Jumaat, Januari 07, 2011

Bahasa Arab Fushah VS Bahasa Arab Ammi


Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran dengan bahasa Arab agar kamu dapat memahaminya.

( Surah Yusuf : 2 )

Bahasa arab sebenarnya merupakan bahasa yg unik dan menarik.Ia juga adalah bahasa rasmi bagi agama Islam.Oleh kerana itu ia perlu diberi perhatian sewajarnya agar ketulinan dan kesinambungan bahasa Al-Quran itu terpelihara.Al-Quran yg merupakan perlembagaan kepada agama Islam juga telah diturunkan dalam bahasa arab.

Secara umumnya,bahasa arab merupakan eleman penting dalam menyatukan bangsa dan ia juga mencerminkan ketamadunan sesuatu bangsa tersebut.Bahasa arab juga merupakan lidah rasmi bagi seruan Ilahi dan gedung simpanan ajaran Islam untuk penganutnya.Ia juga memainkan peranan yg amat besar dalam mengembalikan kepercayaan manusia daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa.Apa yg lebih menakjubkan lagi, bahasa arab juga merupakan bahasa perantaraan makhluk kepada Penciptanya.Contohnya ibadah seharian kita iaitu sembahyang.Tidak sah sembahyang seseorang itu jika tidak menggunakan bahasa arab.Ini jelas menunjukkan kepada kita satu ikatan yg sangat kukuh di antara bahasa arab dan Al-Quran yg mana tidak mungkin dijumpai pada bahasa-bahasa lain di dalam kitab suci mereka.

Islam merupakan sebuah ad-din yg amat sinonim dengan bahasa arab dan dunia tidak akan mengenali Islam tanpa Al-Quran yg diturunkan dalam bahasa arab.Dengan kerana itu,ajaran Islam mewajibkan ke atas penganutnya untuk mempelajari bahasa ini dan memahaminya.Sepertimana yg disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiah : Seseungguhnya bahasa arab itu adalah sebahagian daripada agama,mengetahuinya adalah satu kewajipan kerana memahami Al-Quran dan As-Sunnah adalah wajib dan kedua-duanya tidak akan dapat difahami kecuali dengan memahami bahasa arab.

Saidina Umar r.a juga pernah berkata : pelajarilah bahasa arab kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada agama kamu.Apabila kita membincangkan tentang bahasa arab,maka sudah tentu ia adalah bahasa arab fushah ( baku dan tulin ).Bahasa arab fushah merupakan bahasa asal Arab yg dapat difahami oleh seluruh bangsa Arab walaupun ia berasal dari negara mana sekalipun dan bahasa inilah sebenarnya yg telah menyatukan bangsa-bangsa Arab dan seterusnya menghapuskan perselisihan yg berlaku sesama mereka.

Dunia pada hari ini menyaksikan bahasa arab fushah sedang kuat disaingi oleh bahasa arab ammi ( bahasa pasar ) dengan begitu luas sekali.Sehingga ada yg mencadangkan agar bahasa arab ammi dijadikan bahasa kedua yg digunakan secara rasmi di media cetak atau elektronik, diberikan pengiktirafan untuk dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan dikaji kesusasteraan yg ada padanya.Cadangan ini dilihat sbg satu usaha yg sangat bahaya bertujuan untuk memecah belahkan kesatuan bangsa Arab dan akhirnya menjauhkan mereka drp memahami bahasa Al-Quran itu sendiri.Perlu dibezakan di sini antara lahjah ( loghat setempat ) dan ammi ( bahasa pasar ).

