Sabtu, Oktober 30, 2010

Dajjal Di Akhir Zaman

اطَّلَعَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ : مَا ‏ ‏تَذَاكَرُونَ ؟ قَالُوا : نَذْكُرُ السَّاعَةَ. قَالَ : إِنَّهَا ‏ ‏لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ ‏ ‏آيَاتٍ.فَذَكَرَ الدُّخَانَ ‏ ‏وَالدَّجَّالَ ‏ ‏وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ ‏عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏وَيَأَجُوجَ ‏ ‏وَمَأْجُوجَ ‏ ‏وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ ‏ ‏الْعَرَبِ ‏ ‏وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنْ ‏ ‏الْيَمَنِ ‏ ‏تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ
Hadis yg diriwayatkan dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a. berkata :

Rasulullah s.a.w. datang kepada kami dan pada waktu itu kami sedang berbincang-bincang. Lalu baginda bersabda : Apa yang kamu bincangkan?.Kami menjawab : Kami sedang berbincang tentang hari Kiamat.Lalu Nabi s.a.w. bersabda : Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya.Kemudian baginda menyebutkannya : Asap,Dajjal,binatang,terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s.,Ya’juj dan Ma’juj,tiga kali gempa bumi iaitu sekali di timur,sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka.

Munculnya Dajjal pada akhir zaman adalah salah satu dari tanda-tanda kiamat yg besar.Di mana semua tanda-tanda kiamat yg besar ini adalah sesuatu yg tidak pernah terjadi dan tidak pernah dilihat oleh manusia.Tiada siapa yg mengetahui bila berlakunya hari kiamat.Ia dirahsiakan dan hanya Allah saja yg lebih Maha Mengetahui.Antara tanda kiamat yg besar itu ialah munculnya Dajjal di akhir zaman nanti yg membawa fitnah kepada bumi ini.

( Hadis Sahih Muslim )

Banyak hadis yg menyebut tentang kemunculan Dajjal di akhir zaman nanti.Sabda Rasulullah dalam satu hadis

‏ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏الدَّجَّالَ ‏ ‏ذَاتَ غَدَاةٍ ‏ ‏فَخَفَّضَ ‏ ‏فِيهِ وَرَفَّعَ حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ فَلَمَّا رُحْنَا إِلَيْهِ عَرَفَ ذَلِكَ فِينَا فَقَالَ : مَا شَأْنُكُمْ ؟ قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرْتَ ‏ ‏الدَّجَّالَ ‏ ‏غَدَاةً ‏ ‏فَخَفَّضْتَ ‏ ‏فِيهِ وَرَفَّعْتَ حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ.فَقَالَ : غَيْرُ ‏‏الدَّجَّالِ ‏ ‏أَخْوَفُنِي عَلَيْكُمْ إِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا فِيكُمْ فَأَنَا ‏ ‏حَجِيجُهُ ‏ ‏دُونَكُمْ وَإِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيكُمْ فَامْرُؤٌ ‏ ‏حَجِيجُ ‏ ‏نَفْسِهِ
Rasulullah s.a.w. menyebutkan tentang Dajjal pada satu hari dan baginda mengangkat dan merendahkan suaranya sehingga kami menyangka Dajjal itu berada di sebahagian pohon kurma.Kemudian kami berpaling dari Rasulullah lalu baginda berkata : ada apa dengan kamu semua?kami berkata : Ya Rasulullah,kamu menceritakan tentang Dajjal pada pagi hari dan kamu mengangkat serta merendahkan suara hingga kami menyangka Dajjal itu berada di antara pohon kurma.Lalu Rasulullah berkata : bukan Dajjal yang aku takutkan ke atas kamu semua dan jika dia keluar maka aku akan berada dengan kamu,maka akulah yang akan menyelesaikan urusannya.Dan jika dia keluar dan aku tidak berada dengan kamu maka setiap orang menyeselaikan urusan masing-masing.

