukti bahkan mereka menyekutukan Allah s.w.t. lagi.Kebanyakkan lafaz qasam dari Nabi Muhammad s.a.w. dalam quran adalah satu perintah dari Allah ke atas baginda untuk membenarkan ajaran yg disampaikan oleh baginda.Kita lihat dalam Al-Quran :


Dan mereka menanyakan kepadamu : " Benarkah ( azab yang dijanjikan ) itu?Katakanlah : " Ya, demi Tuhanku,sesungguhnya azab itu adalah benar dan kamu sekali-kali tidak bisa luput ( daripadanya )"

( Yunus : 53 )

Ketika Nabi s.a.w. ditanyakan tentang kebenaran janji azab Allah.Lalu Allah perintahkan baginda supaya bersumpah membenarkan apa yg sudah dijanjikan oleh Allah s.w.t.

3 ) Melahirkan sesuatu yg diterima akal dalam bentuk yg tidak boleh dirasai oleh pancaindera. Sesuatu perkara yg boleh diterima oleh akal manusia jika digambarkan dalam bentuk pancaindera,akal manusia mampu untuk menerima dan menguasainya.Kita lihat sendiri dalam Al-Quran itu dimana perumpaan wahyu itu dengan waktu dhuha ketika sinaran cahaya pada waktu siang,perumpamaan batil dengan malam dan kemenangan yg benar itu dengan siang menunjukkan bahawa malam itu adalah sesuatu yg samar-samar.Begitulah yg dimaksudkan.

4 ) Memalingkan pandangan manusia dan makhluk-makhluk kepada kejadian-kejadian yg muncul kerana itu sebenarnya mampu memberikan kesan kepada manusia.Melihat kepada Al-Quran wujudnya di dalam satu lafaz qasam di mana Allah menyebut :

Demi bukit

( At-Thur )

Allah s.w.t. melafazkan sumpah itu pada satu tempat pada satu kejadian iaitu Thur.Dan yg dimaksudkan Thur dalam ayat ini ialah bukit.Sumpah di sini menunjukkan kepada kita bahawa tempat itu adalah bukit dan terdapat pokok-pokok seperti mana kisah Nabi Musa a.s. berkata-kata dengan Allah s.w.t.

Begitulah yg boleh sikit sebanyak kita kupas.Sebenarnya sumpah atau qasam ini juga adalah salah satu dari kesenian balaghah Al-Quran yg perlu kita tahu dan fahami.Sesungguhnya sumpah yg dilafazkan oleh Allah dan juga para rasul dan anbia itu bukanlah satu rekaan atau sekadar ungkapan mainan tapi adalah satu kepastian dan janji-janji Allah terhadap makhlukNya.Wallahu a’lam…

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More