Lahjah ialah perbezaan dari segi sebutan huruf seperti huruf qaf disebut ga,tetapi bahasa arab ammi sebenarnya merupakan bahasa kedua yg tidak mempunyai teori dan kaedah di dalam penggunaannya.Ia adalah hasil campuran daripada bahasa arab fushah itu sendiri yg telah diubah cara sebutannya dan bahasa asing ( bukan Arab ) yg tidak diketahui dari mana asal-usulnya. Bahasa arab ammi inilah telah diguna pakai oleh hampir keseluruhan bangsa-bangsa Arab termasuk para ulama dan sasterawan.Jika kita perhatikan dengan lebih terperinci lagi,fenomena ini tidak mustahil mampu mengugat bahasa arab fushah itu sendiri untuk terus kekal sbg bahasa rasmi dan berkemungkinan ia akan dipinggirkan sedikit demi sedikit sehingga tidak lagi diguna pakai kecuali mungkin hanya pada ruang lingkup yg agak kecil.

Menyedari hakikat ini,muncullah beberapa usaha untuk mengangkat dan memartabatkan semula bahasa arab fushah di samping menenggelamkan terus pengaruh bahasa arab ammi yg kian menular di kalangan masyarakat Arab.Usaha-usaha tersebut dijalankan bermula di peringkat sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi di mana pemahaman tentang peri pentingnya penguasaan bahasa arab fushah ini diterapkan kepada golongan pelajar dan juga mahasiswa.

Di antara tujuan yg diharapkan untuk menjayakan usaha ini dalam penerapan bahasa arab fushah ialah melalui percakapan yg baik,pembacaan yg peka dan berkesan,pemahaman yg sempurna dan penulisan berkualiti yg mampu mencetus karya-karya sastera yg berkualiti tinggi.Di sini kita perlu ketahui bahawa penggunaan bahasa arab fushah dalam komunikasi seharian sama ada melalui penulisan mahupun percakapan dan lain-lain lagi sebenarnya boleh membantu dalam menjaga warisan peradaban bangsa Arab itu sendiri.Adakah kita ketahui dan mengkaji bahawa setiap perkataan bahasa arab ini sebenarnya mempunyai sejarahnya yg tersendiri,seolah-olah sejarah dan adat lama mereka terus hidup untuk meriwayatkan kembali kisah silamnya.

Begitulah hebatnya ciptaan Tuhan dalam menjadikan sesuatu perkara.Ayuhlah kita bersama memelihara bahasa arab fushah ini daripada unsur-unsur yg boleh melemahkannya kerana dengan lemahnya bahasa arab,maka akan lemahlah kesatuan bangsa dan akhirnya menyebabkan bangsa Arab akan berpecah belah dan bercakaran tanpa kesudahan.Jika ini benar-benar terjadi, Islam akan lemah dan terpinggirlah Al-Quran dan peluang seperti ini akan diambil oleh golongan musuh Allah yg sememangnya bencikan Islam untuk menjatuhkan Islam.Dengan terpeliharanya bahasa arab,kesatuan bangsa Arab akan terus terjamin dan umat Islam akan terus kembali berpegang kepada ajaran Islam yg sebenar di mana sumber utamanya adalah Al-Quran.

* sbg peringatan : jangan terlalu membangga diri sangat kalau sudah hebat bertutur berkata-kata dlm bahasa arab ammi sedangkan sebenarnya dalam masa yg sama kita sudah merosakkan bahasa Al-Quran itu sendiri!Tidak bermaksud di sini bahasa arab ammi tu tidak penting.Bahasa arab ammi juga adalah penting sbg perbualan dan muamalah seharian dgn bangsa arab,akan tetapi jangan sehingga mengabaikan bahasa Al-Quran ( arab fushah ) yg sebenar dan merosakkannya serta tidak memelihara bahasa Al-Quran yg sebenar.

Sabtu, Januari 01, 2011

Format Debat Bahasa Arab IPTA MADUM


Kejohanan Debat Bahasa Arab Institusi Pengajian Tinggi Awam Peringkat ASEAN 2008



Di sini saya cuba kongsikan beberapa format struktur debat IPTA yg dikeluarkan oleh Majlis Debat Universiti Malaysia ( MADUM ).Ia boleh dijadikan sbg panduan dan rujukan khusus buat Akademi Debat Mu'tah.Panduan dan struktur bagi debat bahasa arab punya.