( Hadis Sahih Muslim )

Pengertian Dajjal

Perkataan Dajjal berasal dari kata dajala ( دجل ) bermaksud menutupi ( sesuatu ).Dalam Mukjam Lisanul ‘Arab mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal.Menurut suatu pendapat :
1 ) Ia disebut Dajjal kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan.
2 ) Pendapat lain mengatakan kerana ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar.
3 ) Pendapat ketiga mengatakan kerana ia menutupi manusia dengan kekafiran.
4 ) Keempat kerana ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi.
Dalam kitab Tazkirah ( التذكرة فى أحوال الموتى وأمور الآخرة ) oleh Imam Al-qurtubi menyebut bahawa lafaz atau perkataan Dajjal ini boleh membawa 10 makna.Di antaranya ialah Al-Kazzab iaitu pendusta.

Dajjal Menurut Al-Quran
Perkataan Dajjal tidak tertera dalam al-quran tetapi di dalam hadis sahih banyak menceritakan tentang Dajjal.Terdapat juga dalam satu hadis sahih yg menerangkan bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi melindungi orang dari fitnahnya Dajjal :

عن أبي الدرداء رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : من حفظ عشر آيات من أول سورة الكهف عصم من الدجال و في رواية : من آخر سورة الكهف

Sabda Rasulullah s.a.w. :

“ Barang siapa menghafal sepuluh ayat pertama Surat Al-Kahfi,ia akan selamat dari ( fitnahnya ) Dajjal.Dalam riwayat lain menyebut sepuluh ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi. ”

Sifat-Sifat Dajjal Dalam Hadis
Di dalam hadis banyak menceritakan tentang Dajjal mahupun dari segi sifat-siftanya, fizikal, keadaan dan berbagai lagi. Terdapat banyak hadis yang menerangkan ciri-ciri atau sifat bagi Dajjal ini.

1. Pemuda yang berambut kerinting ‏atau kusut

إِنَّهُ شَابٌّ ‏ ‏قَطَطٌ ‏ ‏عَيْنُهُ ‏ ‏طَافِئَةٌ ‏ ‏كَأَنِّي أُشَبِّهُهُ ‏ ‏بِعَبْدِ الْعُزَّى بْنِ قَطَنٍ
Sabda Rasulullah s.a.w. :

" Sesungguhnya Dajjal itu seorang pemuda yang kerinting rambutnya,hilang cahaya matanya seolah-olah aku menyamakan ia dengan Abdul Uzza bin Qathan. "

( Hadis Sahih Muslim )

2. Mata Dajjal

‏ ‏إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَرَ أَلَا وَإِنَّ ‏ ‏الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ ‏ ‏أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُمْنَى كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ ‏ ‏طَافِئَةٌ
Nabi s.a.w. bersabda :

“ Sesungguhnya Dajjal itu buta mata kananya seolah-olah matanya seperti anggur yang menonjol. ”
( Hadis Sahih Muslim )

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا وَقَدْ أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الْأَعْوَ رَ الْكَذَّابَ أَلَا إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَمَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ‏ ‏ك ‏ ‏ف ‏ ‏ر ‏
Sabda Rasulullah s.a.w. :

“ Tidak ada seorang nabi pun kecuali akan memperingatkan umatnya dari Dajjal iaitu buta satu matanya,pendusta.Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu buta.Dan sesungguhnya Tuhan kamu tidaklah buta dan tertulis di antara dua mata Dajjal : ك ف ر iaitu kafir.”

( Hadis Sahih Muslim )

‏أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏الدَّجَّالُ ‏ ‏مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ‏ ‏ك ‏ ‏ف ‏ ‏ر ‏ ‏أَيْ كَافِرٌ ‏
Nabi s.a.w. bersabda : Dajjal itu tertulis di antara matanya ‏ك ‏ ‏ف ‏ ‏ر iaitu kafir

( Hadis Sahih Muslim )

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏الدَّجَّالُ ‏ ‏مَمْسُوحُ الْعَيْنِ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ ثُمَّ تَهَجَّاهَا ‏ ‏ك ‏ ‏ف ‏ ‏ر يَقْرَؤُهُ كُلُّ مُسْلِمٍ
Sabda Rasulullah s.a.w. :

“ Dajjal itu buta sebelah matanya,di antara matanya tertulis kafir kemudiannya mengejanya ka fa ra dan semua Muslim dapat membacanya. ”

( Hadis Sahih Muslim )

