Ingin ku luahkan apa yang sudah lama
Tentang kebimbanganku ini tatkala
Melihat bunga-bunga berguguran
Di petik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah
Tentang kebimbanganku ini tatkala
Melihat bunga-bunga berguguran
Di petik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila ku dengar dengungan
Kumbang perosak yang cuba
Menyedut madumu walau tanpa relamu
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerana apa yang ku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa
Yang berlari-lari antara Sofa dan Marwah
Bukan jua sesetia Ainul Mardiah
Menanti kekasih di pintu Syurga
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aisyah
Bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar engkau cuba
Mencontohi bunga- bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya melewati pintu-pintu Syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang
Tapi itu hanya ujian buatmu
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu
Merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbuku
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadang kala aku tertarik
Memandangnya
Tapi bukan itu yang ku harapkan
Aku yakin ratuku masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum segar kerana akan
Ku temui ratu yang benar-benar ratu…
0 ulasan:
Catat Ulasan