Rabu, September 30, 2009

Sifat Malaikat Munkar & Nakir

قد تقدم من الحديث الترمذى : أنهما أسودان أزرقان : يقال لأحدهما : منكر و للآخر : النكير


وروى نقلة الأخبار عن ابن عباس في خبر الإسراء : أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : قلت : يا جبريل وما ذاك ؟ قال : منكر ونكير يأتيان كل إنسان من البشر حين يوضع في قبره وحيدا فقلت : يا جبريل صفهما لى. قال : نعم من غير ذلك أن أذكر لك طولهما و عرضهما. ذكر ذلك منهما أفظع من ذلك غير أن أصواتهما كالرعد القاصف و أعينهما كالبرق الخاطف و أينابهما كالصياصي يخرج لهب النار من أفواههما و مناخرهما و مسامهما يكسحان الأرض بأشعارهما ويحفران الأرض بأظفارهما بأظفارهما مع كل واحد منهما عمود من حديد لو اجتمع عليه من في الأرض ما حركوه يأتيان الإنسان إذا وضع في قبره وترك وحيدا يسلكان روحه في جسده بإذن الله تعالى ثم يعقدانه في قبره فينتهرانه انتهارا يتقعقع منه عظامه وتزول أعضاؤه من مفاصله فيخر مغشيا عليه. ثم يعتقدانه فيقولان له : إنك في البرزخ فاعقل حالك واعرف مكانك وينتهرانه ثانية. ويقولان : يا هذا ذهبت عنك الدنيا وأفضيت إلى معادك فأخبرنا من ربك؟ وما دينك؟ ومن نبيك؟ فإن كان مؤمنا بالله لقنه الله حجته فيقول : الله ربي ونبيى محمد ودينى الإسلام فينتهرانه عند ذلك انتهارا يرى أن أوصاله تفرقت و عروقه قد تقطعت و يقولان له : يا هذا انظر ما تقول فيثبته الله عنه بالقول الثابت في الحياة الدنيا وفي الآخرة ويلقنه الأمان ويدرأ عنه الفزع فلا يخافهما فإذا فعل ذلك بعبده المؤمن استأنس إليهما وأقبل عليهما باخصومة يخاصمهما ويقول : تهددانى كيما أشك في ربى وتريدانى أن أتخذ غيره وليا و أنا أشهد أن لا إله إلا الله. وهو ربى وربكما. ورب كل شئ ونبيى محمد ودينى الإسلام؟ثم ينتهرانه ويسألان عن ذلك فيقول : ربى الله فاطر السموات والأرض إياه كنت أعبد ولو أشرك به شيئا ولو أتخذ غيره أحدا ربا. أفتريدان أن تردانى عن معرفة ربى وعبادتى إياه؟ نعم هو الله الذى لا إله إلا هو. قال : فإذا قال ذلك ثلاث مرات مجاوبة لهما تواضعا له حتى يستأنس إليهما أنس ما كان في الدنيا إلى أهل وده ويضحكان إليه ويقولان له : صدقت وبرزت أقر الله عينيك وثبتك أبشر بالجنة وبكرامة الله ثم يدفع عنه قبره هكذا وهكذا فيتسع عليه مد البصر ويفتحان له بابا إلى الجنة فيدخل عليه من روح الجنة وطيب ريحها ونضرتها في قبره ما يتعرف به كرامة الله تعالى فإذا رأى ذلك استيقن بالفوز فحمد الله ثم يفرشان له فراشا من إستبرق الجنة ويضعان له مصباحا من نور عند رأسه ومصباحا من نور عند رجليه يزهران في قبره ثم تدخل عليه ريح أخرى فحين يشمها يغشاه النعاس فينام فيقولان له : ارقد رقدة العروس قرير العين لا خوف عليك ولا حزن. ثم يمثلان عمله الصالح في أحسن ما يرى من صورة وأطيب ريح فيكون عند رأسه ويقولان : هذا عملك وكلامك الطيب قد مثله الله لك في أحسن ما ترى من صورة وأطيب ريح ليؤنسك في قبرك فلا تكون وحيدا ويدرأ عنك هوام الأرض وكل دابة وما أذى فلا يخذلك في قبرك ولا في شئ من
مواطن القيامة حتى تدخل الجنة برحمة الله تعالى. فنم سعيدا طوبى لك وحسن مآب. ثم يسلمان عليه ويطيران عنه



Terdapat satu hadis At-Tirmizi meriwayatkan : Sesungguhnya mereka berdua itu kehitam-hitaman kebiru-biruan. Disebut salah seorang dari mereka berdua ialah Munkar dan seorangnya pula ialah Nakir.

Dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas ketika dalam perjalanan Israk di mana Nabi s.a.w. bersabda : Aku berkata : Wahai Jibril,apakah itu?Lalu Jibril berkata itulah Munkar dan Nakir yg datang kepada setiap dari kalangan manusia ketika mana ia diletakkan di dalam kubur bersendirian keseorangan.Maka aku berkata : Wahai Jibril,ceritakanlah kepadaku tentang mereka berdua ini.Maka Jibril berkata : Ya aku akan ceritakan kepada kamu tentang keadaan diri mereka.Jibril menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang sifat Malaikat Munkar dan Nakir ini di mana mereka berdua ini amat menakutkan.Suara Munkar dan Nakir seperti guruh yg berdentum, mata mereka berdua seperti kilat yg menyambar,gigi mereka pula seperti tanduk di mana keluarnya nyalaan api daripada mulut mereka berdua,dengusan Munkar dan Nakir ini menyapu segala apa yg ada di atas muka bumi,mereka berdua menggali tanah dan bumi dengan kuku-kuku mereka,terdapat pada Munkar dan Nakir tongkat atau tukul daripada besi dibawa bersamanya.Andai dihimpunkan semua manusia di atas muka bumi ini nescaya mereka tidak dapat menggerakkan tukul besi yg dibawa oleh Munkar dan Nakir itu.Apabila dimasukkan seorang manusia itu ke dalam kubur dan di tinggalkannya keseorangan,Malaikat Munkar dan Nakir akan datang kepadanya membawa roh bersamanya dan di masukkan semula ke dalam jasadnya dengan izin Allah.Kemudian Munkar dan Nakir mengikatnya di dalam kuburnya dan mengherdiknya dengan satu herdikan hingga hancur berderai tulangnya dan anggota badannya daripada sendi-sendinya lalu dipukullah ia dengan cemeti.

Kemudian Munkar dan Nakir mendudukkannya dan berkata kepadanya : sesungguhnya kamu sekarang berada di alam barzakh,maka ketahuilah keadaan kamu dan ketahuilah tempat kamu sekarang ini.Munkar dan Nakir mengherdiknya kali kedua dan berkata kepadanya : Wahai manusia,lihatlah kamu sekarang sudah pergi meninggalkan dunia dan kamu sudah sampai ke tempat kehancuran kamu,maka beritahu kami siapa Tuhan kamu?apakah agama kamu?siapakah Nabi kamu?andai kata manusia yg mati itu adalah orang mukmin iaitu yg beriman kepada Allah maka dia akan berkata : Allah Tuhanku,Muhammad Nabiku,Islam agamaku.Lalu Munkar dan Nakir mengherdiknya dengan herdikan sehingga dapat dilihat terpisahnya sendi-sendi jasadnya dan terputus terpisahlah saluran darahnya dan Munkar dan Nakir berkata kepadanya : Wahai manusia,lihatlah apa yg kamu katakan,maka Allah memberikan ketetapan dan kemampuan kepadanya dengan kata-kata yg benar ketika hidup di dunia dan juga di akhirat.Allah memberikannya rasa ketenangan dan dilindunginya daripada ketakutan,dia tidak berasa takut kepada Munkar dan Nakir.Dan dia berkata : kamu berdua ( Munkar dan Nakir ) menakut-nakutkan aku seolah-olah aku merasa ragu-ragu was-was pada Tuhanku dan kamu mahu aku menjadikan selain dari Allah sebagai Tuhan.Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Dia adalah Tuhanku dan Tuhan kamu berdua.

Dan tuhan setiap sesuatu dan Nabi Muhammad nabiku dan Islam agamaku?Lalu Munkar dan Nakir mengherdiknya dan bertanyakan tentang persoalan itu.Maka dia menjawab : Allah Tuhanku tuhan sekelian alam yg wajib aku sembah dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu yg lain dan aku tidak menjadikan selain dari Allah sebagai Tuhan.Adakah kamu berdua ( Munkar dan Nakir ) mahu menolak aku daripada mengetahui tuhanku yg wajib aku sembah kepadanya dan ibadahku?Lalu di jawab : Ya.Dialah Allah tidak ada tuhan melainkanNya. Malaikat Jibril berkata : apabila dia menjawab persoalan Munkar dan Nakir,lalu Munkar dan Nakir menjadi khusyuk dan tawaduk kepadanya hingga dia dapat berjinak-jinak bermesra baik dengan Munkar dan Nakir.Mereka berdua ketawa kepadanya dan berkata kepadanya : kamu sudah membenarkannya maka Allah memperluaskan pandangan kamu dan menyampaikan berita gembira kepada kamu dengan syurga Allah serta kemuliaanNya.Kemudian diberikan balasan kepadanya dan diluaskan kuburnya seluas-luasnya iaitu seluas mata memandang dan dibukakan baginya pintu yg menuju ke syurga.Maka masuklah dia ke dalam syurga dengan haruman bauan syurga dan diperindahkan kuburnya dengan kemuliaan Allah.

