Ahad, Jun 20, 2010

Salahuddin Al-Ayubi

Berdekatan dengan kawasan masjid Jamek Umawi ada satu makam iaitu makam Salahuddin Al-Ayubi yg juga merupakan salah seorang dari pahlawan perang Islam yg hebat dalam sejarah Islam.

Tugu Sahahuddin Al-Ayubi

Makam Salahuddin Al-Ayubi

Makam Husin

Gambar yg atas ini pula ialah makam Husin yg ada di dalam masjid Jamek Umawi.Awal-awal pagi lagi boleh nampak ramai puak-puak syiah akan datang ke makam ini.Makam ini sentiasa dipenuhi dan dikelilingi oleh puak-puak syiah yg datang dari seluruh tempat seperti Iran dan lain-lain.Dalam makam ini terdapat kepala Husin.

Sabtu, Jun 19, 2010

Kota Dimasyq

Hari ini sempat pusing jalan-jalan ke satu tempat iaitu Makam Arbai’n ( Makam 40 wali Allah ).Nak pergi ke tempat tu tak lah susah.Cuma kena mendaki bukit naik.Lepas tu kena naik 700 anak tangga baru sampai ke puncak bukit untuk ke tempat makam ini.

Jamek Umawi ini mengandungi kisah sejaranya yg tersendiri.Asal masjid ini sebenarnya adalah sebuah gereja dan kemudiannya ia bertukar kepada sebuah masjid ketika dalam pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi yg memerintah Islam pada masa itu.Lalu masjid tersebut di ubah menjadi sebuah masjid sampai ke hari ini yg ada sekarang.

Jamek Umawi

Nampak macam rumah orang tapi bukan rumah rupanya.Tak kan ada orang kot yg nak buat rumah atas puncak bukit hidup sana sorang-sorang?Sebenarnya itulah masjid yg mana dalam tu terdapat satu makam yg dinamakan Makam Arbai’n iaitu makam 40 wali Allah.Nak sampai ke makam ini kena naik 700 anak tangga baru sampai.Di atas sekali puncak bukit boleh nampak sebelah Syiria ialah Lubnan yg tak jauh sangat dari Syiria.


Makam Arbai’n.Dalam itu ada semua makam 40 wali Allah di dalamnya.

Jumaat, Jun 18, 2010

Syiria

Alhamdulillah setelah habis semua imtihan final fasal sani yg lepas,tiba pula musim cuti lebih kurang dalam dua minggu lebih.Apa yg lebih menggembirakan ialah kebetulan saja habis final exam yg lepas,family pun datang bercuti di Jordan sini.Itulah perancangan diorang untuk berjalan di Bumi Anbia Jordan sini melihat-lihat dan menjenguk anak diorang dan menantu diorang yg belajar kat sini..hehe.. Sepanjang cuti itu aku banyak menghabiskan semua masa yg ada bersama family di sini.Bawa semua berjalan-jalan di sekitar dataran Syam ini dan juga Syiria.

Kebetulan family yg dah lama plan untuk datang ke Jordan sini.Kebetulan pula cuti itu adalah cuti sekolah pertengahan tahun bagi semua guru-guru di Malaysia.Jadi aku mengambil peluang inilah bawa semua pusing-pusing ke Jordan dan Syiria yg juga di bantu oleh kawan-kawan.Antara tempat-tempat yg sempat aku bawa semua jalan-jalan pusing di Jordan sini ialah tempat medan perang Mu’tah,makam sahabat-sahabat yg syahid di medan perang Mu’tah,laut mati,petra,gua ashabul kahfi dan banyak lagi.Satu pengalaman yg memang menarik.Selama belajar di Jordan sini pun memang tak pernah balik ke Malaysia lagi.Hanya menunggu masa saja untuk tamat belajar dan pulang ke tanah air Insya Allah amin…

Petra : salah saru dr tujuh keajaiban dunia

Habis pusing-pusing di beberapa tempat di Jordan,selang beberapa hari pula berangkat ke Syiria lebih kurang dalam 3 hari di sana.Bermalam di Dimasyq.Sepanjang berada di Syiria,memang tak dinafikan terlalu banyak tempat-tempat bersejarah yg terdapat di Bumi Syiria ini.Masjid Jamek Umawi yg terletak dalam bandar kota Dimasyq antara tempat-tempat menarik yg mengandungi sejarah silam yg tersembunyi di sebaliknya di zaman kerajaan Islam dan pemerintahan Islam.


Jamek Umawi di Kota Dimasyq

Makam Salahuddin Al-Ayubi

Makam Husin dalam Jamek Umawi

Makam Nabi Ayub & anaknya

Jumaat, April 30, 2010

Doa Pelindung Diri

Pada kali ini sengaja saya cuba ambil satu hadis Nabi s.a.w. yg boleh diambil manfaat bersama untuk semua ahli kelab silat dan warga Mu’tah semua.Sengaja kita cuba kongsikan serba sedikit ilmu dan pengetahuan yg boleh di ambil.Di dalam hadis Nabi s.a.w. ini terkandung satu doa yg yg ma’thur malah juga termasuk di antara doa-doa ma’thurat yg menjadi doa-doa amalan.Doa ini juga sebenarnya adalah antara doa sebagai pendinding diri ataupun pelindung diri.Dalam sabda Rasulullah s.a.w. :


Maksudnya :

Sabda Rasulullah s.a.w. ” Tidaklah seorang hamba itu berdoa pada setiap pagi dan petang dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan di langitdan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui ” baca tiga kali maka tidak ada yang akan memudaratkannya

( Riwayat At-Tirmizi )

Dimana di dalam hadis ini Nabi s.a.w. mengajar kepada kita satu doa seperti yg terdapat dalam hadis tadi.Apabila kita membaca doa tersebut 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang maka akan terhindarlah seorang hamba itu dari segala kemudaratan sepanjang pada hari itu.Doa yg diajarkan oleh Nabi s.a.w. kepada kita iaitu :

Maksud :

Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat kepada sesuatu di bumi dan juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui

Mengikut dari segi bahasa kalau dilihat di dalam mukjam,perkataan ضر – يضر seperti yg di sebut dalam hadis tersebut yg juga terkandung di dalam doa ini membawa maksud yg banyak. Antaranya ialah bermaksud memudaratkan,membahayakan.