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ ‏ ‏الدَّجَّالِ ‏ ‏حَدِيثًا مَا حَدَّثَهُ نَبِيٌّ قَوْمَهُ إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّهُ يَجِيءُ مَعَهُ مِثْلُ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ فَالَّتِي يَقُولُ إِنَّهَا الْجَنَّةُ هِيَ النَّارُ وَإِنِّي أَنْذَرْتُكُمْ بِهِ كَمَا أَنْذَرَ بِهِ ‏ ‏نُوحٌ ‏ ‏قَوْمَهُ
Rasulullah s.a.w. bersabda :
“ Inginkah kamu semua aku menceritakan tentang Dajjal,suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya?Sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah mata,ia datang dengan membawa sesuatu seperti syurga dan neraka.Maka apa yang dikatakannya syurga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kamu terhadapnya seperti mana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya.”

( Hadis Sahih Muslim )
‏‏
Tempat Tinggal Dajjal

Dalam satu hadis Sahih Muslim iaitu hadis yang panjang menceritakan tempat tinggal Dajjal ketika di zaman Nabi.Dalam hadis yang panjang ini Nabi s.a.w. menceritakan kepada sahabat setelah selesai solat berjemaah.Nabi s.a.w. menyebut : Seorang kristian yang bernama Tamim Al-Dari yang memeluk Islam menceritakan kepadaku tentang Dajjal sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu.” Lalu Nabi s.a.w. menceritakan kisah yg diceritakan oleh Tamim :

Dia bersama 30 orang dari Kabilah Lakhm dan Judzam pergi ke laut dengan menaiki kapal.Lalu angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah laut yg luas.Kemudian mereka tidak dapat menghalakan kapal ke pantai sehingga mereka terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau di tengah lautan tersebut di saat tenggelamnya matahari.Di pulau yg tidak ada orang itu mereka berjumpa dengan seekor binatang yg sangat tebal bulunya sehingga tidak tahu jantina dan duburnya yg bernama Al-Jassasah.

Kemudian mereka mengunjungi orang itu yang nampak seperti raksasa,tangannya diikat pada lehernya dan kakinya diikat dengan rantai dari lutut hingga mata-kaki. Mereka bercakap-cakap dengan orang ini yg tiba-tiba ia bertanya kepada mereka tentang Nabi s.a.w.Dan ia mengakhiri percakapannya dengan berkata : Sesungguhnya aku adalah Al-Masih Ad-Dajjal.Dan aku akan diberi izin untuk keluar sehingga aku keluar.Lalu aku berjalan di bumi dan tidak aku tinggalkan satu negeri pun kecuali aku akan turun padanya dalam waktu 40 malam kecuali Makkah dan Thaibah ( Madinah ),keduanya haram bagiku.Setiap kali aku masuk pada salah satunya,malaikat menghadangku dengan pedang terhunus di tangannya,menghalangiku darinya.Dan sesungguhnya pada setiap celahnya ( dua kota itu ) ada para malaikat yg menjaganya.

Hadis ini memberi gambaran kepada kita iaitu tempat tinggal Dajjal ialah di sebuah pulau dan Dajjal ini sudah ada pada zaman Nabi tetapi belum diizinkan lagi untuk keluar.

Tempat yang tidak dimasuki Dajjal

‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا ‏ ‏سَيَطَؤُهُ ‏ ‏الدَّجَّالُ ‏ ‏إِلَّا ‏ ‏مَكَّةَ ‏ ‏وَالْمَدِينَةَ ‏ ‏وَلَيْسَ ‏ ‏نَقْبٌ ‏ ‏مِنْ ‏ ‏أَنْقَابِهَا ‏ ‏إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا فَيَنْزِلُ ‏ ‏بِالسِّبْخَةِ ‏ ‏فَتَرْجُفُ ‏ ‏الْمَدِينَةُ ‏ ‏ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ يَخْرُجُ إِلَيْهِ مِنْهَا كُلُّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ ‏
Sabda Rasulullah s.a.w. :

“ Tidak ada satu negeri pun kecuali akan didatangi ( dikuasai ) Dajjal kecuali Makkah dan Madinah.Tidak ada satu celah pun di negeri tersebut kecuali ada malaikat yang menjaganya. Kemudian Dajjal datang ke suatu daerah di luar Madinah yang tanahnya bergaram. Bergoncanglah Madinah tiga kali goncangan,Allah mengeluarkan semua orang kafir dan munafiq dari Madinah.”