Apabila dia melihatnya dia merasa yakin lalu dia memuji Allah.Kemudian di hamparkan baginya hamparan permaidani daripada kain sutera syurga dan diletakkan baginya cahaya di kepalanya dan juga cahaya di kakinya yg menerangi kuburnya.Kemudian dimasukkan ke dalam kuburnya bauan haruman yg lain.Apabila dia mencium haruman tersebut dia merasa seolah-olah mengantuk lalu tidurlah dia.Lalu Munkar dan Nakir berkata kepadanya : tidurlah kamu seperti tidurnya malam pengantin ( tidur pengantin ) yg menjadikan sejuk mata memandang tiada perasaan takut dan sedih.Kemudian datanglah amalan-amalan soleh dan menyerupai dalam sebaik-baik rupa bentuk serta dalam bentuk sebaik-baik haruman yg berada di kepalanya.Munkar dan Nakir berkata kepadanya : inilah amalan kamu dan kata-kata kamu yg baik di mana Allah menyerupakan amalan-amalan kamu dalam sebaik-baik rupa yg kamu lihat yg akan menemani kamu di dalam kubur.Kamu tidak akan keseorangan dan amalan-amalan kamu akan lindungi kamu daripada setiap binatang dan apa yg menyakitkan kamu.Amalan-amalan kamu tidak akan meninggalkan kamu di dalam kubur dan tiada negeri yg kekal abadi pada hari kiamat hingga kamu masuk ke dalam syurga Allah dengan rahmat Allah.Kemudian Munkar dan Nakir mengucapkan salam kepadanya dan pergi meninggalkannya.

Selasa, September 29, 2009

Ratuku

Ingin ku luahkan apa yang sudah lama
Tentang kebimbanganku ini tatkala
Melihat bunga-bunga berguguran
Di petik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah

Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila ku dengar dengungan
Kumbang perosak yang cuba
Menyedut madumu walau tanpa relamu

Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya

Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerana apa yang ku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh

Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa
Yang berlari-lari antara Sofa dan Marwah
Bukan jua sesetia Ainul Mardiah
Menanti kekasih di pintu Syurga

Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aisyah
Bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar engkau cuba
Mencontohi bunga- bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya melewati pintu-pintu Syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang
Tapi itu hanya ujian buatmu

Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu
Merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbuku

Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadang kala aku tertarik
Memandangnya
Tapi bukan itu yang ku harapkan
Aku yakin ratuku masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum segar kerana akan
Ku temui ratu yang benar-benar ratu…

Rabu, September 16, 2009

Doa Memohon Kesejahteraan Hidup


Hadis Sahih Muslim
Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ya Allah,perelokkanlan agamaku yang menjadi punca segala urusanku,perelokkanlan duniaku yang menjadi tempat kehidupanku,dan perelokkanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti,jadikanlah hidupku ini sebagai bekalan segala kebaikkan serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku.

Selasa, September 15, 2009

Doa-Doa Pilihan


Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru ( Rasul ) yang menyeru kepada iman,katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu,maka kami pun beriman.Wahai Tuhan kami,ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti ( yang banyak berbuat kebajikan )

( Surah Ali-Imran : 193 )




Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka

( Surah Ali-Imran : 191 )



Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka

( Surah Ali-Imrah : 16 )


Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk ( menerima balasan pada ) suatu hari ( hari kiamat ) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

( Surah Ali-Imran : 9 )


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya

( Surah Ali-Imran : 8 )

Khamis, September 10, 2009

Kisah Pembunuh 99 Orang


Hadis Sahih Muslim

Nabi s.a.w bersabda : Terdapat seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia.Lalu dia mencari seseorang yang paling alim.Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta,lalu dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata : Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab : Tidak.Mendengar jawapan tersebut dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim.Setelah ditunjukkan kepadanya seorang ulama,dia terus berjumpa ulama tersebut dan berkata : Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia.Adakah taubatku masih diterima?Ulama tersebut menjawab : Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah.Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t. bersama mereka dan jangan pulang ke negeri kamu kerana negeri kamu adalah negeri yang sangat hina.Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan.Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati,menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya.Malaikat Rahmat berkata : Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata : Dia tidak pernah melakukan kebaikan.Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata : Ukurlah jarak di antara dua tempat.Mana yang lebih hampir,itulah tempatnya.Lantas mereka mengukurnya.Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya.Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.

Jumaat, September 04, 2009

Hadis Kesepuluh


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda :

“ Sesungguhnya Allah Ta’ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik.Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman : ( Wahai para Rasul!Makan minumlah kamu makanan yang baikbaik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta’ala berfirman : ( Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu ).Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu,yang menadah tangan ke langit ( iaitu berdoa ) : Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram,pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? ”

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More