1. Format / Struktur

- Debat Bahasa Arab Ala Parlimen

2. Pasukan Debat

- Setiap pasukan debat yg mewakili universiti terdiri daripada 3 orang pendebat dan seorang atau 2 orang sbg simpanan

- Pasukan debat terdiri daripada pasukan ( الحكومة ) iaitu pasukan kerajaan dan juga pasukan ( المعارضة ) iaitu pasukan pembangkang

- Setiap kejohanan debat institusi pengajian tinggi awam akan diketuai oleh seorang ( رئيس البرلمان ) iaitu Yang Di-Pertua

- Bagi pasukan kerajaan ( الحكومة ) terdiri dari 3 orang pendebat.Pendebat yg pertama adalah sbg Perdana Menteri ( رئيس الوزراء ).Pendebat yg kedua adalah sbg menteri yg pertama iaitu sbg menteri pertahanan ( وزير الدفاع ).Manakala pendebat yg ketiga adalah sbg menteri yg kedua dan berperanan untuk membidas hujah-hujah dari pihak lawan

- Bagi pasukan pembangkang ( المعارضة ) juga terdiri dari 3 orang pendebat.Pendebat yg pertama adalah berperanan sbg Perdana Menteri atau dgn istilah lain sbg Ketua Pembangkang ( رئيس المعارضة ).Pendebat yg kedua berperanan sbg pembangkang pertama.Manakala pendebat yg ketiga berperanan sbg pembangkang ye kedua dan berperanan untuk membidas hujah-hujah pihak lawan.

3. Masa Debat

- Masa yg diperuntukkan kepada setiap pendebat adalah 7 minit atau 8 minit ( bergantung pada pindaan peraturan MADUM )

4. Pusingan Debat

- Kejohanan debat terdiri dari 2 pusingan iaitu pusingan yg pertama dan pusingan yg kedua. Pusingan yg pertama kejohanan debat adalah sesi perdebatan dan pusingan yg kedua adalah sesi khulasah atau kesimpulan.

- Masa yg diperuntukkan bagi sesi kesimpulan pada pusingan kedua ada 4 minit sahaja

- Bagi pusingan kedua ( kesimpulan ),hanya Perdana Menteri dan menteri pertama sahaja dibenarkan untuk membuat khulasah.Begitu juga bagi pasukan pembangkang

5. Format Hujah

- Setiap pendebat dari pasukan kerajaah dan pembangkang akan membawa sekurang-kurangnya 3 hujah dalam kejohanan debat.Perdana Menteri dan Ketua Pembangkan akan membawa 3 hujah dan sekurang-kurangnya 2 hujah perlu diutarakan.

- Manakala menteri pertama bagi pasukan kerajaan dan pembangkang perlu mengutarakan 3 hujah

- Manakala menteri kedua dari pasukan kerajaan dan pembangkang tidak perlu membawa sebarang hujah.Peranan mereka hanya membidas segala hujah-hujah pihak lawan

- Ketika dalam pusingan kejohanan debat,beberapa celahan dibenarkan pada masa yg tertentu sahaja dan setiap pendebat dibenarkan sekurang-kurangnya 2 kali untuk mencelah ( مداخلة )

6. Kelayakan

- Terbuka kepada semua Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia ( IPTA ) sahaja iaitu universiti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

7. Etika perdebatan

- Setiap pendebat dibenarkan untuk berdebat mengikut masa yg sudah diperuntukkan

- Penggunaan bahasa arab fushah adalah di utamakan dan penggunaan bahasa ammi adalah dilarang sama sekali

- Pendebat tidak dibenarkan menggunakan perkataan yg kesat dalam kejohanan debat

- Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan Al-Quran atau Hadis di dalam sesi perdebatan

- Isu-isu yg berkaitan dengan sentimen perkauman,politik dan sebagainya lagi adalah dilarang

8. Celahan ( مداخلة )

- Dalam pusingan pertama kejohanan debat bahasa arab dibenarkan celahan ( مداخلة ) dan pada pusingan yg kedua ( sesi kesimpulan ) tidak ada sesi celahan dibenarkan