Siapakah pengikut Dajjal?

‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏يَتْبَعُ ‏ ‏الدَّجَّالَ ‏ ‏مِنْ ‏ ‏يَهُودِ أَصْبَهَانَ ‏ ‏سَبْعُونَ أَلْفًا عَلَيْهِمْ ‏ ‏الطَّيَالِسَةُ ‏
“ Akan mengikuti Dajjal dari kaum Yahudi Ashbahan (sebuah kota di Iran) 70.000 orang,( tanda ) mereka memakai thayalisah ( sejenis kain yang dipakai di pundak ). ”

Antara Fitnah-Fitnah Dajjal
1. Ada syurga dan neraka bersama Dajjal

‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏الدَّجَّالُ ‏ ‏أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُسْرَى ‏ ‏جُفَالُ ‏ ‏الشَّعَرِ مَعَهُ جَنَّةٌ وَنَارٌ فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ
“ Dajjal adalah buta matanya sebelah kiri,keriting rambutnya,bersamanya ada syurga dan neraka. Maka nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka.”

( Sahih Muslim )

2. Memerintahkan langit untuk menurunkan hujan dan bumi menumbuhkan tanamannya

قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا لَبْثُهُ فِي الْأَرْضِ قَالَ أَرْبَعُونَ يَوْمًا يَوْمٌ كَسَنَةٍ وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ وَسَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَذَلِكَ الْيَوْمُ الَّذِي كَسَنَةٍ ‏ ‏أَتَكْفِينَا فِيهِ صَلَاةُ يَوْمٍ قَالَ لَا اقْدُرُوا لَهُ قَدْرَهُ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا إِسْرَاعُهُ فِي الْأَرْضِ قَالَ كَالْغَيْثِ ‏ ‏اسْتَدْبَرَتْهُ ‏ ‏الرِّيحُ فَيَأْتِي عَلَى الْقَوْمِ فَيَدْعُوهُمْ فَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَجِيبُونَ لَهُ فَيَأْمُرُ السَّمَاءَ فَتُمْطِرُ وَالْأَرْضَ فَتُنْبِتُ
Kami berkata : Ya Rasulullah,berapa lama masa tinggalnya Dajjal di atas dunia?Baginda bersabda : 40 hari.Satu hari bagaikan satu tahun,satu hari bagaikan satu bulan dan satu hari bagaikan satu minggu dan selain itu harinya sama dengan hari biasa.Kami berkata : Ya Rasulullah,bagaimana kalau satu hari bagaikan satu tahun,apakah cukup bagi kami untuk melaksanakan solat satu hari?Rasulullah bersabda : Tidak,tetapi ukurlah kadarnya.Kami berkata : Ya Rasulullah,bagaimana tentang cepatnya Dajjal di muka bumi?Beaginda bersabda : Bagaikan hujan yang ditiup oleh angin lalu dia datang kepada kaum dan menyeru mereka sehingga mereka beriman kepadanya dan menerima seruannya.Dia juga memerintahkan langit untuk menurunkan hujan maka hujan turun dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman maka kemudian tumbuh.”

