Jumaat, Mei 15, 2009

Makrod Thaqofi Al-Wafidin Jamiah Mu'tah 09′


Tanggal 11 Mei hingga 13 Mei – menyaksikan sekali lagi pada tahun 2009 ini kemunculan Makrod Thaqofi Al-Wafidin Jamiah Mu’tah yang berlansung di hadapan bangunan al-wafidin.Terdapat berbagai-bagai gerai yang dibuka oleh setiap negara wafidin.Masing-masing mempamerkan budaya dan identiti negara masing-masing.Tidak ketinggalan juga buat mahasiswa Malaysia Jordan Jamiah Mu’tah juga tidak mempersia-siakan peluang ini turut menyertainya.

Upacara perasmian Makrod Thaqofi bermula dengan perasmian setiap gerai oleh Rais Jamiah Mu’tah dan juga setiap Duta-Duta besar negara wafidin.Bagi negara Malaysia khususnya yang sudah tidak asing lagi terkenal dengan pelbagai budaya tradisi dan adat orang melayu menarik ramai pengunjung dan pelajar-pelajar bangsa arab menikmati juadah kebudayaan negara Malaysia di gerai Malaysia.

Makrod Thaqofi pada tahun ini jauh lebih meriah berbanding pada tahun yang lalu.Kemeriahan makrod thaqofi ini disambut dengan persembahan demo Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yang dipimpin oleh Cikgu Anuar selaku pengerusi kelab tidak ketinggalan di undang khas untuk menyerikan lagi suasana dan menonjolkan budaya seni pertahankan diri Malaysia yang kaya dengan keseniannya tersendiri. Kita dapat saksikan demo silat oleh KSSMJ dapat menggegarkan pentas Dewan Masrah dan disambut dengan penuh gemilang.




Perasmian gerai Malaysia oleh Dato' Duta Malaysia Jordan

Gerai Malaysia yg sentiasa ramai pengunjung

Langkah sembah silat di hadapan gerai Malaysia


Ketibaan Dato' Duta & Rais Jamiah disambut dgn paluan kompang

Ahad, Mei 10, 2009

Kau Yang Bernama Wanita


Kau yang bernama Wanita
Andainya suatu hari nanti kita ditakdirkan
Melayari bahtera bersama
Usah kau mimpikan selaut sutera keindahan
Usah kau igaukan kasih sayang yang menggunung tanpa puncak

Kau yang bernama Wanita,
Mengertilah dengan waras keislaman
Aku hanyalah lelaki akhir zaman
Yang masih cuba pertahankan Islam
Serta sunnah baginda
Dan kesucian diri sebagai Muslim
Berlandaskan garisnya
Dalam menghadapi kegawatan dunia masa kini
Yang serba palsu lagi menjijikkan
Dengan kemampuan diri
Yang sekuntum cuma

Kau yang bernama Wanita
Mengertilah aku dikurniakan akal
Serta nafsu penyeri hidup
Aku bukannya maksum sebaris Anbiya
Sering terpesong dari landasan sebenar
Tapi aku bersyukur masih dikurniakan iman
Serta isteri solehah sebagai dorongan
Andai kita ditakdirkan bersama….

Kau yang bernama Wanita
Demi kerananya semata-mata
Tidak kutagih apa-apa darimu
Cuma ku pohon sebuah pengertian
Dan kasih sayang yang suci
Bahawa aku adalah pembimbingmu
Menuju ke jalan bahagia
Yang diredhai dunia dan akhirat
Seandainya kita ditakdirkan bersama

Sabtu, Mei 02, 2009

Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan ( KARISMA )


Tanggal 31 April – 2 Mei 2009 merupakan detik penyatuan semua mahasiswa Jordan bagi seluruh mantiqah.Dimana pada detik tarikh tersebut berlangsungnya Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan ( KARISMA ) dan hari itu dapat disaksikan seluruh pelajar Malaysia Jordan berhimpun dan berkumpul di Mu’tah yang merupakan tuan rumah pada tahun ini bagi karnival sukan yang berprestij ini.Dengan bermotokan KARISMA pada tahun ini iaitu

" Saya Datang Kerana Ukhwah "

Tidak terlepas juga buat Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) pada kali ini telah dijemput khas untuk mengadakan demo silat pada Majlis Perasmian Penutup KARISMA yang berlangsung di Dewan Solah Riadhi Jamiah Mu’tah.Persembahan Demo silat tersebut berlangsung selepas dari ucapan dan paluan gong oleh Dato Duta Malaysia Jordan.


Dua pendekar sedang berentak



Tempur parang rantai



Seni lompatan


Isnin, April 27, 2009

Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) Dijemput Lagi

Bertempat di Muzium Amman , Jordan satu Majlis Asean Art & Cultural Show telah diadakan.Ia diadakan bertujuan untuk memperkenalkan negara-negara ASEAN di negara Jordan.Dalam masa yang sama juga masing-masing cuba untuk mempamerkan dan perkenalkan kebudayaan negara Asean masing-masing.