- Celahan hanya dibenarkan bermula selepas minit yg kedua sehingga seminit sebelum tamatnya loceng masa sahaja.Celahan pada satu minit yg terakhir tidak di kira

- Celahan dibenarkan sekurang-kurangnya 2 kali celahan kepada setiap pendebat

9. Peranan Yang Di-Pertua Dewan

- Kejohanan debat bahasa arab akan diketuai oleh seorang Yang di-Pertua ( رئيس البرلمان ) dan di bantu oleh penjaga masa.Tugas Yang Di-Pertua adalah untuk memastikan kejohanan debat tersebut berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan

- Yang Di-Pertua akan membaca peraturan debat dan memperkenalkan panel-panel hakim, pasukan kerajaan dan pembangkang serta penjaga masa

- Yang Di-Pertua akan menjemput pasukan kerajaan dan pembangkang ke dewan perdebatan dan akan memastikan bahawa hakim-hakim telah bersedia sebelum mulanya debat

- Yang Di-Pertua akan mengumumkan keputusan kejohanan debat dan juga pendebat yg terbaik

Begitulah serba sedikit format atau struktur debat bahasa arab yg boleh dikongsikan bersama. Untuk lebih lanjut dan terperinci lagi,boleh merujuk kepada Akademi Debat Mu'tah.Sbg pengetahuan umum,penulis ini adalah :

1. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ) bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Peringkat Intervesity IPTA UIAM ( MADUM ) 2006.Mara ke suku akhir final dan meraih sbg pendebat terbaik

2. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM )bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Institusi Pengajian Tinggi Awam Peringkat Diraja 2006 ( MADUM ) di Sarawak.Mara ke suku akhir final dan meraih sbg pendebat terbaik

3. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ) bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Institusi Pengajian Tinggi Awam Peringkat ASEAN ( MADUM )

4. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ) bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Piala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

5. Timbalan Yang Di-Pertua Kelab Debat Bahasa Arab Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ) sesi 2008

6. Penasihat Kelab Debat Bahasa Arab Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ) 2008

7. Jurulatih / Trainer Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ) bagi Kelab Debat Bahasa Arab UDM

Khamis, Disember 30, 2010

Para Syuhada Medan Mu’tah Bersyair

Berlakunya perang Mu’tah ini pada bulan Jamadil Awwal di Mu’tah yg terletak di Mu’tah.Ia berlaku pada 8 Hijrah.Mu’tah adalah satu mantiqah yg terletak berhampiran dengan satu kota yg dipanggil Karak.Apa yg menarik di sini ialah kawasan medan perang Mu’tah ini strategik dan terletak juga berdekatan dgn satu universiti iaitu Jamiah Mu’tah ( Universiti Mu’tah ).Dan kesan tapak peperangan Mu’tah masih lagi ada di bumi Mu’tah di bumi dataran syam ini.

Tercetusnya peperangan ini berpunca dari pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yg merupakan utusan yg dihantar oleh Rasulullah s.a.w. kepada Raja Busra.Lalu Rasulullah s.a.w. mengumpulkan seramai 3000 tentera Islam utk keluar berperang di Mu’tah di mana Rasulullah s.a.w. tidak terlibat dalam peperangan ini.Sebelum mulanya peperangan,Rasulullah s.a.w. berpesan kepada mereka : Yang bertindak sebagai Amir ( panglima perang ) adalah Zaid bin Haritsah.Jika Zaid gugur,Jaafar bin Abi Thalib penggantinya,bila Jaafar gugur,Abdullah bin Rawahah penggantinya.Dan jika Abdullah bin Rawahah gugur maka hendaklah kaum Muslimin memilih penggantinya.”

Rasulullah juga mengingatkan mereka agar tidak terus melancarkan serangan sebaliknya menyeru kepada penduduk Mu'tah agar beriman dan apabila seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan.Ini adalah perkara yg mesti kita ambil perhatian iaitu mengenai kepimpinan yg mana Rasulullah s.a.w. telah meminta kepada kita dalam hadis yg lain agar melantik seorang ketua walaupun bermusafir dua orang.

