Sabtu, Oktober 18, 2008

Kelab Seni Bela Diri Mu'tah Jordan



Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) ditubuhkan dalam era tahun 2000 di bumi Mu’tah Jordan.Penubuhan kelab silat ini lahir dari beberapa orang yang memang sudah lama bergiat dalam seni silat.Ia adalah sebagai menyambung warisan Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yang pernah bertapak megah di Mu’tah suatu ketika dahulu.Penubuhan kelab ini bukanlah satu penubuhan yang baru,malah ia sudah lama wujud dan bertapak di bumi Mu’tah Jordan ini.Ia juga dilihat sebagai inisiatif dan asas bagi mahasiswa di Jordan ini khususnya di Mu’tah dalam membela diri sepanjang berkelana di negara orang yang penuh dengan cabaran dan haru biru ini.Kini sudah bertukar nama kepada Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan.

Secara umumnya penubuhan kelab ini mempunyai objektif,matlamat,dasar dan motif yang tersendiri yang sudah ditetepkan.Penubuhan kelab ini bernaung di bawah Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah Jordan ( PERMATA ) serta berada di bawah naungan Kedutaan Malaysia Jordan dan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan.

Motto & Slogan

Takkan melayu hilang di dunia,Patah tumbuh hilang berganti,Membujur lalu melintang patah,Daka daki ku daki juga,Patah sayap bertongkat paruh,Berpantang maut sebelum ajal.

Sistem Organisasi

Badan Pentadbiran Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan dibantu oleh dua organisasi dalaman yang dibentuk khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan kelab iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih.Badan Pentadbiran kelab merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang,melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah kelab.Badan ini juga berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar yang berkaitan. Disamping itu,ia juga berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar sama ada dari dalam mantiqah mahu pun luar mantiqah dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan.Lembaga Adat Istiadat pula memberikan fokus dan tumpuan kepada merancang, melaksana dan mengawal pelaksanaan amalan adat istiadat silat yang diwarisi.Perkara-perkara yang diberi perhatian termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian bengkung dan tali pinggang,pentauliahan jurulatih dan gurulatih,tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanan protokol budaya warisan.

Majlis Gurulatih pula seterusnya berperanan dalam urusan merancang,melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan.Ini juga termasuklah urusan mengumpul,menyusun dan mengemaskini pelajaran-pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran seni silat.

Majlis Gurulatih

Pergerakan kelab ini di pimpin oleh barisan Majlis Gurulatih.Dalam Majlis Gurulatih ini terdiri dari kalangan jurulatih syabab dan akhawat yang diketuai oleh seorang Gurulatih Tertinggi selaku ketua jurulatih.Di bawah gurulatih tertinggi terdiri daripada barisan jurulatih dan pembantu jurulatih.

Majlis Gurulatih adalah berperanan dalam urusan merancang,melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan.Ini juga termasuklah urusan mengumpul,menyusun dan mengemaskini pelajaran-pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran seni silat.

Disiplin Dalam Gelanggang
Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang :
1. Mendapat izin gurulatih untuk berlatih bersama
2. Tidak meludah
3. Tidak memakai alas kaki.
4. Tidak bergurau senda
5. Minta izin dari imam gelanggang jika ingin keluar atau ingin bertemu seseorang di luar gelanggang.
6. Menghormati rakan-rakan dalam latihan
7. Tidak makan atau minum
8. Tidak memakai barang-barang kemas dan alat perhiasan diri
9. Sentiasa mengikut arahan Guru

Rabu, Oktober 08, 2008

About Me

Graduan Ijazah Sarjana Muda Dan Kesusasteraan Arab Universiti Mu’tah Jordan.Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ibrahim.Kemudian meneruskan pengajian beliau di peringkat menengah.Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ),meneruskan pengajiannya di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin ( KUSZA ) yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia.Setelah tamat peringkat pengajiannya,kemudian meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ).Kemudian meneruskan pengajian di Universiti Mu’tah Jordan.

Merupakan di antara pelajar yang cemerlang dan aktif di zaman universiti.Beliau tidak hanya sekadar memfokuskan kepada akademik sahaja malah juga pelajar yang aktif.Antara pencapaian aktiviti ko-kurikulum yang pernah beliau menceburkan diri semasa di peringkat kampus dan sekolah :

1. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Peringkat Intervesity IPTA UIAM 2006.Layak ke suku akhir final.Meraih sebagai pendebat terbaik.

2. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Peringkat Diraja 2006 di Sarawak.Meraih sebagai pendebat terbaik.

3. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Peringkat ASEAN di USIM.

4. Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia bagi Debat Bahasa Arab Piala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

5. Pemidato terbaik ( Kategori Bahasa Arab ) Piala Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Darul Iman Malaysia.Meraih juara keseluruhan dan pemidato terbaik keseluruhan.

6. Pemegang Bengkung Hitam Cula Pertubuhan Seni Silat Gayong.

Selain itu juga,beliau juga aktif dalam gerak kerja persatuan dan pimpinan pelajar.Antaranya ialah :

1. Timbalan Yang Di-Pertua Kelab Debat Bahasa Arab Universiti Darul Iman Malaysia sessi 2008.

2. Timbalan Yang Di-Pertua Persatuan Pendidikan Universiti Darul Iman Malaysia sessi 2005/2006.

3. Jurulatih Debat Universiti Darul Iman Malaysia ( Kategori Bahasa Arab ).

4. Penasihat Kelab Debat Bahasa Arab Universiti Darul Iman Malaysia 2008.

5. Ahli Persatuan Pendidikan Universiti Darul Iman Malaysia.

6. Ahli Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ( PSSPGM ) Universiti Darul Iman Malaysia.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More