Jumaat, April 30, 2010

Doa Pelindung Diri

Pada kali ini sengaja saya cuba ambil satu hadis Nabi s.a.w. yg boleh diambil manfaat bersama untuk semua ahli kelab silat dan warga Mu’tah semua.Sengaja kita cuba kongsikan serba sedikit ilmu dan pengetahuan yg boleh di ambil.Di dalam hadis Nabi s.a.w. ini terkandung satu doa yg yg ma’thur malah juga termasuk di antara doa-doa ma’thurat yg menjadi doa-doa amalan.Doa ini juga sebenarnya adalah antara doa sebagai pendinding diri ataupun pelindung diri.Dalam sabda Rasulullah s.a.w. :


Maksudnya :

Sabda Rasulullah s.a.w. ” Tidaklah seorang hamba itu berdoa pada setiap pagi dan petang dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan di langitdan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui ” baca tiga kali maka tidak ada yang akan memudaratkannya

( Riwayat At-Tirmizi )

Dimana di dalam hadis ini Nabi s.a.w. mengajar kepada kita satu doa seperti yg terdapat dalam hadis tadi.Apabila kita membaca doa tersebut 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang maka akan terhindarlah seorang hamba itu dari segala kemudaratan sepanjang pada hari itu.Doa yg diajarkan oleh Nabi s.a.w. kepada kita iaitu :

Maksud :

Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat kepada sesuatu di bumi dan juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui

Mengikut dari segi bahasa kalau dilihat di dalam mukjam,perkataan ضر – يضر seperti yg di sebut dalam hadis tersebut yg juga terkandung di dalam doa ini membawa maksud yg banyak. Antaranya ialah bermaksud memudaratkan,membahayakan.

Jika kita mengamalkan doa tersebut,maka insya Allah kita akan terlindung dan terpelihara dari mudarat yg disebutkan di dalam hadis tadi.Sebenarnya terdapat banyak fadhilat atau rahsia yg terkandung disebalik doa yg diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. ini.Diantara mudarat yg terhindar dan terpelihara ialah terhindar dari perbuatan sihir.Sudah sedia maklum perbuatan sihir dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan itu sudah tidak dipertikaikan lagi.Mereka yg syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Jika kita melihat kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t.Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk.Tapi kebanyakan amalan sihir adalah tujuan untuk mengkhianati yg boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa kepada maut.Ada perbuatan sihir yg sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki dan ada juga yg terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yg mengandungi sihir yg dinamakan santau.

Disini penulis ingin cuba kongsikan serba sedikit pengalaman yg berlaku sendiri di tempat penulis ketika di Malaysia sebelum ini.Ketika makan di sebuah gerai makan.Pada masa itu ada seorang ustaz mahir bertarannum Al-Quran dan merdu suaranya apabila bertarranum Al-Quran.Ketika ustaz itu hendak meminum air yg di ordernya dari tuan kedai,gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya apabila membacakan doa seperti di atas.Kejadian ini berlaku kerana minuman tersebut ada mengandungi sihir santau.Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Begitulah serba sedikit pengalaman yg boleh dikongsikan.Dalam situasi yg lain pula,ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan.Bahan-bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yg menyebabkan sesiapa yg menjamah makanan itu akan merasa masakan itu sungguh sedap.Dengan mengamalkan doa ini insya Allah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.Semoga doa ini dapat dijadikan sebagai penghayatan dan amalan bersama Insya Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More