Rasulullah s.a.w. bersama beberapa sahabat mengucapkan selamat jalan kepada semua tentera Islam ketika keluar dari Madinah.Pada ketika itu Abdullah bin Rawahah menangis tersedu-sedu. Lalu mereka kemudian bertanya : “ Apa yang menyebabkan engkau menangis? ” Abdullah bin Rawahah menjawab : “ Demi Allah,bukan kerana aku cintakan dunia juga bukan kerana perpisahan dengan kalian,tetapi aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. membaca salah satu ayat al-Quran yg menyebutkan neraka : “ Dan tidak ada seorang pun di antaramu,melainkan mendatangi neraka itu.Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kepastian yang sudah ditetapkan. ” ( Surah Maryam : 71 )

Ketika tentera Islam berangkat,kaum Muslimin berdoa semoga Allah menyertai mereka, melindungi dan mengembalikan mereka pulang dalam keadaan yg baik-baik.Kemudian Abdullah bin Rawahah berkata :

Akan tetapi aku memohon keampunan kepada Allah sedangkan terlalu banyaknnya mengalir darah itu dengan tunusan mata pedang

atau pun tusukan tombak dengan tangan-tangan kemarahan yang menembusi hati-hati

sehingga dikatakan andai lalunya mereka di atas kuburku maka Allah akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada mereka yg telah berperang


Dapat dilihat di sini antara beberapa bait syair yg diungkapkan oleh Abdullah bin Rawahah di mana disebalik kata-kata seorang yg akan syahid di medan Mu’tah ini mengandungi maksud yg amat halus dan tersirat.Bagi mereka iaitu khususnya saya tujukan pada sahabat-sahabat di Kuliah Adab ( takhosus bahasa dan kesusasteraan arab ) sudah semestinya arif dalam selok belok sastera dan ungkapan kata-kata syair sastera.Di mana kata-kata syair dalam sastera arab ini sebenarnya mengandungi maksud tersirat yg tersendirinya yg tidak boleh diterjemahkan dgn begitu sahaja. Jika di analisis bait-bait syair ini,terdapat beberapa uslub sastera yg diguna pakai dan mempunyai maksud yg tersendiri.

Dalam bait yg pertama diungkapkan oleh Abdullah bin Rawahah ini,terdapat beberapa kalimah atau unsur bahasa sastera yg diguna pakai iaitu

( ذات فرع تقذف الزبدا )

Perkataan yg terdapat dalam kurungan itu sebenarnya adalah satu uslub bahasa sastera yg mengandungi maksud sastera yg tersendiri yg diungkapkan oleh Abdullah bin Rawahah.Uslub bahasa ini membawa maksud darah yg mengalir dgn kuat atau teruknya dengan tikaman mata pedang ketika dalam peperangan.Inilah hebatnya bahasa Al-Quran itu yg mana ia tidak boleh ditafsirkan atau terjemahkan secara membuta tuli.

Dalam bait-bait syair oleh Abdullah bin Rawahah ini menceritakan disebaliknya bagaimana perasaan Abdullah bin Rawahah yg pada ketika itu sedih bila terdengar ayat Al-Quran yg pernah di bacakan oleh Rasulullah yg menyebutkan tentang neraka.Pada ketika Zaid bin Harithah dan Jaafar bin Abi Talib bersama tentera Islam sudah pergi menuju ke medan perang,Abdullah bin Rawahah pada masa ini masih lagi bersama Rasulullah dan belum lagi turut serta ke medan perang.Ketika ini jugalah Abdullah bin Rawahah sahabat yg terakhir yg lambat pergi ke medan perang bersama Zaid bin Harithah dan Jaafar bin Abi Talib sedangkan ketiga-tiga sahabat ini sudah Rasulullah ketahui akan gugur syahid di medan jihad dan syurga di janjikan buat mereka.