Jika kita mengamalkan doa tersebut,maka insya Allah kita akan terlindung dan terpelihara dari mudarat yg disebutkan di dalam hadis tadi.Sebenarnya terdapat banyak fadhilat atau rahsia yg terkandung disebalik doa yg diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. ini.Diantara mudarat yg terhindar dan terpelihara ialah terhindar dari perbuatan sihir.Sudah sedia maklum perbuatan sihir dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan itu sudah tidak dipertikaikan lagi.Mereka yg syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Jika kita melihat kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t.Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk.Tapi kebanyakan amalan sihir adalah tujuan untuk mengkhianati yg boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa kepada maut.Ada perbuatan sihir yg sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki dan ada juga yg terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yg mengandungi sihir yg dinamakan santau.

Disini penulis ingin cuba kongsikan serba sedikit pengalaman yg berlaku sendiri di tempat penulis ketika di Malaysia sebelum ini.Ketika makan di sebuah gerai makan.Pada masa itu ada seorang ustaz mahir bertarannum Al-Quran dan merdu suaranya apabila bertarranum Al-Quran.Ketika ustaz itu hendak meminum air yg di ordernya dari tuan kedai,gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya apabila membacakan doa seperti di atas.Kejadian ini berlaku kerana minuman tersebut ada mengandungi sihir santau.Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Begitulah serba sedikit pengalaman yg boleh dikongsikan.Dalam situasi yg lain pula,ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan.Bahan-bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yg menyebabkan sesiapa yg menjamah makanan itu akan merasa masakan itu sungguh sedap.Dengan mengamalkan doa ini insya Allah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.Semoga doa ini dapat dijadikan sebagai penghayatan dan amalan bersama Insya Allah.

Isnin, April 26, 2010

KSSMJ Di Hadapan Raja Jordan



Bertempat di Amman pada 24 April 2010,satu program kebudayaan negara-negara yg melibatkan negara-negara besar yg sertai seperti Malaysia,Indonesia,Philipina,Turkey,Yaman, Jordan,Mesir dan beberapa negara yg lain lagi.Setiap negara-negara ini diwakili oleh duta-duta besar negara masing-masing dan juga VIP.Apa yg lebih menarik lagi ialah pada kali ini turut di hadiri oleh Puteri Raja Jordan ( Princess Jordan ).Acara tersebut bermula jam 12 tengahari yg dirasmikan oleh Puteri Raja Jordan ( Princess Jordan ) iaitu kerabat diraja Jordan.

Acara persembahan bagi setiap negara terbahagi kepada dua iaitu persembahan dewan dan acara di luar dewan.Pada kali ini Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yg mewakili negara Malaysia turut terlibat menjayakan beberapa persembahan dan demo silat.Persembahan di dalam dewan bermula jam 12 tengahari dan di mulakan dengan persembahan tarian kebudayaan melayu dan seterusnya persembahan Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ). Acara persembahan di dalam dewan ialah persembahan kebudayaan bagi semua negara-negara besar yg terlibat di khalayak duta-duta besar,VVIP dan juga Princess Jordan ( Puteri Raja Jordan ).

Setelah selesai semua acara dewan,bermulalah acara luar dewan yg dinanti-nantikan oleh semua orang yg terlibat. Boleh dikatakan hampir 2000 orang penonton yg menghadiri program tersebut. Tepat jam 2.30 petang bermulalah giliran negara Malaysia iaitu Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ).Demo silat kali ini di anggotai oleh skuad demo KSSMJ yg diketui oleh Gurulatih Tertinggi dan barisan jurulatih.Demo silat dimulakan dengan persembahan tari solo atau seni solo.

Kemudiannya demo silat diteruskan dengan seni lompatan.Seterusnya permainan Tempur Jurus Bebas dan di akhiri dengan satu permainan yg ngeri.

Sembah barisan pendekar KSSMJ


Seni lompatan

Jurus bebas




Isnin, Februari 22, 2010

Renungan Buat Kaum Wanita Yang Disayangi Sekalian

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya,
" Abi,ceritakan padaku tentang wanita sejati " Si ayah pun menoleh kemudian tersenyum.

Anakku,seorang wanita sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya melainkan dari kecantikan hati yang ada di baliknya.

Wanita sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona melainkan dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.

Wanita sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan melainkan dari keikhlasannya memberikan kebaikan itu.

Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya melainkan dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Wanita sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa melainkan dari bagaimana cara ia berbicara.

Si ayah diam sejenak sambil melihat ke arah puterinya.

" Lantas apa lagi abi ? " sahut puterinya

Ketahuilah puteriku…

Wanita sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian melainkan sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.

Wanita sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di jalan melainkan kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.

Wanita sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani melainkan sejauh mana ia menghadapia ujian itu dengan penuh rasa syukur dan ingatlah.

Wanita sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul melainkan sejauh mana ia boleh menjaga kehormatannya dalam bergaul.

Setelah itu si anak kembali bertanya,

" Siapakah yang dapat menjadi kriteria seperti itu Abi ? "

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, " teladanilah mereka! " Si anak pun mengambil buku itu dan melihat sebuah tulisan " Isteri-Isteri Rasulullah "

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More