Isnin, April 27, 2009

Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) Dijemput Lagi

Bertempat di Muzium Amman , Jordan satu Majlis Asean Art & Cultural Show telah diadakan.Ia diadakan bertujuan untuk memperkenalkan negara-negara ASEAN di negara Jordan.Dalam masa yang sama juga masing-masing cuba untuk mempamerkan dan perkenalkan kebudayaan negara Asean masing-masing.

Selaku negara Malaysia yang turut libat serta ,Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) diundang khas oleh Kedutaan Malaysia Jordan untuk membuat persembahan seni silat yg lebih kepada berunsurkan kesenian dan kebudayaan.Sebagai mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Jordan ,sudah pasti bersedia untuk mencerminkan imej negara Malaysia kerana pada kali ini Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) membawa imej dan nama baik negara Malaysia.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tahniah kepada Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yang berjaya melakukan persembahan yang terbaik dan Kedutaan Malaysia Jordan amat berbangga dengan mahasiswa Malaysia yang masih mempertahankan seni silat iaitu seni warisan bangsa melayu dengan kukuh sekali di Bumi Jordan ini.

KSSMJ bersama Dato' Duta & MSD di gerai Malaysia

Penonton yg menyaksikan

KSSMJ sedang beraksi



Beritahu Pada Muslimah

Beritahu pada Muslimah itu
dirinya ibarat kaca
disentuh terguris
dihantuk serpih
dihempap berkecai

Beritahu pada Muslimah itu
jaga tutur kata
cakap tinggi nanti dibenci
terlalu rendah dipijak pula
cakap sombong mengundang lawan
hati - hati meluah kata
kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa

Beritahu pada Muslimah itu
jaga tingkah laku
harga diri letaknya disitu
jangan meluru ikut telunjuk nafsu
sesekali tersilap langkah
akan dihukum selamanya
keturunan dicerca payah
menyesal kemudian bukan berfaedah

Beritahu pada Muslimah itu
jaga pakaian
ia cermin peribadi
juga lambang bangsa
di mana dan dalam keadaan macam manapun
biar orang kenal....Dia orang Islam

Beritahu pada Muslimah itu
simpan secebis malu
kerana malu itu
sebahagian dari iman....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More