Sabtu, Julai 11, 2009

Doa Ketika Masuk Masjid


Maksudnya :

“ Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dan dengan wajahNya yang Mulia dan kekuasaanNya yang kekal dari syaitan yang direjam.Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah.Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu ”

Doa Ketika Masuk Tandas

Maksudnya :

“ Dengan nama Allah,Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina ”

Doa Ketika Memakai Pakaian


Maksudnya :

“ Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku ( pakaian ) ini dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku ”

Rabu, Julai 08, 2009

Doa Sujud Tilawah

Maksudnya :
“ Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptakan dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya.Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta ”

Isnin, Julai 06, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W. Dengan Iblis ( Bah 6 )

Soalan kesembilan Nabi “ Wahai Iblis!bagaimanakah sekalian sahabatku terhadap engkau? ”

Jawab Iblis “ sekalian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar musuh hamba.Tidak upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka.Kerana tuan sendiri telah berkata “ sekalian sahabatku adalah seperti bintang dilangit,jika kamu mengikuti mereka maka kamu akan mendapat petunjuk. ” Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi,hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a’zam.Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekalian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar,maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar.Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya,Saidatina Aisyah yang juga banyak menghafal hadis tuan.

Saidina Umar al-Khattab pula hamba tidak berani memandang wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama.Jika hamba pandang wajahnya,maka gementarlah seluruh tulang sendi hamba kerana sangat takut.Ini kerana imannya sangat kuat apatah lagi tuan telah mengatakan ” jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku “ kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam sehingga di gelar “ Al-Faruq. ”Saidina Usman bin Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir,kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran.Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali.Kerana taatnya,banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan “ barangsiapa menulis Bismillah rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah,nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syagid. ” Saidina Ali bin Abi Talib pun hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya di medan perang tetapi sangat bersopan,alim orangnya.Jika iblis,syaitan dan jin memandangnya maka terbakarlah kedua-dua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah kanak-kanak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya terhadap sebarang berhala.Digelar “ Karramallahu Wajhahu ” iaitu dimuliakan Allah wajahnya dan juga “ Harimau Allah ” dan tuan sendiri berkata ” Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya “.Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan,lagilah hamba takut kepadanya. ”

Khamis, Julai 02, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W. Dengan Iblis ( Bah 5 )

Soalan keenam Nabi “ Wahai Iblis!Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah,apa engkau rasa? ”

Jawab Iblis “ jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah,maka rasa terbakarlah tubuh hamba putus-putus segala urat hamba lalu hamba melarikan diri daripadanya. ”

Soalan ketujuh Nabi “ Wahai Iblis!Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah,bagaimanakah engkau rasa? ”

Jawab Iblis “ binasalah diri hamba,gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan Rukun Islamnya. ”

Soalan kelapan Nabi “ Wahai Iblis!Jika umatku berpuasa kerana Allah,bagaimanakah keadaan engkau? ”

Jawab Iblis “ Ya Rasulullah,inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba.Apabila masuk awal bulan Ramadhan,maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan.Bagi orang yang berpuasa Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa.Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi yakni Malaikat,bulan,bintang,burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa.Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka.Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.Pada hari umat tuan mula berpuasa,dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba ( jin,syaitan dan ifrit ) lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.Disana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami dan setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak menganggu umat tuan.Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa. ”

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More