( Sahih Muslim )
3. Menghidup dan mematikan

‏حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَوْمًا حَدِيثًا طَوِيلًا عَنْ ‏ ‏الدَّجَّالِ ‏ ‏فَكَانَ فِيمَا حَدَّثَنَا قَالَ ‏ ‏يَأْتِي وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْهِ أَنْ يَدْخُلَ ‏ ‏نِقَابَ ‏ ‏الْمَدِينَةِ ‏ ‏فَيَنْتَهِي إِلَى بَعْضِ ‏ ‏السِّبَاخِ ‏ ‏الَّتِي ‏ ‏تَلِي ‏ ‏الْمَدِينَةَ ‏ ‏فَيَخْرُجُ إِلَيْهِ يَوْمَئِذٍ رَجُلٌ هُوَ خَيْرُ النَّاسِ ‏ ‏أَوْ مِنْ خَيْرِ النَّاسِ ‏ ‏فَيَقُولُ لَهُ أَشْهَدُ أَنَّكَ ‏ ‏الدَّجَّالُ ‏ ‏الَّذِي حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏حَدِيثَهُ فَيَقُولُ ‏ ‏الدَّجَّالُ ‏ ‏أَرَأَيْتُمْ إِنْ قَتَلْتُ هَذَا ثُمَّ أَحْيَيْتُهُ أَتَشُكُّونَ فِي الْأَمْرِ فَيَقُولُونَ لَا قَالَ فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يُحْيِيهِ فَيَقُولُ حِينَ يُحْيِيهِ وَاللَّهِ مَا كُنْتُ فِيكَ قَطُّ أَشَدَّ بَصِيرَةً مِنِّي الْآنَ قَالَ فَيُرِيدُ ‏ ‏الدَّجَّالُ ‏ ‏أَنْ يَقْتُلَهُ ‏ ‏فَلَا يُسَلَّطُ عَلَيْهِ
Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami sebuah hadis yang panjang tentang Dajjal.Di antara apa yang baginda sampaikan adalah : Dajjal akan datang dan dia diharamkan untuk masuk ke kota Madinah,maka dia berakhir di daerah yang tanahnya bergaram yang berada di sekitar Madinah.Maka keluarlah kepadanya seorang yang paling baik dan dia berkata : Aku bersaksi bahawa kamu adalah Dajjal yang telah diceritakan oleh Rasulullah.Lalu Dajjal berkata ( kepada pengikutnya ) : Bagaimana jika aku membunuh orang ini kemudian menghidupkannya,apakah kalian masih tetap ragu tentang urusanku?Mereka berkata : Tidak.Dia pun membunuhnya kemudian menghidupkannya.Orang yang baik itu berkata setelah dihidupkan : Demi Allah,aku semakin yakin tentang dirimu.Rasulullah berkata : Lalu Dajjal ingin membunuhnya lagi namun dia tidak sanggup melakukannya.

( Sahih Muslim )

Siapa yang membunuh Dajjal?

Setelah Dajjal tinggal di bumi 40 hari,Allah s.w.t. pun menurunkan Nabi ‘Isa a.s..Rasulullah s.a.w. berkata :
‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَخْرُجُ ‏ ‏الدَّجَّالُ ‏ ‏فِي أُمَّتِي فَيَمْكُثُ أَرْبَعِينَ ‏ ‏لَا أَدْرِي أَرْبَعِينَ يَوْمًا أَوْ أَرْبَعِينَ شَهْرًا أَوْ أَرْبَعِينَ عَامًا ‏ ‏فَيَبْعَثُ اللَّهُ ‏ ‏عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ ‏ ‏كَأَنَّهُ ‏ ‏عُرْوَةُ بْنُ مَسْعُودٍ ‏فَيَطْلُبُهُ فَيُهْلِكُهُ
“ Dajjal akan keluar dikalangan umatku selama 40 dan aku tidak tahu sama ada 40 hari atau 40 bulan atau 40 tahun,kemudian Allah s.w.t. mengutus Isa bin Maryam a.s. yang seolah-olah mirip dengan Urwah bin Mas’ud.Lalu Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal dan membunuhnya….”

( Sahih Muslim )

فَيَطْلُبُهُ حَتَّى يُدْرِكَهُ ‏ ‏بِبَابِ لُدٍّ ‏ ‏فَيَقْتُلُهُ
“ Nabi Isa a.s. mengejar Dajjal hingga mendapati Dajjal di Bab Ludd ( satu negeri dekat Baitul Maqdis Palestin ).Lalu Nabi Isa pun membunuhnya.”

( Sahih Muslim )

ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ فَلَوْ تَرَكَهُ ‏ ‏لَانْذَابَ ‏ ‏حَتَّى يَهْلِكَ وَلَكِنْ يَقْتُلُهُ اللَّهُ بِيَدِهِ ‏ ‏فَيُرِيهِمْ دَمَهُ فِي حَرْبَتِهِ
“ Ketika musuh Allah s.w.t. ( iaitu Dajjal ) melihat Nabi ‘Isa a.s,lalu melelehlah ( tubuhnya ) seperti mana garam meleleh di dalam air.Jika dibiarkan maka akan meleleh hingga binasa,akan tetapi Allah membunuhnya melalui tangan Isa a.s. memperlihatkan darahnya kepada mereka di tombak Nabi Isa a.s.”

