Dengan bermulanya penerimaan wanita tersebut hinggalah tiba masa Ijab dan Qabul,ia dinamakan sebagai tempoh pertunangan.Bagi seorang lelaki sebelum memulakan peminangan, adalah penting baginya merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya.Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting bagi mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik.Tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita,melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya.Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bertentangan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam
PERTUNANGAN DALAM SYARAK
Dari segi syarak,pertunangan ini terbahagi kepada beberapa cara iaitu :
■Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
■Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
■Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
■Wali menawarkan anak perempuannya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
■Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
" Apabila datang kepadamu seorang lelaki,datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya.Maka nikahkanlah dia.Bila tidak engkau lakukan,maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi "
( Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad )
PERTUNANGAN DARI SEGI ADAT
Dari segi adat,pihak lelaki kebiasaannya akan membawa hantaran ke rumah pihak perempuan dan memberikannya ketika majlis pertunangan yang sudah ditetapkan.Kemudian pihak perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang.Pihak perempuan akan membincangkan dan menetapkan hantaran perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan tersebut.Ia diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan.Majlis ini akan diadakan selepas kedua-dua pihak setuju untuk bertunang selepas adat merisik.
Pemberian cincin ketika pertunangan sebenarnya merupakan adat yang diamalkan dalam masyarakat melayu dan ia juga bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.Akan tetapi tidak menjadi kesalahan jika pemberian cincin itu sebagai tanda pertunangan selagi mana ia tidak bertentangan syariat. Dalam masa yang sama haruslah diketahui bahawa perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda putusnya pertunangan itu adalah bercanggah dengan Islam.
0 ulasan:
Catat Ulasan