Sabtu, Ogos 01, 2009

Hadis Ketiga


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab r.a. beliau berkata :

“ Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : " lslam itu terbina atas lima perkara : Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan. "

Hadis Kedua


Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata :

“ Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, ( dan bahawa ) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah ( Mekah ) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: ( lman itu ialah ) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: ( Antara tandatandanya ialah ) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. ”

Rabu, Julai 29, 2009

Hadis Pertama


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya :

“ Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya.Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya.Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya,maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya. ”

Khamis, Julai 23, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W Dengan Iblis ( Bah 8 )

Soalan kesebelas Nabi “ Siapakah yang serupa dengan engkau? ”

Jawab Iblis “ orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang yang belajar agama Islam ”

Soalan kedua belas Nabi “ Siapakah yang mencahayakan muka engkau? ”

Jawab Iblis “ orang berdosa,bersumpah bohong,saksi palsu dan pemungkir janji ”

Soalan ketiga belas Nabi “ Apakah rahsia engkau kepada umatku? ”

Jawab Iblis “ Jika seorang Islam pergi membuang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan,maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa di sedari ”

Soalan keempat belas Nabi “ Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimanakah keadaan engkau? ”

Jawab Iblis “ jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan,maka larilah hamba dari mereka.Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat,malas kepada kebajikan dan derhaka.Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri.Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah,hamba yang dahulu akan makan daripadanya walaupun mereka makan,tetapi tidak rasa kenyang ”

Isnin, Julai 20, 2009

Dialog Antara Rasulullah S.A.W. Dengan Iblis ( Bah 7 )

Soalan kesepuluh Nabi “ Bagaimanakah tipudaya engkau kepada umatku? ”

Jawab Iblis “ Umat tuan itu ada tiga jenis.Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril “ ulama itu ialah pelita dunia dan pelita akhirat. ” Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah.Berbuat amal soleh,tawakkal dan kebajikan.Yang ketiga umat tuan seperti firaun,terlalu tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat.Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya,hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba.Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak menuntut ilmu,tiada masa beramal ibadat,tidak mengeluarkan zakat,miskin hendak beribadat.Lalu hamba godanya minta kaya dulu,dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya,maka dia lupa beramal,tidak mengeluarkan zakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya.Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia akan sentiasa bimbang akan hartanya dan sesetengahnya asyik hendak berebut mencari harta dunia,bercakap besar sesama Islam,benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk ke jalan maksiat,judi dan perempuan lacur ”

Rabu, Julai 15, 2009

Salam Imtihan


Setelah 2 minggu bermulanya Fasal Soifi,tanpa diduga menjelang tibanya pula imtihan awal bagi fatrah Fasal Soifi.Masuknya minggu yg ketiga fasal soifi bermulanya imtihan awal.Alhamdulillah bagiku ini satu permulaan yg agak baik kerana dapat melakukan sikit sebanyak persediaan bagi menghadapi imtihan kali ini.

Terdetik pula suara hati " fasal ni nak dapat berapa muaddal ek? " huhu

Namun segalanya berjalan dengan baik.Alhamdulillah aku dapat lalui imtihan awal madah yg pertama yg baru sahaja bermula dengan baik.Hanya menunggu natijah dan imtihan untuk madah-madah yg berdatang kemudian.Mudah-mudahan aku dapat lakukan yg terbaik kali ini.Dan buat semua warga Mu’tah dan sahabat-sahabat Mu’tah,bittaufik wannajah untuk imtihan awal yg sedang kita lalui sekarang ini.Mudah-mudahan kita tergolong dari kalangan orang-orang yg berjaya Insya Allah dunia dan akhirat…aminnnnn…

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More