( Hadis Riwayat Muslim )

Sabtu, Jun 26, 2010

Agungnya Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. ( Bah 2 )

Sambungan Hadis

Jawab Nabi Isa : Sesungguhnya tuhanku ( Allah ) sangat murka padaku pada hari ini dengan kemurkaan yg tidak pernah Allah murka sebelum ini.Semasa di dunia dahulu aku juga telah melakukan stu kesilapan dan kesalahan tetapi Allah tidak menyebut apakah kesilapan itu.Maka pada hari ini aku juga tidak dapat memberikan syafaat kepada kamu semua.Pergilah kamu kepada Nabi Muhammad s.a.w..Maka manusia semua datang kepada Nabi Muhammad dan berkata : Wahai Nabi Muhammad,kamu adalah rasul Allah dan kamu adalah penutup kepada sekalian nabi dan rasul.Allah mengampunkan dosa kamu apa yg lalu dan apa yg akan datang, syafaatkanlah kami semua pada hari ini kepada tuhan kami.Tidakkah kamu lihat keadaan kami pada hari ini?Tidakkah kamu lihat apa yg telah menimpa kami?

Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : Maka pada hari itu aku akan terus datang di bawah arasy Allah lalu aku terus tunduk dan sujud kepada Allah,kemudian Allah membukakan kepadaku dan mengilhamkan kepadaku dari segala pujianNya dan kebesaranNya yg mana sebelum ini tidak pernah dibukakan dan diberikan kepada sesiapa pun.Lalu Allah pun berfirman : Wahai Muhammad,angkatlah kepala kamu,mintalah apa yg kamu mahu dan berikanlah syafaat kepada siapa yg kamu ingin syafaatkan.Maka aku mengangkat kepalaku dan berkata kepada Allah : Ya Tuhanku,mereka semua adalah umatku,umatku.

Lalu difirmankan kepada Nabi Muhammad : Wahai Muhammad,masukkanlah dari kalangan umatmu ke dalam syurga tanpa sebarang hisab dari mana-mana pintu dari pintu syurga kerana mereka semua adalah terkecuali untuk masuk ke pintu itu melainkan hanya untuk umatmu.

Jumaat, Jun 25, 2010

Agungnya Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. ( Bah 1 )


Dalam satu hadis yg panjang dari Abu Hurairah r.a. menyebut : Satu hari Nabi s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki lalu Nabi mengangkat tangan dan tindakan itu membuatkan sahabat yg ada pada masa itu hairan dan terkejut.Lalu Nabi s.a.w. berkata : Aku adalah penghulu sekalian manusia pada hari kiamat nanti.Adakah kamu semua tahu dengan apa Allah menghimpunkan semua manusia bermula dari seawal-awal manusia hingga seakhir-akhir manusia pada akhir zaman nanti di satu tempat yg lapang?Maka pada hari itu nanti akan kedengaranlah mereka semua suara yg meminta dan menanggil-manggil.penglihatan manusia semua pada hari itu tertutup dan matahari akan menghampiri mereka sehingga menyebabkan manusia semua pada masa itu berada di dalam kesusahan,keperitan dan azab yg mereka tidak mampu tanggung dan tahan penderitaan.

Lalu pada ketika itu akan berkatalah antara sesama manusia : Tidakkah kamu semua lihat apa yg jadi pada kamu hari ini?Tidakkah kamu lihat apa yg menimpa kamu pada hari ini?Tidakkah kamu semua nampak dan tercari-cari siapa yg akan mensyafaatkan kamu kepada tuhan kamu? Lalu mereka berkata antara sesama mereka : Pergilah kamu kepada Nabi Adam.Maka manusia semua datang kepada Nabi Adam dan berkata : Wahai Nabi Adam,kamu adalah bapa kami,bapa kepada sekalian manusia di atas muka bumi ini,Allah menciptakan kamu dengan tanganNya dan meniupkan roh ke dalam diri kamu dengan rohNya dan menyuruh malaikat semua sujud kepada kamu,syafaatkanlah kami semua kepada tuhan kami.Tidakkah kamu lihat apa yg terjadi pada kami hari ini?