Dalam masa yg sama juga ketika ini Abdullah bin Rawahah berada dalam keluh resah gelisah teragak-agak ketika untuk turun pergi berjuang di medan perang Mu’tah bersama tentera Islam yg lain.Pada masa inilah Abdullah bin Rawahah memohon keampunan kepada Allah dan dalam masa yg sama juga Rasulullah memberikan semangat kepada Abdullah bin Rawahah dgn beberapa bait syair yg mana bait-bait syair itu ada di makam Abdullah bin Rawahah hingga sekarang di Mazar.Begitulah kisah yg dapat di analisis dan di fahami di sebalik kata-kata syair seorang sahabat yg bakal bergelar syuhada.

Ketika dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Rom,Zaid bin Harithah bersama tentera Islam bertempur berperang dgn musuh sehinggalah gugur syahid di medan perang.Kemudian Jaafar Bin Abi Talib mengambil alih panji Islam dan di tengah-tengah pertempuran medan perang,Jaafar Bin Abi Talib bersyair :


Alangkah indahnya syurga itu sudah semakin hampir

Harumnya bau syurga itu semerbak dan minuman syurga yg segar

Dan tentera Rom itu sesungguhnya telah hancur dengan siksannya

Yang kafir jauh dari segala keturunan bangsanya

Sudah menjadi kewajipan ke atasku jika aku bertemu dengan tentera Rom akan ku peranginya

Bait syair ini diungkapkan oleh Jaafar Bin Abi Talib ketika mana memegang dan membawa panji Islam setelah syahidnya Zaid Bin Harithah dalam perang.Inilah kata-kata syair indah serta semangat jihad yg dilontarkan oleh Jaafar Bin Abi Talib yg membangkitkan lagi semarak tentera Islam ketika itu memerangi tentera Rom.Disebalik tersuratnya syair-syair ini tersiratnya sebuah gambaran syurga yg di dambakan oleh Jaafar Bin Abi Talib serta tentera Islam yg lain utk memerangi musuh Allah dan gugur syahid di medan perang.

Dalam pertempuran antara tentera Islam dan tentera Rom ini,itulah hebatnya seorang pemimpin tentera Islam melontarkan bait-bait syair di mana Jaafar bin Abi Talib seolah-olah sudah terlihat keindahan syurga yg di janjikan buatnya dan juga mereka tentera Islam yg bakal gugur di medan perang ini.Dengan kata-kata semnagat inilah yg menjadikan tentera Islam pada ketika itu terus bangkit lagi menentang musuh.

Lalu Jaafar Bin Abi Talib terus bertempur di medan perang sampai hingga gugur syahid di mana pedang tentera Rom memotong tubuhnya hingga terbelah menjadi dua.Kemudian panji Islam diambil alih oleh Abdullah bin Rawahah dan memimpin tentera Islam dan berkata :

Aku bersumpah wahai jiwa,engkau harus turun di medan perang dalam keadaan engkau akur taat pada perintah atau dalam keadaan terpaksa

Andai manusia semua berteriak dan berteriak kuat seolah-olah menyerupai suara tangisan maka aku tidak lihat kamu membenci syurga

Sesungguhnya sudah lama engkau hidup dalam ketenangan

Jaafar,tidak akan terhidaulah haruman bau syurga

Begitu juga dengan kata-kata syair yg diungkapkan oleh oleh Abdullah bin Rawahah ketika turun dari kudanya di dalam medan perang untuk bertempur dengan musuh.Daripada bait syair ini,jelas gambaran yg dimaksudkan dalam konteks sastera namun saya tidak ingin memanjang lebarkan soal sastera di sini tapi apa yg boleh kita contohi di sini ialah keberanian seorang di medan jihad untuk memerangi musuh Allah.Tidak ada sedikit pun rasa takut malah berani di jalan Allah membela agama dan bergelar syuhada di medan perang.Akhirnya gugurlah Abdullah bin Rawahah di medan Mu'tah.Kemudiannya panji Islam di sambut oleh panglima perang yg hebat dalam Islam iaitu Khalid bin Al-Walid.

