Sambungan Hadis
Kemudian dipanggil pula orang-orang Nasrani lalu ditanyakan kepada mereka : Apa yg kamu sembah semasa di dunia? Mereka menjawab : Kami menyembah Al-Masih anak Allah.Lalu dikatakan kepada mereka : Kamu telah berdusta!Allah tidak pernah menjadikan walau seorang pun sebagai teman iaitu isteri atau anak.Maka mereka ditanya : Apa yg kamu inginkan? Mereka menjawab : Kami haus wahai Tuhan kami berilah kami minum.Lalu ditunjukkan kepada mereka : Tidakkah kamu inginkan air? Lalu mereka diiringi ke neraka Jahanam.Keadaan neraka yg sebahagiannya menghancurkan sebahagian yg lain.Mereka pun sama-sama terhumban ke dalam neraka.Tinggallah hanya orang-orang yg dahulunya menyembah Allah Taala,orang-orang baik dan orang-orang jahat.Maka Allah s.w.t. Tuhan sekalian alam datang kepada mereka dalam bentuk yg lebih rendah daripada bentuk yg mereka ketahui lalu berfirman : Apakah yg kamu tunggu? Setiap umat akan mengikuti apa yg dahulunya mereka sembah.Mereka berkata : Wahai Tuhan kami! Di dunia kami memisahkan diri dari orang-orang yg menyusahkan kami iaitu untuk membantu penghidupan di dunia dan kami tidak mahu berkawan dengan mereka iaitu mereka menyimpang dari jalan yg digariskan oleh agama.Allah berfirman lagi kepada mereka : Akulah Tuhan kamu! Mereka berkata : Kami memohon perlindungan daripada Allah kepada kamu.Kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu pun untuk kali kedua atau ketiga hingga sebahagian mereka hampir-hampir berubah iaitu kembali kepada kebenaran.Maka Allah berfirman : Apakah di antara kamu dan Allah terdapat tanda-tanda yg membuatkan kamu dapat mengenaliNya? Mereka menjawab : Ya! Lalu tersingkaplah keadaan yg menakutkan itu dan setiap orang yg hendak bersujud kepada Allah dengan keinginan mereka sendiri sudah pasti akan mendapat keizinan Allah.Maka Allah akan menjadikan belakangnya iaitu menyatukan belakangnya sehingga tidak boleh bersujud.Setiap kali hendak bersujud dia hanya dapat membongkokkan pada tengkuknya.Kemudian apabila mereka mengangkat kepala,Allah telah pun berupa sebagaimana gambaran yg mereka lihat pertama kali tadi.Maka Allah pun berfirman : Akulah Tuhan kamu.Mereka menyahut : Engkau Tuhan Kami!Kemudian dibentangkan sebuah jambatan di atas neraka Jahanam dan yg dibenarkan ketika itu hanyalah syafaat dari Rasul-rasul di mana mereka mengucapkan : Ya Allah,selamatkanlah, selamatkanlah.Kemudian ada yg bertanya Rasulullah s.a.w. : Wahai Rasulullah,apakah jambatan itu? Rasulullah s.a.w. bersabda : Ia merupakan lumpur yg licin.Padanya juga terdapat besi berkait dan besi berduri.Di Najd terdapat tumbuhan berduri yg disebut Saadan.Maka seperti itulah besi-besi berkait tersebut.Kepantasan orang-orang mukmin melintasi jambatan tersebut ada seperti kerlipan mata,seperti kilat,seperti angin,seperti burung dan seperti kuda atau unta yg berlari kencang.Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan : Selamat dan tidak mengalami apa-apa rintangan,selamat tetapi terpaksa menempuh banyak rintangan dan terkoyak serta yg terus terjerumus ke dalam neraka Jahanam.Pada saat orang-orang mukmin telah bebas dari azab neraka,maka demi zat yg menguasai diriku iaitu diri Rasulullah nescaya tidak ada orang yg begitu mengambil berat dalam mencari kebenaran melebihi orang-orang mukmin yg mencari kebenaran daripada Allah demi kepentingan saudara-saudara mereka yg masih berada di Neraka.
0 ulasan:
Catat Ulasan