Jawab Nabi Adam : Sesungguhnya tuhanku ( Allah ) sangat marah dan murka padaku hari ini dengan satu kemurkaan yg tidak pernah Allah murka sebelum ini.Sesungguhnya Allah telah melarang aku dari menghampiri sebatang pokok ketika aku berada di dalam syurga tetapi aku mengingkari larangan itu.Jadi aku tidak dapat memberikan syafaat kepada kamu pada hari ini. Pergilah kamu kepada Nabi Nuh.Lalu mereka datang kepada Nabi Nuh dan berkata : Wahai Nabi Nuh,kamu adalah rasul yg terawal yg diutuskan di atas muka bumi ini dan Allah menyifatkan kamu sebagai seorang hamba yg bersyukur.Syafaatkanlah kami kepada tuhan kami.Tidakkah kamu lihat keadaan kami pada hari ini?Tidakkah kamu lihat apa yg telah menimpa pada kami pada hari ini?

Jawab Nabi Nuh : Sesungguhnya pada hari ini tuhanku ( Allah ) sangat murka kepadaku dengan satu kemurkaan yg tidak pernah Allah murka sebelum ini.Sesungguhnya Allah telah mengutuskan kepadaku kaum untuk aku berdakwah dan menyeru kaumku kepad Allah.Aku juga telah melakukan satu kesilapan dan kesalahan.Maka pada hari ini aku tidak dapat mensyafaatkan kamu semua.Pergilah kamu kepada Nabi Ibrahim.Lalu manusia pergi kepada Nabi Ibrahim dan berkata : Wahai Nabi Ibrahim,kamu adalah nabi Allah dan juga kekasih Allah dari kalangan penduduk muka bumi ini,syafaatkanlah kami semua kepada tuhan kami.Tidakkah kamu lihat keadaan kami pada hari ini?

Jawab Nabi Ibrahim : Sesungguhnya tuhanku ( Allah ) teramat murka kepadaku pada hari ini dengan kemurkaan yg tidak pernah Allah murka sebelum ini.Semasa aku di dunia dahulu,aku juga telah melakukan satu kesilapan dan kesalahan.Maka pada hari ini aku tidak dapat mensyafaatkan kamu.Pergilah kamu kepada Nabi Musa.Maka manusia semua pada hari itu pergi kepada Nabi Musa dan berkata : Wahai Nabi Musa,kamu adalah rasul Allah di mana Allah memuliakan kamu dengan risalahNya dan juga dengan kata-kataNya kepada manusia.Syafaatkanlah kami semua kepada tuhan kami.Tidakkah kamu lihat apa yg terjadi kepada kami hari ini?

Jawab Nabi Musa : Sesungguhnya tuhanku ( Allah ) sangat marah dan murka padaku pada hari ini dengan kemurkaan yg tidak pernah Allah murka sebelum ini.Semasa di dunia dahulu aku juga telah melakukan satu kesilapan dan kesalahan.Aku telah membunuh seorang manusia di mana aku tidak diperintahkan untuk membunuhnya.Pada hari ini aku tidak dapat memberikan syafaat kepada kamu.Pergilah kamu kepada Nabi Isa.Lalu mereka datang kepada Nabi Isa dan berkata : Wahai Nabi Isa,kamu adalah rasul Allah dan kamu bercakap dengan manusia ketika mana kamu masih berada di dalam buaian lagi.Dan kata-kata itu disampaikan melalui Maryam dan ditiupkan roh ke dalam Maryam.Syafaatkanlah kami semua kepada tuhan kami.Tidakkah kamu lihat keadaan kami pada hari ini?

Ahad, Jun 20, 2010

Salahuddin Al-Ayubi

Berdekatan dengan kawasan masjid Jamek Umawi ada satu makam iaitu makam Salahuddin Al-Ayubi yg juga merupakan salah seorang dari pahlawan perang Islam yg hebat dalam sejarah Islam.