Ketika tentera Islam di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid,di sinilah kita dapat melihat bagaimana strategi peperangan yg di susun dan di atur oleh seorang panglima Islam yg hebat. Khalid Al-Walid memimpin pasukan tentera Islam dan bersyair di hadapan tentera Islam :


Hari ini adalah merupakan hari kemenangan bagi mereka yg berada di dalam kebenaran

aku tidak sesekali takut kepada kematian andai kematian itu datang

dengan harapan aku akan dapat melihat keesokan harinya kedudukan martabat mereka yg berada di dalam kebenaran

di dalam syurga yg kekal abadi dan bertemu dengan mereka yg terdahulu di dalamnya

Itulah kata-kata semangat juang seorang panglima perang Islam yg tidak takut kepada kematian kerana dalam kematian itu sebenarnya terdapat kehidupan yg kekal abadi di dalam syurga penuh dengan kenikmatan.Akhir sekali tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Rom dan kemenangan menjadi hak milik tentera Islam.

Makam Zaid bin Harithah


Makam Jaafar bin Abi Talib


Makam Abdullah bin Rawahah

Isnin, Disember 27, 2010

Rujukan Bagi Kuliah Adab


Belajar di kuliah adab dah memang tak akan lari dari pelbagai jenis sumber rujukan dan sastera yg tak terkira banyaknya.Sbg mahasiswa yg belajar di kuliah adab,sudah semestinya perlu tahu segala rujukan dan kitab-kitab yg makruf dan muktabar dalam dunia bahasa dan kesusasteraan arab.Di sini saya cuba kongsikan serba sedikit beberapa rujukan yg saya kira agak penting khususnya sbg panduan untuk pelajar di kuliah adab.Bagi pelajar di kuliah syariah juga tak salah untuk ambil serba sedikit rujukan yg mungkin boleh di guna pakai Insya Allah

A ) Rujukan Nahu & Sorof ( مصادر النحو والصرف )

1 ) جامع الدروس العربية - مصطفى الغلاييني

2 ) تطبيق النحوي - دكتور عبده الراجحي

3 ) النحو الشافي - دكتور محمود حسني مغالسة


4 ) النحو الوافي - عباس حسن


5 ) شرح ابن عاقل على ألفية ابن مالك - محمد محي الدين عبد الحميد

6 ) أوضح المسالك إلى ألفية ابن مالك - ابن هشام الأنصاري

7 ) قطر الندى وبل الصدى - ابن هشام الأنصاري

8 ) كتاب سيبويه

9 ) مغني اللبيب - ابن هشام الأنصاري

10 ) المعجم المفصل في شواهد النحو الشعرية - دكتور أميل بديع يعقوب


11 ) ألفية ابن مالك - ابن مالك

12 ) ِشرح الأشموني على ألفية ابن مالك -الأشموني

13 ) معجم المفصل في علم النحو العربي - دكتور عزيزة فوال

14 ) تطبيق الصرفي - دكتور عبده الراجحي

15 ) معجم المفصل في الإعراب -طاهر يوسف الخطيب

16 ) معجم الأوزان الصرفية - دكتور أميل بديع يعقوب

17 ) أبنية الصرف في كتاب سيبويه - دكتورة خديجة الحديثي

18 ) معجم المفصل في علم الصرف - راجي الأسمر

19 ) معجم المفصل في تصريف الأفعال العربية - محمد باسل عيون السود


B ) Rujukan Bagi Mukjam ( مصادر المعاجم والتراجم )

1 ) معجم لسان العرب - ابن منظور

2 ) معجم تاج العروس - الزبيدي

3 ) معجم الوسيط

4 ) قاموس المحيط - فيروزأبادي

5 ) معجم البلدان - ياقوت الحموي

6 ) معجم الأدباء - ياقوت الحموي

7 ) معجم تهذيب اللغة - الأزهري

8 ) معجم مقاييس اللغة - ابن فارس

9 ) مختار الصحاح - الرازي

10 ) الشعر والشعراء - ابن قتيبة

11 ) طبقات الشعراء - ابن قتيبة

12 ) طبقات فحول الشعراء - ابن سلام

C ) Balaghah ( مصادر البلاغة )

