Khamis, Ogos 20, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W. Dengan Iblis ( Bah 9 )

Soalan kelima belas Nabi “ Dengan jalan apakah boleh menolak tipu daya engkau? ”

Jawab Iblis “ jika dia berbuat dosa,maka dia kembali bertaubat kepada Allah,dan dia menangis kesal akan perbuatannya.Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya.”

Soalan keenam belas Nabi “ Siapakah orang yang paling engkau lebih suka? ”

Jawab Iblis “ lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari ( bulu kemaluan ) selama 40 hari.Di situ lah hamba mengecilkan diri,bersarang, bergantung,berbuai seperti pijat pada bulu itu.”

Soalan ketujuh belas Nabi “ Wahai Iblis!Siapakah saudara engkau? ”

Jawab Iblis “ orang yang tidur meniarap,orang yang matanya celik diwaktu subuh tetapi menyambung tidur semula.Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar.Demikian pada waktu zohor,asar,maghrib dan isyak,hamba beratkan hatinya untuk solat ”

Soalan kelapan belas Nabi “ Apakah jalan yang membinasakan diri engkau? ”

Jawab Iblis “ orang yang banyak menyebut nama Allah,bersedekah dengan tidak diketahui orang,banyak bertaubat,banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam.”

Soalan kesembilan Nabi “ Wahai Iblis!Apakah yang memecahkan mata engkau? ”

Jawab Iblis “ orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya.”

Soalan kedua puluh Nabi “ Apakah lagi yang memecahkan mata engkau? ”

Jawab Iblis “ orang yang taat kepada kedua ibubapanya,mendengar kata mereka,membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup,kerana tuan telah bersabda “ Syurga itu di bawah tapak kaki ibu ”

Isnin, Ogos 17, 2009

Doa Qunut Nazilah

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amin…

Sabtu, Ogos 15, 2009

Bertunang

Pertunangan merupakan satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan hasratnya untuk mengahwini seorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya.Ia boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang ingin berkahwin atau melalui wakilnya.Sekiranya hasrat lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan dan disetujui kedua-dua belah pihak,maka ia sudah dikira bertunang disisi syarak.Ia adalah satu perjanjian diantara dua pihak iaitu pihak lelaki dan pihak perempuan untuk melangsungkan perkahwinan.Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan.

Dengan bermulanya penerimaan wanita tersebut hinggalah tiba masa Ijab dan Qabul,ia dinamakan sebagai tempoh pertunangan.Bagi seorang lelaki sebelum memulakan peminangan, adalah penting baginya merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya.Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting bagi mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik.Tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita,melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya.Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bertentangan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam

PERTUNANGAN DALAM SYARAK


Dari segi syarak,pertunangan ini terbahagi kepada beberapa cara iaitu :

■Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.

■Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.

■Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.

■Wali menawarkan anak perempuannya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

■Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Jika kedua-dua belah pihak sudah bersetuju dan menerima ( menggunakan salah satu daripada cara tersebut ) maka ia sudah dikira bertunang disisi syarak.Nabi bersabda :

" Apabila datang kepadamu seorang lelaki,datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya.Maka nikahkanlah dia.Bila tidak engkau lakukan,maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi "

( Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad )




PERTUNANGAN DARI SEGI ADAT

Dari segi adat,pihak lelaki kebiasaannya akan membawa hantaran ke rumah pihak perempuan dan memberikannya ketika majlis pertunangan yang sudah ditetapkan.Kemudian pihak perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang.Pihak perempuan akan membincangkan dan menetapkan hantaran perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan tersebut.Ia diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan.Majlis ini akan diadakan selepas kedua-dua pihak setuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin ketika pertunangan sebenarnya merupakan adat yang diamalkan dalam masyarakat melayu dan ia juga bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.Akan tetapi tidak menjadi kesalahan jika pemberian cincin itu sebagai tanda pertunangan selagi mana ia tidak bertentangan syariat. Dalam masa yang sama haruslah diketahui bahawa perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda putusnya pertunangan itu adalah bercanggah dengan Islam.