Tugu Sahahuddin Al-Ayubi

Makam Salahuddin Al-Ayubi

Makam Husin

Gambar yg atas ini pula ialah makam Husin yg ada di dalam masjid Jamek Umawi.Awal-awal pagi lagi boleh nampak ramai puak-puak syiah akan datang ke makam ini.Makam ini sentiasa dipenuhi dan dikelilingi oleh puak-puak syiah yg datang dari seluruh tempat seperti Iran dan lain-lain.Dalam makam ini terdapat kepala Husin.

Sabtu, Jun 19, 2010

Kota Dimasyq

Hari ini sempat pusing jalan-jalan ke satu tempat iaitu Makam Arbai’n ( Makam 40 wali Allah ).Nak pergi ke tempat tu tak lah susah.Cuma kena mendaki bukit naik.Lepas tu kena naik 700 anak tangga baru sampai ke puncak bukit untuk ke tempat makam ini.

Jamek Umawi ini mengandungi kisah sejaranya yg tersendiri.Asal masjid ini sebenarnya adalah sebuah gereja dan kemudiannya ia bertukar kepada sebuah masjid ketika dalam pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi yg memerintah Islam pada masa itu.Lalu masjid tersebut di ubah menjadi sebuah masjid sampai ke hari ini yg ada sekarang.

Jamek Umawi

Nampak macam rumah orang tapi bukan rumah rupanya.Tak kan ada orang kot yg nak buat rumah atas puncak bukit hidup sana sorang-sorang?Sebenarnya itulah masjid yg mana dalam tu terdapat satu makam yg dinamakan Makam Arbai’n iaitu makam 40 wali Allah.Nak sampai ke makam ini kena naik 700 anak tangga baru sampai.Di atas sekali puncak bukit boleh nampak sebelah Syiria ialah Lubnan yg tak jauh sangat dari Syiria.


Makam Arbai’n.Dalam itu ada semua makam 40 wali Allah di dalamnya.

Jumaat, Jun 18, 2010

Syiria

Alhamdulillah setelah habis semua imtihan final fasal sani yg lepas,tiba pula musim cuti lebih kurang dalam dua minggu lebih.Apa yg lebih menggembirakan ialah kebetulan saja habis final exam yg lepas,family pun datang bercuti di Jordan sini.Itulah perancangan diorang untuk berjalan di Bumi Anbia Jordan sini melihat-lihat dan menjenguk anak diorang dan menantu diorang yg belajar kat sini..hehe.. Sepanjang cuti itu aku banyak menghabiskan semua masa yg ada bersama family di sini.Bawa semua berjalan-jalan di sekitar dataran Syam ini dan juga Syiria.

Kebetulan family yg dah lama plan untuk datang ke Jordan sini.Kebetulan pula cuti itu adalah cuti sekolah pertengahan tahun bagi semua guru-guru di Malaysia.Jadi aku mengambil peluang inilah bawa semua pusing-pusing ke Jordan dan Syiria yg juga di bantu oleh kawan-kawan.Antara tempat-tempat yg sempat aku bawa semua jalan-jalan pusing di Jordan sini ialah tempat medan perang Mu’tah,makam sahabat-sahabat yg syahid di medan perang Mu’tah,laut mati,petra,gua ashabul kahfi dan banyak lagi.Satu pengalaman yg memang menarik.Selama belajar di Jordan sini pun memang tak pernah balik ke Malaysia lagi.Hanya menunggu masa saja untuk tamat belajar dan pulang ke tanah air Insya Allah amin…

Petra : salah saru dr tujuh keajaiban dunia

Habis pusing-pusing di beberapa tempat di Jordan,selang beberapa hari pula berangkat ke Syiria lebih kurang dalam 3 hari di sana.Bermalam di Dimasyq.Sepanjang berada di Syiria,memang tak dinafikan terlalu banyak tempat-tempat bersejarah yg terdapat di Bumi Syiria ini.Masjid Jamek Umawi yg terletak dalam bandar kota Dimasyq antara tempat-tempat menarik yg mengandungi sejarah silam yg tersembunyi di sebaliknya di zaman kerajaan Islam dan pemerintahan Islam.


Jamek Umawi di Kota Dimasyq

Makam Salahuddin Al-Ayubi

Makam Husin dalam Jamek Umawi

Makam Nabi Ayub & anaknya

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More