1 ) أساس البلاغة - الزمخشري

2 ) أسرار البلاغة - الجرجاني

3 ) المفتاح - السكاكي

4 ) جوهر البلاغة - السيد أحمد الهاشمي

5 ) معجم المفصل في علوم البلاغة - دكتور إنعام فوال

Rabu, November 24, 2010

Debat Bahasa Arab Miftahul Ilmi



Sepanjang sebulan program dlm bulan November yg lalu,byk program yg PERMATA jalankan dalam program Miftahul Ilmu sempena dgn bulan bahasa.Matlamat utama yg jelas sekali dalam program ini untuk memberi peluang pd mahasiswa dan mahasiswi Mu'tah dalam membantu penguasaan bahasa arab iaitu bahasa Al-Quran.Antara program yg paling menarik sekali sepanjang program ini ialah debat bahasa arab antara setiap perwakilan tahun.

Secara mudahnya banyak manfaat yg boleh di ambil dari program ini khususnya debat bahasa arab.Dari sini kita sama-sama dapat lihat keberanian,kemampuan dan sejauh mana sebenarnya penguasaan bahasa arab di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Mu'tah kita.Tajuk yg di bahaskan di peringkat akhir ( final ) menjadi tumpuan utama semua iaitu " Kahwin masa belajar adalah lebih baik ".Sbg manfaat atau pesanan yg boleh kita ambil dari program ini :

1.Majoriti mahasiswa dan mahasiswi Mu'tah mampu bertutur dlm bahasa arab tapi perlu tahu membezakan antara penggunaan bahasa arab fushah ( bahasa Al-Quran ) yg sebenar dgn penggunaan bahasa ammi.

2.Kemampuan mahasiswa dan mahasiswi bertutur dlm bahasa arab di hadapan ramai menunjukkan keberanian dan kematangan mahasiswa menggunakan bahasa Al-Quran dgn betul.

3.Jadikan debat bahasa arab ini sbg satu wasilah atau medan utk membantu penguasaan bahasa arab dan pertuturan bahasa arab dgn betul

Dari :

Ketua Hakim Debat Bahasa Arab Bulan Miftahul Ilmi

Isnin, November 15, 2010

Terima Kasih Semua......


Terima kasih pada semua saya ucapkan kepada Hamzah,Daniel,Taufik,Qayyum,Afiq,Abg Wan, Syed Mazlan,Asyraf,Faiz,Nasrullah,Kak Naimah,Aisyah Rais,Zahratul Umrah,Ramlah dan semua yg lain ahli Kelab Seni Bela Diri Mu'tah Jordan atas segala sokongan yg korang berikan selama ini dalam kelab ini.
Atas segala komitmen dan galakkan dari korang semua,kita masih lg diberi kekuatan utk meneruskan dan menghidupkan semula kelab ini yg dah lama mati sekian lama setelah hilangnya pewaris.Kita tak tahu sama ada lepas ini kita semua akan boleh jumpa lg dan berkumpul seperti adik beradik sebelum kita semua berpisah dan bawa haluan masing-masing lepas pulang ke Malaysia nanti Insya Allah.Dan buat semua tenaga pengajar kelab,jasa korang semua amatlah dikenang dan tak akan saya lupakan sepanjang kita bergelar adik-beradik dalam ahli Kelab Seni Bela Diri Mu'tah Jordan yg ada ini.Korang semua memang terbaik dan adalah yg terbaik!!Dan kpd semua ahli kelab ( syabab & akhwat ) yg masih lg ingin teruskan mengutip segala mutiara ilmu yg ada dalam kelab ini,teruskanlah dan tak lupa juga kpd yg ingin join kelab ini, teruskanlah.Dan tak lupa juga kpd tenaga pengajar yg masih ada,kalau masih ada kekuatan dan kemampuan,teruskanlah dan warisilah kelab ini selagi termampu Insya Allah.
Dari :
Ketua Jurulatih Kelab

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More