Rabu, Ogos 12, 2009

Keutamaan Rasa Malu

Setiap insan telah dikurniakan sifat malu dalam dirinya.Bagaimana dan dimana harus digunakan terpulang pada empunya diri.Rasulullah juga mempunyai sifat malu sehiggakan ada yang mengatakan malu baginda melebihi malu seorang perawan… Mengapa malu itu perlu ada dalam diri kita??

1) Rasa malu adalah penghalang manusia dari melakukan dosa

Malu adalah pangkal semua kebaikan dalam kehidupan ini,sehingga kedudukannya dalam seluruh sifat keutamaan adalah bagaikan kepala dengan badan.Maksudnya tanpa rasa malu maka sifat keutamaan lain akan mati.Dalam sebuah hadis disebutkan :

“ Sesungguhnya rasa malu memiliki keagungan dan dalam rasa malu terdapat ketenangan.”

( HR Bukhori & Muslim )

2) Rasa malu merupakan salah satu cabang dari iman

Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Iman terdiri daripada enam puluh cabang lebih dan rasa malu sebahagian cabang dari iman .”

( HR Bukhori )

Suatu hari Rasulullah melewati seorang anshar yang sedang menasihati saudaranya tentang rasa malu,lalu baginda bersabda :

“ Biarkanlah ia memiliki rasa malu kerana malu itu termasuk dalam keimanan ”

( HR Bukhori & Muslim )

3) Rasa malu adalah inti akhlak Islamiah

Anas r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“ Setiap agama memiliki akhlak dan akhlak Islam adalah rasa malu ”

Diriwayatkan dari Ya’la bahawa Rasulullah s.a.w melihat seorang mandi di tanah lapang,lalu baginda naik ke mimbar dan setelah memuji Allah s.w.t.baginda bersabda :

“ Sesunggynya Allah adalah Maha Malu yang suka menutupi ‘aib yang mencintai rasa malu. Jika salah seorang dari kamu mandi hendaklah ia mandi di tempat yang tertutup ”

4) Rasa malu adalah benteng akhir keislaman seseorang

Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwa nabi saw telah bersabda :

“ Sesungguhnya Allah azza Wajalla apabila hendak menghancurkan seorang hamba menarik darinya rasa malu, apabila rasa malu telah ditarik maka tidaklah kau jumpai dia kecuali dalam keadaan tercela dan dibenci, Bila sudah tercela dan dibenci maka akan ditarik darinya sifat amanah. Apabila sifat amanah telah ditarik maka tidak kau jumpai dia kecuali menjadi seorang yang pengkhianat, bila sudah menjadi pengkhianat maka ditarik darinya sifat kasih sayang. Bila sifat kasih sayang telah ditarik darinya maka tidak kau jumpai dia kecuali dalam keadaan terlaknat dan bila dalam keadaan terlaknat maka akan ditarik ikatan islam darinya.”

5) Rasa malu merupakan akhlak yang sejalan dengan fitrah manusia

Rasa malu sebagai hiasan semua perbuatan. Dalam hadits yang diriwayatkan Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“ Tidaklah ada suatu kekejian pada sesuatu perbuatan kecuali akan menjadinya tercela dan tidaklah ada suatu rasa malu pada sesuatu perbuatan kecuali akan menghiasinya ”

( Musnad Ahmad )

Diriwayatkan dari Anas r.a. Ia berkata: Rasulullah telah bersabda :

“ Orang yang paling kasih sayang dari umatku adalah Abu Bakar r.a, orang yang paling tegas dalam masalah agama dari umatku adalah Umar r.a Orang yang paling merasa malu adalah Utsman r.a. Orang yang paling mengetahui halal dan haram adalah Mu’adz bin Jabal. Orang yang paling mengerti tentang Al quran adalah Ubay r.a. Orang yang paling mengetahui tentang faroid adalah Zaid bin Tsabit. Setiap umat memiliki orang kepercayaan dan orang kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah Ibn al jarroh ”

( Musnad Ahmad )

Isnin, Ogos 10, 2009

Hadis Kesembilan



Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“ Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka. ”

Hadis Kelapan



Daripada lbnu ‘Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“ Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta’ala. ”

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More