Selaku negara Malaysia yang turut libat serta ,Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) diundang khas oleh Kedutaan Malaysia Jordan untuk membuat persembahan seni silat yg lebih kepada berunsurkan kesenian dan kebudayaan.Sebagai mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Jordan ,sudah pasti bersedia untuk mencerminkan imej negara Malaysia kerana pada kali ini Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) membawa imej dan nama baik negara Malaysia.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tahniah kepada Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yang berjaya melakukan persembahan yang terbaik dan Kedutaan Malaysia Jordan amat berbangga dengan mahasiswa Malaysia yang masih mempertahankan seni silat iaitu seni warisan bangsa melayu dengan kukuh sekali di Bumi Jordan ini.

KSSMJ bersama Dato' Duta & MSD di gerai Malaysia

Penonton yg menyaksikan

KSSMJ sedang beraksi



Beritahu Pada Muslimah

Beritahu pada Muslimah itu
dirinya ibarat kaca
disentuh terguris
dihantuk serpih
dihempap berkecai

Beritahu pada Muslimah itu
jaga tutur kata
cakap tinggi nanti dibenci
terlalu rendah dipijak pula
cakap sombong mengundang lawan
hati - hati meluah kata
kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa

Beritahu pada Muslimah itu
jaga tingkah laku
harga diri letaknya disitu
jangan meluru ikut telunjuk nafsu
sesekali tersilap langkah
akan dihukum selamanya
keturunan dicerca payah
menyesal kemudian bukan berfaedah

Beritahu pada Muslimah itu
jaga pakaian
ia cermin peribadi
juga lambang bangsa
di mana dan dalam keadaan macam manapun
biar orang kenal....Dia orang Islam

Beritahu pada Muslimah itu
simpan secebis malu
kerana malu itu
sebahagian dari iman....

Sabtu, Oktober 18, 2008

Kelab Seni Bela Diri Mu'tah Jordan



Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) ditubuhkan dalam era tahun 2000 di bumi Mu’tah Jordan.Penubuhan kelab silat ini lahir dari beberapa orang yang memang sudah lama bergiat dalam seni silat.Ia adalah sebagai menyambung warisan Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yang pernah bertapak megah di Mu’tah suatu ketika dahulu.Penubuhan kelab ini bukanlah satu penubuhan yang baru,malah ia sudah lama wujud dan bertapak di bumi Mu’tah Jordan ini.Ia juga dilihat sebagai inisiatif dan asas bagi mahasiswa di Jordan ini khususnya di Mu’tah dalam membela diri sepanjang berkelana di negara orang yang penuh dengan cabaran dan haru biru ini.Kini sudah bertukar nama kepada Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan.

Secara umumnya penubuhan kelab ini mempunyai objektif,matlamat,dasar dan motif yang tersendiri yang sudah ditetepkan.Penubuhan kelab ini bernaung di bawah Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah Jordan ( PERMATA ) serta berada di bawah naungan Kedutaan Malaysia Jordan dan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan.

Motto & Slogan

Takkan melayu hilang di dunia,Patah tumbuh hilang berganti,Membujur lalu melintang patah,Daka daki ku daki juga,Patah sayap bertongkat paruh,Berpantang maut sebelum ajal.

Sistem Organisasi

Badan Pentadbiran Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan dibantu oleh dua organisasi dalaman yang dibentuk khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan kelab iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih.Badan Pentadbiran kelab merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang,melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah kelab.Badan ini juga berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar yang berkaitan. Disamping itu,ia juga berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar sama ada dari dalam mantiqah mahu pun luar mantiqah dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan.Lembaga Adat Istiadat pula memberikan fokus dan tumpuan kepada merancang, melaksana dan mengawal pelaksanaan amalan adat istiadat silat yang diwarisi.Perkara-perkara yang diberi perhatian termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian bengkung dan tali pinggang,pentauliahan jurulatih dan gurulatih,tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanan protokol budaya warisan.

Majlis Gurulatih pula seterusnya berperanan dalam urusan merancang,melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan.Ini juga termasuklah urusan mengumpul,menyusun dan mengemaskini pelajaran-pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran seni silat.

Majlis Gurulatih

Pergerakan kelab ini di pimpin oleh barisan Majlis Gurulatih.Dalam Majlis Gurulatih ini terdiri dari kalangan jurulatih syabab dan akhawat yang diketuai oleh seorang Gurulatih Tertinggi selaku ketua jurulatih.Di bawah gurulatih tertinggi terdiri daripada barisan jurulatih dan pembantu jurulatih.

Majlis Gurulatih adalah berperanan dalam urusan merancang,melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan.Ini juga termasuklah urusan mengumpul,menyusun dan mengemaskini pelajaran-pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran seni silat.

Disiplin Dalam Gelanggang
Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang :
1. Mendapat izin gurulatih untuk berlatih bersama
2. Tidak meludah
3. Tidak memakai alas kaki.
4. Tidak bergurau senda
5. Minta izin dari imam gelanggang jika ingin keluar atau ingin bertemu seseorang di luar gelanggang.
6. Menghormati rakan-rakan dalam latihan
7. Tidak makan atau minum
8. Tidak memakai barang-barang kemas dan alat perhiasan diri
9. Sentiasa mengikut arahan Guru

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More