Jumaat, Januari 01, 2010

Bestnya couple ( Bah 1 )

" Couple pun tak boleh ke??salah ke??...." Itulah ungkapan yg seringkali ditohmahkan dan dikeluarkan bagi mereka penggemar b’couple.Maka bermula disinilah wujudnya kontroversi dan pelbagai persoalan di antara kita.Bagi mereka yg rancak bercouple,sedang bercouple atau akan bercouple,sudah semestinya perasaan ingin tahu sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dilontarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.Sebagai seorang muslim,untuk menjawab persoalan ini,kita perlulah kembali kepada dustur atau perlembagaan kita ( Al-Quran dan iaitu As-Sunnah ) dimana Al-Quran dan As-Sunnah itu menjadi pegangan hidup kita sebagai seorang muslim yg sejati dan hakiki.Ada yg mengatakan dan berpendapat bahawa Allah s.w.t. telah menjadikan makhlukNya berpasang-pasangan iaitu lelaki dan perempuan.Mengapa tidak boleh bercinta atau bercouple?Itu antara hujah atau pandangan yg dilontarkan.

Jawapan : Ya memang kita tidak menafikan bahawa dalam Al-Quran itu sendiri Allah s.w.t ada berfirman.Firman Allah s.w.t :

“ Maha Suci Tuhan ang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya ”

( Surah Yasin : 36 )

Terdapat juga dalam firman Allah yg lain.Firman Allah s.w.t :


“ Wahai umat manusia!Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal ”

( Surah Al-Hujurat : 13 )


Jika direnung menerusi kalam Allah s.w.t. ini,ia tidak menyebut atau berkisarkan kepada kita tentang mengadakan perhubungan percintaan dan berkasih sayang dan berkasih-kasihan antara sesama lelaki dan perempuan yg bukan mahram.Akan tetapi di dalam Al-Quran sebenarnya terdapat banyak larangan dan tegahan Allah s.w.t. yg membawa kepada larangnya hubungan-hubungan seperti ini.Kalau kita perhatikan dalam dunia muda atau remaja masa kini,percintaan itu bermulanya dari mata.Bak kata orang zaman muda sekarang ini…“ dari kerana mata jatuh ke hati ” begitulah ungkapan anak-anak muda pada zaman sekarang ini.

Namun jika kita melihat kepada firman Allah di dalam Al-Quran.Firman Allah s.w.t :


Katakanlah ( Wahai Muhammad ) kepada orang-orang lelaki Yang beriman “ Hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. ”

( Surah An-Nur : 30 )


Berkisarkan kepada firman Allah s.w.t. ini ternyata amat jelas sekali bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkan kita supaya untuk memlihara dan menjaga pandangan daripada melihat perkara-perkara yg dilarang termasuklah memandang wanita yg bukan mahram dan wajib bagi kita sebagai muslim menjaga nafsu.Bahkan,jika kita renungkan perintah Allah s.w.t. ini,ia bukanlah hanya sekadar difokuskan atau bertumpu kepada kaum adam sahaja.Malah ia juga kepada mereka kaum hawa yg bergelar wanita.Firman Allah s.w.t. lagi dalam Al-Quran :

“ Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menahan pandangan mereka ( daripada memandang yang haram ), dan memelihara kemaluan mereka”

( Surah An-Nur : 31 )


Dua firman Allah s.w.t. ini amat jelas bahawa Allah s.w.t. melarang lelaki dan perempuan yg bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk bersuka-suka apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.Ini semua membawa kepada cinta yg terlarang yg mengundang kepada kemurkaan Allah s.w.t.Sebagai seorang muslim,kenapa tidak kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah?Mengapa perlu kita mencari cinta yg terlarang,cinta yg berlandaskan couple dan syaitan yg boleh membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan bala Allah s.w.t.?

Bagi kita sebagai muslim dan muslimah yg sejati dan hakiki,sudah tentu kita akan berpegang pada firman Allah s.w.t. ini.Firman Allah s.w.t. :


“ Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji.Dan suatu jalan yang buruk ”

( Surah Al-Isra’ : 32 )


Firman Allah s.w.t. ini sudah cukup untuk menjelaskan segala yg tersurat dan yg tersirat di sebaliknya.Dimana jika kita lihat kepada ayat ini dimana Allah s.w.t. memulakan dengan satu larangan yg tegas.Allah s.w.t. memulakan dengan kalimah “ La taqrobu ” iaitu jangan hampiri.Kalimah “ Lam ” pada firman Allah s.w.t. ini menunjukkan Lamunnahiyah yg membawa maksud larangan dan tegahan yg pasti dan tegas.Jika kita mengkaji ayat ini,betapa hebatnya dan agungnya kalam Allah s.w.t. dengan menggunakan uslub bahasa yg indah tetapi mengandungi maksud yg tersirat yg cukup mendalam dan terperinci.

Allah s.w.t. menggunakan lafaz “ La Taqrabu ” iaitu jangan dekati dan tidak menggunakan lafaz “ La Tafa’lu ” atau “ La Ta’malu ” yg bermaksud jangan melakukan.Di sini sudah jelas bahawa walaupun kita menghampiri zina,ia adalah haram apatah lagi melakukan zina itu adalah haram sama sekali.Begitu jelas sekali maksud firman Allah s.w.t. ini bukan sekadar melarang dari melakukan zina bahkan melarang dari mendekati zina itu.Apabila kita menyebut mendekati zina yg dimaksudkan dalam firman Allah s.w.t. ini luas maksudnya dan pengertiannya.

Tetapi malangnya sekali jika kita lihat anak-anak muda pada abad melenium ini,bercouple itu sudah menjadi amalan kehidupan seharian mereka.Persoalannya mengapakah mereka lebih menggunakan jalan syaitan ini dan tidak menggunakan panduan Islam yg sememangnya jauh lebih baik dan terbaik untuk umatnya.Kita cuba ambil satu contoh situasi yg berlaku dalam masyarakat hari ini khususnya kepada belia-belia muda di pusat pengajian tinggi ( IPT ).Apabila kita terserempak dengan mereka yg rancak bercouple atau berdua-duaan ini,maka….

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More